BAB 24
Morning sickness nampaknya bertambah teruk dari sebelum ini. Teruknya! Setiap hari Alfie berjanji akan sentiasa melalui kesusahan itu bersama-sama dengannya. Mereka bersetuju untuk tidak bercerita mengenai kandungan tersebut di sepanjang trimester pertama, lebih-lebih risiko akan komplikasi dan juga keguguran. Doktor sudah memastikan kedua-dua mereka selepas bulan yang kedua, tiada apa yang perlu dirisaukan, tetapi mereka tetap menunggu untuk merahsiakan dari orang lain.
Safrina tidak mendedahkan perkara tersebut kepada Alina, yang mana bukanlah mudah baginya. Tetapi dia fikir mungkin ada kebaikannya kawan dia tidak tahu berkenaan kandungannya.
Berpegang pada janji, Alfie sentiasa berada di sampingnya. Ada juga bilamana lelaki itu terpaksa terbang ke Eropah, tetapi lawatan itu cuma memakan masa pendek sahaja, tiga hari sekurang-kurangnya. Susah juga bila suaminya tiada, tetapi dia terasa sangat bahagia apabila lelaki itu pulang semula ke rumah.

Hari berlalu tanpa disedari, malam-malam akan selalu menjadi pengalaman paling indah baginya setiap kali berada dalam pelukan Alfie. Dan, sama macam apa yang doktor jangkakan, morning sickness akhirnya berhenti menjengah dirinya.
Alfie pulang ke rumah setelah seharian berada di pejabat ketika Safrina menghabiskan masanya mengalihkan perabot di dalam sebuah bilik merentasi laluan tengah dari bilik mereka.
Baru sahaja dia hendak mengangkat meja kecil di sebelah katilnya, suara lantang Alfie menyapanya dari pintu. "Apa yang awak buat ni?"
Safrina meletak semula meja, hampir sahaja ibu jari kaki mencium meja itu. "Awak ni, terkejut saya," beritahunya.
Alfie melangkah ke sebelahnya, tangan di pinggang. "Awak mana boleh angkut perabot berat-berat macam ni." Matanya melilau memandang bilik tersebut. "Sayang dah bersihkan semuanya dekat dalam ni ke?"
Apa yang tinggal hanyalah almari baju, katil dan juga meja. "Yelah, habis tu? Kan kita dah bincang nak buat bilik baby dekat sini," bisik Safrina, perlahan sahaja suaranya, takut orang gaji yang berada di bilik mereka terdengar.
"Mana boleh. This is not okay," katanya, perlahan juga. "Alifah, Mak cik Maria?" jerit Alfie.
"Apa yang awak buat ni?"
Alifah tergesa-gesa berlari masuk ke dalam bilik. Matanya membulat besar, ketakutan. "Ada apa-apa yang tak kena ke Tuan?"
"Panggil Idris," arah Alfie, tegas.
Safrina mencapai lengan Alfie, kekeliruannya diselubungi dengan kerisauan. Tidak kiralah berapa banyak kali pun dia meminta Alfie supaya memberitahunya apa yang tidak kena, Alfie tetap diam seribu bahasa sehinggalah Alifah, Mak cik Maria dan juga Idris berdiri di hadapan mereka berdua sebelum lelaki itu membuka mulutnya.
Sebaik sahaja kata-kata diluahkan, Safrina pula yang terkelu.
"Safrina mengandung."
Rahangnya jatuh. Mereka tidak mahu memaklumkan kepada sesiapa tentang perkara ini kepada semua sehinggalah temujanjinya dengan doktor pada minggu hadapan. Dalam sesaat, dia memahami kenapa Alfie bertindak sedemikian.
"Saya dah agak dah," kata Alifah, mengerling ke arah Mak cik Maria.
Mak cik Maria mengangkat bahu dan menghulurkan senyuman seorang ibu. "Mestilah."
"Mak cik tahu?" tanya Safrina.
"Nak, kami kan tinggal dekat sini. Mestilah kami tahu."
Wajah Alfie beralih pada Idris.
"Jangan pandang saya macam tu. Manalah saya tahu."
"Kalau korang semua yang perempuan ni tahu Safrina mengandung, kenapa biarkan je dia angkat semua perabot ni ke atas?"
Pandangan Idris meliar di sekeliling kawasan bilik tersebut.
"Puan tak nak kami tolong."
"Saya tak nak pertolongan diorang," Safrina membela dirinya sendiri dan mereka. "Bukannya benda susah pun."
Idris mara ke hadapan. "Perempuan hamil tak boleh angkat barang-barang yang berat."
Alfie tersenyum dan menepuk belakang tubuh Idris. "Someone who understands."
"Ini ke apa yang awak cuba maksudkan sebenarnya? Awak rasa saya tak mampu ke nak bersihkan bilik ni sorang-sorang?" Oh, sekarang ni Safrina benar-benar terasa berang. Mentang-mentang aku ni perempuan..
"Mulai sekarang, saya tak nak tengok Safrina angkat satu barang pun melainkan pinggan ataupun beg shopping dia...tapi kalau beg tu berat, pun tak boleh juga." Alfie tidak bercakap padanya, tetapi pada orang-orang yang berada di belakangnya.
"Awak ni dah kenapa...."
Mak cik Maria menyampung dan memandang Alifah. "Mak cik rasa baik kita pergi dari sini."
"Betul kata Tuan Alfie," Idris meluahkan pendapatnya pula. "Biar saya yang angkat barang-barang ni. Puan tak perlu bahayakan nyawa puan dan juga baby tu."
Safrina mengangkat sebelah tangan ketika Idris bergerak di antara mereka untuk mengangkat meja yang dari tadi Safrina sibuk bergelut dengannya. "Sekejap. Saya mengandung, bukannya lumpuh. Doktor tak cakap apa-apa pun pasal restrictions."
"Idris," laung Mak Cik Maria. "Mak cik rasa baik kita tinggalkan je Safrina dengan Alfie buat kerja ni tanpa bantuan dari kita."
Ketiga-tiga mereka beredar secara senyap, meninggalkan Safrina yang sedang kuat mengetap bibir kerana amarah dah Alfie yang ketat rahangnya kerana tetap dengan pendiriannya.
"Saya ingatkan kita takkan bagitahu sesiapa pasal baby ni."
Alfie memandang kawasan bilik itu. "Rasanya kita tertinggal satu benda dekat situ. Ya ALLAH, Safrina, awak boleh cederakan diri awak sendiri tau angkut semua barang ni sorang-sorang."
"Barang biasa je pun.."
"Barang berat yang awak tak sepatutnya angkat."
"Oh, tolonglah..."
Alfie mengangkat tangannya, mendiamkan protes isterinya.
"Macam mana kalau awak angkat meja ni," Alfie menendang kayu yang berada di kakinya. "Dan awak mula rasa sakit dekat perut awak?"
Getaran ketakutan mula melanda hatinya. "Takkan jadi punya benda tu."
"Tapi kalau jadi macam mana?"
Safrina mengalihkan pandangannya pula ke ruang bilik tersebut, perasan akan saiz katil bersaiz Queen itu buat pertama kalinya, almari baju besar yang dia ingin menolak keluar dari bilik itu sebelum Alfie mengganggu kelakuannya.
Mungkin.... mungkin kata-kata Alfie ada benarnya juga. "Saya boleh angkat shopping bags," katanya di bawah satu nafas.
Alfie mendekati si isteri dan menariknya ke dalam pelukan.
Tangan suaminya terasa sejuk ketika membelai belakang tubuhnya, dan dia dapat mendengar betapa kencangnya jantung itu berdegup di dada. Lelaki itu terlalu risau, sangat terkesan dengan kelakuannya tadi. Sifat sensitif di dalam dirinya mengeluh dalam kegembiraan kerana Alfie mengambil berat pada dirinya. Wanita yang selama ini sentiasa berdikari bagai menghilang seketika.
"Tolonglah janji dengan saya yang awak akan minta tolong lepas ni."
Janji bukanlah satu perkara yang biasa dia minta, jadi dia tidak mahu terlalu pantas mengungkapkannya di bibir.
Alfie ke belakang sedikit dan memegang kepala isterinya. "Janji."
"Saya rasa elok dah harini. Agaknya morning sickness tu dah hilang kot."
"Janji dengan saya." Alfie masih dengan ayatnya tadi.
"Okay, fine. Saya takkan angkat barang-barang berat. Puas hati?" Kata-katanya agak keras ketika itu tetapi Alfie bagaikan tidak kisah. Senyuman manis itu terukir di bibir, bersinar di matanya juga.
"Awak janji?"
"Saya janji!" Safrina menolak dada Alfie. "Ish, awak ni selalu je dapat apa yang awak nak kan?"
Mengangguk, Alfie membalas, "Saya janji saya akan sentiasa tolong awak. Awak tak payah sampai nak membebel dekat saya suruh siapkan benda tu."
"Okay, man, jangan pandai berjanji je.. Saya nak bilik ni clear so saya boleh catkan balik dinding bilik ni..."
Mata Alfie bulat memandangnya dan dahi itu berkerut.
"Paint fumes?" tanya Alfie.
Safrina tahu pastinya ada janji lagi yang perlu dia kotakan sebelum malam menjelma.
Akhirnya, dia berjanji dia akan membiarkan sahaja kerja berat dilakukan oleh suaminya dan sesiapa sahaja yang lelaki itu upah untuk membuatnya. Kerjanya? Cuma mengarah sahaja sehinggalah dia merasa puas hati dengan hasil mereka semua.

Sabo je lah tgh mengandung pun nk buat keje berat2 tu nasib baik dpt suami perhatin :-)
ReplyDeletehehehe... untunglah dia kan xD
Deletealahai sweet :o
ReplyDeletehehe.. mekasih
DeleteHappy birthday Amy :) Tinggalkan jejak dulu..tak sempat nak baca..nanti Cik Mimie datang blik..hee :)
ReplyDeletethank you kak Mimie ^^, orait, take your time :)
DeleteTerkejut akak tadi start2 baca -> mirning sickness??
ReplyDeleteHehe..tak logik pulak.
hahahaha... ni cerita saja-saja. bukan kisah saya XP
Deleteamy... cer hantar kat http://www.itbm.com.my/events/sayembara_penulisan_itbm-pena-bh_kembali_lagi/
ReplyDeletesekarang dorang ada buat pertandingan... kak KM nak hantar cerpen hehe..
thank you kak KM! ^^, saya tengah dalam proses nak hantar kat satu penerbitan ni.. kalau x de rezeki, saya try yang akak bg ni pula...
Deletegood luck kak!
aaaaaa jiwang jiwang..!! kekeke..
ReplyDeleteheeee
DeleteDah banyak bab ketinggalan ni. Hehe
ReplyDeletehaha.. pendek je ceritanya.
DeleteAlaaamak, dah Bab 24! Kena patah balik baca dari mula nih.
ReplyDeletehehe... banyak bab tu kak XP
Deletekena start dari awal balik baca ni.. ada yang terlepas.
ReplyDeletehehe... kalau nak baca yang dah habis pun ada ^^,
DeleteAlaaa, kenapa sweet sangat suami gitu? ke ada dalam novel je?
ReplyDelete*meroyan*
hahaha. ada la kot dalam realiti.. ^^,
DeleteAgaknya aku ni kurang baca novel, imaginasi tak tinggi sangat, tak dpt nk tangkap scenary yg angkat2 meja tu >.<
ReplyDeleteMungkin aku tak kenal watak lagi kot.. ada masa nnti aku baca dari yg awal lah haha
hahahaha... nanti kalau ada isteri, kau nampaklah depan mata sendiri.. isteri yang sentiasa aktif and selalu berdikari, kalau dipaksa duduk diam je, confirm dia xnak...
DeleteBagus la keprihatinan suami tu tapi pada zumal dia tak patut marah2...
ReplyDeletehahaha.. dia geram dengan isteri dia.. isteri dia pun degill..
DeleteChapter 25 pls...hihihi
ReplyDeletesorry ye... saya tengah busy sikit. nanti dah settle semua, saya habiskan cerita ni. ^^,
Deletecpt smbg ya .. suke plak dgn citer ni ^_^
ReplyDelete