Kenapa Aku Jadi Blogger?

 
9:12 p.m
rumah
adik-adik balik rumah harini ^^,

assalamualaikum and hello lads!

blog is not about how many followers I have. It's a place where I post exactly how I feel and not care what people think about it. It's a place where I don't need a smile and pretend everything is okay.
credit to socialmedia.biz

nampaknya aku punya ranking sudah naik mendadak balik ke angka 4k. wakakaka. makin banyak, makin malas pula aku nak buat entri. malas nak kejar. hahaha.

tapi nak tak nak, kena menulis juga. 

kalau korang perasan, ramai juga antara kita yang dah bercerita kenapa diorang berminat nak jadi blogger kan. so, aku pun tak terkecuali. aku nak ceritakan kenapa aku pula yang terdorong nak join sama.

alkisahnya aku dah lama jadi blogger. tapi aku tak suka orang follow. bila orang dah start follow, aku takut nak bercerita. sebab nanti orang tahu aku ni macam mana. and i can't tell my not-so-dark secrets anymore. as in diary jugalah kan blog ni.

tapi sejak aku join giveaway sana, giveaway sini, follower bertambah. jadi seronok pula.
credit to blog.crazyegg.com

and aku tengok Dr Shikin dan Kak KM yang banyak gila nama diorang terpampang di mana-mana blog *top komentator*, aku nak juga jadi macam diorang. masa ni aku kenal Dr Shikin dengan Kak KM je.

ternyata *cewah*, rupa-rupanya blogger ni ada yang betul memahami diri aku. aku boleh bergurau sama, bagi pendapat sama, bagi kritikan yang membina. banyak aku belajar dari sini. 
aku rasa macam lagi rapat dengan blogger pula berbanding kawan dekat uniten tu *tak termasuk housemate*.. 

tapi tak kurang juga ada certain blogger yang datang singgah and komen. tapi komen tak ada kaitan langsung dengan entri tu. aku cukup tak suka. sebab apa? sebab ada sorang blogger ni, tajuk dia macam happy. tapi bila kita baca, sebenarnya cerita sedih. dan-dan ada orang komen pasal kebahagiaan apa bagai. 

nampak sangat x baca entri. sekadar nak tunjuk kehadiran je. hmm... 
credit to blog.zemanta.com
kalau orang tu sudi datang and komen macam-macam benda yang menarik dekat entri kita, janganlah sekadar singgah blog dia and kata entah apa-apa. dia buat entri bukan saja-saja. 

kadang-kadang dia nak meluah rasa. dia nak dengar pendapat. bukannya nak tahu korang dah blogwalking ke tak.  

lagi satu, sebab aku rasa macam ramai kakak and abang aku ada! :D

haha, bunyi macam kelakar tapi bagi aku, aku sangat appreciate benda tu. aku tak ada kakak and abang. aku anak sulung kepada 5 and now 7 beradik. aku tak boleh mengadu sangat dekat ummi sebab nanti adik-adik mesti ada masalah diorang nak cerita dekat ummi.

so i just keep it to myself. hmmm..

blog aku ni jenis personal. aku rasa nak cakap, aku taip je dekat sini. nak buat pasal tips, aku bukan hebat. nak kongsi resepi, aku lagilah paling tak hebat. wakaka. kalau bab e-novel tu, boleh ler kot sikit-sikit.

okay, tu je aku nak bercerita. terima kasih sebab baca sampai habis. aku hargai sangat-sangat orang macam ni.

lelaki jangan, haram! hahaha.

adios~
 
 
 
 
 
post signature

Share:

34 comments

  1. pd peringkat permulaan sis pun rasa mcm x selesa dgn entry kita . cam x sesuai jer org baca . tapi bila ada komen dan pengomen yg ramah mesra , semangat nak up entry yg org suka lagi kuat ... sekarang dah jadi seronok pula sbb dah ada relation dgn certain blogger .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! tapi dulu saya pnya macam terlalu peribadi. terlalu kebudak-budakan. sekarang ni kena sesuaikan sikit. takut ada ayat yang boleh mengguris hati sesiapa lak kan.. ^^,

      thanks for the sharing :)

      Delete
  2. luahan hati Amy sama macam entry akak pernah buat dulu.mula-mula ada follower dulu rasa awkward je, sebab before that sendiri tulis sendiri baca so tak fikir apa pun.But then lama-lama rasa selesa sebab masing-masing dah macam kawan di alam nyata.dah jadi ketagih pulak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. rasa pelik sangat. kenapalah diorang nak follow ni. adeh. tapi tu lah, bila tengok, ramai lak yang mesra and faham dengan kita ni, tu yang rasa seronok sangat nak tulis hari-hari. hehehe

      Delete
    2. Yepp..sama macam Sal.
      Dulu lain..sekarang dah lain.
      Sekarang makin seronok berblogging.

      Delete
  3. betol tu . kadang2 blog ni bukan hal peribadi semata . banyak input yg kita boleh dapat sebenarnye . berita2 trkini . sbb tu kite pon ber blog .

    ReplyDelete
    Replies
    1. it is indeed! blog bukan je tempat kita meluahkan masalah kan ^^,

      Delete
  4. kannn? tak tahu kenapa dgn berblog akak boleh open. wuwuwu. akk pun malas nak kejar ranking tu. kalau ada, ada lah. haha.

    AKAK CUKUP TAK SUKA KALAU ORANG TU KOMEN TAK IKHLAS.

    Contoh,

    -- bestnya
    -- wahh
    -- menarik

    Like what the fish? :3

    meh sini. nak hugggg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. saya pun boleh open. sebab tu certain kawan je yang tahu pasal blog ni. saya x suka orang yang kenal saya follow saya. rasa privacy telah dicerobohi. cewah! >.<

      ha'a, kalau ada ayat panjang sikit dari tu okay lah lagi. ini tu je -.-

      *hugging

      Delete
  5. yeh. setuju ngn entry ni. xbape minat org just comment "hai! singgah sini" hahadoi.. ishh padahal kt cbox bole je letak jejak -.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha.. betul gak kan. apalah function cbox kalau x digunakan kat situ ^^,

      Delete
  6. ahaaaa... sep dgn akak... akak tak gemar org dtg drop komen semata2 suh join GA dia... drop komen pd entry yg salah pulak tu... akak aim sorang blogger ni yg rajin buat mcm tu... at least, komenlah sikit berkenaan dengan entry yg akak tulis tu then barulah ajak join GA... mula2 boleh terima, lama2 jadi annoying... akak tak pernah buat cam tu tau kat blog org huhu...

    bila dia buat taik cam tu, terus tawar hati dah huhu... dtg drop komen kat entry yg salah dgn ajak org join GA dia... melampau tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeh, sep! ^^, ha'a, tahu xpe. saya tengok sekali lalu je orang yang promote GA macam tu. -.- malas nak layan.

      x salah pun nak baca entri orang. bukannya ambil masa 1 jam untuk 1 entry. adoyai...

      saya pun tawar hati kak... nak singgah blog diornag apatah lagi. hmmm

      Delete
  7. hug banyak2 dari jauhhhh....!! kaksha jujur ekkk... kaksha rasa cam syg kat amy walau kaksha tak kenal amy, rasa cam rapat sangat :)

    tapi sama macam kaksha, kaksha tak suka seh orang komen sebab ajak join GA... komen pasal entri kaksha kekadang takde langsung.... hahhaa... kekadang yang komen pun ada kopipes je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. *hugging! ye ke? eh, terharunya kita. sobs.. ni rasa nak nangis ni.. nasib baik family keluar... kalau x, ummi ingat saya tengah tengok cter hindustan. hahaha... saya pun sayang kak sha juga :D

      ha'a, tahap kopipes yang menyampah tu -.- ada sorang ni, saya perasan. ish, geram sungguh den.

      Delete
  8. A big hug from me..hehehe..Cik Mimie pula xde adik..bila join blog ni..Cik Mimie dapat ramai adik..kak mimi..kak mimi..haha..suka sangat..

    kan? komen selalu lari tajuk..huhu..nak rep pun xtau nk rep apa..

    Meh, nak jadi kakak Amy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *hugging!

      kan, rasa macam ada virtual family pula kat sini ^^, tulah, baik lah jadi silent reader dari komen macam tu -.-

      ye ke? aww, terharu lagi sekali. :')

      Delete
  9. Giving you a bear-hug! Seronok baca entri Amy yang ini. Akak pun suka bila ada komunikasi dua hala dalam blog antara kita dengan reader,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... *hugging!*

      betul. bila ada two way communication yang buatkan kita jadi seronok. x kisahlah owner blogger tu x balas ke tak, kalau yang penting dia jawab, saya x kisah ^^,

      Delete
  10. Seriously amy, budak pon dah lama jadi blogger. Tapi tinggal bertahun jgk la sbb sambung study. Skrg je baru join balik. Merasa jugaklah komen yg takde kaitan dgn entry. Lagi ramai follower lagi banyak nak kena baiki diri sbb nak kasi readers baca something yg bermanfaat. And best jugak dapat bnyk abang, kakak, adik dgn kawan2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru sambung juga ni. hahaha... yep, semua mesti ada pengalaman macam tu punya kan ^^,

      something yang bermanfaat boleh kita jadikan ilmu tambahan untuk kita and semua orang :) betul, best sangat!

      Delete
  11. Menarik2.. Dulu pernah juga terfikir nak tulis je apa2 luahan pun, tapi bila follower bertambah aku pun rasa mcm apa yg kau rasa tu, dan pernah juga terbaca ada org tulis entry utk tarik reader sebenarnya kena juga menulis bagi kemudahan utk org lain membaca bukannya ikut sedap hati kita je menulis, takut kita ni kehilangan seorang favourite reader (tu pun kalau ada lah kan? haha)

    p/s: comel pula font blog ni, apa nama font ni eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oi, lama menghilang. aku bukan stalker. aku cuma tahu siapa yang rajin singgah sini. hahaha.

      hahaha.. mesti ada favorite reader punya.. sebab kita pnya cara penulisan berbeza. so, mesti ada yang berminat dengan cara kita berfikir kan. ^^, yep, kalau nak menulis, jangan sesuka rasa. tulis menjela-jela xde noktah ke. or tulis satu karangan je ke. haha. orang menyampah gak benda tu..

      oh, hahaha... mekasih. aku pakai font Sniglet

      Delete
  12. akak suka the feeling of menaip and syok sendiri bila baca 'oh sedap da ni ayat aku..' 'aku kena tulis macam ni baru betul..' 'nak guna uols ke diorang eh..' bhahaha walaupun belum tentu ada orang baca tapi ini antara
    beberapa persoalan yang selalu menjelma while menaip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa ALLAH ada je yang membaca. but some of them, banyak yang jadi silent readers.

      saya pun dulu macam g mana-mana. just share gambar. tapi sekarang share info sekali pasal tempat tu. harganya. baru orang tahu ^^,

      Delete
  13. Amy meluahkan perasaan sebagai seorang blogger. Zumal pun ada rasa camtu tapi kekadang zumal pun buat gak ^_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... yep, sebagai blogger... ha, jangan selalu amalkan yang x elok ye. hee

      Delete
  14. Muz jarang komen even rajin juga BW, so dari situ org tak nampak kita singgah blog dia, dan natijahnya blog Muz sndri pun kurang komen...Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu lah pasal. dulu selalu gak BW je.. skarang rasa macam nak tnjuk kat orang yang kita ni wujud sebenarnya.. apalagi, lepas ni banyak2kan komen okay. hehe

      Delete
  15. Kak Ros suka updated macam-macam.. hal personal, hal jalan-jalan, hal makanan, hal sukan.. eh, macam-macam lah.. kadang tu termo sikit, so updated luahan hati dan perasaan sekali. bila tersedar, cepat-cepat buang. hihihihi.. tentang komen tu, memang ada yang komen lari tajuk. hihi. Kak Ros jenis yang tak kisah. komenlah apapun nk komen janji jangan kutuk kak ros. eh, boleh gitu?.. Macam kak Ros kalau ada masa lebih ke, suka marathon komen. kalau takde masa, cukup sekadar satu atau dua entry. bukan nak kejar gelaran top komentator, tapi memang jenis suka tinggal komen. hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *teremo
      asyik typo je. kak ROs dan typo tak dapat dipisahkan. hahha

      Delete
    2. hehehe... saya pernah baca tajuk akak yang sedih2 tapi buka je, eh, dah hilang. dah xde post tu. oh kak Ros tak kisah ye? saya kisah sikit.. rasa macam x berbaloi tulis panjang2 tapi orang tu komen yang merepek. aduhai..

      saya pun suka marathon je. kadang2 xde masa nak singgah. bila dah singgah, komen habis-habisan.. hehehe... x mampu lah nak kejar jadi top komentator tu kan.

      Delete
    3. saya kalau kat hp pun, asyik typo je. wakaka

      Delete
  16. dulu kenal Dr Shikin dan kak KM so skrg ni dh leh kenal sis JM tak? hihih
    sis pulak berblog nk kongsi pengalaman travel...sebagai panduan kepada yg rajin travel di luar sana

    prinsip akak : we are bloggers we support each other :-)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.