Laptop Bertambah Cantik dan Unik! .:TIPS:.

2: 55 p.m
rumah manis rumah
tengah ada mood nak menaip

assalamualaikum and hello lads!
http://fc04.deviantart.net/fs70/f/2012/058/7/c/rainmeter_theme_by_nck666-d4r54ik.jpg
credit to nck666.deviantart.com

haritu aku ada post entri pasal laptop screen antara lelaki dengan perempuan, mana yang lagi serabut. aku tunjuklah aku punya. and ada yang berkenan. dia bertanya macam mana aku buat tu?

ha, meh sini aku nak bagi tips-tips mudah untuk cantikkan dan memudahkan aktiviti yang korang buat dekat laptop tu. sebab kadang-kadang aku pakai laptop member, ada certain software yang dia tak ada, aku jadi irritated sikit. no offense. 

aku bukanlah orang hebat macam orang yang hari-hari menghadap laptop tu. aku cuma berkongsi apa yang aku tahu sahaja. 

1. Rainmeter
rainmeter ni boleh buat korang punya laptop nampak cool and awesome kot! nak tengok contoh? ni ha...
credit to edreyes.deviantart.com
credit to www.deviantart.com
so, kalau korang berminat dengan rainmeter ni, aku boleh ajar. nanti aku buat entri baru. nak belajar sendiri pun boleh. tak ada masalah. ^^, 
2. Teracopy
aku seorang yang suka donlod movie. kalau orang tu nak movie dengan aku, aku boleh bagi. tapi kena ada give and take lah. kalau korang memang sentiasa baik dengan aku and tak berkira. aku x kisah. 
internet donlod tu ummi aku yang bayar okay. ingat tak pakai duit ke? 
Itulah teracopy. simple nak mampus kan aku punya laptop. itu memang aku.
so, masalahnya, bila nak copy tu. kalau pakai copy yang biasa, mak aih, lembabnya... menyampah pula aku tunggu. tu yang aku rasa irritated gila nak mampus. aku tak suka menunggu macam tu. 

kalau pakai teracopy ni, cepatlah sikit kelajuan copy or move tu bergerak. aku dah lama pakai. sejak kawan aku introduce apps ni, aku tukar ke laptop baru pun, teracopy wajib ada dalam laptop aku.
boleh pergi ke link ini >> TERACOPY <<<  download, then, save file, then buatlah apa yang dia suruh buat. sekejap je, tak ambil masa pun. 

kalau tak reti juga, nanti aku buat entri baru.

3. CursorFX

pernah tak rasa bosan? aduh, asyik cursor sama je aku menghadap. bosan. menyampah. yes, itu aku.

so, aku godek sana aku godek sini, jumpalah satu software. aku dah lama sangat pakai. menarik jugalah. kadang-kadang ada yang menakutkan. sebab aku pakai cursor TANGAN. 

wakakaka. orang kata geli. geli lah buat aku pakai lama-lama cursor tu.
credit to juanelloo.deviantart.com

tapi sayangnya, cursor ni boleh dipakai menggunakan OS Windows 7/XP/Vista sahaja. Windows 8 tak boleh. nanti aku try cari kot-kot ada yang boleh. 

boleh pergi ke link ini >>> CURSORFX <<<

yang ni kena pandai-pandai buat sendiri ye. aku tak boleh nak ajar sebab aku bukan windows 7 dah. sobs.
sebenarnya ada banyak lagi. tapi setakat ni, biarlah aku kongsi 3 je dulu ye. kalau korang ada tips lain, share lah kat sini. sharing is caring. cewah! -.-
okay tu je. kepada lelaki di luar sana yang hebat, x payahlah datang sini hentam aku. aku pakai apps biasa-biasa je. tak hebat macam orang lain okay.
adios~

 
post signature

Share:

16 comments

  1. nice sharing . laptop akan makin bersepah bile dekat dengn final . haha

    ReplyDelete
  2. banyak tips.... hahaha... kaksha pun tak tau segala menda ni... kira benda baru untuk kaksha la :)

    ReplyDelete
  3. selamat malam..syira cuti 4 hari so jom blogwalking...hehe ^_^

    ReplyDelete
  4. Dulu2 time belajar rajin gak godek2 skrin laptop nak kasi cantik. Sekarang ni dah tak dan. Laptop akak simple tahap hambarrrr hehehe

    ReplyDelete
  5. wahh, tak pernahh tauu pun pasal ni. XD

    ReplyDelete
  6. wah.. byk tips amy... KM pun rajin godek2 dulu tp skang dah pakai XP baru.. alahai.. susah nya la..

    ReplyDelete
  7. Mak oii rain meter je dah canggih-manggih.

    ReplyDelete
  8. Semakin lama semakin canggih2... :D

    ReplyDelete
  9. dulu akak rajin cantikkan desktop. lepas tu dia asyik lembap je, akak buang semua. bila pakai lappy baru, akak just tukar background je. hehe

    ReplyDelete
  10. Best r pakai windows 8. Hehe. Dulu rajin r explore skg dah kurang. Teracopy menarik pulak perhatian. Memang budak pon suka donlod2 ni :)

    ReplyDelete
  11. ooooit yang iron man tu :D hohooooho. adakah akak terlalu tua sebab akak tak berapa
    nak mengerti sangat mende mende ni semua.

    ReplyDelete
  12. kak ros takde laptop sendiri.. dok guna yang husband punya je.. dia punya laptop simple je. tak semak. hihihi

    ReplyDelete
  13. cursor tangan? nk try lah tukar :-)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.