Reunion MRSM Kepala Batas 2nd Batch di PD .:PART 1:.

12:45 p.m
rumah
bosan

 assalamualaikum and hello lads!



dah lama berjanji nak buat entry pasal ni. tapi MALAS tu mula menguasai diri. hmm...

okay, alkisahnya aku ada final exam 27 September tu. Kertas Data Communication and Networks. Habis sepatutnya dalam pukul 5:30 petang. tapi member aku dah bosan sangat and tak sabar nak menghabiskan paper secepat mungkin, dia pun keluar dari dewan.

so, aku pun dengan excitednya keluar lah... and you know what? kami dah sampai apartment, baru aku teringat something.

AKU LUPA AMBIL PURSE DEKAT DEWAN!! YA ALLAH!!!!


macam manalah boleh tak ingat. habit aku, aku suka letak purse dekat kaki. sebab nak cepat and terlalu fikir pasal PD, aku boleh terlupa. nasib baik jumpa. -.-.

dalam 6:30 petang tu member aku, Izyan ambil dengan kereta kancil dia. Shikin pun ada. lepas ambil aku, dia ambil Wak pula. oh, nama dia Nizam. tapi dia suruh orang panggil dia Wak. 

Wak yang drive. agaknya sebab dia segan kot. wakakaka. la, senang je nak pergi PD. ambil highway yang lalu tol UPM tu, lepas tu straight je, no belok-belok. 

lepas dah solat maghrib dekat R&R, kami bergerak semula. boleh pula dah sampai Telok Kemang tu, kami sesat. tak jumpa lorong nak masuk ke banglo tu. dah la sorang member ni tak betul sikit otaknya. *not literally*. berpusing-pusing dekat situ, akhirnya jumpa juga.

masa sampai tu, kawan-kawan lain dah sibuk BBQ. seronoknya aku rasa! even awkward mula-mula. sebab dah lama x jumpa kan. dari MRSM dulu.

lelaki lagi ramai dari perempuan. even tak banyak macam yang aku harapkan, ni dah kira okay. :)

masa tunggu berBBQ tu, sembang-sembanglah sambil tunggu host and co host. DIORANG PALING LAMBAT SAMPAI.

amboi, mentang-mentang kau yang buat, kau paling lambat ye. hahaha. 

dah dekat tengah malam tu, baru kami havoc sikit. mula-mula senyap je. sembang dengan orang yang kita kenal. 

kami buat Truth Or Dare. aku kagum dengan permainan kami ni sebab kami betul-betul HONEST dengan orang lain. tanyalah apa je, kita kena cakap dengan betul. siapa paling handsome, siapa paling gatal, kau crush dengan siapa dulu.




minum air campur sos cili, sos bbq, dengan apa entah. bluek. dia minum dengan selesanya

soalan yang aku kena. siapa crush aku. mula-mula orang tak tahu nak tanya apa. aku memang dah agak. sebab aku bukan jenis yang suka tonjolkan diri. nasib baik masa tu mamat yang aku pernah suka tak ada. 

DARE paling best. tak ramai yang pilih dare. tapi yang pilih dare ni, semua cakap, yang tu lah diorang nak tanya macam-macam soalan. tapi nak buat macam mana. haha.














pelik-pelik je dare diorang ni. aku pun geli nak tengok. ada yang kena cakap I LOVE YOU dekat crush dia lah. ada yang kena nyanyi dekat depan siapa-siapa je lah. haha. so far, memang gila happening kitorang.

tengok-tengok jam, dah dekat pukul 2.30 pagi. budak-budak lelaki nak pergi swimming. budak perempuan pun ada juga yang pergi. aku terlalu penat, so, aku tidur sahaja terus dengan yang lain. 

kami perempuan dua je bilik. yang lain, budak lelaki conquer. haha. 

okay nanti aku sambung PART 2 pula ye.

mengenai tempat tersebut (Family Holiday Bungalow)

- Banglo Family (berhadapan dengan LGM Lodge) - Lembaga Getah Malaysia
- Ada 4 bilik dekat atas, tapi 3 je boleh guna. bawah ada 1 bilik. 
- Bilik air ada 3. 
- TV dan WIFI disediakan.
- Muat 5 kereta untuk diparkir dalam kawasan rumah banglo tu

memang serious luas! harga kalau sewa dengan owner, member aku kata, dia ambil rm600 je. tapi sebab kami sewa dari ejen, so jadilah dalam RM1000++ sehari.

okaylah kalau nak buat family day. anak-anak boleh berlari dalam rumah tu. kelengkapan dapur pun banyak. tempat BBQ ada. 

cuma yang tak bestnya, saluran paip air dekat singki dia bocor. banjir dapur tu. adeh. susah lah sikit kalau nak masak. terpaksalah berhujan dalam dapur. hahahhaa. and dekat situ ada anjing. nak kata banyak gila tak adalah. tapi adalah.

and dekat sangat dah dengan kawasan pantai. adalah dalam 2 minit perjalanan. 

cuma nak masuk ke kawasan tu complicated sikit. korang dah sampai PD, korang kena cari signboard Akar Beach Resort. lepastu dah masuk simpang tu, jalan straight then masuk simpang kiri, then straight lagi, cari signboard Sunrise Village Resort.


follow je signboard tu. macam aku cakap, banglo betul-betul depan LGM Lodge. sebelum sampai ke Sunrise Village Resort. kalau nak try tempat lain pun boleh, tak ada masalah. hehe.

untuk cari banglo mana sesuai dengan family korang yang besar, cuba cek website ni. :)

 
 
 
 
 
post signature

36 comments :

  1. owh buat reunion di sana.. best ke Amy?.. kak Ros tak pernha pulak buat reunion macam tu. hihihi. sekadar berjumpa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah kak ros. tak best sangat sebab tak ramai kawan yang datang. kurang dari 40 orang. tempat dah okay. pantai pun okay. cuma xde pemandangan yang menarik sangat

      tapi bab jumpa kawan-kawan lama yang best gila tu ^^

      Delete
  2. uuuu tazzabarnye nak tunggu part 2. aku nak buat entry tak sempat lagi. kekeke.

    ReplyDelete
  3. wahhh happeningnya... tak sabar nak baca part 2...

    ReplyDelete
  4. Wahhh...bestnya buat reunion...seingat akk baru sekali join reunion..lps tu takde peluang dan masa dsh..huhu...rindu plak kengkawan mrsm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. yang ni pun baru sekali kak. tapi yang plan punyalah. unplan masa kawan kahwin. gather terus ramai-ramai. hehe. tu lah, sebab rindu yang tegar g sana dengan keadaaan kelam kabutnya. heee

      Delete
  5. bestnya..jeles sesangat!mesti seronok jumpa balik gini.crush Amy masa sekolah dulu mesti comel kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.... saya lagi jeles dengan kak Sal sebab dapat travel negara orang. sobs.

      comel bagi saya lah kot xP

      Delete
  6. alahai.. bestnyaaa reunion.. ramai ek laki pakai spek?hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... ramai , tapi semua berpakaian tak berapa senonoh. so reject XP

      Delete
  7. akak org somban pun tak sampai lagi. hahhaa

    ReplyDelete
  8. wah menarik ja tempat ni. tak pernah sampai lagi PD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, ye ke? masa free nanti jangan lupa bawa family ke sana XP

      Delete
  9. Seronoknye dapat jumpa kengkawan lama kan? msti byk cerita..hehehe

    ReplyDelete
  10. Seronok ni jumpa kawan2 lama.
    Kira tempat lama akak jugaklah ni..dulu keje kkPD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. oh, ye ke? kitorang g sana sekejap je. x sempat nak singgah mana-mana pun kak. sobs

      Delete
  11. Yang perempuan ayu2.
    Yang lelaki pakai seluar kemetot je? Erkkk..
    * tak tersedak ke adik yang minum air campuran sos tu?
    Ishhh jenuh nak abihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. maceh.

      ha, tahu takpe kak! saya terkejut la juga. biar benor diorang ni. terus reject nak jadikan crush. wkakaka...

      entahlah, dia steady gila minum air tu. kitorang yang rasa eiii...

      Delete
  12. Crush dengan sapa?
    Wakaka kalau akak mmg malu gile nak jawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. crush dengan budak nasyid sekolah. shhhh xP

      saya pun malu kak. tapi sebab diorang honest, saya pun kena honest. heeee

      Delete
  13. Syoknya kalau dapat jumpa balik rakan-rakan lama ^_^

    ReplyDelete
  14. Lama tak jumpa memang segan kan. Haha. Bestnya reunion. Selalu budak pempuan yg ramai ni lelaki lak paling ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, segan sangat mula-mula. hahaha... ktorang memang ramai lelaki dari pempuan... kelas je ramai pmpuan. hehe

      Delete
  15. papar data communication n network?..ya Ampun paper yg paling akak x gemar waktu Degree dulu...lulus cukup2 mkn je huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahaha.. saya ni pun x tahu lah kak. xdapat lagi result. hmm...

      Delete
  16. banglo tu ada wifi ke? aku ingat Hafiq yang sponsor wifi sebab aku pakai wifi si Hafiq je..lajuuuuu vroom vroom

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, Hafiq punya ke? aku dengar orang kata banglo ada wifi, kenapa tak pakai? so, aku pun mnx lah password. haha. entahlah. aku pakai wifi tu. tapi kejap aku pakai aku pnya sendiri...

      Delete
    2. eh banglo tu ada wifi ke? sebab yang password number yang dorang dok edar tu wifi si hafiq. laaaaaaaajuuuuuuuuuuu,, hahaha

      Delete
    3. oh, rupanya wifi si Hafiq kita duk pakai tu. wakakaka.... misunderstood..

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes