12:38 p.m
rumah lagi
tak tahu nak buat apa
assalamualaikum and hello lads!
![]() |
Shauqi, Hafiq, Syaza, Atiqah, aku, Izyan, Timah kecik, Shikin, Naim |
![]() |
B, Ayu, Yaya, Mizan, Nashrin, Asma, Piky, Syamil, Nash |
![]() |
Ikram, Keden, Atan, Sid, Weng, Botak, Wak, Che Mat, Kacang |
salam Jumaat semua :)
harini aku nak sambung cerita pasal PD. kami bangun dalam pukul 9 macam tu. sebab apa? sebab malam tu 3 pagi baru kami tidur tahu tak! itupun kepala dah pening. aduhai.
bila kami dah ramai bangun, turn lelaki pula tidur. kami memang serumah. tapi bila perempuan banyak kat rumah, diorang duduk luar melepak. bila perempuan dah berjaga, baru diorang masuk rumah and zzzzzzzzz....
*sempat member ambil gambar budak-budak lelaki tidur. haha*
kami decide untuk bermandi manda di pantai! weee~ yang selainnya, Umi, Yaya, Timah dan Tiqah g buat sarapan.
![]() |
laluan nak ke pantai |







aku tak mandi pun. malas lah. tak ada mood. aku banyak ambil gambar je.
plannya tengah hari dalam pukul 12 dah nak gerak aku dengar. last-last member kata orang tu bagi extend masa sikit. so, pukul 1 baru kami bergerak balik.
dan-dan pula tengah hari tu lelaki baru nak pergi pantai balik. bukannya tahu apa kulit terbakar ke tak. haha. kawan-kawan perempuan pun ada yang terjun balik bila elok-elok dah siap bertudung proper semua.




sebelum bertolak pulang, kami buat open table session. tapi tak lama. sekejap je. sebab mak cik cina tu dah sampai. then, kitorang ambil gambar depan banglo tu.


![]() |
selfie pakai kamera dslr. lol |








ada yang terpaksa balik awal sebab dia dah nak fly ke Mesir. sempat dia datang reunion kan :)
habis bergambar, makan tengah hari kejap dekat restoran asam pedas. betul-betul depan pantai Teluk Kemang yang sangat riuh rendah and sesak tu. tepi jalan je.
![]() |
bye PD |




harga? hmm.. not bad lah kot. harga standard. pedas memang pedas kawan aku kata. aku order nasi ayam je.
tapi kalau korang pergi tengah hari, MEMANG RAMAI OI! nasib baiklah ada yang baik hati makan cepat-cepat and bagi kami tempat duduk. kami kan ramai. haha. dua meja panjang kami ambil.
then, balik. alhamdulillah. dalam pukul 4 lebih kot sampai UNITEN. terima kasih Izyan bagi tumpang kereta. terima kasih Wak bawakan kami ke PD. terima kasih Mizan and Botak sebab handle reunion ni. terima kasih semua sebab datang. :')
best day of my life!
kalau nak tahu lebih lanjut mengenai tempat penginapan kami. boleh cek di Part 1 PD aku.
kalau nak tahu lebih lanjut mengenai tempat penginapan kami. boleh cek di Part 1 PD aku.
adios~

Waahhh..bestnya.
ReplyDeletehehehe... ^^
Deleteawat celop kaki je.. nape tak terjun air terus hehe..
ReplyDeletehehe... malas lah nak basuh baju nanti kak XP
Deletewahhh bestnyer reunion... kite ask terlepas je reunion... btw, amy ni lahir 1992 ke, sebab batch ke mrsm kb yer? ke batch yang lahir 1991?
ReplyDeletehehehe.. yep, saya tahun 1992. 2nd batch. MRSM KB baru je buka tahun 2007 tak silap... ^^,
Deletejelesnya..lama tak mandi laut!huhuhu
ReplyDeletehehehe.. saya lagi jeles orang tu g australia XP
Deletehaha, tapi laut kat australia tak boleh mandi.manala tau satu hari nanti amy lak dapat ke sana.akak dah balik dari sana ni pun still rasa cam mimpi je..
Deleteha, eh ye ke kak? nape ???? deras sangat ke? in shaa ALLAH kak. one fine day :)
Deleteslalu nmpk mrsm ni bila p kepala batas hehe
ReplyDeleteye ke? hehe.. saya dah berkurun x g sana... ^^
DeleteBaru jer lalu mrsm kepala batas hari khamis aritu...hihi...
ReplyDeleteha, ye ke? bestnyaa..... bilalah nak g sana balik. sobs
Deletehadoiii.. bestnyaaaaa... da lme xpi pantai.. alahaiii ><
ReplyDeletekite tag amy ;)
http://loveneddy.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html
ha, apalagi. jangan lupa g pantai XP
Deletethanks nanad! ^^
Wahh best... pengalaman & kenangan yg menarik bersama. Pasti tak akan dilupakan.. :)
ReplyDeletebetul. best moment ever. alhamdulillah :)
Deletetime ni lah nak kutip segala kenangan kan? selagi boleh kumpul, kumpul!
ReplyDeletebetul tu kak Scha! kalau dah kahwin, banyak dengan family je nanti. ^^,
Deleteasam pedas ni ada satu cawangan kat bangi, tapi kaksha tak boleh angkat... mungkin dah biasa asam pedas arwah opah... haha...
ReplyDeleteanyway, seronok tau tengok reunion macam ni... PD nampak cantik la pulak, masa kaksha pergi kotor kemain...
oh, yelah.. kat bangi tu saya x try lagi kak.. saya pun x berapa asam pedas ni... sebab pedas.. and masam..
Deletemasakan orang tua kita mestilah paling terbaik kan ^^, tapi PD kosong sangat la.. x tau nak amek gmbr kat port mana --.-
seronoknye...lama tak g PD..dulu masa abang Cik Mimie duduk sana..selalu juga turun..huhu..Asam pedas die memang terbaik!!
ReplyDeleteHaish, jadi rindu nak reunion dengan member-member lama..tapi semua sibuk srg ni T_T
oh, ye ke? saya baru first time ke sana. heee... kiranya Cik Mimie dah selalu sangatlah g Asam Pedas tu erk? hehe. sayang lak Cik Mimie dah x ke sana.
Deletebiasalah. kitorang pun ada yang get ready nak fly balik. hmm
Seronok tengok rumah dia. Seronok tengok pantai dia. Seronok tengok amy gembira ;)
ReplyDeletehehehe.. mekasih kak ^^,
Deletesama-sama amy! hihi. ni kes tak nak move on lagi ke ni hahahaha! btw good post dan sampai sudah aku pun tak buat-buat lagi post pasal reunion ni ha XD
ReplyDeletehahahaha.... xdelah. aku nak completekan cerita ni je ^^,
Deleteha, ni bila nak buat ni ? XP
uuuuish seronoknya lahai. ramai pulak tu yang join. mmg confirmlah meriah.
ReplyDeletehehehe... meriah lah juga.. tapi mula2 tu awkward sikit. xP
Deletekak Ros memang suka pantai! jelesnya tengok korang bersuka ria tu. tunggulah nanti kak ros pula bersenang senang tepi pantai. hihihi
ReplyDeletesamalah kita kak! hehehe... apalagi, honeymoon kali kedua. eh, ke kali ke berapa ni? xP
Deletetime masih belajar ni lah dapat kumpul ramai2 mcm ni kan...kenangan yg terindah..bila dh start kejer dan kahwin mmg dh susah nk dapat moment mcm ni...MERIAH sgt :-)
ReplyDeletebetul tu kak JM ^^, kalau dah kerja, memang suami x bagi la.. melainkan suami pun dak sekolah sama. hahaha
DeleteBudak pandai rupanye Amy ni. Anyway, memang seronok bila dapat berkumpul dengan kawan2 sekolah. =)
ReplyDeletehehehehe... nasib je tu dapat masuk mrsm. >.< betul, seronok sangat!
Delete