Tips Semasa Interview Kerja

assalamualaikum and hello lads!

siapa yang nak bekerja tu? tapi macam mana caranya nak kuasai interview ni?
so far, aku pernah belajar cara-cara nak handle situasi semasa di tempat kerja. masa aku dekat MRSM dulu, aku ada diajar juga cara macam mana nak bagi first impression yang sangat bagus ketika di interview.

so, ini antaranya. 

1. Penampilan

.: Pakailah pakaian formal. bak kata cikgu aku dulu, nak pakai bikini? boleh aje. pakailah. tapi kat luar pakai jubah. tapi jangan pergi interview pakai jubah pula. itu cuma kata-kata sahaja yang aku petik.

nak pakai seluar bermuda je pun boleh, tapi yang penting kameja berserta tali leher dipakai di luar. biarlah seksi di dalam, tak seksi di luar. seksi di luar banyak dosa. FIRST IMPRESSION sangat penting.

masa tu lah judging men judging mula berlaku. manusia kan suka judge 



2. Wajah

.: Wajah kita kena nampak confident. Jangan muka sedih je. aku pernah kena kot masa interview dengan JPA.

kenapa muka awak sedih sangat ni? jangan sedih-sedih, kitorang tanya soalan je. 

adoi. sebenarnya aku gelabah, tapi maybe aku terbuat muka sedih. nasib baik diterima. cuma tak ke oversea sahaja. so, muka jangan messy messy okay. just be yourself but with adab. 
oh, and senyum :)

3. Cara Duduk

.: Jangan kau pergi duduk bersila pula atas kerusi. Nak jumpa bakal mertua pun tak macam tu okay. melainkan kau kena interview dekat atas lantai. 

Kaki biar lurus, bukan menjulur. tapi 90 degree. ada faham? tak faham, aku tunjuk gambar. 


jangan silang kaki. jangan goyang-goyang kaki. jangan kebelakangkan kaki. jangan terkangkang pula. 


4. Bercakap

.: Jangan tak bercakap langsung. Jangan cakap banyak sangat. Bila bercakap, bagi peluang dekat orang lain untuk bagi pendapat juga. Mana tahu, mungkin suggestion dia boleh bantu kita communicate lagi bagus ke.

this happens to me. masa tu aku join Educamp yang dibuat oleh UTP. dia nak tapis student kan. ada sorang perempuan dalam group aku ni, dia je yang bercakap. orang lain nak bercakap, dia pergi potong.

whoa, that's bad man. sedangkan bersembang dengan kawan pun, kita x suka kalau ada orang menyampuk bila kita tengah syok bercerita. betul tak? so, talk and give a chance to everyone who wants to talk. 

5. Breakfast

.: Orang kata kalau dah nervous, susah nak makan. rasa memulas je perut. tapi at least makanlah sikit. research mengatakan buah pisang boleh buat kita jadi relax.

simple je sudahlah. asalkan perut terisi.

credit to www.bestwesternpremierplaza.com

6. Tanya Soalan

.: Ni pun serious aku tak pernah buat. my bad. sepatutnya kita kena get ready dengan questions. tapi make sure soalan tu ada kaitan dengan company. jangan kau pergi tanya dia, single ke, ada anak berapa, tinggal kat mana.

tanyalah apa perkembangan company sekarang dan apa plan company nak buat dalam masa 5 tahun akan datang. 

or tanya apa yang akan dinilai dalam diri kita seandainya kita diterima kerja di situ. anything. bila kita tanya soalan-soalan macam ni, maknanya kita dah buktikan dekat dia yang kita dah buat research sebelum kita pergi interview session tu.


7. Poskad

.: Ha, ni paling best. haha. tak kisahlah poskad ke kad raya ke, yang penting sesuai. itu sebagai tanda appreciation kita kepada para interviewer sebab dah spend masa banyak gila tanyakan soalan yang sama berulang kali. 

penat kot. aku tengok time interview dengan JPA dulu, beribu lah juga orang datang. mahu tak pengsan kat situ.



8. Be Honest

.: Janganlah menipu. Tolonglah jangan. Fikirlah sikit. Berapa ramai manusia dah dia interview kat muka bumi ni? so, mesti dia boleh tahu siapa menipu and siapa bercakap benar.

 
okay, that's all. nanti aku sambung lagi pasal interview okay.
bagi yang banyak pengalaman, marilah kita kongsi bersama-sama. mana tahu anda salah seorang yang interview orang ni kan... kami nak tahu juga ^^,
 
 
 
post signature

21 comments :

  1. 1. jangan bohong, sebab kalau kita dapat kerja tu bohong kita akan makan kita balik
    2. jangan burukkan company lama
    3. jangan banyak sangat cerita personal, takut kena judge..

    banyak lagi kalau nak share ni, tak cukup ruang komen..hehe

    ReplyDelete
  2. kenangan iv - iv dalam bahasa Terengganu.,.. LOOL hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, dalam bahasa Terengganu? kalau loghat sendiri xpelah. haha

      Delete
  3. nice sharing. saya sepanjang dok pi interview semua dalam bi. bagi saya yang paling penting dalam interview ni kita kena confident. kalau tak abeh tunggang langgang. haha

    ReplyDelete
  4. ingat masa gi interview JPA . punyalah ramai org , berderet . pegawai tu pun dah mcm x larat jer nak teruskan ....

    ReplyDelete
  5. Woahh bagus tips2 ni.. Tak tahu aku boleh tulis poskad pula.. tu tak kira membodek ke?

    Ada orang cakap on that day don't be ourself be others.. xD
    Sebab waktu tu je kita perlu jadi sedikit hypocrites untuk lebih menonjol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... ckgu aku kata itu sebagai tanda appreciation. ucap terima kasih sebab dah luangkan masa interview kau. sekurang-kurangnya bila dia nak tapis, dia ingat nama kau. cewah..

      aku x sure la.. kadang2 kalau dah gelabah, susah nak jadi hipokrit ni. haha

      Delete
  6. Salam singgah...

    saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog saya ya =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. salam Amy, akak dah tukar alamat blog. ada problem sikit. nanti singgah ye

    iniblogsal.blogspot.com

    sayang sangat tapi apa kan daya.huhu

    ReplyDelete
  8. Tips yang berguna nie... Thanks Amy ^_^

    ReplyDelete
  9. teringat secondtime interview kat TNB, dalam perjalanan tu kemain zikir segala bagai, tapi kaksha punya ngeletar macam hape je bila mengadap tuan interview tu... lepas tu suruh speaking... terus kaksha rasa nak nangis.... hahaha !! mungkin itu last interview kot...

    cuma nice tips untuk mereka yang akan menghadiri interview... pesanan, jangan gelabah... cool je... hihi

    ReplyDelete
  10. Wah,, tips ni Cik Mimie boleh gunakan tok interview nnti..haish, takut pulak rasa...thank Amy :)

    ReplyDelete
  11. banyoknya tips..! hehe.. n lagi kena la prepare sijil2 segala yg diperlukan..

    ReplyDelete
  12. Tips yg sgt berguna :)
    Cakap jangan pandang atas bawah. Pandang penemuduga dgn penuh konfiden :)

    ReplyDelete
  13. nice tips.. dah 3x kene interview.. mcm2 patern ada..hahah
    muka masa gi interview muka eksaited gilosss.. dalam haty fuhh nervousss bak hang. hahaha

    ReplyDelete
  14. Yg postcards tu baru akak tahu. Hahaha.

    Akk kkdng fobia gak nak g interview ni. T__T

    ReplyDelete
  15. interview ngan JPA eh.. dasat. akak sebab sakit so saringan awal memang tak lepas lah. mana nak taja orang sakit belajar T.T kang blanja rawatan lagi mahai..

    kawan akak kena nyanyi lagu doremon time interview. kelakar tapi kalau tak tau nyanyi cem mane agaknye..

    ReplyDelete
  16. Adik ipar selalu dapat kerja everytime dia kena interview (swasta).
    Tips?
    1. Dia sangat confident.
    2. Pandai bercakap, tapi bukan bercakap yang merapu ok.
    3. Banyak membaca isu semasa especially dalam negara.
    4. Kemas & wangi (pakailah perfume sikit. Jangan biar badan tengit. Tapi, jangan over sangat t pening pulak.)

    ReplyDelete
  17. Akk 1st and last kene intrview kt spa dulu...
    Heee alhmdullilah rezeki kan??
    Tp mase tu akk pon xtau bnd ape yg akk merepeek..
    Dgn xbersedianye lagi..
    Tp tula org kate rezeki kan??

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes