6:44 a.m
apartment
lapar :(
assalamualaikum and hello lads!
alhamdulillah. dah masuk hari Jumaat pun kita.

korang pernah tak alami situasi macam ni? doa satu benda tu, tapi lambat sangat dapat.. kadang-kadang tak dapat. kadang-kadang dapat cepat.
mesti semua pernah merasai kan. yang dapat cepat tu, mungkin dah ditakdirkan dia dapat lebih awal dari kita. mungkin dia dah bersedia and kita belum. itu semua ALLAH je tahu.
ustaz aku pernah cerita. dalam semua benda dia dapat, semuanya dia dapat lambat.
orang dah dapat kerja, dia belum. tapi sekali dapat kerja, dia dapat jadi lecturer.
orang dah dapat kereta, dia belum. tapi sekali dapat kereta, dia beli Jeep terus.
orang dah kahwin, dia belum. tapi sekali dia kahwin, anak sekarang dah enam pun.
itu dia kata. nampak tak kuasa ALLAH. kenikmatan ALLAH. lambat tak bermakna apa yang kita dapat tu tak berbaloi. mungkin nikmat rezeki kita dapat lagi berganda-ganda best dia. tapi itu bergantung dengan usaha dan kesabaran kita lah.

and sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.
![]() |
credit to ummurumaysa.blogspot.com |
aku pernah juga alami situasi ni. orang lain dah dapat tempat pratikal masing-masing. aku cari dan cari dan cari. sampai satu masa aku betul-betul give up, ALLAH bagi apa yang aku harapkan. tempat aku praktikal tu best sangat. boss aku gila-gila. staff kat situ pun suka mengusik. tak ada marah-marah aku even aku ni tak tahu apa-apa. -.-
soal jodoh, soal anak tu. mungkin sampai satu masa, ALLAH akan bagi. cepat atau lambat, itu bergantung pada-Nya. kalau DIA tahu kita dah yakin dengan diri sendiri, DIA akan bagi dengan nikmat yang sangat mengasyikkan.
macam orang cakap. rezeki datang dari macam-macam bentuk. aku hilang arwah abah. tapi aku ada family besar yang sangat supportive. aku dapat ayah baru yang boleh jaga kami sekeluarga.
mungkin apa yang kita dapat sekarang tak sama dengan nikmat dulu. tapi ini salah satu cara ALLAH suruh kita move on dan hargai apa yang kita ada sekarang.




Betul tu Amy. Setuju sangat dengan entri ni. Kalau Allah tak tunaikan permintaan kita sekarang, insya Allah Dia simpan yang something yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan. Kalau Dia ambil something daripada kita, insya Allah, Dia akan gantikan dengan benda yang lebih baik mungkin.
ReplyDeleteMacam saya, ada satu benda ni dah lama saya doakan agar diberi jawapan. Lepas 7 tahun, baru Dia jawab. Dan saya rasa timing Dia sangat hebat. Saya rasa kalau dia jawab doa saya 7 tahun yang lepas, saya mungkin takkan setenang macam sekarang. Mahu meroyan agaknya kalau dia jawab doa saya tu 7 tahun lepas.
hehehe. kan. ALLAH bagi lambat tu x bermakna benda tu dah x berbaloi untuk kita sekarang. tapi sebab timing kita yang x tepat. kita belum bersedia. kita nak benda tu sebab nafsu je maybe. maybe..
Deletehurmh... kadang2 ada terpikir macam tu.. bu then, baru tersedar..
ReplyDeletesemua itu rancanganNya.. Dia lebih mengetahui yang mana yang baik untuk hambaNya...
selalu jugak berpegang pada... " Allah turunkan hujan sebab nak bagi pelangi selpeas hujan.." :)
ye betul. xkan selama-lamanya di dunia ni akan hujan kan ^^,
Deletebetul tu amy..akak setuju dengan pendapat amy..allah pasti memberikan yang terbaik buat semua hambanya..
ReplyDeleteye, ALLAH Maha Adil. manusia je yang bersikap x elok macam ni... x bagi reward dekat orang yang betul2 berusaha. tapi x semua la. hehe
DeleteBtl tu amy...
ReplyDeleteallah adlh sebaik2 perancng...
lmbt and cepat je
kalau tak dpt allah mgkin dah tentukn yg lebih baik...
ye, ALLAH tahu bila kita akan ready kan ^^
Deletekita merancang.. Allah juga merancang..
ReplyDeleteperancangan Allah lebih baik
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/11/7-eleven-malaysia-byo-cup-day-2014.html
yep. sebab perancangan kita ni mengikut impian dan harapan. perancangan ALLAH mengikut apa yang kita perlukan..
DeleteAssalamualaikum. Nice entry. Betul tu. Tak semestinya apa yang kita minta tu, kita akan dapat dengan segera. Kadang2 tu Allah hold dulu permintaan kita untuk masa akan datang. Kita haruslah jangan merungut bila dapat lambat. Sebab kita kena sedar yang kita ni hanya mampu meminta. The rest tu semua kerja Allah :)
ReplyDeleteye betul. kita minta dan kita kena berusaha. ALLAH nak tengok juga tahap usaha kita macam mana. xkan la nak mengharap duit jatuh dari langit kalau x cari rezeki kan. ^^
DeleteSetuju dengan Amy..Tak semestinya kita tak dapat ape yang kita nak..ALLAH tak sayang kita...sebenarnya dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita..Sabar itu perlu :)
ReplyDeleteye betul. sabar memang sangat diperlukan bila dalam situasi macam ni...
Deletesetuju sangat...dulu selalu frust dengan diri sendiri sebab lambat dapat kerja, now dah dapat rasa it's worth the wait..soal jodoh pun akak terfikir benda yang sama.
ReplyDeleterezeki Allah datang dalam bentuk berbeza yang tak tersangka-sangka.thanks for a well-written entry ;)
ha'a, rezeki kita x sama dengan orang lain kan... so, janganlah ada rasa cemburu kalau kita x dapat macam diorang. sebab mungkin kita xnak pun benda tu andai kata kita dapat benda yang sama ^^
DeleteYup Allah sebaik-sebaik perancang. Kite sebagai hambanye need doa and doa. Good entry amy.
ReplyDeleteNadia pon penah rase mcm tu.
ye betul. ALLAH sebaik-baik perancang.
Deletebetul Amy.. setiap yang terjadi ada hikmahNya.. Kita kena terima dan redha.. Jangan pernah putus asa. Tetap berusaha dan berdoa memohon kepada Allah.. Kak Ros pun dulu fikir jugak, kenapa aku diuji begini. kenapa tak begitu?. Allah... sekarang kak Ros dah boleh menerima .Namun masih berusaha dan berdoa agar dipermudahkan.. tak ape, Allah sebaik -baik perancang. Dia tahu bila masa yang sesuai buat kak Ros untuk menerima rezekiNya itu..
ReplyDeleteindeed. jangan sesekali berputus asa. saya pernah juga berputus asa dulu setiap kali bercerita soal jodoh. cemburu tengok kawan-kawan dah berpunya. tapi semua itu dah ada diceritakan sebelum kita lahir pun. so saya akan cuba sabar menunggu dan berdoa, and buat masa ni biarlah family yang jadi keutamaan.
Deletepasal rezeki anak ni, ckgu saya pun lama sangat tnggu anak. hari-hari bercerita, kalau dia ada anak, dia nak buat tu buat ni... tapi alhamdulillah, bertahun lamanya, dia dapat apa yang dia nak. maybe masa tu ALLAH tahu ckgu saya dah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
saya doakan kak ros akan dapat rezeki sama macam pasangan yang lain juga. in shaa ALLAH :)
nak sabar,cakap memang senang,berapa ramai mampu tahan diri dari bersabar dan bersangka baik?kita selalu sangat 'push' ,berdoa berharap2 sangat utk dapatkan apa yg kita nak tp tak berusaha dan ersungguh2..lepas tu salahkan semuanya,kita merancang selebihnya Allah tentukan.
ReplyDeleteye betul. cakap memang senang. sebab tu ujian kita masing-masing berbeza. sebab yang cakap senang tu, memang senang bagi dia. yang dapat ujian tu, sebab ALLAH nak tengok tahap kemampuan kita. ALLAH nak tengok macam mana cara kita nak atasi ketakutan kita dengan benda tu... betul kan.
DeleteALLAH memang dah rancang, tapi ALLAH nak tengok sejauh mana usaha kita untuk dapat sesuatu.
Betul. Yang penting kita kena yakin dan percaya perancangan Allah adalah yang TERBAIK untuk kita :)
ReplyDeleteyes it is. kita cuma manusia biasa yang buat kesilapan dan selalu fikir atas impian diri sendiri.
Deleteheheh dah nama pun manusia kan,...
Deletebetul ^^,
Deleteentri ni perli kaksha ke apa?? hahaha... takdelah... just asking...werkkk
ReplyDeleteactually kaksha akan moody pasal perkara ni when kaksha start hormon kurang stabil, then yes... kaksha akan salahkan Tuhan etc, sometimes fikir that janji Allah yang kata akan tolong hamba teraniaya tapi dah berapa tahun kaksha mintak tapi tak dapat, sebab kaksha tak mintak hidup kaya, just enough kaksha senang dan tak susahkan orang... hidup kaksha sangat terbeban dengan bil hospital etc...
ehh kaksha tak marah amy tau (takut plak amy terasa pasal comment panjang lebar kaksha ni) ,
ada betul amy cakap pun... ni bila kaksha tenang je, kaksha cool baca entri amy, then kaksha realise, "oklah bukan time aku terima semua rezeki KAU Ya Rabbi", so kaksha senyum, takpe... rezeki tu kat mana2.. and I won't give up... thx for the entri Amy sayang, bukak mata kaksha jugak.. orang lebih muda dari kaksha boleh fikir waras dari kaksha ^^
eh tak adalah kaksha.. entri ni untuk semua orang termasuklah saya sendiri.. saya kan masih belum berjumpa jodoh lagi. hehehe..
Deletesebab tu entri saya ni x menyentuh soal lain. sebab saya x alami, dan saya xtahu apa yang orang lain akan buat bila berdepan dengan ujian masing-masing. saya mnx maaf juga kalau kaksha terasa.
saya pernah merungut dengan kehidupan sendiri juga. saya ni asyik bergantung dengan orang lain je. rasa macam selalu susahkan orang lain je. kalaulah itu... kalaulah ini.... hmmm...
"Jika doamu dimakbulkan , tanda Allah menyayangimu. Jika doamu lambat dimakbulkan tanda Allah ingin mengujimu. Jika doamu tidak dimakbulkan,tanda Allah merancang yang terbaik buatmu."
ReplyDelete^_^
ha, inilah ayat yang saya cari selama ini. hahaha. tapi x ingat yang panjang pnya.. mekasih ^^
DeleteEveryone wants their prayer to be answered on time, but the thing is nobody wants to pray on time.
ReplyDeleteKata2 ni terlintas di fikiran saya sewaktu membaca entry cik Amy di atas.
Sekarang pun saya sedang diuji, entah kenapa apabila membaca salah satu ayat cik Amy di atas buat hati saya rasa lapang.. thanks cik amy :')
yes, terbaik..!
Deletehari-hari kita diuji. ujian tu x semestinya dalam bentuk kesusahan dan kepayahan kan. orang kaya raya pun diuji.. mampu ke dia jadi humble bila dia miliki segala-galanya... orang ramai anak pun diuji, mampu ke dia bersikap adil. orang tak ada anak pun diuji, kuat ke hubungan cinta mereka sampai sanggup menunggu rezeki anak sampai masa yang x diketahui. semua manusia diuji. cuma dalam bentuk berbeza.
pendek kata, ujian dan manusia memang tak dapat dipisahkan.
Deletecuma terpulang pd kekuatan dan ketahanan dalam diri masing-masing.
mungkinkah saya atau dia atau sesiapa saja akan tersungkur atau bangun semula selepas ujian ini?
itu... hanya iman yg akan menentukannya..
ye betul. bukan manusia namanya kalau x diuji. kita janganlah selalu mengharapkan pertolongan orang lain untuk bangkit kan. sampai bila2 kita xkan tahu dekat mana silap kita. kita xkan tahu kekuatan kita..
DeletePerancangan Allah pasti yg terbaik... Subhanallah...
ReplyDeleteye, DIA tahu segala-galanya.
DeleteBetul tu. InsyaAllah akan dikabulkn cuma bezanya cpt dgn lmbt je. Mcm akk nie, apesal laaaa x kawen2 lagi. Kne promot kt blog jugak kot..hikhik :P
ReplyDeletehahahahaha... alamak, kalau promot kat blog, takut ramai lak karang beratur nak masuk line... XP
Deleteperancangna Allah lebih baik dan dia lebih tahu apa yg baik utk kita..jadi kalau Allah lambat beri apa yg kita nak..bersabar ye
ReplyDeletesama-sama lah kita bersabar... saya kagum dengan orang yang sabar dia menggunung ni.. sebab saya bukan salah sorang dari tu.. hehe
Deletemak aaaaaih semua tulis pepanjang. gigih bace sampai kat bawah ni terus tak ada idea nak komen apa..
ReplyDeletejujurnya pernah lah rasa cemni. dok tertanya tanya.. aku doa siang malam tapi tak nampak hasil. dulu zaman tak berapa nak sedar diri sangat rajin lah mcm ni. skarang ni bila makin
dewasa rasanya akak mula mengerti. Dia pegang segalanya dalam hidup kita. yang menentukan.. jadi Dia Maha Mengetahui.
hehehehehe.. kalau pasal rezeki, jodoh ni, mstilah ada macam-macam cerita kan ^^,
Deleteha, betul apa kak CT cakap tu. DIa yang pegang segala-galanya.
Perancangan Allah terlalu baik :)
ReplyDeleteSabar walaupun lambat.
Rasanya semua pernah alami..
ye betul. semua orang akan alami benda ni... so, jangan cepat beralah. jangan rasa x puas hati.. ^^
Deletesetuju sangat..
ReplyDeletesegalanya dah dirancang dan ada hikmahnya semua yang terjadi.
ha, betul. setiap yang berlaku ada hikmah dia kan ^^
DeleteSelalu aku keliru..
ReplyDeleteSelalu aku tak pasti..
Aku x pasrah..
Tapi kutahu Allah sebaik2 perancang.
kadang-kadang keliru tu hadir
Deletekadang-kadang rasa x pasti tu bertandang
tapi kita manusia memang begitu sikapnya
sebab kita x nampak apa yang akan berlaku pada masa akan datang
seandainya kita sudah tahu apa yang bakal terjadi, setiap ujian ni akan dibuat sia-sia dan sambil lewa sahaja.
Betul. Suka entry ni. ;)
ReplyDeleteterima kasih IM.
DeleteSama sama :)
DeleteALLAH sebaik baik perancangan..
ReplyDeletebersabarlah.. :)
ye betul. serious kita xkan nampak sekarang. lama-lama kita akan faham sendiri kan. kenapa itu dan kenapa bukan ini.. :)
Deletesabar. lagi2 bab kerja. wuwuwu.. sabar2.
ReplyDeletedoakan akk dpt keje yer :)
Insya Allah, Scha. Akak doakan Scha & CT dapat kerja yang sesuai dengan kalian. Lambat atau cepat rahsia Allah :)
Deletein shaa ALLAH kak Scha. saya doakan yang terbaik untuk akak ^^, saya pernah alami. and i know how you feel. :)
Deletesebab tu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. memang rasa lambat tapi sabar :)
ReplyDelete