Speechless Saturday .:BUKAN CINTA BIASA:.

Kisah Benar Tentang Sahabat Untuk Perkongsian :)
 “Ketika di­tiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
— Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.
Allahhuakbar… Mengalir air mata saya saat menerima pesanan dari sahabat yang kini sedang mengerjakan umrah sekaligus bernikah di sana.
Sahabat yang ku anggap kakak, dalam usia 30 tahun baru bertemu jodohnya. Dan paling indah, bernikah di tanah suci. Bertemu lelaki yang baik akhlaknya… Ya Allah cemburunya saya. Namun saya tetap mengucapkan syukur dan tahniah kepadanya.
Teringat peristiwa tahun lepas. Dia mengadu kepada saya dengan esak tangis yang panjang tentang hatinya terluka ditinggalkan lelaki yang dicintai. Tanpa sebab musabah lelaki yang hampir menjadi tunangan berubah hati, mengangkat kaki memungkiri janji yang di buat bersama. Allah… Sedih bukan kepalang.
Saya mengutuk lelaki tersebut didalam hati. Benar-benar tidak tahu untung! Dia gadis baik. Solatnya terjaga. Auratnya terjaga. Cantik lagi bijaksana. Saya tahu, sebab saya bukan sahaja sahabat baiknya, saya juga teman serumahnya sewaktu belajar di UiTM. Bertahun-tahun mengenalinya, bukan sekejap. Bodohnya lelaki yang tak tahu menghargai gadis sebaik dia.
Masa berlalu, berkat doa dan solat istikharah, dia bangkit menjalani hidup. Meneruskan status gadis muslimah dan meneruskan usaha menanti cinta sejatinya. Sedang rakan sebaya sudah berumah tangga, beranak pinak, dia masih sendiri.
'Sabarlah wahai sahabat… Akan tiba masanya Allah menghadiahkan seseorang sesuai dengan peribadi mu dan Allah takkan ingkar dengan janji-Nya. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.'
Seiring waktu berjalan, doa dan kesabarannya terbalas. Allah SWT menghadiahkan seorang lelaki bernama jodoh yang baik untuk nya. Pertemuan di masjid menjadi titik mula perkenalan, dan tidak menunggu waktu yang lama untuk mengikat janji perhubungan halal di sisi Allah SWT. Kisah pertemuan pertama sangat indah. Sumpah saya cemburu… Saya pun mahu begini! :)
Pengajaran yang saya dapat dari kisah sahabat saya ini, tatkala mendapat ujian (jodoh) ia akan ber­sabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu men­jadi baik pula baginya. Alhamdulillah.
Semoga kekal bahagia hingga ke syurga wahai sahabat… :’)
 
-bukangadisbiasa-
 
p/s : aku pernah share benda ni dulu. tapi saja nak share balik. ^^,  ini bukan kisah aku atau sahabat aku. ini kisah someone yang aku terjumpa. tapi boleh dijadikan teladan.
https://38.media.tumblr.com/8692136bf7cfcece4a20530595085a75/tumblr_n7wx253j1N1snakzlo1_250.png

Share:

38 comments

  1. Semua org nak jodoh yg terbaik. insyaALLAH. berdoa pd ALLAH moga kita brtemu jodoh yg kita inginkan. :)

    # kite pun jeles jgk. hoho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. siapa tak nak kan ^^, aamiin :)

      Delete
  2. Laaaa akk ye2 igt kwn amy...
    Tp tula kite mmg xleh duga jodoh ajal maut sume tu.. dan pasti jodoh sudah dtetapkan.. bercinta bagai nak rak penyudahnye trpts ditgh jalan kalu mmg dia bkn jodoh kite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. xde lah kak Ayu. orang pain...

      betul. jodoh dah tetap, so baik kita baiki hubungan dengan ALLAH dulu, nnti jodoh akan sampai bila ALLAH tahu kita dah sedia ^^,

      Delete
  3. Allah hilangkan seseorang yg kita tak sangka akan hilang dan diganti dgn seseorang yg kita tak pernah sangka.. Quote ni memang sesuai utk muslimah di atas kan. Saya doakan kebahagiaan dia berpanjangan bersama suami tercinta.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ^^, saya pun setuju dengan ayat akak. ALLAH akan bg someone yang memang kita perlukan bukan yang kita mahukan..

      Delete
  4. Allahuakbar. Ada hikmah di sebalik apa yg berlaku. Allah dah janjikan ganjaran untuk org yg bersabar. Alhamdulillah dia jumpa org yg lebih baik. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. seronok sangat. alhamdulillah :)

      Delete
    2. Moga Kak Amy pun org yg baik baik :p

      Delete
    3. Apalah taip ni. Moga Kak Amy dapat orang yg baik baik jugak nanti. InsyaAllah.

      Delete
    4. hehehe.. in shaa ALLAH aamiin. same goes to you dear :)

      Delete
  5. Nice sharing. Ada hikmah die terluka dlu. Nah, itu la gnjaran yg Allah bg pd die :)

    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... ALLAH xkan suka menguji kalau DIA x bg something yg indah,

      Delete
  6. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. dan sebaliknya. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. memang kenalah dengan diorang :)

      Delete
  7. nice sharing.. alahai indahnyaa cinta ini.. smoga kite dpt jodoh yg baik2 ye,, aminnn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, indah sangat :) aamiin ^^, nnti jangan lupa jmput saya ye Nadyya XP

      Delete
  8. See dik. Cantik kan pengaturan Allah? :)

    ReplyDelete
  9. Allah tahu apa yang terbaik utk setiap hamba-Nya.
    Tangisan hari ini akan digantikan dengan senyuman esok hari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. bukan selamanya kita akan menangis. yakin dengan ALLAH :)

      Delete
  10. Perancangan Allah lah yang terbaik... Ada hikmah dia berpisah pada mulanya tu.. Allah nak gantikan dengan yang lagi terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ALLAH sungguh bagi yang terbaik kan :)

      Delete
  11. subhanallah..sedih dan terharu bila baca kisah sabahat Amy ni..itulah ganjaran orang g bersabar kan..kita x perlu menyesal dgn apa yg terjadi kerana sesungguh nya Allah menjanjikan yg terbaik buat kita. Sama seperti kes sis JM..sudah berpuluh org rekomen seorang yg bernama lelaki tetapi tiada org pun yg terpikat dan berkeinginan utk sis JM menjadi suri hidup mereka..so sis JM tabah dan serah kepada Allah kerana DIA lebih mengetahui apa yg baik. Hanya mampu berdoa yg terbaik shj

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sahabat saya ni kak. hehe. tapi betul. memang ini ganjaran orang yang bersabar ^^,

      ALLAH je tahu pasangan mana yang sesuai untuk kak JM. bayangkan kalau kita dah dapat pun lelaki tu, tapi at the end, rupanya x compatible, kena deal dengan heart break lagi.. lagi sedih kan... moga ALLAH temukan kak JM dengan someone yang betul2 sayangkan kak JM . aamiin :)

      Delete
  12. ohh ingatkan kawan Amy.

    Perancangan Allah sentiase terbaik. tak terlalu lambat, tak terlalu cepat . tp pasti dtg tepat waktunye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, xdelah... ye betul. ALLAH je tahu ^^,

      Delete
  13. Allah dah aturkan yang terbaik untuk umatnya. Bersabar dan pastikan akan dapat kemanisan dihujungnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ALLAH tahu segala-galanya :)

      Delete
  14. moga kita mendapat lelaki yang baik kelak. In Sha Allah :)

    ReplyDelete
  15. terharu bila along baca...hehehe... Kak Amy bila lagi?jgn tunggu jdh tu dtg ya....Kak Amy perlu usaha mncari taw...hehe

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.