Bang Bang .:MOVIE REVIEW:.

10:48 a.m
rumah!
malas nak bergerak.
 
credit to en.wikipedia.org
 
assalamualaikum and hello lads! alkisahnya lepas midterm, aku sangatlah tension, aku pun layan Hindustan. cerita apa? cerita Bang Bang. hahaha. nama tajuk macam movie English kan. tapi hakikatnya cerita Hindustan. 
 
filem Bang Bang ini dilakonkan oleh Hrithik Roshan, Katrina Kaif dan juga Jimmy Shergil (Karan dalam Mohabbatein). pada awal kisah, Jimmy yang membawa watak  Captain Nanda sedang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Omar Zafar. OZ ni jahat tau. pandai betul dia bawa watak sampai buat aku benci gila dengan OZ ni... 
 
credit to www.deccanchronicle.com

diorang sangat extreme sampai bunuh semua orang. lepas tu pergi potong jari orang yang dah dibunuh tu sebab nak selamatkan OZ dari penjara. tapi malangnya, Captain Nanda dibunuh oleh OZ ni. sedih :\ my Jimmy. aku suka dia. eh, tetiba.

aku suka ayat Captain Nanda sebelum dia dibakar hidup-hidup. 

Those who serve their country start the countdown to their death from their very first breath.  But take a loot in these eyes. there is no grief, or fear of death. There's only pride. Soon...you'll see your death in similar eyes. Your countdown will begin as soon as you press the trigger. 

masa OZ dah escape, dia nak curi satu permata ni. nama dia Kohinoor. dan-dan nak curi, dah ada orang curi dulu permata tu. so, dia eager nak tahu siapa. cuba teka siapa curi Kohinoor? ha, di sinilah Rajveer (Hrithik) muncul. ingat tak cerita Dhoom 2? hehehe.. macam terimbau kenangan lama pula bila dia jadi pencuri lagi sekali.
 
credit to www.ibtimes.co.in

Rajveer ni the most wanted criminal. orang kata dia bekerja under OZ ni. tapi hakikatnya dia nak apa sebenarnya dengan OZ? Dia nak bunuh OZ tu. sebab apa? sebab duit? sebab salah faham? sebab dia tercabar? tengok sendiri na...

dalam duk sibuk melarikan diri dari pihak polis, dia terjumpa seorang perempuan bernama Harleen (Katrina). Katrina ni bekerja sebagai bank receptionist sahaja. tapi dia ada satu impian. dia nak travel the whole world. cuma dia rasa macam tak ada masa. sebab dia kena jaga nenek dia. dia kena fikir kerja dia lagi. macam-macamlah. 
 
credit to www.assam123.com

tapi disebabkan pertemuan antara dia dengan Rajveer, dia dapat merantau ke negara lain. Ke Prague. tempat idaman dia. malangnya bila dia dah percayakan lelaki tu, dia dapat tahu dia jadi accomplice dalam international crimes tu membuatkan dia pun jadi international criminal. elok-elok jadi bank receptionist, terus jadi penjenayah.

aku tak berapa berkenan dengan perangai Harleen ni. tapi rasanya kalau realiti, memang macam tu jugalah kot perangai aku bila bertemu dengan lelaki yang kita tak pasti dia siapa sebenarnya. dia kata dia baik, tapi at the same time polis kata dia jahat. tapi at the same time juga, Rajveer tahu apa yang polis akan buat dekat Harleen ni membuatkan Harleen jadi ragu-ragu dengan polis tu.

ha, sudah. siapa yang baik siapa yang jahat sebenarnya ni? 

itu korang kena tengok sendiri. 

macam mana pertemuan antara Rajveer dengan Harleen ni sebenarnya? Harleen ni tak ada boyfriend. mula-mula dia malas nak cari. lepas tu bila dengar officemate kata ada seorang pekerja ni asyik bekerja sampai tak ingat dunia, terus membujang sampai ke tua, terus dia join satu website mencari cinta. TrueLuvv.Com

diorang berjumpa dekat satu restoran. Rajveer yang tengah melarikan diri dari penjahat lain yang mengejar dia, ternampak si Harleen. ala-ala cinta pandang pertama lah... pfft~ then, dia decide untuk masuk ke restoran tu. Harleen tersilap orang, ingatkan lelaki tu orang yang dia bakal berjumpa sebenarnya. Hrithik apa lagi, sukalah perempuan tu tiba-tiba melambai sambil tersenyum dekat dia. hahahaha. dari situlah nama Vicky tercipta. dah tu, siapa Rajveer ni? ha, tengok sendiri okay.

then, korang tengoklah sendiri movie ni okay. siapa Rajveer? apa dia akan buat dekat Harleen? siapa polis ni? kenapa Rajveer nak curi Kohinoor tu? apa kaitan Captain Nanda dalam filem ni?

so far, aku suka cerita Bang Bang ni. action dia mantap. hahaha. dekat atas bumbung, dekat dalam laut, perghhhh. dia main yang boleh terbang kat laut tu. apa benda entah nama dia.

tempat dia lawa. aku ingat kat oversea. rupanya dekat Shimla sahaja. lawa kot tempat dia rupanya masa winter. tak sangka aku. 

Hrithik, well, no comment. dia memang awesome. hahahahhaahaha. 

tapi lagu dia, well, aku tak berapa berkenan. entahlah, tak kena dengan taste. 

jangan lupa tengok ye! :) aku bagi 7.8 bintang!


 
 
post signature

Share:

34 comments

  1. omar zafar rupanya nama dia..pergh, dia kalau berlakon jahat memang best! ada jimmy shergill?rindu nak tengok dia berlakon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.... yep, betul tu! tengoklah muka dia. mnx penampar. hahaha..

      ada Jimmy! my love! cewah. ahahahaha.. tengoklah kat sini. :P tapi kejap sangat dia ada -.-

      Delete
  2. Lama sgt dah x tgk citer hindustan, maklumla ank2 konker tv ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheheh.. akak tengok kat laptop je la kalau macam tu :P

      Delete
  3. kita suka Hrithik!!! Jimmy shergill pun... tapi tak rupa mcm dia eh dalam movie nih.. hhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh.... ha'a, xde rupa sangat dah. tapi boleh kenal lagi la. hahaha

      Delete
  4. baca review macam best ja. hehe. nanti la nak tengok bila free. ^^

    ReplyDelete
  5. Selalu cerita hindustan ni tengok dekat mana ya? Saya tahu cari cerita korea je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu akk amek kt torrent. nak tahu citer hindustan yg best, akk tngok si amy j review lah. ah

      Delete
    2. yep, selalu donlod kat torrent. kalau tak, cuba cek dekat putlocker. hehehe. situ ada banyak movie ^^

      Delete
  6. akk donlodd dah. tengok separuh je smpai dlm kafe tuu. bukan separuh tu, suku je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa... sampai situ je tengok? nape nape nape? hahahah

      Delete
    2. macam mana nak download , dah cari merata tak jumpa pleaseee ..

      Delete
  7. SINGGAH sini . Nice REVIEW . Cam nk tngok jeee :)

    ReplyDelete
  8. Amy lagi hyper hindi kan??
    kaksha lama dah tak layan... asyik citer lama je...
    tenggelam plak rasa.... amy sihat?
    miss u ! muah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... yep. well, you know me :P

      alhamdulillah sihat. kaksha? ^^ miss u too. hehe

      Delete
  9. Wahh.. boleh cari movie ni nanti... ada kelapangan boleh juga menonton.. best jugak ni.. :)

    ReplyDelete
  10. dah lama x layan mvie hindustan. yg pling ingat skali layan 3 idiots. byk2 kali ulang tgk sbb ada aamir khan. hohoo.. review akak ni mcm best. nnti da masa Jie tgk. hiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh... ha, kalau layan 3 idiots, jangan lupa layan PK okay. memang best ^^,

      Delete
  11. sempoi! review camni aku puas hati baca hahaha!
    err yg boleh terbang atas laut tu mksud amy para-sailing kot ek? kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahha.... ye lah kot. para sailing eh? baru tahu. maceh. hehe

      Delete
  12. Lama tak tengok Hrithik berlakon sbb lama tak tengok Hindustan agaknya. Hehe. Asyik ulang cerita Amir Khan ja :p

    ReplyDelete
  13. kenapa katrina cantik sangat.. ! hahaha..tp seksi ta suka..
    mcm best ja jalan cerita ,macam keliru ja watak tu baik ke jahat..

    ReplyDelete
  14. Hero pojaan hatiku..nak tengok la nanti citer ni ;)

    ReplyDelete
  15. Bru tgk smlm. Lmbt gileee..hahaha. lagu2 smuanya modern style.cmpur sikit je dgn konsep bolly. Xde sgt lagu mleleh2. Tp bole la lyn. Action mmg tip top. Tgk la spe yg action directornya..hihi

    ReplyDelete
  16. untung kan jadi Hitrik Roshan ni... selekeh2 berjambang2 serabai macam tak mandi 3 hari pun tetap handsome....!! hahahahahaa... :)

    ReplyDelete
  17. Amy ada tak baca yang berita konon2 Hitrik dapat offer jadi next James Bond...??
    perrggghhh.. kalau la betul, memang best arr... pecah rekod tu.. hehehehee..
    tapi katanya pihak2 omputih tu menentang habis-habisan.. tak leh terima James Bond pandai menari kot... kikikikikiii... :p

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.