Bila Kawan Tak Supportive

11:22 a.m
apartment
harini kuiz. lusa midterm! :O
 
 
assalamualaikum and hello lads! minggu ni sangat busy. haiyoooo~ tapi sempat lagi pergi ke sana sini kan. aku nak menjana pendapatan juga macam orang lain. even simple and tak banyak pun, sekurang-kurangnya duit ni boleh tolong aku suatu hari nanti.
 
tapi ada juga tak faham passion kita sebagai seorang blogger kan. dia rasa macam kita ni buang masa je buat blog. dia rasa macam hari-hari kita menghadap blog sampai kita tak buat benda lain.
 
meh sini, aku nak cakap. aku sedih betul dengan perspektif certain manusia macam ni. kalau aku tak fikir study and asyik berblogging je, baik aku berhenti study terus. buat apa aku nak buang masa study. betul tak.
 
study ni penting. aku tahu. tapi at the same time, aku nak ada something yang aku boleh berseronok sekali sekala. macam ni, dapat tiket free. dapat invitation ke mana-mana event. 
 
tapi otak aku ni asyik fikir pasal final year project aku, pasal final exam aku. bukan aku tak ambil berat. aku budak scolar. mana boleh aku suka-suka hati nak take for granted. i know what it feels like, you know.
 
bila ada kawan macam ni, aku jadi kecewa. sebab dia pandang rendah pada passion aku. dia rasa apa kita buat ni tak membawa ke mana pun.
 
habis nanti, dah tamat belajar, kau nak buat apa. kalau terus dapat kerja takpelah. kalau tak kerja tu, melangut duduk rumah online facebook. kalau aku ada blog ni, aku join event apa-apa, adalah masa yang aku dapat isi. 
 
aku nak kumpul duit cara sendiri. aku nak kawan baru. aku nak pengalaman. aku nak have fun. nanti dah kerja, lagilah susah nak hadap benda-benda ni. 
 
sedih. T__T 
 
sebab tu juga aku buat blog ni. sebab blogger je memahami apa yang aku rasa. lagipun blog memang tempat meluahkan perasaan kan. certain member aku je yang betul-betul faham. aku nampak diorang excited bila aku join benda-benda ni. diorang support aku. aku observe people. aku tahu dia happy atau buat-buat happy dengan apa yang aku dapat. 
 
okay tu je. aku rasa nak tukar url blog lah. jadi pendek sikit. wakakaka. ada akak blogger cakap url blog aku panjang sangat. nak tukar apa erk. tu kena tengok dulu. cioa~
 
 
 
 
post signature

Share:

47 comments

  1. Hey, jangan risau. Awak still ada rakan blogger yang akan support awak :)

    ReplyDelete
  2. Hanya blogger yang faham blogger kot. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa. betul. orang yang berpengalaman je faham situasi macam ni.

      Delete
  3. ala jangan pikir sgt.. kalau makin pikir makin la sedih hati.. ramai rakan lain yang supportive kannn.. rakan blogger kan ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, rakan blogger je tempat saya bergantung :) dengan family.

      Delete
  4. Memang sedih kan bila ada kawan yang macam ni..dia anggap buang masa ja blogging walhal banyak perkara baru yang kita belajar dan dapat info baru..memang sesama blogger ja yang paham apa yang kita rasa..best woo bila ada kawan baru di alam maya ni..apalagi yang 1 kepala..best kan Amy..jangan sesedih ya..meh peluk ketat2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sedih sangat. yep, seronok ada kawan2 blogger yang memahami. dapat menggila sama2 pula tu. hahahhaha... dapat mengubat rindu dekat kawan2 yang duduk jauh juga... peluk sikit... hehe. maceh kak Wana :)

      Delete
  5. ehh esok kuiz..midterm lagi..jgn lupa stdy tue heheheh...
    nnt ajar ya mcm mna nk tukar url tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhee.. susah midterm! adoi, tension betul....

      okay, nanti saya ajar :)

      Delete
  6. ada kawan g tu..last last dia cari kita juga untuk support benda yang sama macam saya pernah berhadapan dulu...sedih tapi tak apala...Allah ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ALLAH ada... kalau kawan saya awal2 dah buat macam ni, memang saya kecewa. kalau dia cari saya, memang saya xley nak jadi macam dulu dah...

      Delete
  7. Replies
    1. ayuh tinggalkan dia. hahahhaa.... dia dah tnggalkan saya pun. so, malas saya nak lari :)

      Delete
  8. jangan risau ye Amy..

    eh, url panjang?.. Kak Ros pun panjang.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehheeh. okay kak Ros :)

      entahlah, ada yang kata panjang.. tapi saya sayang url ni... orang kenal saya melalui nama ni. hehe

      Delete
  9. Replies
    1. eh, alamak. acik terasa ke? janganlah terasa. hehhee..bukan merujuk pada acik pun

      Delete
  10. kitorang still support Amy!jangan risau n jangan paksa orang yang tak faham untuk cuba faham.faham tak ni?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mkasih kak Sal... :) ye betul. faham-faham. heehehe... sebab tulah saya senyap je. :)

      Delete
  11. Sebagai rakan blogger.. bersama2lah kita semua sentiasa support perkara yg baik buat rakan2 blogger.. :)

    ReplyDelete
  12. amy, hanya blogger saja yang fam blogger.. eh, na tukar url ke? unik la url you ^^ hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. :) hahahaha... ye ke? alamak, ni yang rasa xnak tukar ni >.<

      Delete
  13. Hanya blogger faham apa peranan and perasaan blogger. Ye dak? Takpe lah, yang tak faham tu biarkan je. Tunggu nanti Amy dah up giler giler sebab blog boleh lah show off sikit. haha [jahatnye aku ajar benda bukan bukan kekeke]

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3. setuju sangat... hahahahahhaha.... saya malas nak show off... takut riak kang, pastu jatuh balik. lulz~ sebab tu saya tetap dengan prinsip saya, x nak famous. hahahhahahaha....

      Delete
  14. amy, jgn la tukar url, akk suka url ni, sebab akk ingat...hehheh...btw, jgn pedulikan org yg perlekehkan kite, instead, igat ade org yang support kite... :D akk ade kawan yang siap menganjing siap ayat2 yang akk guna dekat blog....ade kawan yang maki akk sebab naikkan gambar dia dekat blog....but, let it pass, amy... time heals, nnt after 2, 3 years, amy dah boleh buat duit lebat dengan passion yang ni, kawan2 tuh dah tak exist dah dalam hidup amy... akk faham apa yang amy rase...but stay strong amy yer :D akk sayang amy :D muah! no such thing as buang masa dekat blog ke hape, atleast we have another grup of bestfriends...we meet new great people... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh, panjangnya komen. hehe. maceh kak Aisya spend masa nak berkongsi dekat sini. :)

      ye ke?hahahhaa... okay la okay la saya x tukar. i promise you this ^^, dia maki akak sebab naikkan gambar dia? dah kenapa? laaa... macam2 juga perangai manusia ni eh.. x sangka betul. hmmm... okay kak.. saya sayang akak juga. hehehehhe... muah~!! :)) betul. saya dapat banyak kakak2 yang sporting dekat blog ni... :')

      Delete
  15. Jangan tukar url, Amy. Nanti susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. okay Farah... saya x tukar :)

      Delete
  16. Tak pe Amy :) Kami kat sini semua paham Amy..heheh..err, better xyah tukar url nanti susah blogger lain nak search..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maceh cik Mimie :)

      ehhehe... okay2, saya xtukar. saya stick dengan ni je ^^

      Delete
  17. Biarkanlah amy. Dah minat kita camni, lebih elok dari buat perkara tak senonoh. Lagipun selagi kita tak mengabaikan perkara yang wajib, takde salahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kan. saya x buat benda x senonoh pun. saya banyak kongsi pengalaman diri... saya setuju dengan mama...

      Delete
  18. rasanya blogging ni lagi bagus dari berfacebook. sekurang-kurangnya ada jugak pendapatan dari blog walaupun tak banyak mana. kalau dok hadap fb satu hari ja, bukan dapat apa pun. hehe.

    tak payah la tukaq url. okay dah aihh nama url blog ni. sedap dah.^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe.. betul. tambah dosa je saya duduk dekat facebook tu... minah ni dah kenapa nak selfie banyak2. mnx dipuji la tu.. mamat ni x abes2 nak ke sana ke sini, membazirkan duit mak bapak je. last2 berapa banyak dosa saya kumpul x tahu. hahahhaa


      okay cik Fafa. saya x tukar :)

      Delete
  19. ya betoi3 ana sokong mcm cik fafa & kak siti aisya kata tu. xyah pedulik la depa nk kata apa. blogger je yg fhm blogger. errrr nk tukar url ke amy? sbb rasa cemuih je bila kwn tu dok pelekeh mcm2 kan? tp xyah tukar la amy.url skang ni dah sempoi dah. nti kalo tukar, mcm2 mslh amy kena hadap. mcm ana tukar url haritu. fuhhhh kusss semangat. nyaris2 nak fedup sbb dkt seminggu gak baru fully recover segala entry2 kita. tu pon depends..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm.. betul. sebab blogger pun blogger kan. diorang mesti rasa apa yang saya rasa :) entahlah, ramai lak kata x yah tukar, saya malas la nak tukar. hahahhaha...

      ye ke? alamak, susah gak macam tu en. betul gak sis Ana cakap...

      Delete
  20. aduh,lagi sekali sama la situasinya.. kita pun pernah alami keadaaan mcm amy.. kita bersungguh cerita pasal blogging ni kat kawan2,tapi sorang tak pernah kisah,yg ambil kisah,cuma ada la sorang dua itu pun sebab nak stalk hidup kita. huhu
    Sama la juga halnya,bila saya cakap berblog ni boleh jana duit poket,diaorang mcm pandang sebelah mata..

    tp kita faham la, tak semua suka dgn apa yang kita buat,ada yang tak boleh ngam dgn minat kita.

    p.s/ tukar url nanti susah nak jejak link la..mcm komen si ana tu.. nanti smua hilang.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, ni pun panjang komennya. maceh. hehehe...

      betul. kisah kita memang sama! ada certain kawan je yang suka singgah blog saya tanpa saya tahu. itupun dia cakap, baru saya tahu... kalau x. haha.. orang yang saya harap dia baca, dia x baca pun. kecewa saya... hmm....

      saya x kisah dia x suka, tapi jangan sampai memandang rendah.. macam apa kita buat ni dapat dosa pula kan. tu yang kecewa tu.

      okay, saya x tukar url. :)

      Delete
    2. Kita memang tak leh paksa orang suka kita & kita tak dapat halang orang daripada pada rendah pada kita. Tetapi kita boleh halang orang tu daripada goyahkan prinsip dan pemikiran kita. Buat derk je. That's important :)

      Delete
  21. akak pun sama jugak. dulu masa zaman blog, akak tak aktif sangat. ikut masa. kalau cuti, akk mmg aktif, cari kawan baru. and senyap. lepas tu aktif balik.

    bagi akak, kawan2 uni tahu mcm tu je lah. dorang tahu akk aktif kat social network. dorang support lah jgak.

    mak akak pun bising gak. tu yg akk tak aktif sgt time belajar. fokus kat belajar dlu. lepas dh habis belajar, mmg akk aktif balik. haha.

    takpe. amy kena pandai bahagikan masa okay. ikut prioriti dlu taw.

    ReplyDelete
  22. It's OK, Amy. Benda2 macam ni buat kita jadi lebih kuat. It's part and parcel of life. Some friends are meant untuk singgah sekejap dalam hidup kita,..some are meant to stay forever. Kita just hargai setiap satu (walaupun kadangkala mereka ni sakitkan hati kita,..buat kita annoyed and so on) kerana they did/still doplay some parts in our lives =)

    ReplyDelete
  23. Meh kwn dgn IM. IM sentiasa support Kak Amy. Hehe. Antara salah satu sbb IM tak expose blog dkt kwn2 sbb ni lah. Kalau tak sokong, sekurang2nya paham. Bila mula judge, adala komplen sana-sini, jdnya IM tak bagitau sesapa walaupun kantoi jugak dgn dua tiga org. Hehe.

    ReplyDelete
  24. Url akk pn pnjg jgk..tp xtrpikir nk tukar coz rmai da tau url nie. Mcm syg plak. :)
    Btw kwn sejati mmg ssh nk jmpe

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.