7:59 p.m
rumah
pening kepala
assalamualaikum and hello lads!
peningnya kepala. dah dua hari dah.. aiyooo.... tak main hujan pun... dugaan.
ingat tak haritu aku ada cerita pasal berjumpa dengan kak Scha Nazri? ha. alhamdulillah. berkesempatan nak bersua muka dengan kak Scha. :) masa tengah mencari gerangan kak Scha, risau juga takut salah orang. tapi berpandukan gambar-gambar di blog, aku tak silap meneka. hahaha.
kami tengok wayang dekat Midvalley dulu sebelum menunggu kawan kak Scha, kak Anis yang merupakan salah seorang member The Butterfly Project juga. christmas dinner tu berlangsung di The Apartment, The Curve, Damansara,
datang je, dah ramai orang. lepas register, aku dengan kak Scha terus bergegas ke bilik air. untuk apa? untuk mekap. muahahaha.... yelah, dari pagi kot kami berjalan dan menonton wayang, mekap yang awal-awal pakai pun dah tak berkesan dah.
ramai juga rupanya butterflies dan caterpillars yang ada. Tammy Miu pun ada. siapa dia? dialah Founder kepada program The Butterfly Project ni. comel je orangnya. and sangat mesra. even dia busy gila masa tu, sempat dia round and bertanya kami berkenalan ke tak antara satu sama lain. dia tak nak lah ada yang rasa terpinggir kan. i admire that in a leader. bukan senang nak jadi leader kan. kena jaga hati semua orang. kena handle semua benda. nasib baik ada ramai yang membantu.

so far, masa dinner tu aku adalah kenal dengan certain bloggers. yelah, mak kan pemalu orangnya. so, tak adalah semua aku nak 'hi, nice to meet you' bagai.. kalau dah 2nd event, maybe aku confident sikit. aku kenal dengan kak Ayue (dah kenal masa program F&N haritu), kak Shamiera, Zayani, Ika, Edazz, Jenny, kak Innanie, Yin Yin, Anfaal dan lain-lain.



ada siap bertukar-tukar kad. wah, sedihnya aku tak buat kad awal-awal. design pun belum lagi.
then, awal aktiviti kami adalah MAKAN! yeah. sedap oi makanan dia. tapi orang kata turkey dia macam salty sikit. kek pun ada. tapi aku dapat merasa satu jenis kek je -.- lambat sangat ambil, padan muka. sobs T__T










aktiviti seterusnya adalah, show performances! Edazz yang buat show. sedap suara dia. tinggi pitch dia. kalah aku yang nyanyi lagu Hindustan. wakakaka. lepas tu ada aktiviti mencari kumpulan masing-masing pula.

aku dapat kumpulan Inspire. tak sangka, kuat betul jodoh. aku dapat satu group dengan kak Scha. wahahahaha. nasib baik. then, ada lagi 6 members dalam group. Tammy suruh cari nama kumpulan. cari punya cari, Edazz cadangkan dengan nama Monarch. tapi nak tambah lagi sikit sebab nampak macam something wrong dengan Monarch sahaja.
then, dapatlah nama kami : Diva de Monarch! huuu... class tak? hahaha.. siap ada gaya lagi kami buat tau. >.<

lepas tu selfie, and dapat hadiah masing-masing dari Secret Santa. sampai sekarang aku tak tahu siapa Secret Santa aku -.- but anyways, terima kasih banyak-banyak ye. so far, itulah shampoo dan conditioner yang paling BESAR aku pernah ada. hahahaha.



christmas dinner berakhir pada pukul 11 malam. since UPM ada curfew yang ketat, kami bergegas pulang. aku dengan Kak Scha stay dekat Uniten.
nak dijadikan cerita, aku kelam kabut punya pasal! aku tak jumpa handphone aku kat mana -.- puas aku mencari, tak ada! lepas tu kak Scha minta kak Anis cari. dia kata tak ada juga.
dah dekat satu jam, and sampailah aku menangis tersedu sedan, barulah kak Anis kata, dia terjumpa. handphone aku tersorok bawah kerusi. yeah, alhamdulillah. aku dah risau dah nak cakap apa dekat ummi. hahaha. dah lah handphone pakai duit sendiri. Sony Ericsson pula tu. mana ada dah brand tu sekarang.
terima kasih kak Scha sebab penat gila sekalipun, tetap tolong aku turun bawah and mencari balik handphone aku. terima kasih pada kak Anis Sempoi sebab sanggup juga mencari berkali-kali and simpan handphone aku.
in a nutshell, cewah, macam karangan English pula. haha. aku seronok sangat! dapat berjumpa dengan blogger lain. dapat beauty box yang penuh dengan product yang very branded oi! nantikan entri aku pasal produk-produk kecantikan ni okay :)
and oh, pada para wanita sekalian, lagi-lagi yang tinggal area Selangor, KL dan yang dekat-dekat dengannya. jomlah join The Butterfly Project ni. sangat dialu-alukan untuk yang berminat dengan produk kecantikan ataupun masih baru macam aku. aku tahu pakai compact powder je. kak Scha yang mekapkan aku haritu. hahahahaha...

p/s : certain photos credit to camera kak Scha

wah wah !!
ReplyDeleteseronoknya hidup.... huwaaaaa jelessss lak.... kaksha sejak berhasben ni kuranglah aktiviti sebegini... sobssss2....
anyways.... always be happy Amy syg !
hehehe... meh la datang sini kaksha :P kita dating berdua lak... hehe.. maceh kaksha ^^
Deleterugi tak buat biz card, bukan selalu dapat jumpa orang ramai macam ni, masa ni lah nak marketing kan diri sebagai bloggers contohnya...boleh lah follow back..heee
ReplyDeletetu lah pasal.... sayang betul. dulu nak buat dah, lepas tu xde duit. bila duit dah ada, masa lak xde.. bagus. hmm
Deletetu la..rugi xbuat bsns card kn.. btw nice to meet u!
ReplyDeleterugi sangat. sobs. lepas ni kena buat. haha.. nice to meet you too sis ^^,
Deleteyeayy. updateee! akak tak update lagi. Pinjam gambar! hahaha
ReplyDeletehehehe.. boleh2 ^^, alamak, lupa nak bagi.. nnti saya bgi eh
DeleteWahh cam best je. Kalau skrg masih duduk KL, dah join dah. Haha skrg dah pindah perak pulee. Hehe
ReplyDeleteehem. Gedabak betul syampoo haa. Utg badan. Siap dpt brand mahal tu haa.
Kite lagi dasyat kot. Pakai bedak tabur jee haha tak pandai gune kompek powder :/
hhehehehe... ala, perak dekat juga dah tu.. meh la datang kalau ada masa :P
Deleteokay la tu. at least ada try somethng. ^^,
alahhh syoknyaaa dapat jumpa blogger2 face to face . nak jugak . tapi yaya jauh . perakkk niii .
ReplyDeletedapat makan mcm2 best tu . hihi
hehehe... syok la juga ^^, alamak, kat perak juga sama macam As ye... dekat jga tu, meh datang sini :P
DeleteWah, seronok dapat involve dalam event2 macam ni..jeles2..hehehe..Amy comey sangat :)
ReplyDeletehehehehe... cik Mimie pun boleh join juga apa.. tak ada masalah. meh la ^^,
Deletemaceh cik Mimie... hehe. susah nak dapat pujian ni. hahahahahaha..
oiii syoknyaa pergi event. scha make up memang cantik. i loikeeee. sebab nampak natural muka :)
ReplyDeletehehehhe... memang syok :P
Deleteyep, saya pun suka. xdelah mekap tebai2 tu... hehe
nice entry!! :) akk blom buat lg :(
ReplyDeletehehehe. jangan lupa buat kak Ayue ;)
DeleteSeronoknya dapat join event macam ni. Teringin nak join tapi saya tak suka make up. hehehe.
ReplyDeletealhamdulillah, seronok sangat! ^^, saya pun x suka mekap. tapi skang saja cuba2... buat yang simple je pun okay :)
DeleteWahh seronoknya... selain meriah, makanan pun pasti yg sedap2 tu.. Pasti juga bnyk ilmu & ukhwah silaturrahim yg menjadi kenangan bersama2.. :)
ReplyDeleteyep, betul tu abang KK.kalau puan mem abang KK nak join pun bole ^^,
DeleteMeriahnye, duk jauh ler klu x leh join....;-)
ReplyDeletehehehe... xpe, nanti ada rezeki, adalah kan ^^
DeleteBestnyaa. Menarik menarik. Perak dgn kl, tak dkt sgt, tp kalau dah cuti lg la jauh dgn kl. Best dpt jumpa blogger yg lain..
ReplyDeletehehehehe... xpe IM. nanti ada rezeki, ada jodoh, kita jumpa nak? ^^,
Deleteboleh sajaaa. hehe..
DeleteWah seronoknya dapat jumpa blogger scha..best la dapat hadiah..tahniah Amy :)
ReplyDeleteMmg da lme jdi mmber pun, tp xreti nk join mcm korg buat tu..ngeee
ReplyDelete