Churpremiere The Hobbit : The Battle of The Five Armies .:MOVIE REVIEW:.

8:59 p.m
apartment
blogwalking! yeah, midterm tadi susah -.-
 
assalamualaikum and hello lads!
 
credit to en.wikipedia.org
 IMDb rating : 8.1/10 (19 Disember 2014)
rating aku : 7.5/10

okay, back to the Churpremiere. alkisahnya macam ni, aku nak join contest The Hobbit tu sebab member aku Emira minat sangat dengan movie ni. tapi disebabkan masalah tertentu dari pihak lain, dia terpaksa pulang and aku jadi give up nak join. tapi mungkin dah takdir, aku dapat email dari pihak Churp Churp. diorang cakap aku dapat VIP tickets! yeah, excited sangat! hahaha. first time aku dapat tiket VIP. 
 
now moving on. 
 
disebabkan movie ini adalah movie terakhir sekali, aku sarankan korang tengok dari awal. aku akui movie part 1 and part 2 tak menarik minat aku. tapi part 3 ni looks very interesting. sebab AKU SANGAT TAK SUKA MOVIE PASAL PERANG. hahahha. nampak tak capital letters tu. 
 
but this one is very good. very exciting. Peter Jackson, you did a good job lads! cewah, lads pula aku panggil dia. 
 
pada awal cerita, naga tu nak balas dendam dengan puak Dwarves especially si King Thorin (Richard Armitage). so, dia pergi musnahkan satu kampung manusia yang duduk dekat tengah-tengah laut tu. kesian diorang. hancur semua rumah. ada yang mati. ada yang cedera. 
 
credit to www.richardarmitagenet.com
 
tapi at the end, naga tu mati tak? dia kan besar. hanya satu arrow ni je yang boleh membunuh dia. tapi siapa pula yang nak bunuh dia tu? Bard (Luke Evans) kan dah masuk penjara? siapa pula Bard ni? dah kenapa dia masuk penjara? haaaaaa... tengok sendiri ye.
 
credit to lotr.wikia.com. aku suka gaya dia. he looks so calm and knows what to do.
 
then, lepas semuanya dah reda, Tauriel (Evangeline Lilly) dan Legolas (Orlando Bloom) bergegas ke tempat lain untuk tahu apa yang terjadi sebenarnya. si Kili, Fili dan siapa entah lagi sorang tu, diorang pergi berjumpa dengan kawan-kawan diorang yang lain yang sudah berada di istana. 
 
kalau korang nak tahu, dekat dalam istana tu ada banyaaaak sangat emas yang tersimpan. so, kalau Thorin berjaya cari batu berwarna putih *arkenstone nama dia* tu, dia lah yang akan menguasai semua tempat kat situ. tapi malangnya, dia tak berjaya jumpa batu yang dicari. and harta tu sebenarnya bukan semua milik dia. setiap puak akan dapat sebenarnya. mereka ada share masing-masing. tak boleh lebih, tak boleh kurang.

credit to www.tednasmith.com

unfortunately, dia jadi terlalu tamak sampaikan dia sanggup berperang daripada bahagikan harta tu dekat semua puak. dan di sinilah terjadinya peperangan antara mereka semua. makhluk makhluk, kalau dah namanya harta, terus jadi tamak haloba kan. apa pun dah tak nampak.
 
tapi kenapa sampai sudah dia tak jumpa-jumpa batu tu? sebab Bilbo (Martin Freeman) pergi simpan dan tak bagitahu sesiapa pun. dari apa yang naga tu cakap, Thorin akan jadi manusia lain. Thorin akan jadi sama macam atuk dia. Thorin akan jadi gila harta. sanggup buat apa sahaja sebab nak jadi raja dekat tempat tu. sebab tu Bilbo simpan sentiasa.
 
disebabkan naga sudah tiada dalam cerita ini, berita tersebar dengan begitu pantas sampaikan army under King Thranduil (Lee Pace) pun datang ke sana juga. untuk dapatkan apa yang pernah menjadi harta pusaka keturunan dia dulu. 
 
credit to ppc.wikia.com. siapa tengok Possession?
 
geng manusia biasa yang dah musnah tempat tinggal diorang tu, berpindah ke satu kawasan perumahan under arahan Bard. Bard kalau boleh dia tak nak berperang. dia nak cuba berdamai dulu. sebab ye lah kan, puak manusia dah tak ada duit, tak ada makanan. dengan harta tu lah, diorang dapat bina semula hidup masing-masing. 

tapi ada pula satu lagi geng army ni. si army Orc. ugghh~ gross. ini lagi main kotor. nama pun villain kan. 

then, lepas tu PERANG SAMPAI HABIS.

serious, perang je. adalah ketika mana aku akan belek jam. bila nak habis ni, bila nak habis ni. haha. 

so far, CGI dia memang mantap! serious aku cakap. naga dia nampak real. kalau korang tengok 3D, aku rasa macam lagi awesome kot. dengan Orc dia yang disgusting tu. 

scary siot.

dalam movie ni, ada scene sedih, ada scene kelakar, ada scene yang buat aku terjerit. menariklah. berjaya menarik perhatian aku selama 2 jam lebih tu instead of tidur. anyways, cerita macam ni, tak sah kan kalau tak ada yang mati. aku sedih sangat *takdelah sampai nangis* bila ___________ mati. kesian kekasih hati dia, ________________. 

part Legolas berlawan dengan Orc tu tak boleh belah. hahahahahaha. serious COOL! i feel in love with him again. kalau dalam realiti, it doesn't make sense. tapi kalau dalam movie, okay fine, aku terima action yang dia buat tu. haahahahaha.

bagi aku yang tak berapa minat dengan movie perang, aku kasi 7.5 bintang! 

aku tanya member aku, Aizat. dia kata part 3 ni tak ada pun takpe sebenarnya. boleh je nak masukkan terus dekat part 2. tapi ye lah kan, orang nak buat duit and cerita ni ramai suka. so, apa salahnya dia panjangkan lagi. lulz~

kalau nak tengok dekat wayang, in shaa ALLAH berbaloi. :)
 
 
 
 
 
post signature

Share:

14 comments

  1. tudia amy dpt VIP tikets. ana ni citer2 jenis Harry Potter / Hobbit / Lord of The Rings & genre2 camni tah la tp mmg masih x berjaya menarik minat ana. kalo hindustan haaaaa bak mai citer2 zaman khan dedulu. semua ana layaaann hahaha

    ReplyDelete
  2. Untung Amy dpt tiket vip. Hehe.. thanks for review, teringin sgt na tgk cerita nih tp masa saja x mengizinkan.. fuuh~

    Apa2 pun bapak Legolas handsome lilaxs.. haha

    ReplyDelete
  3. Wah, bestnye dapt tiket VIP :) nice review Amy :)

    ReplyDelete
  4. kalau tak follow siri ni dari awal, boleh faham x?

    ReplyDelete
  5. wahh.. dah tengok ye... luna belum berkesempatan lagi.. sebab belum tgk balik hobit 1 &2.. dah tak ingat sgt dah watak die.... tapi kalau amy dah ckp 7.5.... mesti best ni..! hehe.. anyway.. amy tegok series LOTR jugak tak..?

    ReplyDelete
  6. Rupanya ni hobbit yg ketiga dah eh. Satu pun anis tak pernah tgk hihii

    ReplyDelete
  7. Teringin sangat nak tengok cerita ni tapi tak tahu la sempat ke tak nak pergi tengok.

    ReplyDelete
  8. Hobbits ni dari 1,2,3 akak mesti tidurr. zzzzzz

    ReplyDelete
  9. Movie2 yg mmg menarik.. tak rugi tengok.. mmg berbaloi2.. :)

    ReplyDelete
  10. IM pun tak minat sgt perang2. Tp menarik jugak cerita ni sbb dia tak focus pd perang ja. Ada memacam sekali.

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat VIP tiket..fuhh..lama Kak wana x tengok movie kat cinema ni..huu :(

    ReplyDelete
  12. Xprnh tgk movie sequence nie. klo nk lyn kne tgk dr mula la

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.