Dating di The Street Cafe SS15 Subang Jaya - Halal Korean Food

12:16 p.m
rumah
tunggu layan movie

assalamualaikum and hello lads!
credit to joinme.com.my

ha, semalam even pening kepala pun, tapi member lama punya pasal, aku pergi juga keluar makan tengah hari dengan dia a.k.a Najwa. rasanya dah dekat 5-6 tahun kami tak berjumpa... sebab tu aku gagahkan diri juga.

then, dia cadangkan makan di The Street Cafe. aku dengar nama macam dah gah, okaylah. lepas tu dia cakap Korean Food. aku berbelah bahagi juga. sebab aku tak pernah try korean food ni kan. tapi apa salahnya. dia pun dah teringin nak makan kat sana.

sampai je, aduh mak, susah betul nak cari parking -.- last-last kami parking dekat Cafe Asia kot nama dia. sangat banyak parking yang ada. tapi kena bayar tau! dari apa yang aku perasan. Isnin sampai Jumaat kena bayar RM3. lepas tu setiap jam RM1 or RM2. itu aku tak perasan. kami punya kena bayar RM4.20. dari pukul 1-3.30 petang.

masuk dalam cafe, boleh tahanlah... tak ramai orang pun. mostly chinese people. orang melayu boleh kiralah. rupanya dia dua tingkat. Najwa kata tingkat atas boleh bersila. tapi kami pilih tingkat bawah je.

memang asyik lagu korea je la yang bergema. tapi tak kuat pun. so, tak adalah mengganggu sangat.

nampak tak bunting hujung sana tu? ha, kat situ ada tangga untuk naik ke tingkat atas.
dapat je menu, belek punya belek, aku blur. weyh, nak beli apa ni??!! aku suruh kawan aku yang cadangkan. 








nasihat aku, kalau perut korang especially perempuan, besar gila (maksudnya makan banyaklah. no offense), korang bolehlah pilih satu menu untuk sendirian berhad. tapi kalau aku yang makan sikit je, better lah kongsi. memang banyak okay! 

ini antara makanan dan minuman yang kami beli.
alamak, silap eja. Pat Bing Soo/Patbingsu (Korean Shaved Ice). dalam ni ada biskut Oreo, buah tembikai, bubble yang sangat best bila dia meletup dalam mulut kau, ais krim, chocolate chip, condensed milk and kacang merah.

uih, sedap tak terkata Patbingsu ni weyh! dah lah kami dapat Shaved Ice ni dulu. memang tak berhenti kitorang makan. hahaha. aku recommend ni untuk korang cuba.

Chocolate+ Strawberry 221 : RM8.90. Chocolate 228 : RM7.90

air dia pun sedap. BESAR!


Kimbab Set 071 : RM21.90.
 makan berdua pun tak habis. sebab banyak sangat kot kami order. haha. ada ikan bilis hancur, ada kubis manis, ada kicap, ada sosej. dalam hidangan besar tu ada rice cake. itu yang kenyang sebenarnya.

Toboki Street Style 135 : RM8.90

sekali satu set dengan Kimbab

BBQ Chicken Wrapper 091 : RM14.90

bagi aku, harga dengan makanan dan minuman sangat berbaloi. aku suka!

tapi hidangan utama kami tak menepati sangat citarasa aku. muak sikit. even dia kata SPICY pun tak adalah spicy mana. tak spicy pun aku rasa. maybe sebab korea kan. 

and aku tengok dekat wall dia, ada satu pertandingan tau. dia akan bagi satu hidangan dalam mangkuk yang besar gila and then kena makan dalam masa 8 minit. kalau berjaya, dapatlah gambar kau termpampang dekat wall of fame tu.. fuuuh. orang kata memang pedas gila. tak tahulah. aku tak try.

kalau nak cari senang juga kot. dia betul-betul berhampiran dengan Cafe Asia dan juga Inti International College. 
The Street Cafe (Subang Outlet) 
28, Jalan SS 15/8, 
47500 Subang Jaya, 
Selangor Darul Ehsan. 
Contact: 603-5632 9822

dia ada satu lagi cawangan dekat Sunway Piramid. 

and bukan jual makanan sahaja tau, dia ada jual barangan Korea sikit. semalam aku perasan ada jual Stoking EXO, ada GG. macam-macamlah. sorry, aku tak kenal sangat artis Korea ni. heee.
 
 
post signature

Share:

48 comments

  1. tskkkk.nyesal baca entri ni. terliur gilosssss. sedapnyaaaa. rasa nak terjah malam karang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih kih kih comel nani...menyesal baca entri :)

      Delete
    2. hehehehe.... jangan mnyesal okay. tambahkan ilmu pengetahuan sekali kat sini :P

      Delete
  2. Harga not bad ye...akak tgh teringin nak makan korean spicy chicken huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, harga memang berbaloi lah dengan kuantiti dia. hehehe.... x spicy sangat pun kak..memang macam tu kot agaknya.. ^^

      Delete
  3. best nye nampak . rasa dye ok x ? mesti lagi ok dari tmpat yg lela p ary tu kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia boleh tahan lah... cuma main dish kami x berapa menyelerakan sikit. maybe tekak saya x kena kot... hehe

      Delete
  4. lame xsinggah blog ni.
    bestnyaaa. cemana nak sebut tuu,complicated nak sebut korean food ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.... busy sangat ke tu? saya pun dah lama x menynggah.

      tahu xpe. sebab tu suh kawan je order. hahaha

      Delete
  5. Tak pernah lg ke restoran korea...kne bawak kawan ni klo nk ke sana...mau terpinga2 order nasi goreng pulak nnt...hibi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.... try la kak sekali ^^, eh eh, silap kedai la kalau macam tu :P

      Delete
  6. skrg dah tak perlu ke korea utk cari makanan dia. halal pun insyAllah halal kan :D banyaknyaaaa kedai mknn korea kat malaysia tuuu. tapi majoriti semua kat bandar besar T_T stkt ni pernah rasa seoul garden, tu pun sekali.

    oh yee, I guess Korean memang into makanan pedas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep betul. dah la orang malaysia ramai suka korea kan. hahaha. memang untung lah diorang...

      seoul garden tak pernah try lagi. xde kawan yang mnat sangat dengan korea2 ni. hehe

      tapi pedas dia x terasa sangat.. saya ni memang x tahan pedas. tapi pedas dia.. well. hmm, budak kecil pun boleh makan gak la. hahaha

      Delete
  7. tapi kalau tengok macam pedas sangat kan sebab ada merah2 gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, gaya macam pedas. saya dah get ready dengan air dah. rasa je, hek eleh, warna je pekat. tapi rasa dia not bad la.. cuma nak pedas, g kedai wong solo je la kot... haha..

      Delete
  8. Aaa sedapnye patbingsu tu. Hishh takley jd ni. Air die gabak. Berbaloi tu. Choc + mangga. Pehh mesti sedap.

    Subang jaya--- jauhnye kamu. Sobsss

    Kalau ajk adik 7, mesti suke sbb die mnt korea. Takut die ikut nyanyi cari mic denga lagu korea. Hehe

    kalau ajak kakak 3 pun best sebab perut die boleh sumbat makanan kite. Hehe

    Teringin nye Amy... :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheheh. yep. berbaloi la.. rasanya pecah rekod saya berlama kat kedai makan. 2 jam! hahaha. selalunya 40 minit je max.

      xpe, nanti kalau datang sini, roger2.. kita p sama2 gak nak? heheheheheheh....

      Delete
  9. besarnya portion dia.. jenuh perabih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. memang jenuh. tapi kalau reti makan banyak xpela. haha

      Delete
  10. Kalau tak biasa nama makanan tu, mesti macam blur blur je kan nak order ape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. yep. lama2 nanti power dah la. ^^

      Delete
  11. haaa akak pernah makan kt sini tapi kat sunway pyramid sebab akk familiar dgn menu dia. and yeap, sedap and berbaloi. boleh lah kalau nak try something new. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? hehehe... kan ^^, ini pun memang try something new. hehe

      Delete
  12. Best la harga dia...
    kira orang macam kaksha ni masih mampu laa...
    sayangnya jauh bebenau ke Subang & Sunway sana.... huwaaaaa

    ngencesssss tengok entri ni... sobbbsobbb

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. okay la ^^,

      ehehehe... nanti ada masa dating dengan husband, p la ajak dia ke sana :P in shaa ALLAH ada rezeki satu hari nanti.

      Delete
  13. This is my favourite Korean restaurant. Insya Allah nak pergi sini esok.

    ReplyDelete
  14. Bestnye..kalau la dekat segamat ni ada..boleh terjah hari2 :) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheheh..habislah incik kesayangan cik Mimie macam tu, asyik makan korean food je :P

      Delete
  15. Fuhh... sedap2 tengok makanan tu... berbaloi juga klu dibandingkan dgn harganya.. menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. yep. berbaloi jugalah harganya. in shaa ALLAH ^^,

      Delete
  16. Sedapnya lahai. Nanti pergi kl, kena try ni. Bukan selalu dpt rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. okay IM. ^^, eh, IM duk mana ye?

      Delete
    2. Sekarang study kt perak. Kalau dr sini naik ets, 2jam dh sampai kl. Hehe. Nanti bebila mana tau boleh jumpa. Hehe

      Delete
    3. oooo...2 jam tu samalah macam akak balik dari uniten ke shah ALam. hehehe. xpe. nanti ada la rezeki. in shaa ALLAH :)

      Delete
  17. gila mangkuk besar 8minit .. mana mampu..! hahaha..sapa2 yg masuk wall of fame tahniah la ,lidah dan prut anda sihat nampaknya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.... kan! saya memang x mampu la nak habiskan >.<

      Delete
  18. Banyaknya makanan..bleh habis ke Amy?hihi..Kak wana x berapa masuk Korean food ni tapi tengok menu Amy makan tu nampak sdap pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...main dish je tak habis.. lain semua habis. >.<

      saya x berapa juga kak wana tapi yang ni okay la.. ^^

      Delete
  19. Rmai prnh mkn sini..akk x g lg..jauh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... nanti sampai la tu ke sana one day ^^

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.