12:16 p.m
rumah
tunggu layan movie
assalamualaikum and hello lads!
![]() |
credit to joinme.com.my |
ha, semalam even pening kepala pun, tapi member lama punya pasal, aku pergi juga keluar makan tengah hari dengan dia a.k.a Najwa. rasanya dah dekat 5-6 tahun kami tak berjumpa... sebab tu aku gagahkan diri juga.
then, dia cadangkan makan di The Street Cafe. aku dengar nama macam dah gah, okaylah. lepas tu dia cakap Korean Food. aku berbelah bahagi juga. sebab aku tak pernah try korean food ni kan. tapi apa salahnya. dia pun dah teringin nak makan kat sana.
sampai je, aduh mak, susah betul nak cari parking -.- last-last kami parking dekat Cafe Asia kot nama dia. sangat banyak parking yang ada. tapi kena bayar tau! dari apa yang aku perasan. Isnin sampai Jumaat kena bayar RM3. lepas tu setiap jam RM1 or RM2. itu aku tak perasan. kami punya kena bayar RM4.20. dari pukul 1-3.30 petang.
masuk dalam cafe, boleh tahanlah... tak ramai orang pun. mostly chinese people. orang melayu boleh kiralah. rupanya dia dua tingkat. Najwa kata tingkat atas boleh bersila. tapi kami pilih tingkat bawah je.


![]() |
memang asyik lagu korea je la yang bergema. tapi tak kuat pun. so, tak adalah mengganggu sangat. |
![]() |
nampak tak bunting hujung sana tu? ha, kat situ ada tangga untuk naik ke tingkat atas. |
dapat je menu, belek punya belek, aku blur. weyh, nak beli apa ni??!! aku suruh kawan aku yang cadangkan.








nasihat aku, kalau perut korang especially perempuan, besar gila (maksudnya makan banyaklah. no offense), korang bolehlah pilih satu menu untuk sendirian berhad. tapi kalau aku yang makan sikit je, better lah kongsi. memang banyak okay!
ini antara makanan dan minuman yang kami beli.

uih, sedap tak terkata Patbingsu ni weyh! dah lah kami dapat Shaved Ice ni dulu. memang tak berhenti kitorang makan. hahaha. aku recommend ni untuk korang cuba.
![]() |
Chocolate+ Strawberry 221 : RM8.90. Chocolate 228 : RM7.90 |
![]() |
air dia pun sedap. BESAR! |

![]() |
Kimbab Set 071 : RM21.90. |
![]() |
Toboki Street Style 135 : RM8.90 |
![]() |
sekali satu set dengan Kimbab |
![]() |
BBQ Chicken Wrapper 091 : RM14.90 |
bagi aku, harga dengan makanan dan minuman sangat berbaloi. aku suka!

tapi hidangan utama kami tak menepati sangat citarasa aku. muak sikit. even dia kata SPICY pun tak adalah spicy mana. tak spicy pun aku rasa. maybe sebab korea kan.
and aku tengok dekat wall dia, ada satu pertandingan tau. dia akan bagi satu hidangan dalam mangkuk yang besar gila and then kena makan dalam masa 8 minit. kalau berjaya, dapatlah gambar kau termpampang dekat wall of fame tu.. fuuuh. orang kata memang pedas gila. tak tahulah. aku tak try.
kalau nak cari senang juga kot. dia betul-betul berhampiran dengan Cafe Asia dan juga Inti International College.
The Street Cafe (Subang Outlet)
28, Jalan SS 15/8,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Contact: 603-5632 9822
28, Jalan SS 15/8,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Contact: 603-5632 9822
dia ada satu lagi cawangan dekat Sunway Piramid.
and bukan jual makanan sahaja tau, dia ada jual barangan Korea sikit. semalam aku perasan ada jual Stoking EXO, ada GG. macam-macamlah. sorry, aku tak kenal sangat artis Korea ni. heee.

tskkkk.nyesal baca entri ni. terliur gilosssss. sedapnyaaaa. rasa nak terjah malam karang.
ReplyDeleteKih kih kih comel nani...menyesal baca entri :)
Deletehehehehe.... jangan mnyesal okay. tambahkan ilmu pengetahuan sekali kat sini :P
DeleteHarga not bad ye...akak tgh teringin nak makan korean spicy chicken huhuhu
ReplyDeleteyep, harga memang berbaloi lah dengan kuantiti dia. hehehe.... x spicy sangat pun kak..memang macam tu kot agaknya.. ^^
Deletehai si gadis weird!! :)
ReplyDeletehai kak ayue :)
Deletebest nye nampak . rasa dye ok x ? mesti lagi ok dari tmpat yg lela p ary tu kan .
ReplyDeleterasa dia boleh tahan lah... cuma main dish kami x berapa menyelerakan sikit. maybe tekak saya x kena kot... hehe
Deletelame xsinggah blog ni.
ReplyDeletebestnyaaa. cemana nak sebut tuu,complicated nak sebut korean food ni.
hehehe.... busy sangat ke tu? saya pun dah lama x menynggah.
Deletetahu xpe. sebab tu suh kawan je order. hahaha
Tak pernah lg ke restoran korea...kne bawak kawan ni klo nk ke sana...mau terpinga2 order nasi goreng pulak nnt...hibi
ReplyDeletehehehehe.... try la kak sekali ^^, eh eh, silap kedai la kalau macam tu :P
Deleteskrg dah tak perlu ke korea utk cari makanan dia. halal pun insyAllah halal kan :D banyaknyaaaa kedai mknn korea kat malaysia tuuu. tapi majoriti semua kat bandar besar T_T stkt ni pernah rasa seoul garden, tu pun sekali.
ReplyDeleteoh yee, I guess Korean memang into makanan pedas :)
yep betul. dah la orang malaysia ramai suka korea kan. hahaha. memang untung lah diorang...
Deleteseoul garden tak pernah try lagi. xde kawan yang mnat sangat dengan korea2 ni. hehe
tapi pedas dia x terasa sangat.. saya ni memang x tahan pedas. tapi pedas dia.. well. hmm, budak kecil pun boleh makan gak la. hahaha
tapi kalau tengok macam pedas sangat kan sebab ada merah2 gitu..
ReplyDeleteyep, gaya macam pedas. saya dah get ready dengan air dah. rasa je, hek eleh, warna je pekat. tapi rasa dia not bad la.. cuma nak pedas, g kedai wong solo je la kot... haha..
DeleteAaa sedapnye patbingsu tu. Hishh takley jd ni. Air die gabak. Berbaloi tu. Choc + mangga. Pehh mesti sedap.
ReplyDeleteSubang jaya--- jauhnye kamu. Sobsss
Kalau ajk adik 7, mesti suke sbb die mnt korea. Takut die ikut nyanyi cari mic denga lagu korea. Hehe
kalau ajak kakak 3 pun best sebab perut die boleh sumbat makanan kite. Hehe
Teringin nye Amy... :/
eheheheh. yep. berbaloi la.. rasanya pecah rekod saya berlama kat kedai makan. 2 jam! hahaha. selalunya 40 minit je max.
Deletexpe, nanti kalau datang sini, roger2.. kita p sama2 gak nak? heheheheheheh....
besarnya portion dia.. jenuh perabih...
ReplyDeleteyep. memang jenuh. tapi kalau reti makan banyak xpela. haha
Deletenampak sedap jaa. ^^
ReplyDeletehehehe.. cuba try nanti okay ^^,
DeleteKalau tak biasa nama makanan tu, mesti macam blur blur je kan nak order ape.
ReplyDeletehehehe. yep. lama2 nanti power dah la. ^^
Deletehaaa akak pernah makan kt sini tapi kat sunway pyramid sebab akk familiar dgn menu dia. and yeap, sedap and berbaloi. boleh lah kalau nak try something new. hehe
ReplyDeleteye ke? hehehe... kan ^^, ini pun memang try something new. hehe
DeleteBest la harga dia...
ReplyDeletekira orang macam kaksha ni masih mampu laa...
sayangnya jauh bebenau ke Subang & Sunway sana.... huwaaaaa
ngencesssss tengok entri ni... sobbbsobbb
yep. okay la ^^,
Deleteehehehe... nanti ada masa dating dengan husband, p la ajak dia ke sana :P in shaa ALLAH ada rezeki satu hari nanti.
This is my favourite Korean restaurant. Insya Allah nak pergi sini esok.
ReplyDeletewah, ye ke? ha, bagus2.. hehe
Deletewaaa teringin nak pergi :(
ReplyDeletep la :P
DeleteBestnye..kalau la dekat segamat ni ada..boleh terjah hari2 :) hehehe
ReplyDeleteeheheheh..habislah incik kesayangan cik Mimie macam tu, asyik makan korean food je :P
DeleteFuhh... sedap2 tengok makanan tu... berbaloi juga klu dibandingkan dgn harganya.. menyelerakan.. :)
ReplyDeletehehehe. yep. berbaloi jugalah harganya. in shaa ALLAH ^^,
DeleteSedapnya lahai. Nanti pergi kl, kena try ni. Bukan selalu dpt rasa..
ReplyDeletehehehe.. okay IM. ^^, eh, IM duk mana ye?
DeleteSekarang study kt perak. Kalau dr sini naik ets, 2jam dh sampai kl. Hehe. Nanti bebila mana tau boleh jumpa. Hehe
Deleteoooo...2 jam tu samalah macam akak balik dari uniten ke shah ALam. hehehe. xpe. nanti ada la rezeki. in shaa ALLAH :)
Deletegila mangkuk besar 8minit .. mana mampu..! hahaha..sapa2 yg masuk wall of fame tahniah la ,lidah dan prut anda sihat nampaknya..hehehe
ReplyDeletehahahhaa.... kan! saya memang x mampu la nak habiskan >.<
DeleteBanyaknya makanan..bleh habis ke Amy?hihi..Kak wana x berapa masuk Korean food ni tapi tengok menu Amy makan tu nampak sdap pula :)
ReplyDeletehehehe...main dish je tak habis.. lain semua habis. >.<
Deletesaya x berapa juga kak wana tapi yang ni okay la.. ^^
Rmai prnh mkn sini..akk x g lg..jauh :P
ReplyDeletehehehehe... nanti sampai la tu ke sana one day ^^
DeleteWahh bestnyaa.. Kene try nih
ReplyDelete