10:12 p.m
apartment
kecewa dengan member
assalamualaikum and hello lads!

ha, ingat tak sneak peek haritu? hehehe. meh, aku ceritakan sepenuhnya. kalau panjang, minta maaflah. aku cuma nak berkongsi maklumat sahaja.
alkisahnya member aku, Syikin datang dari Johor and menginap dekat rumah Emira. so, alang-alang dia dah ada dekat Uniten, kami pun pergilah berjalan-jalan. sekali jalan sampai Shah Alam okay. haha.
aku dah selalu dengar pasal Setia City Mall ni, tapi tak pernah menjengah lagi ke sana. so, kami pun try pergi ke sana. dari Uniten sampai ke Setia City Mall mengambil masa selama 30 minit. itupun ikut waze dan juga jalan tak berapa jammed.
![]() |
antara kedai yang ada |
wah, memang serious ala-ala Alamanda juga. nampak eksklusif. kat tengah-tengah laluan, ada kerusi comel-comel. haha. rasa macam nak ambil gambar kat situ juga je. lepastu kebetulan musim Christmas kan, adalah decoration dia. lawa sangat weyh! aku rasa lagi lawa deco yang ni berbanding dengan One Utama tu.





![]() |
tak boleh masuk pun. muahahahaha |
banyak tempat makan yang mahal-mahal je. food court ada, tapi aku tak surelah berapa harga dia. kedai makan yang ada dekat situ antaranya Dancing Fish, Pappa Rich, Savaro, Delicious and macam-macam lagi.
sebelum makan, kami keluarlah kejap tengok padang dia yang luas terbentang tu. wah, memang luas kot! tapi masa tu kan musim hujan. so, x dan nak duduk dekat tengah-tengah dunia and bergambar.


ada playground kalau nak bawa anak-anak main kat situ. ada bubbles balloon yang besar tu! RM10 rasanya aku dengar mak cik tu cakap sekali sewa. ada jual makanan ikan juga.



tapi kami buat keputusan untuk pergi makan dekat Nando's. *itupun berbelah bahagi tak tahu nak makan dekat mana.*
kami pilih makanan full platter tak silap nama dia. harga dalam RM55. tak termasuk air. tapi boleh pilih 4 side dishes. and ayam ada 4 ketul. air pula aku pilih Sparkling Apple. and member aku pilih Iced Americano.
![]() |
Iced Americano harganya RM7.90 kot. lupa pula |
![]() |
Sparkling Apple harganya RM8.90 |


bagi aku, makanan dia ehmmm... x menepati citarasa aku. kalau ada orang ajak pergi sana, maybe aku tak pergi dah kot. hahahahaha. tapi air Sparkling Apple dia tu boleh tahan sedap jugalah. combination Apple dan juga air Sprite.
then, dah solat maghrib dekat sana, kami bergerak ke Chemistry Cafe pula. orang kata cafe ni sangat famous and makanan dia pun sedap. aku memang dah berkurun nak ke sana, tapi tak dan. akhirnya dapat juga.
dari Setia City Mall tu, cuma ambil masa dalam 15 minit maksimum. then, sampailah kami ke tempat yang dituju. tak susah pun nak cari kedainya. kena lalu roundabout depan UiTM Shah Alam dulu.
sampai je, alhamdulillah. tak ramai orang. and suasana dia, yes! aku suka! aku memang suka suasana santai and cerah/gelap macam ni. rasa relax je nak minum-minum sambil sembang dengan kawan-kawan.

oh ya. kat sini LAYAN DIRI tau! jangan duk lama-lama sambil jeling-jeling pekerja kat situ pula. hahahaha. dia cuma akan hantar makanan dekat kita sahaja. tapi kita kena order dulu and bayar dulu dekat kaunter.
make sure dah ada seat. sebab nanti dia tanya korang nak duduk dekat mana.



makanan berat tak ada jual tau. paling berat pun Spaghetti dengan Lasagna sahaja. and taraaaa... inilah apa yang kami order.
masuk je makanan dalam mulut, perghhhh! sedapnyaaaaaaaaaaaaaa~~~~ memang terasa coklat dia *aku makan Chocolate Lava*. dengan ais krim dia lagi. cair aku, cair. hahaha.
![]() |
Choc Lava harganya RM11 |
![]() |
Mix Berries harganya RM12.50 |
![]() |
Chicken Pie harganya RM10 |
![]() |
Oreo Crepe harganya RM11.90 |

![]() |
Creme Brulee : RM11 dan Lady Boss : RM12 |
Chicken Pie dia pun sedap. kawan aku kata ramai recommend Chicken Pie ni. and bila dia rasa pun sedap, so memang sedaplah tu.
Emira pula order Oreo Crepe. boleh tahanlah. tapi aku bukan peminat Crepe. sooo....
tapiiiiiii.... kek aku ni, macam muak sikit. sebab manis sangat kan. aku tak boleh makan manis-manis sangat ni. cepat muak.
air dia serious awesome! dah lah dia letak dalam err... correct me if i'm wrong, conical flask. ada certain air dia letak dalam bikar. kira berbaloilah harga dengan saiz dan rasa dia.
Lady Boss Chillers tu rasa chocolate. kalau Creme Brulee rasa susu. ada dua pilihan. kau nak Chillers or Smoothies. pilihlah sendiri.
sambil makan, sambil bergambar. apa lagi. hehehehe.


![]() |
Polaroid ni dari Emira punya Instag. ni bukan ada dekat sana tau! bawa sendiri kalau nak. hahaha |


Alamat : Chemistry Cafe + Lab
No 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
No Tel : 017-6262797
Bussiness Hours :
Tue - Fri : 3.00pm-1.00am
Sat and Sun : 2.00pm - 1.00am
Isnin tutup!

Terbaiklah tempat ni...harga pun biasa2 je...standard papa rich
ReplyDeleteyang mana satu tu bro safirul? nandos ke CC? hehe
DeleteTeringin nak pergi Setia City Mall dengan Chemistry Cafe ni. Lepas baca entri ni, lagilah membuak-buak rasa nak pergi tu.
ReplyDeletehehehehe.. nnti dah balik malaysia, jangan lupa singgah okay :P eh, farah orang mana erk?
DeleteBw sini yer ^.^ Besnyer cafe tu cantik tmpt..
ReplyDeleteMy Blog
ASDY Dimension.blogspot.com
heehhehe.... cantik kan. tapi ikut citrasa oranglah. ada yang x suka gelap gelita pnya suasana. ada yg suka ^^
Deleteself service? menarik ni. dah lama tak pergi Nando's
ReplyDeleteyep, self service. heheh
DeleteSCM tu dekat dgn rumah kita amy,awat tak singgah? hahaha
ReplyDeletesitu boring utk lepak,esklusif sangat tmpatnya..
ingat cafe tu kat bangi ke kl,rupanya sksyen 7 ja ya.. ehehehe.. sana besar,tak terjumpa
laaaaa... ye ke? ala, xtahu pun. kalau x dah g dah :P
Deletehaha, ye ke? saya suka tempat macam tu.. gelap campur cerah. >.< tapi nak study x boleh la. hahaha..
Bestnye tempat-tempat ni..tapi jauh la plak nak kesana...hukhuk..
ReplyDeletehehehehe... nnti ada rezeki, jangan lupa p erk :P
DeleteWow terbaik..
ReplyDelete^^
Deleteteringin nak pergi chemistry cafe!! tapi jauh la pulakk huhuhu
ReplyDeletehehehheehe.... xpe, ada rezeki dapatlah g sana kan ^^
DeleteGelas dia lain dari yang lain yer..
ReplyDeleteyep. tengoklah nama tempat dia :P
DeleteHuhh.. terliur tengok.. menyelerakan... :)
ReplyDeletehahahahaha. apalagi, ajak isteri dengan anak2 abang KK g situ :P
Deleteamboooi jalan sakan nyeeee huhu
ReplyDeleteakak terperuk kat rumah aje ni huwa heheh..
chemistry ni ramai dok sembang pasal dia. nak kena terjah ni.. last pegi scm bulan 6/7 ritu kot.. dlu study slalu gak lepak situ..
hehehehehe.. alang2 member ada. ^^, lepas tu dua-dua dah balik negeri masing2. sobs
Deleteyep. ooo, akak pun dah g erk. ha, akak pun mesti tahu macam mana rasa dia an. hehe
lawa betul deco mall tu. boleh tahan besar jugak padang dia. macam best ja.^^
ReplyDeletepatut la nama chemistry cafe. bekas isi air pun guna alat radas lab. hehe.
hehehehe... lawa kan ^^, yep, memang besar! depan tu lak ada convention center.. bagus la.. haha..
Deleteyep, sebab tu lah nama dia chemistry cafe. ehhehe
Dah lama tak pergi makan kat tempat-tempat gini lepas beranak-pinak ni. Huru-hara kalau kami masuk..heheheh
ReplyDeletehehehehe... xpe, biar huru hara. ada juga orang nak bersuara. sana senyap sangat. hahaha
Deletemacam best je minum air dalam bekas tu. teringat zaman belajar sains. hehe. memang kena dengan nama kedai dia. :)
ReplyDeletehehehhe... kan. seronoklah juga... memang unik >.<
DeleteTempat yg selalu org sebut2. Best suasana mcm dlm lab. Isnin tutup, pekerja2 kat situ tak kena monday blues lah. Hehe
ReplyDeleteheheheh... ha'a, betul....seronoklah cuti Isnin. haha.. saya pun suka >.<
Deletekek coklat tu memang menggoda!
ReplyDeletekan! menggoda sangat! hahahaha...
DeleteCantik deko2 krismas tu kan..
ReplyDeleteAyoo..banyaknya gambar makanan..x bleh jadi ni..lapar balik perut dibuatnya..huhu
yep, cantik sangat! :D
Deleteheheheh.. ala, xpe.. akak boleh masak.... saya ni nak masak, malas sikit. hehehe :P
akak masuk pastu akak kuar balik. sedihnyaaa. sbb time tu takde makanan heavy lagi. perut lapar nak nasi. haha
ReplyDeleteJauh tu. Huhu
ReplyDelete