Hate Story 2 .:MOVIE REVIEW:.

6:30 p.m
rumah
mendung
 
assalamualaikum and hello lads!
 
credit to indiatoday.intoday.in
 
hahahahahahaha. kalini movie review lagi. macam tak ada benda lain pula dah nak buat. aku bosan sangat tadi, dah lah hujan kan, lagi rasa malas nak buat apa-apa. so, masa duduk buka SyFy layan cerita hantu realiti (realiti aku boleh layan, fake tak. wakaka), buka pula movie Hindustan and i found this story. Hate Story 2. 
 
credit to www.apnatimepass.com
 
movie ni dah laaaaaama sangat aku ada dalam simpanan. cuma malas nak tengok je. maybe sebab pelakon-pelakon dia sorang pun aku tak kenal. tapi tadi macam tergerak kan. cewah. okay, mari kita mulakan. 
 
pada permulaan cerita, ada seorang lelaki tua ni pergi ke tanah perkuburan. masa dia tengah duk meratapi jirat siapa, aku tak sure, tiba-tiba dia dengar macam ada orang meraung, mengetuk something dari bawah tanah. eii. kalau korang, sanggup tak nak pergi cek apa yang bising dekat bawah tanah tu? ME? no way! 
 
lepas dah korek tanah dan buka keranda, ada seorang perempuan dalam keranda tercungap-cungap mencari nafas. and akhirnya dia dibawa ke hospital. masa dia tak disedarkan diri dekat hospital tu, ada seorang polis ni nak bunuh dia. dah kenapa? nanti kita tahu. 
 
so, Sonica (Surveen Chawla) cuba melarikan diri jauh dari semua orang. masa tengah menyorok dalam stor, dia terdengar doktor cakap. kata doktor, disebabkan dia dikurung dalam keranda hidup-hidup, dia kehilangan oksigen yang sangat banyak. so, besar kemungkinan dia ada brain damage. bila ada brain damage, dia akan kena seizure secara tiba-tiba.bukan tu je, dia akan alami halusinasi sekali. kesian dia, sobs...
 
ha, point dia. kenapa nak melarikan diri sebenarnya? dia ni pembunuh ke? bukan. tapi dia akan jadi lepas dia dah rasa sihat sikit nanti. siapa yang dia nak bunuh tu? Mandar Mathre (Sushant Singh). aku tak suka lelaki bermisai macam tu. scares the hell out of me. Mandar ni sangat bengis. dia cepat marah. and dia akan bunuh sesiapa sahaja yang menghalang apa yang dia cuba lakukan.
 
Mandar ni juga adalah politician. dia dah berkahwin. even isteri dia pun takut dengan dia. so, apa kaitan Mandar dengan Sonica ni? Sonica sebenarnya adalah perempuan simpanan kepada Mandar. tapi even dia mistress pun, dia selalu jadi mangsa Mandar. kena pukullah. kena cekiklah. kesian dia. 
 
credit to indiatoday.intoday.in
 
sampai one day, dia berkenalan dengan seorang pemuda ni. nama dia Akshay (Jay Bhanushali). Akshay ni baik orangnya. and dia tak takut dengan Mandar tu. tapi Sonica yang takut. sebab dia tahu apa Mandar boleh buat dekat orang yang rapat dengan dia. even dia mengelak pun, Akshay tetap dengan niat dia. dia nak juga Sonica. and akhirnya diorang berpakat melarikan diri.
 
unfortunately, aku tak tahu macam mana boleh kantoi, Mandar datang ke rumah tu and suruh orang bawah dia bunuh Akshay depan mata Sonica sendiri. then, barulah dia tanam Sonica hidup-hidup. yes, ingat tak permulaan cerita tadi? ha, kejam tak kejam. 
 
ini bukan cerita hantu okay. jangan takut. dia masih hidup
 
masa Sonica dah mula bersedia untuk membalas dendam, macam-macam dia buat. syok betul aku tengok dia bunuh orang tu. err. syok? kiranya kau boleh nampaklah betapa tegarnya sampai dia tak takut dengan kematian dah. 
 
sorang demi sorang yang komplot dalam bunuh Akshay, dia bunuh. pakai tong gas lah, accident lah. 
 
tapi akhirnya macam mana dia nak bunuh Mandar? entah-entah bila dia dah bersua muka dengan Mandar, dia terus kecut tak mampu bergerak. alamak. susah kan. dia kena tangkap ke nanti? macam mana dia nak teruskan niat dia kalau ACP pun bekerjasama dengan Mandar tu? 
 
ending dia aku sangat suka. orang yang paling kita tak expect akan bantu Sonica bunuh Mandar ni. nanti korang tengok okay siapa dia :)
 
conclusion dia, boleh tahanlah cerita ni. TAPI... jangan tengok dengan anak-anak atau budak-budak bawah umur 20 tahun ye. dia macam psiko sikit ceritanya. and cerita zaman sekarang. hmm... (geleng kepala)
 
credit to pages.rediff.com
 
aku suka pelakon perempuan baru ni. memang dia pandai berlakon. dia betul-betul menjiwai watak Sonica ni. dia je watak utama. Akshay tu macam nak kuatkan lagi niat dia untuk bunuh laki tak guna tu.
 
thus, aku bagi 6 bintang sahaja. 

p/s : Hate Story 2 tak ada kaitan dengan HS1. aku sangat-sangat tak galakkan untuk korang layan HS1. sebab tu aku macam malas sikit nak tengok HS2 bila aku dah tengok HS1. full of sh** yang 1 tu.
 
 
 
post signature

Share:

35 comments

  1. macam 'stress' je cerita ni..akak takkan tengok kot, dahlah akak ni penakut.tapi hero dia hensem..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh.. memang stress. tapi xdelah sampai seram mana pun ^^

      Delete
  2. okay, baca macam best gila, nak tengok!!! XD XD XD

    ReplyDelete
  3. Okay kena tengok! haha

    Tiap kali baca review Amy, lepastu tengok movie tu terus teringat... "ohh ini lah yang Amy ada tulis tu. ohh patutlah.." bla bla bla.

    Kenapa dgn Hate story 1? Ingat kan bersambung ke hape ke. nanti nak try tengok jugak lah HS1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa... ye ke? wah-wah, ingat eh apa yang saya tulis kat sini :P

      tak bersambung pun. x best lah hate story 1..

      Delete
  4. Kalau psiko sgt boleh fening jugak nk tengok. Tp Kak Amy boleh tahan jugak tengok. Hehe. Cantik pelakon baru tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehe.. akak suka psiko2 ni >.< mencabar minda. kalau hantu, xley. hahaha

      Delete
    2. Hantu IM tengok sambil tutup bantal rasanya. Nk tengok sensorang memang idok la. Hehe

      Delete
  5. assalam amy darlinkkkkk..

    rindu ngan amyyy..lama x bw sini..kak wana singgah kejap..free nanti kak wana datang lagi ya..take care dear..

    kak wana nak tengok movie pun x sempat..sibuk sangat.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam kak wana sayangggggg...

      saya pun rindu dengan akak >.< okay kak, take your time. hehe :)

      ada masa nanti, tengoklah. tak ada masalah ^^

      Delete
  6. Oh, boleh masuk list untuk tengok ni :)
    Akak ada came across citer ni dulu, tapi buat tak layan sebab tak tahu pun wujudnya bahagian 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... saya pun buat x layan juga.. ini pun terdetik..

      Delete
  7. Amy, cepat2 lah buat review 'Happy New Year',...bestttt.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. hahahhaa.. amoi amoi, tengok gambar je ye >.<

      Delete
  9. Dah tengok HS1 semalam. Cerite die nampak lah pasal dendam tu. Yang tak best part yang ehem ehem lah. Banyak skip part tu sebab tak sanggup nak tengok. Tapi curious gila nak tahu ending kena gak layan sampai habis. Heroin mati, hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... kan! sebab tu saya kata full of sh** and x digalakkan untuk tengok. hehehehe...

      Delete
  10. indian ya,kita tak suka yg ada unsur 18sx sangat.huuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah, hindustan. indian dengan hindustan beza. macam orang melayu dengan orang asli.

      hahahaha.... cerita melayu sekarang pun 18sx. cerita kartun pun ada kiss. cuba cakap cter apa je yang xde. haha. cerita islamik kurang..

      Delete
  11. HS 2?? heheh..HS 1 pun tak pernah tgk lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xyah tengok la kak hs1 tu... x digalakkan. x best. hahaha

      Delete
  12. Wahh... mcm mantap je movie ni.. menarik juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. boleh la abang KK. tapi jangan tengok dengan anak2 ye.. hehe ^^,

      Delete
  13. wahhhh... cam best. heroin dia pun lawa. ihiihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. heroin dia boleh tahan la... lawa dia yang unik sikit. xde orang muka macam dia... hehe

      Delete
  14. Cite plakon bru jrg tgk..mcm kureng..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, tu lah.. saya pun kureng juga. tapi try la tengok.... perempuan dia memang pandai gak berlakon.

      Delete
  15. ramai pelakon baru.
    setia dengan srk jugak

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.