PK .:MOVIE REVIEW:. << A MUST WATCHED MOVIE

4:02 p.m
rumah
balik akhirnya! seronok dapat jumpa kak Scha. :)

assalamualaikum and hello lads!
credit to www.youtube.com
alhamdulillah. selamat sampai ke Subang. semalam dapat bersua muka dengan kak Scha Nazri. masa tunggu kawan kak Scha habis layan movie Hobbit, kami pula pergi Midvalley layan movie PK. 

ingat tak entri aku pasal Aamir Khan dulu? ha, finally! first time aku tengok cerita Hindustan dekat wayang. and seriously, aku rasa ini memang antara movie yang sangat berbaloi untuk korang tengok.

sama unik dengan 3 idiots, kalini PK juga turut menampilkan suatu kisah yang sangat menarik. yang buat aku pandang dari perspektif yang berbeza. aku kagum betul dengan Rajkumar Hirani ni. dia memang pandai buat cerita. 

kalini PK mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Jaggu atau Jagat Janani (Anushka Sharma), nama yang sangat dia tak suka. lol~ Jaggu ni belajar di Bruges, Belgium. masa dia tengah nak beli tiket ke event Bachchan, dia bergaduh dengan seorang lelaki ni. tapi tiket tu mahal sangat. sampailah diorang berpakat nak kongsi tiket tu bersama. tapi still tak cukup.
credit to indianexpress.com

then, diorang minta bantuan seorang lelaki tua untuk belikan tiket. tapi rupanya lelaki tua tu beli tiket and dia yang pergi ke event tu. wakakaka. jahat gila. mengamuk lah si Jaggu ni. nanti tengok apa dia buat dekat lelaki tua tu sampai dia and pemuda ni melarikan diri bersama-sama naik basikal.
credit to ibnlive.in.com

masa berkenalan, dia dapat tahu lelaki ini berasal dari Pakistan. and nama lelaki ni adalah Sarfaraz (Sushant Singh Raj). terus dia jauhkan diri. sebab family dia sangat benci dengan orang Pakistan. tapi adalah sebab sesuatu, Jaggu jatuh cinta dengan Sarfaraz. malangnya, klise, si bapa tak merestui. 

so, Jaggu suruh Sarfaraz kahwin dengan dia kalau betul Sarfaraz cintakan dia. tapi apa jadi nanti? dapat ke dia kahwin dengan Sarfaraz? ada orang yang datang menghalang perkahwinan diorang tak? itu tengok sendiri okay :)

then, macam mana PK ni boleh muncul? ha, sebenarnya. ini serious aku tak expect! 
credit to movies.ndtv.com

PK ni dilakonkan oleh Aamir Khan. PK ni sebenarnya adalah ALIEN. dia datang ke Bumi sebab dia tak sangka ada satu planet lebih kurang sama macam planet dia. and dia datang ke Bumi dalam keadaan berbogel *tapi nampak badan je okay* -.- body dia, well, no comment. wakaka. kenapa dia berbogel? itu korang tengok nanti. dia akan explain dekat Jaggu.

tapi malangnya, masa dia terjumpa dengan seorang manusia ni, manusia tu curi loket dia. loket ni macam remote control lah. kalau dia nak balik ke planet dia, barulah dia gosok loket dia tu. tapi loket dah tak ada, macam mana???
credit to ibnlive.in.com

sifat dia sebagai alien ni. 

.: planet dia, semua alien tak pakai apa-apa. 
.: diorang tak bercakap langsung. kiranya no language. so, kalau nak bercakap. pegang tangan. lepas tu baca minda another alien.

yang seronoknya tengok PK ni, disebabkan perangai kita tak sama macam dia, dia seronok nak belajar pasal manusia. and lagi satu, dia nak cari loket dia balik. 

tapi macam mana dia nak berkomunikasi kalau dia tak ada language? ha, tu tengok sendiri juga apa dia buat. teehee~

sampailah bila dia tanya orang pasal loket dia. orang akan balas dengan kata-kata :

- hanya Tuhan sahaja yang tahu, dik
- Tuhan kan ada, jangan risau
- pergilah berdoa dekat Tuhan

dia pelik. siapa pula Tuhan ni? penting sangat ke Tuhan ni sampai dia kena minta loket dekat Tuhan?
so, dia try macam-macam. dia pergi kuil, dia tengok apa orang buat. dia pun buat. tapi tak dapat loket.
pastu orang suruh dia pergi gereja. dia pergi gereja juga, but still tak dapat loket. lepastu ke masjid pula. tak ada juga. dah tu, makin confuse dia jadinya. Tuhan mana yang betul sebenarnya ni? kenapa semua orang punya Tuhan berbeza? 
credit to indianexpress.com

yes, cerita ni banyak menyentuh pasal soal agama. seriously. tapi tak adalah sampai buat kau terpesong. and dia tak ada kutuk mana-mana agama. dia cuma pelik je, kenapa sebab pakaian seseorang atau perwatakan seseorang, membuatkan orang terus pandang serong dengan agama orang tu.

kalau lelaki ada janggut, misai, and serban - Sikh
kalau lelaki ada janggut, misai tak ada serban - Hindu
kalau lelaki ada janggut sahaja - Muslim

terus je orang buat spekulasi macam tu. lepas tu mula hina agama lain. faham tak konsep PK cuba sampaikan? 

tapi so far, cerita dia memang seronok. dia banyak buat aku terfikir pasal diri kita sebagai manusia ni. 

kata PK lagi :

manusia ni complicated betul. kadang-kadang satu ayat boleh bawa banyak makna berbeza. contoh macam "OH"

kalau tak suka dengan apa yang orang cadangkan dekat dia, dia kata 'ohhhhh' 

kalau dia suka something , dia kata 'ohhh'

kalau dia mula faham dengan apa yang orang lain sampaikan, dia kata 'ohhhh'

nampak tak berapa banyak oh boleh kita buat? hahaha. dia kata alien ni senang je. sentuh tangan, lepas tu baca minda masing-masing. habis cerita. luls~

and ada satu masa tu lah, dia berjumpa dengan Jaggu. lupa nak cakap, Jaggu ni wartawan di Delhi. tapi disebabkan dia tak ada benda nak cerita, masa ni lah dia terjumpa PK yang pelik ni. and dia decide nak buat kisah mengenai PK. 

seronok sangat aku layan PK. ada humor, ada sedih *aku menangis. wakaka*, ada geram, ada menyampah, so far, memang worth it la RM10 tu aku habiskan. hahahaha...

aku bagi 8.4 bintang untuk movie ni!



 
 
 
post signature

Share:

33 comments

  1. nice review! haha berjaya buat kita excited nak tengok :) tapi terpaksa tunggu online je lah T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee... maceh... tnggu online memang lambat sikit la ^^,

      Delete
    2. dah tgk dah yeay :D menarik. paling terasa part, Tuhan yg cipta kita vs tuhan yg kita cipta tu. kena fikir dalam :)

      Delete
    3. yep. betul tu ^^, memang sangat kena fikir dalam. ada betul apa yang dia cakap. kita ada ALLAH, tapi ada still percaya dengan benda khurafat lah, ada yang percaya nabi palsu tu.. hmm

      Delete
  2. wahh mcm best je niii. tengok trailer best ! Nak tengok, tapi tunggu utube haha

    Eh Amy dah abes exam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. best kan trailer dia! dah la aamir khan. omg! haha.

      dah habis dah haritu. satu paper je ^^,

      Delete
  3. macam best je...kena tunggu kuar kt tv la ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe.. kalau keluar tv, memang berkurun lah acik gamaknya...

      Delete
  4. patut pelik ja muka dia.. alien ka.. dri review amy ni mcm best jalan cita

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, sebab tu dia pelik kan hahahahhaa...

      Delete
  5. cam best je!!! hihihi. kita pun tak pernah tgok citer hindustan kat panggung... tp kan.. alangkah bestnya kalau citer hindustan ni buat citer bukan konsep moden.. cth macam citer mohabbatein (sedikit moden).. dilwale dulhaniya le jayenge.. dil hai tumhara.. har dil jo pyar karega.. citer macam ni byk lagu2 yg best.. kuikui. melebih pulak kita. hahaha

    btw, 10x marigold sini (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee... try la sekali ^^,

      alamak, tu xtahulah. tu kena tanya director okay :P

      tu lah, skang macam banyak lagu mengarut. siap ada rap lagi. pffft~

      Delete
  6. Dah baca kak blog Scha tadi... hahaha terlambat sikit singgah untuk entri ni... kaksha macam bestttt je terngok review ni sayangnya kalau hindustan tuan macho kaksha tu memang suruh tengok kat rumah je ! sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe... xpe.. ^^,

      ye ke? alamak, xpelah. tengok kat rumah pun boleh. hehe

      Delete
  7. tudia review Amy mmg selalu sempoi & buat kiteww rasa nk tgk sama hahaha

    ReplyDelete
  8. amir khan jadi Alien? Cm best je..hehehe..nak tengok..nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep! tak expect langsung! hahahaha... ingat nak kasi surprise, tapi citer dia memang pasal alien yang nak amek tahu pasal manusia, so kena jugalah spoil kan. haha

      Delete
  9. Wah, zumal pun minat gak filem Hindi nie...

    ReplyDelete
  10. Mcm best je ni.. Teringin jugalah nak menonton nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... jangan lupa okay abang KK ^^,

      Delete
  11. hahaha . tgk muka amir khan pun da lawak dah tu . haha . best jalan critaa dia yg kak amy tulis ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. kan. tapi dia tetap sama muda macam dulu... hensem. hahaha... thanks lieya ^^,

      Delete
  12. Tengok gambar Aamir Khan nampak lain rupanya jd alien. Jalan cerita yg menarik. Pasal kehidupan. Menarik menarik. Mcm tak sempat ke wayang tp nk carilah nanti. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe... yep, pasal kehidupan. memang menarik! banyak kena fikir masa tengok filem ni. xde mengarut lah...

      Delete
  13. Wah tingginya bintang Amy bagi untuk movie ni..Mesti best giler citenya kan.. :)

    ReplyDelete
  14. sama pengarah dengan filem 3 Idiots eh...??
    mesti best... ok.. download jugak nanti...

    btw, telinga Aamir Khan tu memang sengaja dicapangkan ke... hehehehehe.. :p

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.