The Book of Life .:MOVIE REVIEW:.

11:50 p.m
rumah
tersengih sorang-sorang

assalamualaikum and hello lads!
 
credit to collider.com
 
Rotten Tomatoes : 82%
IMDb : 7.5/10 (cartoon dapat lebih 6 memang sangat hebatlah)
Metacritic : 67%
rating aku : 7.8/10

well well, aku tahu movie cartoon ni dah lama. tapi aku baru donlod harini and terus tengok tadi. so far, kalau emak-emak and bapa-bapa boleh lah bagi anak-anak tengok cerita ni.. menariklah. ada nilai murni dia... tanda persahabatan antara tiga sahabat. apa yang jadi kalau kita menipu. 

cerita ini menggunakan suara Diego Luna (Manolo), Zoe Saldana (Maria) dan juga Channing Tatum (Joaquin). Mereka bertiga telah berkawan sejak dari kecil lagi. Diorang sanggup buat apa sahaja demi Maria. malangnya, disebabkan perangai Maria yang tak macam perempuan sejati, bapa dia hantarkan dia ke Spain. 

and diorang berjanji untuk berjumpa lagi satu hari nanti. 
 
credit to www.thecodeiszeek.com

okay, back to the character. Manolo adalah keturunan bullfighters. diorang sentiasa fight bulls. tapi impian Manolo nak jadi guitarist or singer. both lah. bapa Manolo tak suka. nanti keturunan Sanchez akan dapat malu. but he still main gitar dan menyanyi tanpa pengetahuan bapa dia. well, selalunya kantoi. hahaha.

Maria pula comel orangnya. semakin membesar, dia semakin lawa. dia pandai kung fu pandai fencing, baca buku and macam-macamlah. Dia anak kepada general Posada. General Posada tu sangat berkenan dengan Joaquin lebih dari Manolo.

Joaquin pula nak jadi hero bandar sama macam bapa dia. 

oh, lupa pula cakap. masa diorang kecil, ada dua spirit ni selalu memerhatikan diorang. baik (La Muerte) dan nakal (Xibalba). diorang buat deal antara satu sama lain. La Muerte berpihak pada Manolo. Xibalba pula bertaruh pada Joaquin. kalau salah seorang dari dua ni dapat kahwin dengan Maria, spirit tu lah yang dapat kuasai dua-dua alam roh. (land of the remembered and land of the forgotten)
credit to collider.com

bila dah besar, macam-macam diorang cuba pikat hati Maria. tapi something goes wrong, Xibalba main tipu. and Manolo ends up dead. oh no! so, dia cari jalan untuk pulang semula ke dunia realiti. adalah ujian yang perlu dia redahi sebelum dia dapat jadi manusia (well, bukanlah manusia pun. kayu aku rasa

at the same time, dalam dunia realiti, Chakal si penjahat datang nak serang San Angel. Chakal perlukan Medal of Everlasting Life. Medal tu ada dekat Joaquin. macam mana Joaquin boleh ada medal tu? siapa lagi yang bagi... duh~ siapa-siapa yang pegang medal tu tak akan cedera atau mati.

so, dapat tak Manolo kembali ke alam realiti? Kalau Chakal bunuh satu penduduk kampung, nanti tak ada roh yang akan selamat dah tau sebab tak ada siapa dah yang boleh ingat diorang. habis tu macam mana? OH NO! Maria nak ke kahwin dengan Joaquin? Siapa sebenarnya yang dia suka? sanggup ke diorang putuskan hubungan sahabat semata-mata kerana perempuan? hmmm... mari kita tengok sama-sama okay :)

bagi aku, cerita ni sweet sangat. aku rasa susah aku nak tengok movie cartoon tersengih-sengih even dah habis. wakakaka. lagu dia aku suka. nanti cuba dengar lagu "I Love You Too Much". ada unsur kelakar, ada nilai persahabatan, ada nilai pengorbanan demi cinta. macam-macamlah. so simple story.
 
but please, ingatkan anak-anak, that thing cannot be a pet. 

 
 
 
 
post signature

Share:

26 comments

  1. citer kartun ni macam best je :) rasa nak tengok pulak :D

    ReplyDelete
  2. Cerita cartoon..lama x tgk..hahaha..nanti nk tengok la :)

    ReplyDelete
  3. Jenjalan kliklik nuffnang Amy! :)
    Best kan citer nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maceh kak :) yep, comel je cerita dia. hehe

      Delete
  4. Replies
    1. hehehehe... rasanya kak CT dah tengok :)

      Delete
  5. Wahh best ni... anak2 pasti suka.. bapak anak pun suka jugak ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... yang bukan mak lagi ni pun suka >.< boleh la tengok satu family. tapi kena ada supervision. hehe

      Delete
  6. cartoon rupanya..akak baca Channing Tatum terus teruja..hahaha.cerita ni kalau budak-budak tengok maybe kena ada orang dewasa guide sekali kot, supaya tak terpesong?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.... boleh kenal sangat suara Channing Tatum tu >.<

      yep, xde la sampai terpesong teruk kan. tapi yep, kena ada pengawasan juga.

      Delete
  7. IM selalu download cerita cartoon bg adik2 tengok ja. Kalau IM tengok memang asyik skip la jawabnya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... akak pun sama IM. download untuk adik2. tapi yang ni macam best lak cternya. sekali dah tengok, terlayan sampai habis. hahahaha

      Delete
    2. suka tengok part yang ada lilin tu, ada lg satu cartoon main gitar. Macam part romantik ja :p

      Delete
  8. Nak kena cari ni. Thanks for the review, dik.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. hehehe.... yes! jangan lupa tengok k ^^,

      Delete
  10. Oh bestnya..kak wana pun suka tengok cite kartun..kekadang akak yang lebih gelak dari anak2 buah time tengok..Hahaaa

    ReplyDelete
  11. Cerita lama? Tak pernah dengar pun. Kalau ada masa, bolehlah tengok.

    ReplyDelete
  12. Rajin nengok kartun jgk..sme la..hoho

    ReplyDelete
  13. akak pun rajin jugak tengok cite kartun ni
    mula-mula teman anak tengok, pastu sekali mama depa tersangkut jugak...hehehe

    ReplyDelete
  14. Rajin betul Amy buat review movie/cerita.
    Ni kalau anak akak tengok ni, wajib kena pi beli cd ni.

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.