04/01/2014 - 05/01/2014 - Amy Syeera

Wednesday, April 30, 2014

Kaya Tapi Humble

10:01:00 PM 2
Kaya Tapi Humble
9:23 p.m
rumah pak cik
baru nak dinner. 

assalamualaikum and hello lads! ha, sebelum aku melangkah dengan lebih jauh. jom kita ramai-ramai berpuasa esok ye bagi yang beragama Islam and yang berkemampuan. ^^


ha, sebenarnya aku sedikit anti dengan orang kaya ni. aku rasa dalam kepala otak aku dah mind set yang orang kaya ni mesti berlagak. mesti bongkak. mesti tak ramai anak. maklumlah, asyik fikir pasal bisnes. and aku pun, mesti jahil gila. tapi itu semua dulu.

masa aku masuk MRSM, aku ada seorang cikgu Prinsip Akaun ni. dia baik sangat. memang nampak sifat keibuan dia. lama dia mengajar kami. rupa-rupanya dapat tahu yang dia tu Datin. sungguh aku tak sangka. sebab tu lah dia rajin belanja kitorang, kitorang nak fly pun dia boleh bagi tapi dekat-dekat je. teehee..


and paling tak dijangka, dia ada 9 orang anak. wahhh...tak sangka aku. memang berubah terus perception aku. memang cikgu aku ni humble sangat. aku ni ada masalah kesihatan sikit. kalau aku minta tolong, dia tak keberatan pun nak buat. 

then, masa masuk Uniten. aku jumpa lagi sorang kawan. dia pun rajin sangat belanja. kadang-kadang KFC 1 bucket tu dia bagi free. serba salah kadang-kadang. tapi dia memang suka. dia tak kedekut. bila aku tanya je best friend dia, rupanya kawan tu kaya gila. rumah besar sangat. adik beradik ramai. tapi rajin menderma. rajin tolong orang yang susah. 


terharu sungguh aku tengok orang kaya macam ni. diorang tak pandang rendah dekat orang yang tak berkemampuan. maybe orang macam ni, diorang pernah rasa hidup susah. 

macam ayah aku kata. korang ni dari kecil sampai ke besar dah hidup senang. nanti bila satu hari hidup susah, mesti korang tak boleh nak hidup. asyik merungut je kerja. aku terasa juga kadang-kadang. 

tapi betul ayah aku cakap. orang dulu diajar erti susah. erti cari duit sendiri. erti berdikari. sekarang ni, tengoklah. budak 5 tahun pun ada Ipad. aku pun tak ada Ipad dik oi... 

okay, tu je lah. saja nak berkongsi cerita. korang pun mesti ada kawan macam ni juga kan. aku salute dengan orang macam ni. lagi-lagi kalau keluarga tu tak pernah tinggal solat, rajin berjemaah, pergi surau dengar tazkirah. 


okay, adios~



post signature

Kereta Kecil Berubah Jadi Besar

12:58:00 PM 2
Kereta Kecil Berubah Jadi Besar
12:56 p.m
office
baru lepas makan

assalamualaikum and hello lads!

siapa pernah buat tips yang ni? hahahaha.... kalau menjadi, tunjuk ajar aku sikit. aku nak try juga. teehee..


and this is me waiting for my car to grow bigger.

Jamie Morgan-Whitehouse's photo.
post signature

Tuesday, April 29, 2014

My Bucket List

9:41:00 PM 2
My Bucket List
9:14 p.m
rumah pak cik
kenyang..alhamdulillah

assalamualaikum and hello lads! korang pernah dengar tak pasal bucket list ni? mestilah pernah kan. ha, untuk siapa yang tak pernah dengar and tak pernah tahu, meh aku kasi explain sikit. bucket list ni macam senarai perkara-perkara yang belum kita buat and kita teringin sangat nak accomplish them one day or any day. 

ada orang sampai beratus perkara dalam bucket list dia. entah mampu ke tidak buatnya. aku pun tak tahu. aku ada berapa kerat je. and some of them dah tercapai. teehee. alhamdulillah. kalau ada rezeki, aku nak habiskan semua dalam list aku tu.

sini aku bagi contoh sikit apa bendanya bucket list tu. 

Monday, April 28, 2014

Hati Diusik Cinta -bab 3-

9:40:00 PM 3
Hati Diusik Cinta -bab 3-



BAB 3

Terus sahaja kakiku laju berjalan sepantas mungkin dari hadapan pagar lelaki itu sehinggalah ke hadapan jalan rumahku sendiri. Buat pertama kalinya semenjak aku berpindah tahun lepas, aku bersyukur aku tidak pernah memotong rumput yang sudah mula meliar di kawasan halaman Villa Cempaka Sari itu. Walaupun aku gembira dengan tindakanku ini, aku masih dapat merasa renungannya di sebalik pokok-pokok kecil yang ditanam sebagai perhiasan rumah tersebut.

Leap Year .:Movie Review:.

7:23:00 AM 2
Leap Year .:Movie Review:.
10:52 p.m
rumah pak cik
in love~~ bajet
 
assalamualaikum and hello lads! 
 
credit to google
meh aku ceritakan pasal movie Leap Year. rupanya ada banyak movie yang bertajuk Leap Year. apa yang aku nak ulaskan sekarang ni pasal movie yang romantik punya yang dilakonkan oleh Matthew Goode and Amy Adams. cerita ni dah lama ditayangkan, cuma aku baru nak buat review. teehee.
cerita ni menunjukkan yang kita boleh jatuh cinta dekat the most unexpected person on earth. Punya lama kita bercinta dengan orang lain, at the end, kita end up dengan orang lain pula. life is weird, love is weird. 
 
cerita ni mendapat rating 6.4 dari IMDB. kiranya sangat bagus untuk cerita romantik macam ni. bukan senang cerita romance nak dapat rating tinggi dari users tau. so, jangan lupa tengok ya. ^^

Sunday, April 27, 2014

Cinta Matchmaker -bab 19-

9:29:00 PM 3
Cinta Matchmaker -bab 19-



BAB 19

Alfie memanjangkan lagi tempoh lawatannya ke New York, satu perkara yang bisa membuatkan hati Safrina bertambah gundah-gulana. Jadi dia menghabiskan hari-nya sebaik mungkin dengan membuat satu pertemuan bersama dengan doktor dan juga kawan tempat untuknya beroleh nasihat mengenai kesihatannya.


Duduk di atas meja pemeriksaan dengan hanya memakai gaun hospital yang pudar, Safrina memeluk tubuhnya di sebalik kesejukan yang melanda bilik tersebut. Tekanan daripada perkahwinannya, dan kerisauan terhadap adik kandungnya, membuatkan dia sentiasa berjaga setiap malam, dan seleranya semakin terbantut.

Decorated Wood Text Effect - Tutorial Photoshop

6:00:00 PM 0
Decorated Wood Text Effect - Tutorial Photoshop

Interior Design - Susun Gambar

4:21:00 PM 0
Interior Design - Susun Gambar
4:18 p.m
rumah pak cik
baru balik dari beli novel

assalamualaikum and hello lads! siapa yang tak nak rumah dia cantik dan kemas? mesti semua nak kan. kadang-kadang tu semua dah nampak perfect, tapi letak je gambar dekat dinding, terus nampak serabut.

ha, sebenarnya ada teknik nak susun gambar korang dekat dinding tu. meh aku bagi tips okay. ^^,

Hanging art above a sofa
post signature

Saturday, April 26, 2014

Sekali Gigi Diberus, Berjuta Bakteria Hinggap

4:51:00 PM 4
Sekali Gigi Diberus, Berjuta Bakteria Hinggap
4:15 p.m
rumah pak cik
mengantuk

assalamualaikum and hello lads! sebelum ni aku ada bagi tips pembersihan yang lain kan? ha, kali ni aku buat part two pula. mana tahu yang ni pun korang boleh apply juga. maklumlah, nak raya nanti. tak pun, ada majlis keraian besar-besaran ke.

okay, tanpa membuang masa. lets!


1. Tingkap Kotor dan Cuka

tingkap mestiiiiiii selalu kotor kan. aku sangat tension kalau tingkap rumah kotor. kadang-kadang bila dah cuci pun kotor juga. adeh. kali ni aku bagi cara lain untuk bersihkan tingkap rumah korang dengan senang.

Friday, April 25, 2014

10 Perkara Wajib Ada Semasa Terbang Jauh

10:22:00 PM 2
10 Perkara Wajib Ada Semasa Terbang Jauh
9:37 p.m
rumah pak cik
layan Hindustan. 

assalamualaikum and hello lads! 

kalini aku bercerita pasal travel pula. kalau nak terbang ni, ada je yang kadang-kadang lupa nak bawa kan. lagi-lagi macam aku yang memang kelam kabut ni. sebab tulah awal-awal dah buat senarai. tak adalah tertinggal tu lah, tertinggal ni lah.

haritu barang dah bawa nak masuk asrama, BANTAL aku lupa bawa -.- . okay, back to the story. meh aku kongsikan apa yang perlu korang bawa masa nak terbang. lagi-lagi kalau nak terbang jauh and mengambil masa yang lama. contohnya 12 jam. huisy. kalau 2 jam pun dah terkontang kanting, inikan makan berbelas jam.

tak nak cakap banyak, mari kita mulakan penerbangan kita okay. :)

Bila Blogger Famous Follow Aku

9:36:00 PM 4
Bila Blogger Famous Follow Aku
9:22 p.m
rumah pak cik
happy

assalamualaikum and hello lads! 

oh, penat sungguh harini. almaklumlah, esok POTUS nak datang. apa POTUS tu? hmm.. nanti dah habis event tu, aku bagitahu ye. aku tak boleh bagitahu sekarang, nanti takut kena tangkap. tak pasal je -.- kalau dah tahu, senyap-senyap je ya.

disebabkan terlalu busy, aku tak ada masa nak buka blog. alhamdulillah, harini baru berkesempatan. buka blog through ipad. tengok follower, dah bertambah. syukur. tengok siapa follow. WAH!!!

blogger famous follow aku lah. terharunya. hahaha. bagi yang followernya lebih daripada aku, aku kira blogger hebat lah tu. hehe. tapi contohnya macam Kak Mia Liana and Syira Lokman yang follow, rasa macam aku pun tiba-tiba famous. haha. perasan kejap. siapalah yang tak kenal dengan diorang kan. 

anyways, terima kasih kepada KALIAN SEMUA yang sudi follow blog aku yang hanya berwarna putih, hitam dan turquoise ni. segala penat yang rasa tadi terus hilang sekelip mata. cewah. (kenapa aku menggedik malam-malam ni? -.-)




okay, tu je. malas nak cakap banyak. esok kerja!!!! 

adios~


post signature

Wednesday, April 23, 2014

Perfect Glasses for Your Face

8:28:00 PM 8
Perfect Glasses for Your Face
8:00 p.m
rumah pak cik
layan lagu sedih. heartbroken.

assalamualaikum and hello lads! 

ini bagi sesiapa yang suka sangat pakai kaca mata tu. bukan macam aku ni. tapi yang dipakai masa berjalan-jalan bersama orang tersayang, masa waktu panas terik, masa nak berselfie (aku tahu ada yang buat ni) dan lain-lain.

so, aku bagi tips macam mana nak pilih cermin mata yang sesuai mengikut bentuk wajah korang. kalau bentuk muka sendiri pun tak tahu macam mana, aku minta maaflah. tak dapat den nak nolong.

glasses and face






post signature

Tuesday, April 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

9:39:00 PM 26
Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

post signature

Ramaiya Vastavaiya -Movie Review-

9:12:00 PM 6
Ramaiya Vastavaiya -Movie Review-
8:50 p.m
rumah pak cik
layan Hindustan

assalamualaikum and hello lads! pernah dengar tak sama ini cerita? 


first time aku dengar, aku ingatkan cerita Tamil. serious, tajuk dia aku tak boleh nak faham. eceh. tengok pelakon lagilah aku tak kenal. tapi sebab Prabhudeva punya pasal, aku donlod juga cerita ni. 

siapa Prabhudeva ni? alah, kalau korang minat cerita Tamil (aku tak berapa minat tapi aku kenal dia), mesti korang kenal punya. sebab dia sangat famous. and sekarang dia jadi director as well as actor. sebagai guest appearance je kadang-kadang.

He Smirks At Me!

8:22:00 PM 4
He Smirks At Me!
8:16 p.m
rumah pak cik
~~~~
assalamualaikum and hello lads!


sebenarnya ini kali pertama seorang lelaki smirks dekat aku. kenapa ya?

macam ni cerita dia. nak dipendekkan. aku kena bagi satu surat dekat company dia. then, aku pun dengan sabar tunggu. sambil tunggu, aku beleklah surat tu. malas nak pandang orang sebenarnya. kalau aku pandang orang, aku tak sure nak kena senyum ke tak. AWKWARD.

then, aku pandang lah ke atas. aku tengah duduk masa tu. aku ternampak seorang lelaki ni. aku crush dekat dia actually. hahahaha. sementara je. nanti dah habis praktikal, aku confirm takkan jumpa dah mamat tu.

masa tu dia pandang aku, dia beralih dan dia smirking (aku tak sure dalam melayu apa dia). 
dalam hati aku, satu benda je aku fikir. oh s***! dia tahu ke aku suka dia? matilah. 
tak pun, dia menyampah tengok aku tak, asyik muka aku je yang dia nampak. itupun kalau dia perasan. 

aku dengar orang kata lelaki ni tahu kalau kita suka dia cuma dia tak boleh nak pastikan je. ye ke?
so dua soalan dekat situ. ada sesiapa baik boleh tolong jawabkan? krik krik krik...

okaylah. adios~
post signature

My Little Hummingbird

9:23:00 AM 4
My Little Hummingbird
9:16 a.m
office
boss belum masuk lagi

assalamualaikum and hello everyone! 

aku tengah buka google tadi. then, i happened to see this. ceh. 





aku nampak hummingbird je, aku teringat cerita yang aku buat. Nafasku Hanya Untuk Dia. hehe..

ha, kalau korang tak tahu, itulah rupa hummingbird tu. comel sangat. aku ambil hummingbird tu sebab aku minat seorang novelis ni. aku memang minat gila dengan cerita dia. Lisa Kleypas. dalam satu novel dia tu, ada cerita pasal Amelia. mahahaha. and husband dia panggil hummingbird. so, aku pun ambillah ayat tu. 

okay, tu je. saje menggedik tak ada benda nak buat. 


adios~






post signature

Monday, April 21, 2014

Hey There Gorgeousl :)

11:05:00 PM 0
Hey There Gorgeousl :)

Sunday, April 20, 2014

Cuci Seterika dengan Garam?

8:27:00 PM 6
Cuci Seterika dengan Garam?
10:34 p.m
rumah pak cik
sakit. sobs

assalamualaikum and hello lads! masing-masing ada rumah kan. bila dah ada rumah ni, mestilah nak pastikan kebersihan sentiasa terjaga. sebab tulah macam-macam benda kita guna semata-mata nak pastikan rumah kita nampak cantik selalu.

tapi masalahnya dengan kita ni, benda yang nampak macam dah tak boleh pakai je, kita p buang. adoi, ada certain benda yang kita buang tu boleh pakai lagi sebenarnya.

so, kat sini aku nak bagi tricks sikit apa yang perlu korang buat. kalau rajin, ikutlah. jimat pun jimat duit. ^^,

1. span kotor

kadang-kadang boleh jadi geli bila tengok span basuh pinggan tu kan. ke aku sorang je yang rasa macam tu? aku tengok span tu macam ada banyak sangat bakteria yang membiak dan menetap dekat situ. mana taknya, segala pinggan, mangkuk, kuali yang susah nak basuh tu pun kita pakai span yang sama.

tapi daripada buang, apa kata korang cuba buat macam ni. panaskan span tu dalam microwave selama 2 minit dan BAM! 99% daripada germs tu akan mati.

Saturday, April 19, 2014

Do's, Don'ts and Tolonglah Jangan Buat Macam Ini

8:45:00 PM 1
Do's, Don'ts and Tolonglah Jangan Buat Macam Ini
8:44 p.m
rumah pak cik 
bosan lagi dan lagi

assalamualaikum and hello lads! kalini aku bagi tips untuk cara pemakaian dari segi do's and don'ts pula. dan lagi satu, tolonglah jangan buat macam kat bawah ni. adoi =.= 
kalau ada juga, aku tak tahulah nak cakap. 


Some Men's Fashion Tips... hahaha


post signature

Friday, April 18, 2014

I'm Struggling..Hard

10:04:00 PM 3
I'm Struggling..Hard
aww :(

"are you happy?" is such a difficult question.
I always say yes,
because I have friends,
I laugh at jokes,
I go out a lot and have fun,
My life isn't bad as it could be,
and I don't have terrible problems.
it could be worse

but then,
one night at 3AM,
when I'm alone still awake,
lying in bed,
thinking about life,
I find myself crying my heart out,
suddenly I convince that nobody likes me,
or nobody will ever like me.
I feel horrible and 
I question everything I had

and I don't know if I was ever happy at all

(SF.)




post signature

Hati Diusik Cinta -bab 2-

9:23:00 PM 4
Hati Diusik Cinta -bab 2-
BAB 2
Kami baru sahaja berjalan ke jalan raya ketika dua lagi trak besar bergerak laju, dan diikuti pula oleh sebuah kereta BMW berwarna hitam bersama cermin yang gelap di belakangnya.

      “Diorang ni nak pergi mana sebenarnya erk?” Nafas Nazifah semakin mereda.

      “Entahlah,” kataku, jauh di dalam mindaku.

      Bagaimana pula boleh ada trak sebesar alam ini berkeliaran di waktu sebegini? Seingatku, tiada lagi rumah kosong yang melalui jalan ini melainkan rumahku dan…

6 Gaya Skarf Bagi Lelaki

2:22:00 PM 4
6 Gaya Skarf Bagi Lelaki

2:17 p.m
office
baru habis makan Dunkin Donuts




assalamualaikum and hello lads! 

kenapalah aku asyik bagi tips fesyen dekat lelaki kan? sebab aku tengok, si kaum Hawa ni dah banyak tips dia bagi dekat blog or youtube kan. lelaki pun ada juga. tapi tak boleh lawan perempuan lah. haha, so apa kata biar aku kongsi tips fesyen untuk lelaki je. kalau ada pasal perempuan punya, nanti aku kongsikan. 

mesti bosankan menghadap skarf. asyik lilit cara sama je. so, aku bagi cadangan cuba buat acara macam ni pula. a bit different. and pretty cool. cubalah try kalau ada masa ^^,

aku rasa perempuan nak buat macam ni pun boleh juga. 


Gentlemen's Guide To Scarf Tying Infographic





post signature

Thursday, April 17, 2014

Real Man Real Style

3:46:00 PM 4
Real Man Real Style
 1:10 p.m
  office
  daily surveillance
  
assalamualaikum and hello lads! 

aku tujukan guidance ni khas untuk para lelaki yang baru nak belajar pakai suit. aku sangat suka tengok orang pakai suit sebenarnya. nampak handsome and smart gila. seriously. nampak macam dah matang. tapi kalau pakai t shirt pun apa salahnya kan. cuma yang suit ni nampak lagi classy.



Visual suit fit guide
post signature

Wednesday, April 16, 2014

Security Guard Paling Handsome di Dunia

11:41:00 PM 10
Security Guard Paling Handsome di Dunia
11:30 p.m
rumah mak cik
baru habis layan Once Upon A Song

assalamualaikum and hello lads! tadi tengah ushar facebook, aku ternampak satu post dari akak famous kita, kak Sarnia Yahya. dia share satu link yang ada tunjuk sorang mamat security paling handsome dalam dunia ni. so, aku pun try cari siapakah dia and i found it!

oh, i'm melting already :D

Bila Baby Selfie

10:44:00 AM 4
Bila Baby Selfie
adik seorang budak ni sangat sedih jadi sebab tulah dia menangis.

image


image

sampailah dia tersedar yang dia sedang berselfie di depan laptop 

image

image





post signature