Butterfly Beauty Project .:MAKEUP TIME REVIEW:.

assalamualaikum and hello lads!

siapkan presentation, study kuiz and final exam. 
busy day busy day... rainy day...


kalini pasal makeup. well, what do i know about makeup? nada! zip! zero! tapi sejak aku bercampur dengan butterfly bloggers termasuklah kak Scha, aku mula tahu sikit-sikit pasal produk kecantikan ni. and aku tersikit obses pula. hahahaha.

dekat Malaysia ni, rasanya hampir 60% wanita berusia 18 tahun ke atas dah mula berjinak-jinak dengan peralatan mekap. yang lain masih lagi mengekalkan wajah asli mereka. untunglah kalau kulit dah serba serbi sempurna. tapi tak salah juga kalau kita nak serikan lagi wajah kita kan. bak kata lecturer aku, setiap perempuan mesti kena ada even compact powder at least dalam beg tangan dia. itu cukup simple lah. tapi sekarang apa yang aku ada?

first and foremost, Garnier Skin Naturals Sakura White


Nama : Pinkish Radiance Moisturizing Cream. 
Kuantiti : 50ml
Keistimewaan : Day SPF 21 dan Ekstrak Sakura
Jenis Kulit : Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif (macam aku)
Harga : Rm21.80 

Bau moisturizing cream dia sangat wangi. ini first time aku pakai moisturizer. and aku awal-awal dah suka. Kulit aku ni ada dua jenis. Berminyak dan kering. haha. Pakai moisturizer ni bagus juga. sebab bila aku dah basuh muka, kulit aku jadi super kering sampai pakai compact powder, nampak segala kulit yang menggelupas. so, bila apply powder, nampak sangat kelakar. 

and harini bila aku pakai moisturizer sebelum ke kuliah, tak ada dah masalah kulit menggelupas bila aku apply powder dekat muka. nampak sekata je kulit.



kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari laman web Watsons ye ataupun Guardian.


Second, ini pula. Nama dia Collection Hotlights Lipgloss

Ha, nak tahu apa istimewanya Hotlights ni? dia ada lampu LED tau! bukan main special lagi. so, kalau kita bergelap pun. kalau setakat nak touch up bibir dekat dalam kereta, tak jadi masalah sebab boleh nampak bibir kita. kalau dah namanya LED, mestilah cerah. 
and built-in mirror pun ada sekali. cuma cermin dia tu tak jelas sangatlah. better pakai cermin sendiri.

Nombor : 3 (Glimmer) daripada 6 jenis warna. 
Kuantiti : 6ml
Harga : RM24.90+
Jenama : Collection Cosmetic dari UK
Cara dapatkan : di farmasi Watson berdekatan
Glow, Shine, Star, Glimmer, Sparkle, dan Dazzle

Kelebihan
Aku rasa kalau nak pergi mana-mana function, Hotlights Lipgloss ni sangat membantu. sebab dia bagi bibir kita bersinar-sinar gitu. Glitter lah senang cerita. So, rasa lebih confident lah bila nak senyum kan. :) tak ada rasa melekit or tak selesa.


Kelemahan
cuma Glimmer ni warna dia sama je dengan warna bibir. apa yang membezakan dia dengan lip balm cuma glitter dia sahaja. kalau tak suka yang menonjol sangat, sesuailah pakai jenis Glimmer ni.

nampak tak? itu namanya cermin. ha, 3 dalam 1 features Hotlights Lipgloss ni.


 




berminat dengan Collection Hotlights Lipgloss ni, boleh layari laman web berikut:


The third one is Dolly Wink Eyeliner.

first impression masa aku tengok eyeliner ni : CUTE. Kawaii.. or whatever you call it.


Nama : Dolly Wink Liquid Eyeliner (Deep Black)
Jenama : KOJI dari Jepun
Kualiti : Bukan waterproof. Tahan lama.
Harga : RM39.13 (30% di Natta Cosme) . Harga asal : RM55.90


haha. tengoklah sendiri kenapa. luaran dah lawa. dalaman dia okay tak? meh kita tengok. 

aku ada eyeliner sebelum aku dapat Dolly Wink ni. so far, aku boleh cakap. memang sangat susah nak pakai dekat mata bila hujung berus tak sebagus yang kita harapkan. nampak comot mata aku. then, terus give up nak pakai dah. or maybe aku je tak reti pakai? -.-

tapi apa yang membuatkan Dolly Wink Eyeliner ni berbeza? hujung berus dia sangat tajam. macam pen. so, bila dah tajam macam tu, senanglah kita nak apply dekat mata kan. tapi setajam mana pun dia, tak adalah sampai keras. lembut je. rasa selesa nak pakai. and dia tahan lama jugalah.

kalau nak buat Smooth or Simple Eyeliner, boleh press perlahan je dekat mata kita. 

kalau nak jenis tebal macam Drama, Luxe or Bold, boleh press kuat sikit eyeliner tu. tak ada masalah. bergantung dengan diri sendirilah nak pakai macam mana.

and the last one is Maybelline Color Show Nail Polish.


Nama : Maybelline Color Show Nail Polish 
Jenis : Berry Sexy (004) 
Jenama : Maybelline dari New York
Kuantiti : 6ml
Harga : RM9.90+
Cara Dapatkan : Farmasi Watsons dan Guardian berdekatan

Kelebihan 

Cara nak apply dia sangat smooth. pakai dua kali dekat setiap kuku pun dah cukup pekat and sempurna. Tak perlu apply banyak kali. And dia sangat cepat kering. Padahal tebal juga aku pakai (ehem, first timer). Selalunya kebanyakan yang aku dengar, kalau pakai nail polish ni, dalam masa 15-25 minit baru dia kering. Tapi nail polish Berry Sexy ni, tak sampai 5-7 minit pun kuku aku dah jadi cantik sempurna warnanya.


Tahan lama. even aku dah pakai banyak hari (ehem, Jepun datang), dia still bertahan. Puaslah aku cuci pinggan, aku mandi, aku kemas rumah tapi masih okay lagi lah. tak adalah lawa macam awal-awal pakai tu. cuma masih nampak elok. 

Paling best! warna dia. awal-awal aku tengok, warna dia dah menarik perhatian aku. dia bukan sekadar warna plain sahaja tau! dia ada ala-ala metallic color sikit. so, dari jauh, orang dah boleh nampak berkilatnya kuku kita.

Kelemahan

Dia macam pakai inai jugalah. ada certain tempat yang tak berapa lawa texture dia. maybe sebab aku first time pakai kot? dia jadi macam pecah sikit-sikit. bila aku baca lagi apa orang cakap pasal nail polish ni, maybe dia jadi macam tu sebab ada air bubble dalam kandungan tersebut. oh, begitu.

okay, so. korang yang masih belum ada salah satu atau semua produk dekat atas ni, apalagi. selamat membeli dan selamat mencuba! it's worth it. thank you once again to Butterfly Project, Garnier, Collection, KOJI, dan Maybelline for these products.

adios~

p/s : i miss my old Xperia Arc S. :'(  nak tukar template lagi. tengah overstressed ni.
 
 
 
 
post signature

Share:

23 comments

  1. ok...miya xde semua benda tu walaupom da umo 20an...
    juz pakai bedak powder je..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ana pon sama gak. xde semua tu. pakai compact powder je hehe

      Delete
  2. berkenan pulak tengok eyeliner tuu. hehehe :D

    ReplyDelete
  3. Compact powder dekat 2 tawun dah akak x pakai sebab kalau lambat cuci muka nanti mudah naik pimples.

    ReplyDelete
  4. Wahhh Amy dah pandai bermekap... nanti transformer laa... bley tengok ! hee ~

    Kaksha sendiri main belasah je pakai apa nak pakai, tapi jenis kulit kita sama... lepas cuci jadi kering & mengelupas :D

    ReplyDelete
  5. Saya pun guna garnier. tapi dulu. mmm sabun muka lelaki la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arz pakai yang mana? Yang pencuci muka warna hitam tu ea? Tanah liat kan? Ehhh ye ke? Sebab nampak adik ipar ada pakai jgk.

      Delete
  6. kak scha kan tukang mekap.mesti la aura tu berjangkit kat amy..hahaha..
    tp bagusnya tatarias muka tau.. xada la nampak mcm muka pucat..kita tk pandai juga,ambil masa baru nak belajar..hahaha..

    goodluck utk final

    ReplyDelete
  7. wah...sat lagi dah pandai la bermake up..barulah nampak jelita...

    ReplyDelete
  8. wah.macam best la..wah, amy dah pandai mekap la ni skang..makin cantik la amy dengan semua barangan tu..kak wana berkenan dengan hotlight lipgloss tu..suka2.. :)

    ReplyDelete
  9. Wah..bestnya gloss ada lampu...lama dah tak melawat member ni..mana pegi serigala??Dah jual eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tukar burung hantu.
      Amy rajin tukar header.
      Comel2 pulak tu..

      Delete
  10. Hari tu ingat nak beli Garnier Sakura White tu tapi tak jadi sebab ada dekat Malaysia sekejap je.

    ReplyDelete
  11. Cik Mimie juz pakai pelembab muka je..bedak, gincu, segala macam lagi make up memnag tak pakai..=_="

    ReplyDelete
  12. yaya just pakai bedak , bb krim and gincu je . make up yg lain mmg xada . hehehe

    ReplyDelete
  13. Terima kasih sebab sudi bagi sokongan kepada ejulz dalam berbloging sepanjang tahun 2014. hehe.. Semoga perkenalan kita kekal sampai bila2..

    Jemput singgah "Senarai Pengomen Tegar Mei hingga Disember 2014 dan Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2014"


    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
  14. bab moisturizer tu akak paling setuju..kalau kulit bercapuk, sia-sia je pakai bedak mahal mana pun

    ReplyDelete
  15. akak jarang beli mekap.. kalo beli pun maybe eyeliner hehe.. sukalah tengok eyeliner tu nmpak mcm kemas.. tp akak reti pakai yang pencil nye aje.. aduiyai x lama lagi Amy terer mekap cem Scha laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah CT. Pencil eyeliner wajib ada untuk akak.
      Yang lain xde..x ape.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.