Churpremiere Taken 3 .:MOVIE REVIEW:.

 6:11 p.m
apartment
layan Dil To Pagal Hai. filem dulu memang best.

assalamualaikum and hello lads!
credit to www.taken3movie.com

IMDb rating : 8.2 (7 Januari 2015)
rating aku : 6.2/10

apa khabar semua? :) sorry, tak dapat singgah lagi buat sementara ni. but terima kasih banyak-banyak singgah sini and kalau ada yang tolong klik iklan, terima kasih juga. i'll do the same to you too. 

okay, back to the story. alkisahnya semalam Churp Churp tayangkan movie Taken 3 di Quill City Mall, Kuala Lumpur. nasib baiklah haritu kak Scha dengan aku ada plan nak ke sana dulu. kalau tak terpinga-pinga juga mencari jalan. 

filem Taken 3 ini dilakonkan oleh Liam Neeson, Famke Jenssen dan juga Maggie Grace. siapa tak kenal Liam Neeson kan? kalau yang layan 9Gag tu tahulah ayat famous dia apa. hahaha. kalau dulu anak dia diculik, kalini tak ada dah. cuma kes pembunuhan sahaja. 

permulaan cerita, kita akan tengok seorang lelaki yang tiba-tiba didatangi oleh dua orang mafia Russian. *asal mafia je, orang rusia.* lelaki ni dibawa ke office dia. rupanya dia akauntan. and bukan salah dia pun semua tu berlaku. BOSS dia yang ada masalah besar. boss dia berhutang dengan ketua mafia tu. tapi dia yang mati. sedih aku... kuajaq betui diorang ni. 

tapi persoalannya siapa boss dia tu? Liam (Bryan Mills) ke? Famke (Lenore) ke? pakwe Maggie (Kim) ke? 

Bryan ni ada anak perempuan, Kim dan juga ex wife, Lenore. even dah jadi ex wife, diorang still love each other. aku pelik sungguh. kenapa bercerai eh? ada ke kat Taken 2 cerita dia? honestly, aku tak tengok Taken 1 dengan Taken 2. Apa yang menyebabkan diorang tak boleh bersama? sebab Lenore dah berkahwin dengan lelaki lain, Dougray Scott (Stuart). 
credit to www.contactmusic.com

even dah berkahwin, Lenore tetap berjumpa dengan Bryan senyap-senyap. perkahwinan dia dengan Stuart dah tak boleh nak diselamatkan pun. tapi Stuart still berkeras nak selamatkan ikatan diorang. kenapa? ha, ini last sekali korang akan tahu. hehehe.

one day, Lenore dibunuh dekat rumah Bryan. terkejutlah Bryan. padahal baru je dia dapat message dari ex wife dia kata nak jumpa. tiba-tiba je ex wife dia terlantar dekat atas katil dia dengan leher terkelar. waktu dia duduk confuse macam mana semua boleh terjadi, tiba-tiba dua polis dah datang and nak tangkap dia.

masa ni lah dia melarikan diri. dia nak cari siapa yang jadi dalang kepada pembunuhan ex wife dia. and dia tahu at the same time, orang tu maybe akan bahayakan nyawa anak dia juga. so dia pergi balik ke tempat lama dia. diorang panggil rabbit hole. dia ada four other colleagues yang kerja sama dengan dia juga. 
ada satu time tu dia dah dapat ditangkap oleh polis. tapi ketua polis dia tahu itu semua muslihat je. and diorang tak percaya. last-last memang jadi pun. hahaha. habis accident teruk kat jalan raya. tu semua sebab Bryan punya pasal.

credit to www.nydailynews.com

satu peristiwa demi satu peristiwa, dia dapat tahu rupanya Stuart yang membuatkan semua benda tu berlaku. Stuart bekerjasama dengan Malonkov, ketua mafia tadi. diorang jadi business partner. ada masanya business diorang berjaya. and business terakhir tak menjadi seperti apa yang diorang rancangkan. 

disebabkan tu, Stuart dah berhutang duit dengan Malonkov. sebab tu juga Malonkov mengamuk. sampai sudah Stuart tak nak bayar duit. and korang nampak kan kenapa Lenore dibunuh? then, Bryan buat keputusan untuk menamatkan riwayat Malonkov selama-lamanya. dia buat plan dengan member-member dia. tapi dia tetap perlukan Stuart dalam rancangan tu. dia nak Stuart jadi bait. 

masa dia tengah bergaduh dengan Malonkov, barulah dia tahu perkara yang sememangnya sebetulnya terjadi. apa benda tu? ha, kat sinilah PLOT TWIST berlaku! argh, geram aku. kenapa aku tak perasan selama ni. aduh. 
credit to www.businessinsider.com

last-last anak dia memang diculik juga. tapi since anak dia dah besar, pandailah sikit dia jaga diri. nanti korang tengok okay aksi last-last tu. hahaha. hebat kereta Porsche. mampu hancurkan roda kapal terbang! perghh.. tapi kuasa velocity, momentum, inertia. apa pun boleh. 

so far, filem Taken 3 ni boleh tahanlah. boleh la kot nak layan dekat wayang. cuma cerita tak mencapai tahap kepuasan aku dalam genre Action. alamak, macam pernah tengok je plot filem macam ni. keluarga terbunuh, cari dalang then bunuh orang tu pula. hmmm...

and certain scenes macam berlari kejar mengejar antara polis dengan Bryan, buat aku pening kepala sikit. sebab dekat sangat kot kamera tu dengan diorang. so, macam messy sikit. accident tu pun sama. However, Liam still awesome macam biasa. aku lagi suka dia berlakon dalam filem Unknown. complicated betul cerita tu. tapi best. 

therefore, aku bagi rating 6.2 sahaja. ada masa nanti, jangan lupa saksikan Liam Neeson beraksi dalam filem Taken 3 ni ye ^^, 
credit to www.flixist.com

adios~
thank you so much Churp Churp for giving me this opportunity again to watch Premiere Screening!


 
 
 
 
post signature

Share:

36 comments

  1. Akak memang tunggu citer ni. Suka lakonan Liam Neeson :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. Liam Neeson memang mantap! tapi Taken 3 ni, plot dia macam dah biasa sangat tengok...

      Delete
  2. banyaknya cerita best kat pawagam. tak tau nak tengok yang mana. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... nanti cuba tengok cerita Kingsman! macam best je >.<

      Delete
  3. Siapa Liam Neeson? Tak tahu pun. Tak layan 9gag.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.... quote dia sangat famous. kalau kat Facebook pun ada... x kenal Liam pun x jadi masalah ^^

      Delete
  4. Cerita dia mcm sama je dgn taken 2. Nk tngok terbaik dari langitt

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtahulah kak.. saya x layan pun Taken 2... main tengok Taken 3 terus. hehehe...


      best ke terbaik dari langit tu?

      Delete
  5. Replies
    1. boleh tahan banyaklah action dia. hehehe.. tapi pening kepala sikit..

      Delete
  6. tak minat cerita banyak action. hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. ye ke? dah tu minat cerita yang macam mana? :P

      Delete
  7. mmg nk layan crt nie tp tggu masa free je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee.. jangan lupa layan nanti... ^^, baik layan online je la

      Delete
  8. Banyak betul cerita yang menarik dekat cinema..lama tak tengok wayang..huwaaa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah, bila sembang ngan orang pun, selalu kena tanya, dah tengok cerita sekian2. T_T online pun tak sempat nak tgk sgt

      Delete
    2. Kan? Kalau orang tanya pun xtau nk sembang apa..errr, sibuknya sekarang ni.. T_T

      Delete
    3. hehehhehehe... layan online pun boleh juga :)

      Delete
  9. yang mana satu Liam ???
    memang tak kenal..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee... tu, lelaki tua dekat atas tu :P

      Delete
  10. Wahh... cerita mcm ni mmg best ni.. nak tengoklah nanti.. Thanks sharing Amy.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe... sama-sama abang KK ^^,

      Delete
  11. amy sentiasa bertuah dapat tengok wayang free..best2..kak wana nak ikot bleh?? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. alhamdulillah. boleh je! jom la datang sini. kita g sama-sama. saya selalu xde member T___T

      Delete
  12. wuuuuu skarang ni rajin dia join event sana sini hehe.. akak tak follow citer ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe.... rezeki. ^^, saya pun x follow kak.

      Delete
  13. I don't know who you are, but I will find you, and I will kill you - ni tagline dia kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes! itulah tagline dia... hehehehehe

      Delete
  14. Tak pernah tengok rasenya Taken yang dulu pun..Kena kelar? Erkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama kak, x pernah tengok. hehehe. yep, kena kelar. tapi x tnjuk pun ^^,

      Delete
  15. woahhh! Taken 3 ni kena wajib tgk nih. dulu dah layan Taken 1 & 2. adik2 ana yg provok soh tgk Taken 1 & 2 dulu. masa tu la baru taw si Liam Neeson nih. nmpk mcm tua je tp perghh power arhh kepala hotak dia! mampos kau sana si mafia2 tu! hahaha grrr~

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, Ana layan Taken 1 dengan 2 eh. best tak? hahahaha. tahu xpe... boleh tahan juga Liam Neeson tu. >.<

      memang best la lawan2 dia cuma ada a bit censored. so, jangan kasi adik2 bawah umur tengok cerita ni. hahaha. censored dekat laki, bukan perempuan. bukan sex scene. action scene tapi half naked -.-

      Delete
  16. Salam. Hee sy bg 9/100 rating saja. rasa membazir menonton imax 2D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam... hehe. rendah benor tu. tapi yep, memang agak x puas hati sikit la bila layan movie dia... hmm

      Delete
  17. Suka tgk cite ada mafia2. Hehe. Tapi x tgk pn lagi semua taken taken ini :')

    Kalo tgk kt wayang mesti lg syok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? try la tengok. hehehe. tapi cerita dia macam sama je konsep. hmmm...

      boleh la... sebab effect dia cool. pastu dengan suara dia lagi. hehe

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.