Konsert Bastille di KL Live - Life Centre bersama Hotlink

10:35 p.m
apartment
busy balik minggu ni dengan minggu depan
 
assalamualaikum and hello lads!
 

nasib baik tak dapat meet & greet. kalau tak kaku tak tahu nak tanya apa. hahahhaa
 
sorry kalau tak berkesempatan nak singgah and komen blog korang. minggu ni dengan minggu depan dah start busy dengan progress report macam-macam subjek. *sigh* nanti ada masa aku datang jengah. ini pun dah dekat 3 hari tak update blog. huwaaaa....
 
okay, sebelum aku menutup tirai pada hari ini, aku nak bercerita mengenai pengalaman aku di Kuala Lumpur bersama kawan baik aku, Hana. 
 
alkisahnya, Hana dapat tiket dari Hotlink sebab dia menang salah satu contest yang Hotlink anjurkan. dia suka dengan Bastille ni. berlainan pula dengan aku. satu lagu Bastille pun aku tak tahu. hahahaha. yang aku tahu lagu Pompeii je. itupun tak ingat macam mana rentak dia.
 
so, disebabkan tak pernah merasai kehidupan di Kuala Lumpur dan juga konsert artis luar negara macam ni, aku pun setuju untuk follow Hana. gerak ke Ampang dari tengah hari Jumaat dan nak dekat maghrib baru sampai ke kondo. alhamdulillah selamat sampai. 
 
esoknya sebelum pergi ke konsert, ada dua benda yang kami buat. first, pergi kenduri. second, tolong susun atur pakaian yang nak dihantar ke mangsa banjir.  kelam kabut aku cari baju nak pergi kenduri. maklumlah, datang rumah Hana of courselah bawa baju nak pergi konsert je. lol. 
 

 

but first, let us take a wefie. bukan senang nak jumpa dengan bff aku ni. dia study kat Johor. 

then, petang lepas solat Zohor bergerak ke masjid. seronok juga susun-susun baju seluar. ada saiz macam-macam. ada pelbagai jenis gaya fesyen orang. ada baju ala-ala Frozen kau. hahaha. baik dia kasi. dua pasang pula tu. 

malam tu, barulah bergerak ke Life Centre. senang je nak cari. map aku dah kasi dekat bawah. kot-kotlah korang nak tengok konsert Kpop ke kan.

sampai je, MAK OI, ramainya beratur. :O tak sangka aku, rupanya ramai peminat Bastille ni.  nasib baik kami dapat tiket free. tak payah susah payah beratur. ahahhahaha. ada yang siap pandang slack. yelah, kitorang tiba-tiba naik ke tingkat atas. haha. padahal...
 
credit to jzduncan.blogspot.com
akhirnya di Tingkat 1, jumpa kaunter Hotlink. dapatlah glowing stick, sticker yang pakai dekat tangan tu dengan lanyard *betul ke eja dia* yang ada tertulis Hotlink bersama Bastille di atas kertas tu. aduh, apa bendalah ni -.-

masuk je. oh, sejuk rupanya. SEJUK BEKU. aku ingatkan panas. aku ingatkan konsert dekat luar. rupanya dekat dalam hall. laaaa... nasib baik pakai baju jeans. kalau tak, mahu membeku aku kat situ. 

bayangkan! 1 jam kitorang tunggu Bastille datang. sampai satu hall dah penuh atas bawah. kaki aku pun dah letih -.- kalau nak pergi toilet, nanti sekelip mata je kau punya tempat berdiri tu akan diambil orang. percayalah!

so, nasihat aku, pergilah toilet awal-awal ye. melainkan korang nak merasa duduk belakang pula. 

nasib baiklah ada DJ yang bertugas. uuuu, handsome. hahahaha. sambil tu layan je lah lagu yang dia mainkan. akhirnya, aku rasa dalam pukul 9 malam baru show start. tapi bila dah start tu, semua kepenatan terus lupa. cewah~
 








 

satu benda je aku tak suka. ada mamat tinggi dekat depan aku. erghhhhhhhhhhhhh! tension aku. nak tengok Bastille kat depan pun tak boleh. kejap kepala ke kiri, kejap ke kanan. aku tembak kang -.- 

konsert dia mengambil masa dalam 1 jam lebih aku rasa. 1 jam! untuk RM207! itupun yang seat belakang. omg. tak sangka ada yang sanggup beli tiket semahal tu! aku tak sanggup. baik aku layan dekat Youtube je weyh. berbaloi. tapi cuma tak dapat tengok depan mata je lah.


 
then, habis je. keluar dari hall tu. ya allah, terasa pekak telinga. hahaha. sebab 3 jam telinga dicurahkan dengan lagu-lagu berentak kuat. dah lah kitorang duduk dekat dengan speaker. aiyark. tapi berbaloilah. sebab Dan *singer* asyik jalan-jalan dekat area kitorang je. hahahaha. 
 
credit to ilovefreeconcerts.com

and aku terminat dengan member dia yang main percussion, Kyle. tengok dekat google tak adalah handsome. tapi bila depan mata..... muka dia mengingatkan aku dengan someone. tapi aku tak sure siapa. 
 
Dan, Woody, Will, Kyle

masa Bastille tengah melalak dekat atas pentas tu, semua orang melalak sama. kecuali aku dengan Hana. sebab aku tahu lagu Things We Lost In The Fire je. Hana pula tahu dua lagu. hahahahaha. sedih betul hidup. 

kalau ada masa, cuba dengar lagu-lagu diorang. aku recommend lagu Bad Blood dengan Things We Lost In The Fire. my two favorites at the time. tapi kalau korang bukan penggemar muzik rentak macam ni, tak payahlah. aku suka. sepertimana aku suka Muse. hahahahhaa. siapa suka Muse? sep sikit! hello, aku bukan suka Muse lepas tengok Twilight okay. aku tak tengok pun Twilight. duh~

dekat luar area Life Centre ada jual t-shirt Bastille. aku yang sangat mudah tergoda pun belilah. hahhahahaha.. -.- lagipun ada tulis live concert. mana ada dah jual baju macam tu kat luar. and ada hikmah jugalah ayah Hana datang lambat. kami dapat barang murah and barang free. hahahhaa. syok!
 
dah habis concert, baru tahu nak pakai glowing stick tu macam mana -.-'
 

even penat pun, terpaksa bertahan seketika sebab perut terasa lapar. then, ayah Hana bawa kami makan di kedai Nasi Lemak dekat jalan Chow Kit. ayah Hana kata kat situ famous kedai nasi lemak dia. serious.

dah pukul 12 tengah malam kami pergi kot! tapi ramaiiiiiiiiiiiiiiinya manusia dekat kedai tu. wah, orang KL ni lain betul ye. tak sangka aku. ada siap bawa baby lagi. kalau aku, maybe tak kot. aku nak cerita lebih-lebih pun gambar tak ada. sorry eh. tak boleh promote. ehehe. 

credit to mykpophuntress.com
 
 
 
bucket list #18 -
 
post signature

Share:

35 comments

  1. seronok nya dapat pergi konsert dengan bestie :)
    btw, saya pun Muse die hard fan haha. some of my fave song drpd diorang ialah Stockholm Syndrome dan Dead Star.
    seriously. lagi menakutkan bunyi diorang, lagi suka dgr. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. alhamdulillah. memang seronok! ^^,

      wah, sep sikit sep sikit! alamak, yang Stockholm tu tak pernah dengar lak. nanti nak try dengar lah :) yep, rommate saya terkejut sebab saya dengar lagu macam tu. tapi saya suka. rasa semangat. hahahahha

      Delete
    2. cubalah dengar. lagu tu dalam album Absolution. hehe (jadi tukang suggest hihi)

      Delete
  2. BEST GILAAA. IM SO JELLYY!

    AKAK MEMANG LAYAN BASTILLE! AAAAAAAAA

    MUSE PUN AKAK LAYAN!

    SEP BONTOT SIKIT! HAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, ye ke? lagu apa akak paling suka? hehehhee...

      yeh, sep!! hahahahha

      Delete
  3. Awak terlompat2 ke tak?Kenapa Acik macam tak kenal je?hihiii..klik RHB sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. lompat sikit2 je... sebab xtahu nyanyi pnya pasal. hahahhaa... saya pun baru kenal, Acik. hehe

      Delete
  4. Bestnye dapat pergi event mcm ni..tapi Cik Mimie tak kenal lak kumpulan ni..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoklah. tapi maybe tu last time kot saya pergi. hehehehe.. saya pun baru kenal, CIk Mimie ^^

      Delete
  5. makcik tak tau pun sape kumpulan Bastille..terkenang zaman muda, gila dok gi konsert BoyBand..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe... wah, ye ke? saya baru first time g konsert. nasib baik sejuk. kalau panas, memang dah keluar dah dari situ. hahahaha

      Delete
  6. wah, bestnya amy ada peluang tengok live..best2!!! paling kak wana suka tengok t-shirt tu..canteekkkkk!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee... peluang sekali seumur hidup. ^^, kan, sebab tu saya beli! hehe

      Delete
  7. Kalau pergi concert free standing, memang macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, penat kaki... pekak telinga. hahahhaa..

      Delete
  8. ala, kak Ros ni ketinggalan sikit. tak kenal sangat retis omputih. hihihi

    ReplyDelete
  9. Wahh menarik ni.. meriah & seronok... bestnya.. :) :)

    ReplyDelete
  10. bestnyaaaaa. dah lah free kan. tiket kalau nak beli tak deknyaa murah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep... tahu xpe! hahaha. memang xde la nak belinya >,<

      Delete
  11. tak tahu plak kumpulan ni.. hehehhe

    ReplyDelete
  12. uishh 3 jam kot dok dlm tu dgn muzik kuat2... kalau saya, xmampu dh.. satu lagu dh blah dh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. alamak, x boleh g konsert la macam tu. satu lagu dah terus blah. hehe

      Delete
  13. wow Amy pegi konsert wooot wooot..
    akak nye zaman zaman cemni da berlalu da tapi akak tak minat. kang mak akak hambat heheh.. nama band ni pun tak penah dengar hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehehe... ^^,

      ni pun xtahu la ummi marah ke x sebenarnya.. haiyaaa.

      Delete
  14. kihkihkih...lagi la tak kenal artis barat segroup ni
    tapi syiokkk kan dapat tengok live band

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... yep, seronok jugalah dapat tengok live band ^^

      Delete
  15. Akak dah curang Maxis.
    Sekarang no je 017, tapi line telco lsin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. ye ke? saya masih dengan maxis. malas nak tukar2 >.<

      Delete
  16. err Bastille ni yg lagu pompei tu ke amy? yg tu je yg ana terfikir bila psl Bastille hehe

    ReplyDelete
  17. Tau pompeii je amy.
    Tapi muse memang lejen. Semua lagu diorang kite download :)
    Kalau live convert dia, memang angkat ibu jari ^.^

    ReplyDelete
  18. kita baru tau band ni nyanyi lagu pompeei..lepas masuk paper ja..ahahah..pasal muzik2 ni kita tak berapa kenal sangat..huhu..
    konsert pun seumur hidup belum pernah pi..,sbb tak berapa suka ..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.