6:04 p.m
apartment
tengah buat challenge
assalamualaikum and hello lads!
![]() |
credit to flfilm.tumblr.com |
ha, hari-hari mengupdate macam tak busy pula gayanya kan. padahal jumaat ni exam, jumaat ni hantar report, rabu ni kuiz.
blog ni pun satu. navigation bar aku ada masalah. -.- malasnya nak selesaikan. banyak lagi benda nak buat. so, terpaksa kiv dulu bendalah tu.
okay, berbalik kepada topik. tipikal ke aku? stereotype ke aku bila tak minat cerita Melayu?
nak kata filem or drama Melayu ni tak best, bukanlah juga. ada je yang menarik perhatian. ada je yang orang suka. ada je yang tergila-gila. tapi itu bukan aku. aku senang jadi judgmental sikit bila menyentuh bab filem Melayu ni.
kenapa?
sebab dalam filem Melayu je, aku banyak mengutuk dari awal sampai habis. pfft~

since kita ni orang Islam, kan banyak peraturan yang kita kena lakukan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh ALLAH. tapi dekat filem or drama Melayu ni, macam tak ada batasan pula.
tengoklah certain cerita yang famous tu. tak perlulah bagitahu cerita apa kan. faham-faham sendiri sahajalah. berpegangan tangan. berpelukan. tak menutup aurat satu. berlaga-laga pipi. hmmm.. macam manalah aku tak kritik. macam manalah aku tak tengok. sekali, aku bukan tengok lakonan and cerita dia, aku pergi tengok kelakuan tu dulu. and sampai aku rasa meluat. and sampailah dapat dosa sebab dah kutuk manusia lain dekat muka bumi ini.
so, see the reasons kenapa aku tak berapa layan cerita Melayu? cuba bayangkan kalau cerita kita sendiri difilemkan, berapa ribu dosa kita kena tanggung sebab kita yang create cerita tu. kalau cerita islamik takpelah. itu belum yang tengok berulang kali. and kita senyapkan sahaja. biarlah dapatan lebih tak ada, daripada dapatan dekat akhirat yang makin berkurang. so, sila faham situasi ini ye. no offense.
macam novel melayu pula. aku tulis je novel melayu juga. tapi aku tak minat novel melayu? haha. pelik betul. bukan tak minat, tapi rasa tercabar sebenarnya. sebab hasil diorang lebih hebat daripada aku. and cerita diorang berjaya diterbitkan. jealousnya mak. sobs T__T
now you see and understand why. so judge away. think what you want to think. i already explain myself. i don't care what you're going to do.

aku yakin. aku yakin sangat ada writer dekat malaysia ni yang berbakat. yang boleh buat filem tanpa melanggar agama ALLAH. tapi maybe dia tak yakin. atau orang atasan dekat malaysia ni yang tak suka cerita macam tu. nak juga pergi tayangkan filem hantu lah, filem perempuang jalang lah, macam-macam.
aku percaya ada yang boleh buat filem sehebat Peter Jackson, segah Steven Spielberg, sekreatif Alan Kurtzman *my favorite*, tapi tak tahulah kat mana silapnya. tak kenal diorang siapa? takpe. tak penting. aku masih menanti cerita sama best macam cerita P Ramlee.
adios~

tak jumpa lagi drama yang tak dek unsur unsur berpelukan apa semuaaa.
ReplyDeletekan..semua filem nak ada adegan tu..
Deletemasalahnya rakyat melesia ni suka adegan2 or cerita klise mcm tu. macam penulis skrip takde freedom nak buat something lain dari yg lain
ReplyDeleteAmy peminat Hindustani:)
ReplyDeleteSamalah, akak pun jadikan blog tempat 'beriadah' relaxkan minda.
kak wana pun minat semua citer p.ramlee..tak penahnya nak boring.. :)
ReplyDeletehaha.. at some points, indeed. memang betol. filem melayu skg cam takde batasan. tapi bila orang kita buat salah, terus maki hamun orang itu. padahal pengaruh yg dibawa daripada lakonan dan apa yang ditontonkan oleh media kepada mereka! memandangkan kita dah mumayyiz, pandai2 la pikir yang terbaik untuk diri sendir. peace! :)
ReplyDeleteSaya pun tak suka tengok cerita Melayu. Memang ringan je mulut nak mengomen segala benda.
ReplyDeletetular kan.. bila filem dan Drama Melayu pun dah terselit unsur Barat.. jadi nyampah nak nengoknya..
ReplyDeleteCerita sekarang memang takde batasan kot..agpun jalan cerita semua sama je..hmm..kekadang boring jugak..
ReplyDeletesame with me..
ReplyDeletemenyampah tengok cite melayu yang mengalahkan cite barat
saya still tgk ja kalau balik kampung.. tapi saya suka cita cina yang ada action2 sikit...
ReplyDeleteCerita kita kebanyakkan ikutan pengaruh luar semata2.. tak natural. Kena ada lonjakan paradigma agar filem dan drama kita lebih kreatif sesuai dgn acuan budaya kita sendiri..
ReplyDeletejangan risau..kite geng! haha tak layan sangat citer melayu.. :p
ReplyDeletesamalah kita..orang cakaplah drama apa pun, jarang tengok.unless kalau pelakon tu akak minat sesangat dan jalan cerita dia menarik...drama kita sekarang banyak yang cliche.
ReplyDeleteDrama tv alhijrah In Sha Allah takde babak2 yg itu :')
ReplyDeleteKite kalo pelakon best layan jugak kadang tu. tapi dorg ni sporting sgt sampai lupa nak jaga batas2 yg patut dijaga. Sedih tgk cerita melayu sebab adegan2 mcm tula.
haah betoi3 kalo kat TV Alhijrah takde scene2 gitu. suka tgk drama kat TV Alhijrah :)
Deleteana pon x suka sgt tgk citer melayu sbb cenggini la jugak.
teringin nak tengok Malaysian movies yg macam 99 langit di cahaya eropah, haji backpackers :D deep sikit lah, kena bagi orang fikir banyak tntg diri sendiri, tujuan hidup. nanti duk pasal cinta2 je, sy sendiri terbuai2 T_T
ReplyDeletekalau nama tajuk ja gah islamik,jalan cerita masih tak islam.. melayu sekarang da moden la amy,semua benda nak 'dihalalkan'..
ReplyDeletejalan cerita klise lagi..aduh...! penerbit cuma fikirkan pasal kuantiti daripada kualiti ja..
memang banyak adegan dan dialog yang tak sesuai langsung dipaparkan di layar..
ReplyDeleteok la dari cerita indon . hahaa
ReplyDeletetau takpe. memang tak tahan le nak membebel bila tgk cite melayu tah hape.
ReplyDeletebtw, tag amy http://firzanahazhar1.blogspot.com/2015/01/first-and-simple-giveaway-oleh-cik-iman.html
Yang tak bestnya, filem dan cerita kita terikut-ikut sangat cerita barat. mostly jalan cerita ke laut, acting out tapi scene bukan2 hebat!
ReplyDeletecerita melayu salu benda yg sama je. huhu
ReplyDeletetu la dah adegan daring gila. pastu 1 fmly dok tgk. xpa pulak. bila isu Kpopers peluk bdk prmpuan islam kemain di viralkan hurmm
ReplyDeleteMemang akak pun meluat tengok cerita2 'panas' macam ni.
ReplyDeleteTapi, apa kata pelakon?
Kami ikut arahan director.
Habis tu..arahan Allah takyah ikut ke?
Mana lagi penting?
Dahulukan manusia...tapi abaikan perintah Allah?