Tips Shopping Online di Lelong.My

11:47 a.m
apartment
craving Pizza. urghhh...

assalamualaikum and hello lads!
http://openmindsresources.com/wp/wp-content/uploads/2011/09/lelong-logo.png

tadi baru je berjogging di tempat baru dekat Putrajaya. okay, selama ni lalu baru tahu ada taman dekat situ -.- seronok! tapi since Xperia Arc S aku dah rosak T____T, tak dapat ambil gambar. aku pakai cokia je sekarang.

credit to gadgets.ndtv.com

aku rasa semua orang dekat Malaysia ni pernah dengar pasal Lelong kan. Mudah, Lazada, Zalora, Groupon and so on, itu semua sama angkatan dengannya. setakat ni aku dah pernah try shopping online dekat Lelong, Lazada, dengan Zalora sahaja. nanti nak try Groupon pula. 

buat masa ni, mari aku cerita pasal Lelong sahaja dulu okay. :) 

mula-mula masa nak shopping online dekat Lelong, hati aku berbelah bahagi juga. takut kena tipu. so, aku buat research terlebih dahulu. cari cara macam mana nak tahu dia trusted seller or tak. and selepas sebanyak 3 kali aku membeli di sana, aku nak berkongsi dengan korang juga.

mula-mula kena register dulu. aku tak sure boleh ke tak kalau tak reg. sebab kalau kita dah order barang, macam mana kita nak tahu update kalau kita tak bagi email kan? reg dia tak ambil masa banyak pun. 

1. Pergi ke Website Lelong


2. Search barang yang korang nak beli. contoh kasut. taiplah Shoes dekat bahagian Search.


3. Carilah sampai jumpa kasut yang korang idamkan tu. kalau aku, aku pilih Oxford England style Ladies shoes. then, korang boleh tengok dia punya specifications. ada apa. saiz apa korang nak. korang boleh tekan dekat Option dia tu. 

ada certain kedai yang buat free shipping. kalau banyak masa, carilah lagi kasut jenis sama tapi yang buat free shipping. kalau rajin... macam aku, memang kadang-kadang tak ada kerja. haha.
nampak tak? ada 6 kasut sudah terjual. korang boleh check macam tu juga.

4. Ragu-ragu kedai online tu okay ke tak? ha, kat sini kita nak check segala-galanya. okay. 

nampak tak dekat left sidebar tu ada segala profile pasal kedai tu? ha, klik dekat View Profile. lihat gambar di atas.


5. Nampak tak POSITIVE FEEDBACK? lagi ramai bagi positive feedback daripada negative feedback. kalau dekat Lelong ni tak silap aku, kau bagi bad rating pun dia akan tunjuk kat situ. dia tak simpan and just tunjuk positive feedback sahaja.  

korang pun boleh tengok dekat sini. scroll ke bawah and akan nampak LATEST FEEDBACK. and bacalah apa feedback yang orang bagitahu. kalau rasa tak confident dengan kedai online ni, cari lain pula. sampailah ramai bagi positive feedback.
amboi, 13 bad ratings. tukar tukar... setakat 3-4 bad rating okay lagi. tapi kena tengok juga dah berapa banyak items dia jual.

lagi satu, kita boleh tengok melalui cara seperti yang tertera di dalam laman blog brother ni. 

6. Puas hati dengan product yang korang nak beli tu? Nak tengok macam mana payment dengan delivery dia pula? okay, klik dekat  View all by MoMoFasHionHouse tu << ni aku. kalau korang, klik lah nama kedai tu.

nampak tak ada menu bar tu. ha, kadang-kadang dia ada buat promotion. dia kata kalau beli atas RM60 dapat free shipping ke and so on. bergantung pada kedai tersebut. so, better baca dulu. sebelum bazirkan duit dekat shipping sahaja.




7. Puas hati sekali lagi? then, barulah klik BUY NOW dekat awal-awal tadi korang pilih kasut. Perasan tak dekat bawah BUY NOW ada tulis Netpay. aku baca dari blog ni, katanya Netpay ni secure sikit. maknanya duit yang korang akan laburkan akan terus ke orang tu. tak ada melencong ke mana-mana.


8. Lepas tu pergilah ke Shopping Cart. kalau tak puas hati nak membeli, continue lah shopping lagi. 


9. Proceed to Checkout.


10. Isilah apa-apa yang patut. alamat, nama. and bayaran. tiga items yang aku beli, semuanya aku pakai Visa. setakat ni tak ada masalah. COD aku tak sure wujud ke tak dekat Lelong. itu korang kena PM (private message) kedai tu terus.

11. Then, korang akan dapat email. and proses seterusnya bergantung dekat orang tu pula. berdoalah korang punya item tak rosak and menepati apa yang korang mahukan. okay :) 
harap-harap membantulah apa yang aku cuba sampaikan ni. 


Notes :
1. kalau nak beli barang elektronik, aku sarankan korang search nama kedai online tu dulu. sebab aku pernah hampir nak beli handphone, then, aku cari nama orang tu. rupa-rupanya siap ada orang buat forum kata si pemilik kedai online tu adalah scammer!
so, hati-hati okay! 

2. Certain kedai online dekat Lelong akan bagi voucher code, make sure korang copy code tu. nanti bila dah proceed to checkout, dia akan suruh letak code. 

3. ada certain barang yang ada ramai beli. tengoklah berapa banyak dah item tu terjual. kalau ramai beli, maknanya diorang sukalah tu. 

4. selalunya lepas dah dapat barang, kita akan dapat invoice sekali. kalau korang tak dapat, korang boleh print sendiri invocei tu. no worries. 


so far, antara Lazada dengan Lelong, aku lebih suka Lelong. website dia nampak simple *cikai* tapi proses nak buat pembayaran dan juga proses mencari barang lebih mudah. aku pernah tersilap beli kat Lazada, nak return barang balik dah susah. sebab Lazada cuma orang tengah. benci aku benci! -.-


setakat ni barang yang aku dapat bila beli dekat Lelong, memang cepat. salah satu barang yang aku beli adalah 3D sponge makeup. comel kot. hahaha. and dekat online ni lebih murah berbanding dekat kedai realiti. kalau beli dekat Uptown memang ler murah. jangan buat perbezaan macam tu.


and kalau rajin lagi macam aku, search nama item tu. cari kat website lain pula. kot-kot lah Lazada murah sikit ke kan... aku ada tersilap haritu.. T_T ingatkan Lazada lagi murah, teruja punya pasal, check dekat Lelong, lagi murah. sobs. benda dah berlalu.


okay, itu sahaja. selamat bershopping!


nanti kalau ada masa, aku tulis pasal cara shopping dekat Lazada pula. since haritu ada YES, sampai dekat rm300 beli. hahahaha... bila dalam rumah ramai perempuan, macam ni lah perangai.. -.-
 
post signature

Share:

26 comments

  1. setakat ni baru try sopink kat zalora n lazada..
    =)

    ReplyDelete
  2. tak pernah pun membeli kat lelong. tips yang berguna snagat untuk beginner. ^_^

    ReplyDelete
  3. tak pernah try pun beli dekat lelong.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi shopping dekat lelong sebab nampak menakutkan. maybe lepas ni boleh cuba kot.

    ReplyDelete
  5. Menarik ni.. thanks sharing Amy.. :)

    ReplyDelete
  6. sekarang ni semua online ya...mudah betul..err..craving pizza tu...try lah order online...hehehe =)

    ReplyDelete
  7. sy biasa beli kat ebay je. tu pun yg barang simple2 yg tak rasa sgt keluar duit. :) maybe guna paypal kot, rasa selamat sikit duit.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah try lagi Lelong. Selalu guna ebay je.

    ReplyDelete
  9. Owh...ngantuk nya..
    Huahhhh...[yawning].
    Dari pukul 11 mlm sampai pg xtido.
    Mula-mula blogging sampai pukul 3.
    Lepas tu, pukul 3 sampai 4.30 sambung wassap pulak.
    Masa wassap tu akak pun cakap craving pizza. Sehati sejiwa kita ni:)

    ReplyDelete
  10. setakat ni ana pnh online shopping kat Lelong,Lazada,Zalora,Groupon. alhamdulillah setakat ni xde mslh lagi dgn mana2 pihak hehe

    ReplyDelete
  11. bagusnya penerangan dan tips amy tu..sangat berguna buat yang suka shopping online..insyaallah kak wana nak tengok juga di lelong kot2 ada yang berkenan di hati ka apa..heheh..

    ReplyDelete
  12. Pernah beli dekat lelong ni...tablet..servis n barang pun ok :) nak buat bid pun boleh..mna untung2 dapat bid dgn harga murah..hehehe :)

    ReplyDelete
  13. xpenah try lagi lelong ni...akk sllu sopping dekat ebay dengan amazon...nnt nak try lah...akk suka kalau ade feed back ni...barulah tahu scammer ke idok kan.... :D

    ReplyDelete
  14. haha. akak tak pernah lagi shopping online yg berwebsite ni haa. takde duit.

    ReplyDelete
  15. Akak pun pernah beli kat Lelong.
    Tapi kalau bid tu x reti.

    ReplyDelete
  16. Mmg mudah... kena pandai memilih, pasti berbaloi2.. :)

    ReplyDelete
  17. saya tak pernh beli online lagi... sebab bab pembayaran tu saya tak reti cikit.. masih tengah explore dunia online ni lagi...

    ReplyDelete
  18. Bagus tips camni. Boleh apply dimasa dpn. :)
    Takde visa lagi so xtau nak explore menda ni semua lg. hehe

    ReplyDelete
  19. Xpernah lagi shopping on9 kat lelong, leh cuba kot.....;-)

    ReplyDelete
  20. memborong sakan dia..ahahah.. tu yg risau bila nak beli online,risau duit hangus ja..tp sekarang dah moden,google ja..! haha..senang nak tau kot2 ada scammer

    ReplyDelete
  21. akak pun ada survey dekat lelong.my ni. cuma akak betul-betul risau dengan scammer. akak ada survey smartphones company ABC Phones Dot Com. harganya RM 800. macam mana akak nak pastikan company ni bukan scammer, bantu akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau smartphone ni memang kena survey betul2 kak. banyak cara saya dah tunjuk kat atas. salah satu caranya macam saya ajar kat atas tu. cek berapa banyak produk dia dah jual.and cek feedback.

      satu lagi akak try google macam ni. abc phones dot com scammer. abc phones dot com tipu. or abc phones dot com fake. apa-apalah. kot2 ada forum yang keluar ke. saya suka baca forum2 pasal ni. sebab kat situ lagi banyak orang kasi maklumat. kalau tak ada, in shaa ALLAH okay la rasanya.

      tapi bab smartphone ni saya x berani jamin la kak. kalau akak yakin nak beli online, bolehlah. kot2 lah dah pakai, ada pula defect dia kat mana2.

      Delete
  22. sy nak beli handphone asus zenfone selfie..ble request tak seller mna yg trusted kat lelong tu?? tqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x pastilah siapa yang bagus sebab saya x pernah beli handphone. cuba tengok directd under lelong. ramai juga beli dekat situ

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.