Churpremiere Kingsman : The Secret Service .:MOVIE REVIEW:.

 8:58 a.m
apartment
makan coklat + layan lagu Hindustan

assalamualaikum and hello lads!


Manners Maketh Man. Do you know what that means? Then let me teach you a lesson. 
rating IMDb : 8.3/10 (14 Februari 2015)
rating aku : 8/10


ha, haritu aku try Churp Churp punya contest. tapi tak naklah terlalu berharap sebab takut tak dapat. haha. and alhamdulillah dapat! seronok sangat. hahaha. terima kasih Churp Churp sebab bagi tiket dekat aku. dah lah baru lepas final exam masa tu, memang syok ler aku berjimba kan. wakaka. 

okay, balik kepada tajuk. siapa tak pernah dengar pasal movie ni? movie Kingsman: The Secret Service ini dilakonkan oleh Colin Firth, Samuel L. Jackson dan juga Taron Egerton. nama Colin Firth dengan Samuel L. Jackson dah memang terkenal di dunia Hollywood. Taron je aku first time dengar. and tengok lakonan dia, aku sudah jatuh cinta. hahahha. lagi-lagi bila dia pakai glasses. 

credit to collider.com
aku tak boleh betul tengok lelaki pakai spek ni. hahahahhahahahahahhaha. credit to imgkid.com


movie dimulakan dengan Harry Hart (Colin Firth) yang sedang menyoal siasat seorang lelaki ni. tapi disebabkan dia terlalu fokus nak tahu jawapan, dia tak sedar lelaki yang ditahan tu tengah pegang bom. and bapa kepada Eggsy (Taron Egerton) yang menyelamatkan semua yang ada di situ. dia buat apa? dia peluk lelaki jahat tu. so, bom hanya meletup antara diorang berdua sahaja.

Harry serba salah sangat. dia tak sepatutnya lose focus. so, dia buat keputusan, dia akan membalas jasa dekat keluarga Unwin satu hari nanti.

Eggsy membesar dalam kehidupan tak sempurna. ayah tiri dia jahat. suka pukul orang. suka pukul mak dia. tapi mak dia tak berani nak minta cerai atau larikan diri. sebab nanti geng ayah tiri dia akan cari diorang and probably bunuh diorang. Eggsy confirm lah tak suka. tapi nak buat macam mana. takkan dia nak tinggalkan mak dia dengan adik dia kan.

tapi disebabkan dia tak puas hati sangat one day, dia curi kereta salah seorang gangster tu and larikan diri dengan kawan-kawan dia. and of course lah dia bawa laju macam orang gila kan, so tak pasal-pasal je dia ditangkap oleh pihak polis. kalau korang tak tahu, kalau ditangkap dekat sana, and kalau kita memang bersalah, kita still boleh buat panggilan dekat siapa yang kita nak. sama ada lawyer, atau mak bapa ke, ikut suka. 

but then, dia call siapa? dia call Galahad. atau nama lain dia Harry Hart. Harry adalah seorang spy yang sangat gentleman. tengoklah suit dia. kasut dia. nampak classy kot. padahal setiap pakaian tu ada keistimewaan sendiri. termasuklah payung tu.

credit to www.breitbart.com

bila Harry dah start percaya yang Eggsy takkan bocorkan rahsia pasal Secret Service tu, dia akhirnya pilih Egssy sebagai mentee dia. seronoklah Eggsy. dapat jadi spy kot. dapat gadget sendiri. dapat jauhkan diri dari bapa tiri dia. masa tu lah, dia berkenalan dengan mentee yang lain. ada Digby, Charlie, Roxy, Amelia (eh), Rufus dan lain-lain. Charlie ni berlagak sikit. suka membuli.

credit to mforum2.cari.com.my
masa diorang tengah tidur tu, tanpa sedar, itu adalah tugas pertama diorang. kelam kabut cari idea nak selamatkan diri masing-masing. bila dah berjaya, Merlin (Mark Strong) marah diorang. Merlin ni siapa pula? dia ni orang kanan Secret Service. even semua terselamat dari tugas ni, diorang lupa satu benda. teamwork. and akhirnya Amelia mati. awal-awal dia dah tak ada. sobs~

credit to www.themarysue.com


macam-macam tugasan lah diorang kena buat. seronok tengok. sampaikan diorang ada kena bela seekor anjing. ada macam-macam jenis. Eggsy pilih Pug. dia ingatkan bulldog. hahaha. Pug ni susah gila nak train. suruh lari dia tak nak. static je dekat situ. setiap tugasan tu, kalau orang tu tak berjaya, dia akan dihantar pulang and tersingkir dari secret service punya training.

akhirnya sampai ke tugasan terakhir, diaorang kena bunuh anjing tu! Eggsy serba salah sangat. sebab dia dah sayang J.B (nama anjing) dia. so, dia bunuh ke tak? itu kena tengok sendiri. 

sebenarnya kenapa nak mencari mentee ni? sebab ada satu kes yang diorang masih lagi tengah siasat. ada seorang lelaki bernama Valentine (Samuel L. Jackson). lelaki ni nampak cool je. tapi otak dia jahat betul. dia buat apa? dia create satu simcard yang PERCUMA untuk semua orang. apa yang special dengan simcard tu? dia dapat FREE internet connection woi. tak payah sibuk cari-cari wifi hotspot kat mana-mana. hahahahaha. siapa tak nak kan? zaman sekarang ni. dah lah free.

credit to blogs.indiewire.com

tapi rupanya simcard tu membawa bencana dekat semua orang. simcard tu sebagai trigger untuk minda diorang buat something horrible. apa dia? bunuh orang. buat keganasan di merata tempat. even kita baik mana pun, kita tak boleh control diri sendiri. kita rasa nak bunuh semua orang dekat situ.

ya ALLAH, masa ni kejam gila kot. lama gila dia Harry berlawan dengan semua orang sampai aku rasa gerun nak tengok. serious, killing dia terlalu dahsyat sampai aku tertutup-tutup mata. hahaha.

disebabkan Harry dah tak boleh bunuh Valentine, (kenapa? hahahahhahaha), akhirnya Eggsy buat keputusan untuk balas jasa Harry pula. dia sendiri yang akan bunuh Valentine dan orang kuat Valentine, Gazelle (Sofia Boutella) dengan bantuan Merlin dan juga Roxy. 

oh, kalau korang nak tahu, Valentine ada culik macam-macam orang. ada Presiden, ada artis (tiba-tiba je ada nama Lady Gaga) dan ramai lagi.

okay, tu je lah aku nak kongsi. tak nak cerita banyak-banyak. so far, aku boleh cakap

- killing dia sangatlah awesome dan unbelievable sampai aku rasa takut dan tergelak at the same time. hahahhaha. memang sangat 18+ weyh lakonan dia. masa lawan-lawan siap ada breakdance lagi. kenapa? sebab si Gazelle tu memang penari. hahaha. dia jadi heroin dalam Street Dance 2. aku suka kot lagu final SD2 tu.

credit to plus.google.com

- no sex scene which is good. ke dia dah censored awal-awal. aku rasa macam tak ada langsung scene pelik-pelik.

- lakonan memang mantap. of course lah. Samuel memang pelat S ke eh? aku tak perasan selama ni. siapa pernah tengok lakonan dia sebelum ni?

- i love men in a suit!

- ada unsur humour. dia tak buat lawak pun kadang-kadang. tapi aku rasa terhibur and aku tahu apa akan jadi masa tu. 

- nanti korang tengok tajuk-tajuk surat khabar dia. lawak gila! macam tajuk surat khabar zaman sekarang. Brad Pitt Ate My Sandwich jadi tajuk utama. wakakaka. 

okay tu je, aku rasa berbaloi lah nak layan movie Kingsman ni dekat wayang. cerita dia in shaa ALLAH takkan mengecewakan. aku yang gila bad mood sampai rasa nak baling barang masa tu pun terus hilang rasa marah bila dah layan movie Kingsman selama 129 minit. and wait! kalau tengok macam dah habis cerita dia, jangan keluar lagi. ada lagi sikit scene dekat last-last tu. Eggsy pergi selamatkan mak dia dari bapa tiri dia. dia buat apa? hahahaha. dia lakonkan semula apa yang Harry pernah buat dulu.


 
post signature

Share:

15 comments

  1. aaaaaaaaaaaa bestnyaaaa nak gi tengok lah hihi

    ReplyDelete
  2. Huwaaa...lamanya tak tengok wayang..nanti cuti CNY yang terjah LFS..

    ReplyDelete
  3. hahahaha sabar eh. nt dapatla jodoh pakai spek nt. inshaallah ;)

    tunggu cite ni kua kt tv3 leh tak. nak ngok wayang ntah abad bila. lol

    ReplyDelete
  4. makan coklat sambil layan lagu hindustan tu memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Wana... Bahagia je rasa. Hihi

      Delete
  5. err..kalau kak wana pun mesti tutup mata tengok adegan bunuh yang dahsyat2 ni..seram..

    ReplyDelete
  6. huwaa...nak tengokk...best amy buat review...

    ReplyDelete
  7. Mmg wajib tonton ni nanti... menarik kan.. :)

    ReplyDelete
  8. Wah, nampaknya macam best tapi kat bunuh2 tu buat zumal fikir banyak kali nak tengok ^-^

    ReplyDelete
  9. Sis JM dh beli tiket utk jam 9.45mlm ni. X sabar nk tgk nih :-)

    ReplyDelete
  10. sedap movie ni..scene gereja pun terbaik.ala ala james bond tapi untuk market orang muda-mudi,scene sex kat hujung cerita mungkin dah kena potong

    ReplyDelete
  11. citer memang best... layan... taron pandai main memek muka...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.