12:28 p.m
apartment
blogwalking
assalamualaikum and hello lads!

ha, apa khabar semua? terima kasih masih lagi sudi singgah ke blog aku even aku busy dulu. terima kasih sangat-sangat. and aku takkan mungkir dengan janji aku. aku dah mula blogwalking semalam. tapi since bulan lepas aku tak singgah, so, aku komen entri-entri yang bulan Januari punya juga. hahaha.
so, maybe take time sikit nak pergi rumah korang. minta maaf ye. hehe.
okay, berbalik pada tajuk. Cewah, dah macam tajuk novel zaman sekarang pula. hahaha. aku rasa macam pernah dengar tajuk dekat atas. tapi tak sure dekat mana.
ada apa dengan cliche ni? okay, since aku adalah salah seorang writer yang x famous lansung dekat muka bumi ini, tak semena-mena bila baca komen orang pasal novel melayu, aku pun mestilah terasa juga.
orang kata novel melayu banyak sangat cliche. cuba buat lain sikit. buat macam Ramlee Awang Mursheed ke (sorry, tak ingat ejaan nama beliau). okay, aku akui, novel melayu banyak cliche. tapi janganlah samakan dengan RAM, beliau punya karya memang pasal fantasi. tak semua orang reti buat karya fantasi. tak semua orang ada imaginasi yang macam Stephen King atau J.K. Rowling tu.
and kenapa nak salahkan novel? aku fikir lama-lama benda ni. akhirnya, aku nampak something. maybe orang lain dah perasan lama. aku je ketinggalan sikit. hahahaha.
orang yang sangat benci cliche dalam novel adalah orang yang hidupnya penuh dengan CLICHE. betul tak? tak percaya? kita tengok okay.
dia bangun pagi, dia solat, dia mandi, dia pergi kerja, dia balik kerja, dia main dengan anak-anak, dia tidur, dia keje balik esok.
![]() |
credit to www.madridwritersclub.com |
cliche nya hidup kau!
dia belajar, dia pergi makan, dia jumpa boyfriend, dia balik, dia tidur.
clichenya hidup kau!
aku tak tahulah orang nak kelainan dalam novel ni macam mana. cuba explain sikit.
nak novelis buat cerita pasal sad ending? cliche.nak novelis buat cerita pasal happy ending? cliche.nak novelis buat cerita dalam kapal terbang? cliche.nak novelis buat cerita pasal gangster yang bercinta? cliche.apa yang tak cliche dalam sesuatu cerita tu? cuba cakap sikit.
kenapa kita nak salahkan novelis sedangkan hidup kita pun sama je. ibarat sendiri tak pandai menari, pergi salahkan lantai pula. aku tahu. kalau boleh jangan jadikan cerita terlalu cliche, nanti orang cepat bosan. tapi mana ada cerita yang satu pun tak ada cliche. menipulah kalau kau cakap ada.
pernah tak dalam seharian tu, korang tak buat something yang cliche dalam hidup korang? tiba-tiba travel satu dunia ke. tiba-tiba nak jatuh perigi ke. anything.
cuma bab novel ni, satu je aku tak berkenan. tajuk dia. haila... macam attention seeker pula tajuk. aku dengan attention seeker ni sangatlah tak ngam. tapi don't judge a book by its title. kadang-kadang tajuk macam budak tadika, tapi cerita matang betul.
okay, aku merepek harini. esok balik rumah! weeeee~ seronoknya dah habis exam. tak payah fikir apa-apa dah pasal study buat sementara waktu. tinggal cari kerja sementara je.
adios~

29 comments
Benda kalau cliche tapi ada elemen2 menarik OK apa hehehe lagipun jauh mana sangat kita boleh lari dari cliche....orang yang asyik complain cliche tu pula, bila 'dijamu' dengan something new, something out of box,..belum tentu mereka boleh terima :)
ReplyDeleteye betul tu kak Farrah. saya setuju sangat. sebab tu novelis still buat cerita konsep sama. even orang kata cliche sama, still ramai beli.
DeleteOrg ckp nak nmpk menarik biar dari tajuk. hehe
ReplyDeletehahahhaa. tu lah, tapi saya x suka tajuk novel yang cheeky sangat. rasa macam budak2 pula.
Deletedah lama tak baca novel, tp sy minat cerita2 yg buat org fikir banyak pasal mengubah diri pada kebaikan :) contohnya, hlovate's :)
ReplyDeletehehehehhe.. itu betul. hlovate memang bagus. saya suka ayat dia. cuma saya x berapa mnat novel dia. xtahu kenapa. x kena dengan jiwa. tapi ayat dia memang menyentap dalam halus kata2.
Deletedah ada novel ke? nak baca :D
ReplyDeletehidup memang serba cliche. cuma kekadang yg yang rasa tak cliche tu dia memang cliche la. wakakkaa XD
tak ada. enovel je. >.< sebab tu x femes. hehehehe...
Deleteiye betul tu. x ada istilah xde cliche dalam hidup. hehehe
amboiii senang hati nampak dapat balik :)
ReplyDeleteheheheh. of kos! :D
Deleteassalam amy darlinkkkkk!!! rindunya ngan amy..meh peluk kuat2
ReplyDeletewassalam kak Wana sayang! saya pun rindu dengan kak wana. *peluk kuat2*
Deleteseronok la kan dah habis exam..kira dah merdeka la ni kan..welcome home dear..boleh la blogging sepuasnya kan..hehe..jangan lupa datang rumah akak ya :)
ReplyDeleteyep! seronok sangattttttttttttttttt :D tengah singgah ni :P
Deleteamboi, bukan main lagi tajuk entri tu kan..memang sesuai la jadi tajuk novel..hehe
ReplyDeletehehehhehee.. nanti saya consider jadi tajuk novel :P
Deletehihi kena suruh they write their own novel la macam tu..
ReplyDeletesomething yang ada twist ? kita ingat it would be A tapi rupanya B acececeh pandailah akak hahaha..
its okay lalink.. as long as u know itu karya Amy and be proud of it..
Amy tahu kekuatan Amy jadi pedulikan lah..
hehehehe. yep, saya nak cabar orang kata banyak cliche, saya suruh buat sendiri. ha, baru tahu.
Deletesomething twist tu pun cliche. :P boleh buat tak ada cliche, tapi xde kaitan langsung. ibarat tanya 1-1 sama dengan berapa, jawapan tulis epal. wakakkaa
thank you kak CT :)
Biasalah tu cliche..tapi ada je kelainannya sikit kan..dan memang camni ler kehidupan kita..kalau ada lain sikit pun tak la banyak sangat..just certain orang..kan..kan...hehe
ReplyDeletehehehehehe. yep, jalan cerita semua berbeza. so, jangan nilai dari segi konsep sahaja.
DeleteHai, saya ada baca komen awak kat blog lain pasal korea. Saya cari kawan travel seoul+jeju hujung mei ni.
ReplyDeleteNi bukan under travel agency. Kalau interested feel free to contact me.
email : arene_amelia@yahoo.com
fb : aleen aiden
Sorry interrupt. :)
hello :) wah, bestnya! nanti saya emel ye. kita sembang banyak sikit kat emel. thanks ^^
Deletecliche? cer suruh otg yh suka complain buat Novel..yg x cliche tu...ktia tgk hasilnya..ishh x suka tul org yg suka komplen nih
ReplyDeletehehehehhe. ye betul. meh kita tanya diorang. reti tak buat cerita tanpa cliche.
Deletetak bkenan pada tajuk novel? kenapakah? adakah disebabkan sweet sangat? blur kejap ><
ReplyDeleteyep. ada certain memang mantap tajuk dia. ada certain macam entahlah. macam a bit budak2. nampak nak menarik perhatian sahaja dengan tajuk macam tu.
DeleteSetiap orang punya rasa berbeza. Sebab tu ade je yang tak kena dan susah nak puaskan hati semua orang, kan Amy.
ReplyDelete1 important Q, orang yang banyak komen tu dah 'digest' berapa banyak novel Melayu?
ReplyDeleteCakap banyak, habuk tarak.
Kalau nak jadi pengkritik, ambik master dulu..
Kita tak kisah pun kalau novel Melayu ni cliche. Janji ada benda yang menarik dalam cerita cliche tu, kita okay je :)
ReplyDeletehello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.