Eat Blog FoodPanda .:REVIEW:

10:00p.m
rumah member
penat

Aku di Segamat, Johor sekarang.  hehe. apa khabar orang Johor? kenapa pergi Johor ni? nanti aku cerita. dah berhabuk sangat dah blog ni. tak ada idea nak cerita apa.

http://38.media.tumblr.com/JFFeZyeWSgqi4kyqSCdin1P1o1_400.gif

okay, back to the story. al-kisahnya pagi tadi aku bergerak ke KL Sentral dalam pukul 9:30 pagi dari rumah. aku punya bas bertolak tepat pukul 12:30 tengah hari. tapi aku bukan jenis manusia yang boleh makan pagi. unless kalau dah terbiasa sarapan, baru itu jadi perkara wajib. 

so, tak nak kelam kabut, aku buat keputusan untuk order dari Foodpanda. tak adalah aku nak gelabah order last minute kan. baik aku order awal-awal. sampai je KL Sentral, dah boleh ambil makanan and bertolak ke Johor. tak payah nak tunggu order, lepas tu tunggu makanan siap pula. pfft~ leceh.

wait, what? Foodpanda? 


ha, korang pernah dengar tak pasal Foodpanda ni? bagi orang yang sangat obses dengan makanan tambahan lagi delivery, mesti korang tahu kan. kalau biasa kita order delivery dari Pizza or whatnot, kali ini kita boleh order dari restoran lain tetapi menggunakan khidmat Foodpanda

ha, kiranya Foodpanda ni sebagai orang tengah dia lah. dia tolong hantarkan makanan kepada kita. so, tak perlu dah kita nak ke sana ke sini mengorder dan mengambil makanan. senang tak? senang kan. lagi-lagi tengah busy dengan kerja, atau ada meeting sampai tak sempat nak keluar makan, Foodpanda boleh bantu kita. 

meh kita tengok serba sedikit apa itu Foodpanda

tertarik? macam mana pula nak order? tak susah ke? meh aku ajarkan cara nak order dari website Foodpanda ni.

psst~ tarik gambar ke new tab untuk tumbesaran

rasanya setiap orang kena reg, sebab nak kasi alamat semua tu kan. apatah lagi kalau jadi pelanggan tetap nanti. senang. dia dah ada semua maklumat kita.  bagi aku yang dah reg, aku log in terus lah.


nampak tak tu? bukan hanya di Kuala Lumpur sahaja. ada di Johor, Melaka, Penang dan sebagainya. bila dah letak exact city. boleh lah letak area korang pula. dia akan kasi banyak area. pilihlah area yang berdekatan. kalau tak ada tu, maksudnya memang tak adalah.


disebabkan aku akan ambil makanan di KL Sentral, aku pun pilihlah KL Sentral sebagai lokasi aku. and nampak tu? ada 85 jenis restoran. kalau ragu-ragu restoran tu halal atau tak, boleh lah filter restaurants yang terletak di sidebar sebelah kiri.


of course lah aku pilih Kenny Rogers. sebab boleh pilih makanan banyak sikit. hahaha. and nampak tu, ada tanda HALAL. lagipun memang tahu KRR ni halal. in shaa ALLAH. setiap gambar tu ada harga dia masing-masing. tapi berbanding dengan restoran depan mata, yang online ni tak semuanya ada tau. tapi banyak juga pilihan.

sebelum order, boleh tengok dahulu min. order dia berapa ringgit. janganlah beli caesar salad yang makan sebanyak RM7 tu je kan. selalunya min. order dia RM15. Delivery Fee pula mostly restaurant hanya RM4 sahaja.

then, mana-mana makanan yang dah menarik minat korang, bolehlah add to cart. dah habis, isi segala details yang perlu. and tunggulah FoodPanda staff datang untuk deliver makanan korang. habis. :)




Kelebihan:

1. Mudah
- senang kerja aku. tak payah nak bazirkan masa keluar mencari makanan. order hanya di hujung jari sahaja. 
- website dia pun tak serabut. aku boleh straight to the point cari apa yang aku nak. simple. i like simple.

2. Cepat
- memang cepat. sama seperti apa yang dia tetapkan di dalam website Foodpanda. bagi korang yang nak order dari Foodpanda, jangan lupa order awal ye. jangan buat last minute. lagi-lagi kalau restoran tu famous. confirm lah ramai yang makan dekat situ. macam orang kata, first come first serve.

3. Android and IOS Apps
- yes, bukan sahaja boleh layari di laptop. dekat handphone pun ada. nak download, boleh layari ke link yang aku share di bawah ni. 

Android Apps: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.global.foodpanda.android
IOS Apps: https://itunes.apple.com/app/foodpanda-order-food-delivery/id758103884

Kelemahan

1. Limited
- aku harap lepas ni Foodpanda dapat kembangkan lagi service delivery area. sebab aku yang duduk Shah Alam ni jauh sikit nak kena ambil makanannya. tapi disebabkan aku duduk kampung, so aku bolehlah terima kenapa kat sini tak ada service. 

2. Kurang Gambar
 - gambar makanan tak semua ada. bila gambar tak ada, aku sukar tergoda. so, aku end up pilih yang aku biasa makan je instead of cuba something different. 

last but not least, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak Foodpanda especially Alka Shakya kerana sabar melayan karenah aku ni. bukan mudah nak melayan semua customer kan. 

dan paling utama sekali ialah Butterfly Project yang diketuai oleh Tammy. Tanpa Butterfly Project ni, aku memang takkan tahu kewujudan Foodpanda. .

and untuk staff FoodPanda yang tolong deliver makanan tadi. kesian dia. sampai accident kena langgar. teruk juga motornya dia kata. tab dia pun skrinnya pecah berderai. last-last kena tunggu 40 minit lagi. ingatkan orang lain pula tolong hantar. tapi dengan semangat dia yang membara nak hantar juga makanan aku, dia datang dengan bawa motor dia sendiri. aku salute lah. memang komited dia. 

so far, service dia not bad. sama macam apa yang dipaparkan. even ada kemalangan yang tidak berbau, dia tetap jalankan tanggungjawab dia. okay, itu sahaja. selamat mencuba :)

adios~
 
 
 
 
post signature

Share:

41 comments

  1. urmm... ada jugak terbaca pasal benda ni kat blog blogger lain.. nantilah , ada masa mama try.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... nanti jangan lupa cuba tau mama ^^,

      Delete
  2. dah ramai review foodpanda nampak gayanya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee... nanti cubalah. lepas tu review juga ^^

      Delete
  3. Pernah dengat tapi tak pernah cuba.. menarik ni Amy. Thanks sharing ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehe... xpe2, saya still faham :P sama-sama ^^

      Delete
  4. kakshaa pernah gak nak try tapi tak try gak lagi...... takut nanti gedik aasyikkk nak berfoodpandaaaa je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaksha!! hehehhe. xdelah... jangan pula jadi macam tu :P lagipun kaksha kan pandai masak >.<

      Delete
  5. mudah dah sekarang ni.semuaa boleh delivery teruss ke rumah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, betul tu... xde dah susah payah bergerak keluar. hehehhe

      Delete
  6. kak wana baru tau pasal foodpanda ni..tapi bagus la kan..ada delivery macam ni..senang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak wana! hehehe.. betul2. tapi harapnya dapatlah dia banyakkan lagi delivery area.

      Delete
  7. Uiks, kat segamat ke..moh ler berjimba-jimba :) hehehe

    ReplyDelete
  8. segamat?tempat wanie tu..hihi..serius baru tahu pasal food panda..wahh..nice! thanks sharing ye amy.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee. la, ye ke? xdan pula nak jumpa. huu~ sama-sama ^^

      Delete
  9. Kat NS ada ke? Maleh pulak nak check.
    Baju abam delivery siap ada gambar panda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belumm kakk. tunggu dia datanggg. hhee

      Delete
    2. yep. betul kata kak Scha. kena tunggu dia kembangkan lagi service. hehe

      Delete
  10. Salam. Amy... akak jalan2 sambil klik nuff! Bagus jugak order dlm talian tp sepanjang hidup ni xpenah lg buat gitu sbb takot order2 rasa xkena tekak...hihi

    ReplyDelete
  11. blh try ni bila dok umah sensorang nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh-boleh. tak ada masalah ^^,

      Delete
  12. Wah, terbaik la perkhidmatan camni... Walaupun masih banyak perlu diperbaiki ia tetap memudahkan ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, takpelah. diorang pun masih baru. so, harapnya lepas ni ramailah pakai service Foodpanda

      Delete
  13. Akak dok selayang....tp cuma ada 2 restaurant je dlm foodpanda..heran juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... saya duduk subang, memang tak ada la.. dia ambil paling dekat je. itupun jauh juga

      Delete
  14. tak pernah tahu pun!thanks share Amy!sesuai untuk pemalas macam akak ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehe... sesuai juga untuk saya yang pemalas :P

      Delete
  15. Senang betul sekarang kan. Semuanya di hujung jari sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.. semuanya senang dah skang. manusia je jadi makin pemalas. hehe

      Delete
  16. Oh kat Johor ada ek. Tak pernah kak ros try pula.. Alahai kesiannya. Walau accident, tetap dia hantarkan juga.. Respect sifat tanggungjawab pada kerja dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ada ^^,

      tu lah pasal. memang komited sungguh

      Delete
  17. kesian abg ni . xpe boss kena bayar lebih ni . hmm , boleh la cuba lepas ni . dgr orang ckap je sblum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... harapnya boss dia boleh take note la. sian dia

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.