Kehidupan di Universiti .:PART 1:. -Engineering Student-

2:14 p.m
apartment
habis exam! yeah, yeah yeah~ boleh bersuka ria.
 
assalamualaikum and hello lads! 
 
www.telegraph.co.uk
 
ha, rasa macam dah ketinggalan zaman sangat-sangat sebab baru nak bercerita pasal kehidupan dekat universiti. hahahaha. aku tahu mesti ramai dah cerita pengalaman masing-masing kan. tapi aku pun ada kisah sendiri juga. ada suka, ada duka. ada boring, ada excitement. semua ada bila dah menjejak kaki ke menara gading ni.
 
disebabkan tinggal satu sahaja semester lagi untuk aku habiskan dekat uniten ni, boleh lah aku bagitahu apa-apa yang patut korang tahu pasal hidup dekat universiti ni.
 
tapi first of all, aku nak minta maaf pada yang tak pernah berpengalaman menjadi pelajar U atau pelajar kolej. tak apa, ilmu ni boleh dapat dekat mana-mana. yang penting niat nak belajar, nak tambah pengetahuan kena ada :) 
 
okay, meh dengar dari sudut aku pula. kalau korang nak tahu, ehem, bagi yang baru kenal aku, aku adalah salah seorang pelajar kejuruteraan elektrikal dan elektronik dari Uniten. Uniten ni ada dua je kampus. Putrajaya dengan Muadzam. kalau dekat Putrajaya, cuma ada dua kos sahaja. kejuruteraan dan IT. tak ada akaun ke apa. tu semua dekat Pahang. 
 
masa Foundation dulu, aku tekad nak ambil elektrikal engineering, sebab masa dekat UTP aku tak dapat kos yang aku nak. tapi dekat uniten ni ada dua jenis elektrik pula. ada elektronik dan ada power. aku tak minat power-power ni, so aku pilih elektronik. 
 
aku pilih elektronik engineering sebenarnya sebab kos lain semua aku tak suka. hahahahahahahahahah. 
 
so, buat adik-adik yang nak masuk Uniten atau mana-mana universiti, pilih lah baik-baik ye. aku cuma boleh bercerita dari sudut budak elektrikal sahaja. so far, dekat uniten ni, elektronik dengan power, subjek dia sama je semua. hampir semua SAMA. cuma nak dekat final year tu,  barulah dah ada subjek yang berbeza. 

Budak EE kena ambil subjek Semiconductor Devices, budak EP kena ambil kos PDE kot aku rasa. and Power System II. 

nak kata engineering ni senang, aku tabik orang tu. orang tu confirm kerja dia Study je 24 jam. sebab setakat hidup aku dekat universiti ni, tak pernah lagi aku rasa engineering ni senang. hahahahahaha. 
 
credit to blog.4tests.com
 
antara elektronik dengan power, mana lagi best? itu pun aku tak boleh kasi jawapan. tapi kalau korang minat dengan kerja berkaitan electrical Installation ataupun pencawang-pencawang tu, silakan ambil kos electrical power engineering. 

CULTURE SHOCK 
 
memang aku culture shock. sebab dekat mrsm dulu, mana ada bawa laptop dengan handphone bagai. ehem, ada je. tapi zaman tu internet tak famous lagi. so, aku tak obses dengan wifi. tapi sejak masuk u, 24 jam aku menghadap laptop. kalau tak online, aku layan movies yang beratus-ratus dah ada dalam hard disk aku. 
 
credit to www.anylatitude.com

masa ni orang yang pandai pun boleh berubah jadi tak pandai dan malas. macam siapa? macam aku. hahahaha. pandai ke? ehem. kau tahu tak betapa susahnya jadi orang pandai ni? masa dekat mrsm dulu, aku tak pernah tak dapat dekan. masa dekat u, aku tak pernah dapat dekan. hahaha. lawak ke? tak. tapi aku suka nak mencabar diri sendiri. takkan nak suruh orang lain ambil risiko pula kan? apa perasaannya bila kita berada di bawah ni? bila orang terlalu memandang rendah dekat orang sikit je nilai CGPA dia. macam-macam hinaan dan jelingan kita kena. semuanya sebab CGPA. benda tu dah jadi penilai pula. ibarat judge a book by its cover. judge a person by his CGPA. 
 
seronok tau ada pengalaman macam ni. sebab tak semua orang berani ambil risiko. semua nak duduk dalam zon selamat je.

disebabkan uniten ni mostly budak engineering, boleh lah nampak betapa skemanya semua student dia. hahahahhaha. boleh kira berapa orang je yang suka bergaya. kalau dia terlebih-lebih bergaya pergi kuliah, dia silap kos lah tu. ops, no offense

KULIAH

kalau tak silap aku, batch bawah aku dah start fixed timetable. so, aku tak boleh nak tolonglah. kalau macam batch aku ni, kitorang boleh susun jadual sendiri ikut apa yang kitorang nak. boleh pilih lecturer mana yang sesuai dengan kita.

bab pilih lecturer ni, baik tanya senior-senior. kadang-kadang ada certain lecturer, dia lebih suka ajar theory daripada calculation. final exam kan masuk calculation, mana ada 1-5 soalan semua suruh derive je kerja dia. 

maaf, aku bukan niat nak memperlekehkan kerja seorang pensyarah. cuma aku sangat berharap yang lecturer boleh nampak student zaman IT sekarang tak sama dengan student zaman diorang dulu. atau mungkin orang atasan yang tak habis-habis nak kekalkan modul yang sama. mesti kena ajar benda ni je, mesti kena buat macam tu je. wallahualam.

dekat uniten ni, ramai je lecturer yang best-best. serious memang best. kita nak belajar pun jadi seronok. nak pergi kuliah pun tak ada fikir sampai 2-3 kali. sebab apa, sebab dia suka bagi contoh banyak-banyak. and macam-macam rupa. barulah student nampak konsep satu benda tu lama-lama. 
 
credit to theburiedlife.tumblr.com

ada satu semester tu, aku ambil subjek Control System dengan seorang pensyarah ni. serious, sepatah haram pun aku tak faham apa dia ajar. sebab dia asyik ajar theory je. calculations satu benda pun tak ada. and akhirnya, apa result aku dapat? FAIL

ingatkan aku seorang je. rupa-rupanya aku dapat tahu separuh dari kelas dia FAIL. so, aku pun repeat lah balik tapi dengan lecturer yang berlainan. BEST WEYH pensyarah yang second ni. dia banyak sangat bagi example. even dia ajar laju, tapi aku boleh nampak apa dia cuba sampaikan. and apa result aku kali kedua? A-. nampak tak beza dia kawan-kawan?

KEHADIRAN

alah, dah biasa sangat ada orang tolong sainkan untuk kau kalau kau tak datang kelas. aku selalu sangat dah nampak. buat benda tu bukan main. tapi bila kena tangkap dengan lecturer, tak nak mengaku. pengecut. lepas tu tak pasal-pasal semua kena. ini based on pengalaman ye. habis lelaki tu kena nganjing sampai sudah. aku boleh nampak riak kebencian dekat wajah semua student kat situ. 

so, please don't be a coward. lecturer tak tahu, orang lain tahu kot. ALLAH pun tahu. ish ish ish.

CLIQUE

clique ni kadang-kadang seronok sebab kau ada minat sama. tapi clique ni tak seronok sebab kau bergaul dengan kaum kau je. aku sedih jugalah bila masa belajar dekat sini, budak tajaan dengan budak bukan tajaan diasingkan kelas. 

aku tak pernah kenal dengan sesiapa student foreigner dekat sini. masa foundation dekat utp dulu, ramai member dari oversea aku kenal. dari Kazakhstan, dari Thailand, dari US, dari Indonesia.
 
http://www.polyvore.com/cgi/img-thing?.out=jpg&size=l&tid=47795933
credit to www.polyvore.com

so, bayangkan bila dah berbeza kelas sejak foundation. masa masuk degree baru nak bergaul, memang tak lah. sebab aku dah ada group aku sendiri. kau dah ada group kau sendiri. kirim salam lah. unless kau peramah sangat-sangat macam seorang member aku ni. SEMUA kenal dia. literally, sebab dia MPP. hahahhahha.

TRANSPORT

aku ingat lagi masa aku foundation dulu, kelas aku dengan apartment aku sangatlah jauhnya. berapa jauh? aku tak tahulah berapa kilometer. tapi aku gerak pukul 7. 7.30 lah aku sampai kelas. nampak tak betapa jauhnya. kalau ada member tak adalah terasa sangat. kalau aku jalan sorang-sorang ni, memang lah. 

kenapa aku jalan seorang diri? hahahahhahahahaha. sebab dalam kelas tu, aku seorang sahaja perempuan melayu -.- so, nak tak nak aku kena jalan sorang-sorang. kadang-kadang member aku dari kelas MARA ada kelas waktu sama, so, aku pergilah dengan diorang. 

bas tak ada ke? mestilah ada. tapi aku jalan kaki lagi laju dari bas sampai. luls~ bas kat sini tak sama macam bas dekat u lain. KOT? sebab kat sini kampusnya kecil sahaja. so, bukan selalu bas ada. kadang-kadang kena tunggu 15 minit. paling lama 30 minit. paling koman tak ada langsung. so, better aku jalan kaki. aku dah biasa.

so, kalau korang ada kereta tu, bawa je lah. janganlah kedekut sangat pakai Audi r8 dua seat. ada je. mentang-mentanglah budak uniten. mak bapak yang tanggung. tak kisahlah takat bawa kereta saga lama, asalkan boleh tumpang kawan-kawan. lepas tu minyak tong-tonglah. sebab tu aku anti orang kaya. wakakaka.
credit to giphy.com
 
aku ingat lagi member aku cakap. kau kalau nak cari pakwe, cari yang ada kereta. senang sikit nak ke mana-mana. hahahahahaha. tapi jangan risau, aku tak buat macam tu. 

YURAN

ya ALLAH. serious aku cakap. kalau kau anak orang kaya raya, nak study dekat sini pun tak apa. kalau orang yang biasa-biasa macam aku ni, tolonglah at least ada scholar ataupun pinjaman. tapi kalau boleh elakkan belajar dekat sini disebabkan duit tak cukup, elaklah.

nak tahu beza dia berapa?

kalau dekat ipta, adik aku cakap, dia kena bayar RM2k je (kadang-kadang RM1k) setiap semester. kalau aku? kena bayar RM6K woi satu semester. kalau 5 tahun belajar dekat sini, sama dengan berapa? cuba kira sendiri. itu baru yuran pengajian, belum yuran lain lagi. 
 
credit to pixgood.com

ingat duduk uniten ni, elektrik free ke? mana ada. kena bayar sendiri. top up. aku dah lama duduk apartment dalam uniten ni. so far, setiap 4 minggu kena top up RM40. kalau dekat rumah ada peti ais, ada tv, ada rice cooker dan macam-macam peralatan elektrik, maknanya RM40 dalam masa dua minggu lah tu. 
 
lepas tu sewa apartment lagi. meh aku bagi nasihat. kalau mak bapa bagi duduk luar, cari rumah sewa, betterlah cari rumah sewa. lagi-lagi kalau ada transport. lepas tu duduk ramai-ramai. 13 orang satu rumah pun suka hatilah kalau landlord kasi. 
 
ini aku bercakap pada 10/2/2015 ye kawan-kawan. sewa apartment dekat sini, ada macam-macam jenis. kalau jenis apartment macam aku dapat, apartment Murni, sebelah highway tu, kena RM350 sebulan. banyak tu. satu apartment 4 orang. satu semester 4 bulan. so.... aku dengar member aku cakap, dia duduk luar lagi murah dari sewa dalam ni. 
 
tapi tu lah, macam-macam kena fikir pula. transport, security, minyak kereta, wifi, perabot, jammed, macam-macamlah. so, fikirlah masak-masak ye. 

APARTMENT
 
iye, yang bestnya duduk dekat apartment ni, sebab  dah macam rumah sendiri. hahahhaa. boleh bawa rice cooker, bawa TV, bawa peti ais, bawa permaidani, macam-macamlah. ada rumah member aku ni memang dah macam rumah tetap dia ha. bukan main lawa lagi diorang hias. 

tapi elektrik kena bayar lebihlah. itu je.

lepas tu bilik air semua dekat dalam rumah masing-masing. bukannya macam asrama tu. dekat upm, bilik air dekat luar. aku pernah pergi kolej adik aku. dekat utp pun, bilik mandi dekat luar, ini masa aku duduk dekat V1 dengan V2. u lain aku tak pasti. 

alah, terlebih-lebih pula aku bercerita. okaylah, nanti aku sambung lagi. 

disebabkan cerita ni panjang, kalau ada yang baca sampai habis tu, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. bagi yang dah habis pengajian, mesti korang terbayang kisah korang dekat u sendiri kan. macam mana hidup dulu. macam mana nak survive selama 4-5 tahun dekat sana. 

so, bagi yang nak komen dekat bawah, nak cerita pasal pengalaman sendiri dari kos lain pun boleh. aku tak kisah. aku suka dengar cerita orang. 

tapi kalau setakat nak cakap singgah sini. bestlah. syoknya. waaaahhhh... please lah, please lah. pergi menyibuk dekat tempat lain. aku cukup pantang manusia macam ni. aku lebih hargai silent reader dari orang komen entah apa-apa. maknanya korang bukan pendengar yang bagus. kau cuma nak orang dengar cerita pasal kau, tapi kau tak nak dengar cerita orang lain.

adios~
 
 
 
 
post signature

Share:

17 comments

  1. Acik baca sampai habis tau sebab Acik tak pernah pun merasa belajar sampai U..belajar main-main kat sekolah dulu..Dalam hati ni, nak jugak sambung belajar kat OUM tapi entah bila la..Simpan tekad dalam hati, anak-anak mesti dapat belajar tinggi..sampaikan niat Acik..Anyway..study smart dont study hard..

    ACIK SINGGAH DI SINI..hihiiiiii

    ReplyDelete
  2. All the best !!! Belajar pandai-pandai, nanti boleh kerja best-best. INshaAllah.. :")

    ReplyDelete
  3. Suka baca kisah pasal budak Uniten ni. Dah lama tak lepak dekat Uniten.

    ReplyDelete
  4. GoodLuck Amy, study smart not hard tau :) zaman study la paling best skali :) gunakan masa belajar tu dgn mengumpulkan pelbagai pengalaman tau..Nanti dah kerja seriously akan rindu semua tu :) Mcm Cik Mimie ni..

    ReplyDelete
  5. sambung belajar ni, bukan setakat kita dapat ilmu je taw. apa yg sy rasa, kehidupan masa belajar tu la yg mematangkan diri. yelah, nak handle hubungan ngan kawan, ngan lecturers, ngan pakcik bas. even polishkan kita nya komitmen and tanggungjawab. :) nak baca duit sewa, kena asingkan belanja bulanan siap2. etc. :) good job amy! all the best studying.

    ReplyDelete
  6. seronok baca entri amy ni..terkenang kembali zaman belajar kat kolej dulu..

    ReplyDelete
  7. tak semua orang merasa kesempatan yang kita rasa.. bace entry ni terkenang2 balik zaman sekolah zaman uni.. mula2 rasa takut macam manalah nak survive. konon dah jadi orang dewasa. kawan2 hahaha.. alhamdulillah akak jumpa yg bebaik n sekepala. tapi yang spesis malaun mmg ada. ignore them.. akak rasa better to move alone. tak payah fkir sesiapa.. tapi nice kan uni world ? rasa macam dah matang bebenar heheh..

    study bebaik na..

    ReplyDelete
  8. Banyak ilmu yang kita dapa masa belajar ni..bukan setakat imu dalam kelas, tapi macam-macam..kawan2, hande program, macam2 lah..kumpul sebanyak pengalaman dan soft skill masa belajar ni..all the best..teringat zaman belajar..

    ReplyDelete
  9. tinggal satu semetar je lagi...bestnya...pastu leh enjoy puas2 ye Amy

    ReplyDelete
  10. Engineering ni dahulunya lelaki yang conquer.
    Tapi sekarang dah ramai mahasiswi.
    Satu anjakan paradigma..
    Kalau saya memang x terbawak tang fizik tu.
    Masa spm dapat B3 pun sebab puas menghapal.

    ReplyDelete
  11. assalamualikum senior ku saya bakal menjadi student di uniten hujung bulan 5 ni. so saya tak nak bertanya di sini. boleh saya mintak no fon akak as privacy chat dan saya akan uarkan2 pertanyaan saya di publish setelah selesai perbincangan dan jawapan kakak sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  12. Nak tanya la;
    -Jarak antara asrama dengan kampus jauh tak?
    -1 bilik brapa orang?
    -Ade askar Wataniah? :P

    *Boleh balas mesej ni kat; jasonsyakir@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Dapat offer dari UNITEN for Mechanical engineering. Memang nak sangat course ni.

    But ya Allah this year fees UNITEN naik RM 10,500 per sem. Library fees pun naik. Every sem kena bayar RM 780 for the library, Aktiviti pelajar and perkhidmatan. Every year kena bayar RM 130.

    I did my full research on the course and the fees. Cause I really want to continue my studies in Mechanical Engineering.

    Maybe it's not my rezeki/time yet to study mechanical engineering.

    Btw, I'm going to study in UniKL; course Bachelor Engineering Technology (hons) in Product Design.

    Pray for me!!! I really hope this is the best for me and my future. Amin~
    ヽ(^◇^*)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak oi. tak beragak mahal dia. memang janganlah masuk UNITEN tu. bukan sebab apa. sebab bayaran dia tu. sekali kalau nak repair subject je dah berkira kira. kalau awak lebih suka teknikal, better amek poli je. diorang lagi better dari university. seriously. UniKL pun dah ckup mantap tu

      in shaa ALLAH. all the best for you dear!

      Delete
  14. Dapat offer dari UNITEN for Mechanical engineering. Memang nak sangat course ni.

    But ya Allah, UNITEN fees naik RM 10,500 per sem. Library fees pun naik. Every sem kena bayar RM 780 for the library , Aktiviti pelajar and perkhidmatan. Every year kena bayar RM 130 for insuran.

    I did my full research on the course and the fees. Sebab memang nak sangat ambil Mechanical Engineering.

    Maybe it's not my rezeki/time yet to study in Mechanical Engineering course.

    Btw, I'm going to study in UniKL; course Bachelor Engineering Technology (hons) in Product Design.

    Please pray for me!! I really hope this is the best for me and my future. Amin~

    ヽ(^◇^*)/

    PS: There will almost always be a way to pursue your studies.

    "The aim of education is the knowledge not of facts but of values."

    ReplyDelete
  15. assalam sis ,, sya pelajar 3rd year UTP.. tak sangka UNITEN lagi mahal dari UTP.. UTP 8K satu sem ,UNITEN hampir 11K satu sem. Control system mmg susah nak belajar kalau lecturer ajar theory ja ,, lecturer sya tak buleh pilih, rasa masuk kelas nak nangis sebab dia asyik bercerita theory tak sudah,tetiba masuk tutorial kena buat calculation.hahha

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.