Kehidupan di Universiti .:PART 2:. -Engineering Student-

10:40 p.m
apartment
layan Detective Conan Episod  668

assalamualaikum and hello lads!
 
http://cdn29.elitedaily.com/wp-content/uploads/2013/05/tumblr_lrpkabl4o51qzlicjo1_500_large1.png

actually, ini sekadar informasi saja-saja. so, kalau para blogger yang rajin singgah ke blog aku ni, tak baca pun tak apa. hehe. entri ni, kot-kot lah ada yang mencari ke kan. macam entri mrsm aku tu. 

okay, berbalik pada cerita. apa lagi aku nak bagitahu ye. hmmm... maybe aku akan cerita lagi specific kot dekat certain things yang aku rasa perlu. 

APARTMENT

okay, untuk tahun 2015 ni, apartment masih ada 4 jenis. haha. manalah tahu ada yang membaca entri ni tahun 2040. wakaka. ada Ilmu, Murni, Cendekiawan dan juga Amanah. Apartment Cendi dengan Amanah tu khas untuk lelaki. tapi apartment lelaki aku tak familiar keadaan dalam dia. maksud aku design layout dia macam mana.

kalau perempuan aku tahu. Ilmu dulu perempuan je yang menginap. tapi sekarang dah terbahagi kepada dua. lelaki dan perempuan. jangan risau, ada pagar. and bahagian perempuan punya apartment kena naik atas bukit compare to lelaki yang depan pagar security je. 

kalau Ilmu ni. setiap rumah ada 2 bilik sahaja. tapi satu bilik 2 orang. masa zaman aku muda-muda dulu, lol~, waktu foundation, semua student akan ditempatkan di apartment Ilmu. maybe sebab murah sikit berbanding apartment Murni.
 
credit to studentlife.ryerson.ca

bezanya cuma dari segi bilik dan keluasan dia sahaja. kalau Murni lebih private. lagi-lagi yang suka nak bilik sorang-sorang. tapi mahal sikit lah. disebabkan makin ramai student yang dah masuk uniten, so, Murni dah ada satu bilik yang berkatil dua. agak sempit juga sebenarnya. tapi tak tahulah macam mana diorang adapt situasi macam tu. 

harga dia aku tak pasti. 

tapi rumah ni ada tempat study, ruang tamu, bilik mandi, tandas, dan juga ruang dapur. kalau nak masak-masak bolehlah. tapi jaga-jagalah dengan peralatan macam ni ye. boleh terbakar. itu je. sebab tu dulu dilarang strictly.

kalau apartment Ilmu, tak ada tempat study, ada kat dalam bilik je. tandas dengan shower bergabung. aku yang setiap pagi asyik sakit perut memang agak tension. hahahaha. kawan tengah mandi, takkan nak suruh dia berhenti separuh jalan pulerr...

TEMPAT MAKAN

honestly. uniten bukanlah tempat yang banyak tempat makan dalam ni. ada satu foodcourt besar. namanya Upten. dekat situ ada macam-macam jenis makanan. hari Jumaat, ramai juga orang-orang kerja yang makan tengah hari dekat sana.

kalau waktu kuliah ada, kiranya hari Isnin sampai Jumaat, ada lah kafe lain yang buka. dekat setiap college ada kafe sendiri. tapi kalau waktu malam, Sabtu dan Ahad, hanya Upten sahaja yang ada. 

and Upten sangatlah jauh dari apartment Murni, Cendi dan Amanah. Ilmu je yang dekat dengan Upten. aku pernah berjalan dari murni ke upten, ambil masa 30 minit. itu pun berjalan laju. hahahahaha. 

BUKU KULIAH

selalunya lecturer akan suruh beli buku teks. kalau macam aku, aku beli apa yang aku rasa patut je. haha. sebab mahal sangat buku teks dijual. kalau korang memang jenis kena baca dari buku teks, belilah. tak ada masalah. then, jual balik buku tu kalau dah tak pakai. 
 
credit to imgarcade.com

kalau nak senang, beli buku dari senior. murah sikit. kalau kenal senior, lagi best. kot-kot dia bagi free. hahahaha.

JALAN-JALAN

ha, ni mestilah yang paling orang suka. hahaha. ada Alamanda. ada Mines. ada IOI Mall. kalau tak ada transport, ada sorang uncle ni. dia bawa teksi. baik orangnya. dari Foundation sampai Final year, kalau aku nak ke KTM ke LRT ke, aku minta tolong uncle ni. nama dia Uncle Raja. Indian. reason aku cakap, tak nak lah korang bagi salam pula tak memasal. nak nombor dia, boleh minta okay. semua student dah familiar dengan Uncle Raja. and bayaran dia kenakan lagi murah dari teksi biasa.

dulu, kalau dari Serdang, aku naik teksi biasa ke uniten makan RM12 weyh. aku naik dengan uncle Raja RM8 je. banyak beza tu. ehem. ni untuk tahun 2015 ye.

well, aku rasa cukuplah setakat ni dahulu ye. nanti ada lagi, aku cerita. 
 
credit to youmightbeanengineeringstudentif.tumblr.com

adios~
 
 
post signature

Share:

11 comments

  1. Zaman study adalah kenangan yg sgt indah... rindu pulak waktu2 tu.. All the best Amy.. :)

    ReplyDelete
  2. dulu masa duk kolej kat sepang, selalu jugak call 'teksi' yg dah biasa guna sbb mmg murah banding teksi betul. hehe prebet sapu orang panggil

    ReplyDelete
  3. Cik Mimie time blaja dulu tak panggil teksi biasa kolej ada sediakan kereta sapu...juz kol nak pergi mana t dia hantar biasa 1 kereta RM10..so, slalu ajak member nk cukupkn 4 orang jimat sikit :)

    ReplyDelete
  4. chemical enginering..hanya budak bijak je leh ambil kursus ni..sis JM tahu sbb adik no 5 anmbil course ni di UTP..mmg tough...so good luck Amy

    ReplyDelete
  5. jadik rindu nak belaja balik. uwaaaa tamo keje!tamo keje! T-T

    ReplyDelete
  6. haha..bab menunngu tu la yang tak tahan tu kan ;p

    ReplyDelete
  7. Bab buku dari senior tu mmg sangat2 digalakkan..dulu wanie kenal dgn sorang senior ni,dari beli buku,tips,lecturer dan mcm2 lagi dpt preparation dari dia.. dia dekan every sem so im very inspired...hehe..

    ReplyDelete
  8. Akak dulu pun x beli semua buku yang disuggest. Sebab mahallah kan..
    Beli ikut yang mampu baca je.
    (Orangnye pun pemalas. Hehe..)

    ReplyDelete
  9. Waahhh..bagus ada taxi yang kita familiar.
    At least soal keselamatan tu x risau sangat.

    ReplyDelete
  10. Cikna xpernah rasa kehidupan di universiti, kehidupan di asrama yang bersesak2 tu ade la......;-/

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.