Roadtrip ke Johor Bersama Sahabat .:Hutan Bandar:.

10:47 a.m
rumah
layan Hindustan

assalamualaikum and hello lads!
http://glassduffle.com/wp-content/uploads/2013/12/IMG_0459.jpg

okay, bagi sesiapa yang dah baca cerita aku di Segamat dan Batu Pahat, kalini aku nak bercerita mengenai roadtrip aku ke Skudai pula. semalamnya, selepas asar, kami terus bergerak ke Skudai. perjalanan mengambil masa selama 1 jam lebih. 


dengan menggunakan Waze, akhirnya sampai juga di Taman Universiti. patutnya nak jumpa best friend aku sekali, tapi dia ada projek dekat KL. lah, terbalik pula. luls~ so tak ada rezeki. sampai kat Taman U pun dah nak dekat Maghrib. Syikin plan nak bawa kami ke Country Garden malamnya. 

siapa tahu Country Garden? dia terletak di Danga Bay. sebaris je dengan funfair and tempat yang ada cruise tu. tapi member aku kata, maybe lepas construction (MAYBE), country garden ditutup. dan khas untuk yang menginap di situ sahaja. sebab dekat situ nak buat kawasan perumahan.


lagipun, yang special nya Country Garden ni hanyalah pemandangan lautnya. kita memang boleh nampak Singapura dari jauh tau! mula-mula ingatkan malam tutup, dengan berbekalkan harapan yang ada, kami pergi juga. and alhamdulillah, buka. 

yes. tempat dia memang lawa. tapi malam kan. gelap gelita lah juga. hanya berbekalkan lampu dan juga bulan bintang. tapi malam yang tak bestnya bila banyak maksiat. ya ALLAH, geram betul aku. orang Melayu pula tu.






nanti aku tunjuk waktu siangnya pula

then, beransur pulang ke rumah Syikin. esoknya banyak perancangan nak dilakukan. 

pagi esok, selepas sarapan di rumah dan bergosip tanpa henti (perempuan), kami pun bergerak menuju ke destinasi pertama. iaitu Hutan Bandar. Hutan Bandar MPJBT ni besar tau. luasnya 50 ekar dan terletak di pertemuan Jalan Tasek Utara dan Jalan Yahya Awal. terletak di Jalan Seri Orkid kira-kira 1.5km dari pusat bandar raya.




kami sampai pun dah dalam pukul 11 pagi. ya ALLAH, panas dia jangan cakaplah. so, masa tu pun tak ada orang dah. Syikin kata, selalunya kalau waktu pagi memang ramai orang berjogging kat sini. wah, bestnya. aku suka jogging ni. haha. cuma tak bawa baju yang sesuai je.  kalau malam, tutup ye kawan-kawan.

tapi dia bukan sekadar taman sahaja. dia berkonsepkan taman rekreasi yang ada pameran different bangunan di setiap perjalanan. tasik pun ada. tapi masa tu orang-orang kat sana tengah bersihkan. so, nak ambil gambar tak boleh T___T




oh, ada certain 'rumah' ni dah hampir roboh tau. so, kalau bawa anak-anak, hati-hatilah. bahaya.




surau pun ada disediakan. buaian tu betul-betul depan surau.

tutup. tak boleh masuk. dapat bergambar dekat depan je






tapak permainan pun ada. memang besar! apa yang paling menarik perhatian aku adalah buaian! hahahah. boleh nampak betapa excitednya aku bila nampak buaian. oh, kat situ pun ada tempat khas untuk orang maian kereta control. masa tu ada juga orang main. tapi kami tak tengok lama, sebab ramai lelaki.


lain macam je aku tengok gelongsor ni


then, lepas dah puas dan hampir kepanasan, kami beransur pula ke City Square Mall. dia terletak berhampiran dengan JB Sentral. kalau dah nampak JB Sentral tu, dah nak dekatlah namanya. 

tak sangka ada rezeki dapat tengok Panda yang banyak-banyak tu. Syikin kata hampir semua panda tu dah di booked orang. wow! tak sangka ada yang memang obses dengan patung panda ni ye. tapi memang comellah. tak dinafikan.




macam Valentine's Day pun ada

ingatnya nak makan tengah hari dekat Food court tingkat atas sekali. tapi macam tak menarik perhatian sangat, so kami end up makan dekat Secret Recipe. tahu tak apa yang membuatkan aku annoying sikit. bila susah nak cari tempat makan! ingatkan dekat atas-atas, rupanya bawah sekali. dekat tempat orang parking. -.- 

kalau makan dekat situ, kompem korang boleh dapat tengok kereta lalu lalang di kawasan tersebut. dan ini sahaja yang kami pilih. sorry, aku lupa pula nak tengok harga. tapi mahallah. Secret Recipe kan. Syikin dengan Atul pilih nasi campur satay. aku tak minat satay. so, aku order benda lain.



lagi satu! surau dia! ya ALLAH, memang sungguh dekat hujung dunia. punyalah kami ke sana ke sini. cari dekat direktori macam dah clear. tapi bila sampai, eh, mana perginya. last-last tanya dekat sorang mamat yang jaga kaunter cinema. akhirnya, dalam 10 minit ikut apa yang dia instruct tu, kami sampai juga. 

hmm, untuk orang baru memang jenuhlah nak mencari. aku pun kalau pergi lagi sekali ni, boleh sesat lagi. lepas dah solat jamak semua kecuali Syikin, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. R&F Tanjung Puteri. tunggu entri seterusnya okay. 

adios~
 
post signature

Share:

29 comments

  1. akak tak tahu pun kewujudan hutan bandar ni.last weekend gi JB gak, tak terserempak pulak kita. maybe sebab akak gi Country Garden tu siang. Dengar rumours sama jugak pasal dia nak tutup lepas siap nanti.

    selalu gitu, shopping complex gah.Surau nan hado...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. try la cari. kalau pergi pagi best la kak Sal. ada senaman aerobik. ye kot. saya pergi pun dah lewat petang sangat2.

      Delete
  2. wahhh rindu JB dulu dok JB selalu jugak g Hutan Bandar ni.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ye ke kak Husna? dating ye :P

      Delete
  3. Lama sangat dah last pergi JB, rindu otak-otak. Dan kalau tak silap, night life kat Danga Bay tu memang meriah kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. aik, rindu otak-otak je? :P

      yep, meriah sangat! sampai takut saya tengok. haha

      Delete
  4. wow, bestnya..banyak tempat dah amy pegi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. peluang sekali seumur hidup. kot2 lah xde jodoh dengan orang Johor, at least dah berjalan kat sana :P

      Delete
  5. gambar yang banyak patung panda tu kak wana suka tengok..

    ReplyDelete
  6. Wahh.. seronok jenjalan Amy.. makan pun sedap2 tu.. bestnya. Saya cuti sekolah nanti baru dpt balik johor hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhe.. seronok sangat! berjalan dengan kawan2 lak tu ^^,

      kalau macam tu, x dapatlah berjumpa. hehe

      Delete
  7. Baru lepas makan ketam... Tetiba nampak lagi ketam kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. tapi tu ketam tipu. kalau makan, memang esok gigi tak adalah. hahaha

      Delete
  8. Seronoknya jenjalan..Cik Mimie yang dok Segamat ni pun beberapa kali je g JB..tu pun waktu sekolah dulu..skrg xde da..hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh... biasalah kan. kalau kita duk situ, yang dekat2 la x berjalan... saya duk shah alam ni, x pernah lagi even sekali p masjid shah alam. sobs T___T teringin nak solat dekat sana

      Delete
    2. Kan? Tempat sendiri taknak pergi..tempat orang jugak yang dia nak..hehe..

      InsyaAllah, hope ada rezeki Amy solat disana nanti tau :)

      Delete
    3. heheheheh... in shaa ALLAH :) dapat solat sana pergi dengan suami ke ;P

      Delete
  9. Replies
    1. takdelah.. tipu. hehehe. macam real kan... saya amek gambar tu pun rasa scary. macam dia pandang je -.-

      Delete
  10. Jalan sakan ye Amy.. Country garden tu dah selalu gi dulu. Sekarang dah tak nak pergi dah.. Malas dah nak bergambar.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee.. bukan selalu kak nak g Johor. tu lah, situ best bergambar je... nak mandi xley -.-

      Delete
  11. menarikkk , besar betul botol tu . hmm , teringat pergi danga bay dulu . lama dah x pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. besar kan! nanti ada masa g la.. ^^

      Delete
  12. aaaaaaaaaaaa panda tu !! x dan jumpa.. time dia kat penang akak kat kl.. time dia patah balik kl akak dah balik penang..aaaa skrang ni panda da pi ngara lain T.T

    ReplyDelete
  13. Comelnyaa pand banyak-banyak tu..seronoklah Amy dapat jalan-jalan ye...

    ReplyDelete
  14. psstt : sape ckp Amy tak comel meh sini sis JM ketuk org tu ;-)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.