Roadtrip ke Johor Bersama Sahabat .:Segamat+Batu Pahat:.

7:30 p.m
rumah
makan jagung

assalamualaikum and hello lads!

http://glassduffle.com/wp-content/uploads/2013/12/IMG_0459.jpg

ha, apa khabar semua? meh aku kasi ayat cliche sikit. dah lama aku tak singgah blog. malas. tak ada mood. haha. tapi tadi bila jenguk blogger yang lain, eh, tertarik pula nak bercerita. so harini marilah dengar cerita aku pula. 


alkisahnya kawan aku aka housemate aku sejak second year kot, nak pergi ke rumah bakal mak mertua dia di Batu Pahat. disebabkan takut awkward, dia ajak aku teman dia. jauh kot. alang-alang aku fikir, aku dapat beraya tahun baru Cina, dan juga dapat melepaskan rindu kepada kawan-kawan aku. luls~ 

so, masa 27hb Februari, aku pun bergerak dari Bandar Tasik Selatan. tahu tak, aku kalau pergi mana-mana, kalau jauh, kalau aku tak rasa apa-apa keseronokan nak pergi, mesti ada something wrong. and yes! aku hampir terlepas bas! ini semua KTM punya pasal. dah kenapa entah tiba-tiba haritu dia bawa lebih slow daripada biasa. entah-entah ada orang perasan aku duk tengok jam tak berhenti. aku turun je ke balai pelepasan 14-16, terus orang tu marah aku. wakakaka. aku tak kisah dah dia nak tengking ke sindir ke, yang penting aku selamat naik. alhamdulillah.

http://38.media.tumblr.com/3bd15a710b87fd7e3b6ad4dd4f9e3095/tumblr_mtn3lc9Js21rkp8emo1_500.gif
credit to perfect-imperfection-love.tumblr.com

then, dalam pukul 4 petang lebih, akhirnya sampai ke Segamat. rumah Atul. alhamdulillah. malam tu kena tidur awal. sebab esoknya bergerak ke Batu Pahat pula. awal pagi dah kena gerak tau. apa yang paling buat aku geli hati bila pakwe dia sediakan instructions macam ni. hehe. wow! first time aku tengok lelaki yang sangat details. sangat thorough in everything. even jalan pun dia siap buat macam ni lagi. 

kalau sesat juga, aku tak tahulah

esoknya, dalam pukul 8:50 pagi, kami bergerak menaiki kereta Atul. adalah dalam 2 jam macam tu, akhirnya sampai BP. rumah pakwe Atul tu dah lah dekat atas bukit. serious kawasan perumahan atas bukit. nasib baik Atul dah power bawa kereta manual. kalau aku, mahu tergostan (manglish). 

erk, macam selfie pula


 

oh, pakwe Atul ni chinese. so, sebelum beraya rumah dia. macam-macam jugalah aku tanya diorang. apa yang kena pakai. apa yang kena buat. and so on. Atul kata kita kena pakai baju warna cerah. warna merah paling afdal. kalau tak ada, warna pink ke oren ke okay juga. asal nak dekat merah pun jadi. jangan sesekali pakai warna gelap. 

and then, kalau dah sampai rumah, nampak je orang tua berada di depan rumah, terus cakap Hello, Happy New Year. kalau nak panjang, boleh je cakap Happy Chinese New Year. kalau Happy New Year pun dah memadai. 
credit to rebloggy.com

terharu juga dengar bila pakwe Atul kata, parents dia masa beli makanan tu, siap belek habis satu persatu ingredient yang ada, takut ada makanan yang tak sepatutnya kita makan. ada juga kerepek dari kampung Melayu. diorang pun suka apa. ada Ferrero Rocher. haha. aku macam nak rembat semua. tapi malu pula.

http://s2.favim.com/orig/35/beautiful-cute-fortune-cookie-love-marriage-Favim.com-287436.jpg
ops, ini sekadar gambar hiasan. bukan ini apa yang kami dapat. credit to favim.com

yang paling best bila dapat Fortune Cookies! excited lah juga aku dengan Atul. sebab ini first time merasa fortune cookies. hehe. aku siap simpan lagi tau. buat kenangan. lepas dah bersembang semua, akhirnya pakwe Atul bawa kami ke BP Mall. kat situ kami tengok wayang cerita Dragon Blade lakonan Jackie Chan. menarik juga cerita dia. rasanya macam cerita perang paling sedih aku pernah layan. sobs~










lepas tu, pakwe Atul bawa kami makan di Juz Waffle. aku ingatkan just waffle je. rupanya ada makanan lain. wakaka. aku order Fish Fillet with Spaghetti Bolognese. pakwe Atul pilih CHicken Chop with Teriyaki Sauce. Atul pula pilih Spaghetti Tomyam Chicken. 

harganya RM13.90

ini pula berharga RM12.90

ini murah sikit. RM10.90

harga dia mahal untuk student macam kami. tapi rasa dia not bad lah. Chicken Chop tu sedap juga. Fish Fillet aku lembut sangat. tapi Spaghetti dia macam masam lebih sikit. air pula, hanya pilih air Epal Hijau Kasturi sahaja. 

tapi apa yang paling menarik dekat sana ialah Waffle yang pelbagai jenis inti. paling sedap Waffle Chicken Rendang. ha, cubalah try. aku bukan orang yang tahan pedas. so, aku tak makan habis. Atul dengan pakwe dia yang habiskan. aku suka waffle dia. sedap. manis. tapi lupa pula nak ambil gambar. kenyang sangat. hahahhaha. 

akhirnya, lepas Atul dah rasa okay sikit dari pening, kami berangkat ke Skudai pula petangnya. kesian Atul. sorry ya. aku dah lama tak bawa kereta Manual. so... 


okay, itu sahaja. nanti aku bercerita apa yang terjadi di Skudai pula. 

adios~

 
 
 
 
 
post signature

Share:

26 comments

  1. wah, jauh juga perjalanan amy ya..menarik betul..hehe, seronok juga kan beraya amy.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe... jauh jugalah. tapi sebab nak hang out dengan kawan2 punya pasal... hehehe.. yep, seronok ^^,

      Delete
  2. lapar tengok makanan tu semuaaa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaha... belum tengok blog orang tu lagi :P

      Delete
  3. Replies
    1. welll.... sebab tu terus makan je. haha

      Delete
  4. Gambar tgn keluar tingkap tu cool laaa ....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. saya amek kat google. >.<

      Delete
  5. Wah, jauh beraya ye..heheh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh... dia duk situ memang xley buat apa la >.<

      Delete
    2. Okla tu, dapat gak merasa berjalan-jalan di negeri orang kan :)

      Delete
    3. hehehhe.. betul betul... dapat merasa travel ngan kawan2 ^^

      Delete
  6. Comelnya bila baca. Kawan Amy tu kiranya interracial couple la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe.... yep. cina and melayu. kalau ada jodoh, kahwin nanti, kompem saya nak cerita kat blog. hahahahha

      Delete
  7. wah..menarik!nape tak tangkap gambar suasana kat rumah pakwe Atul tu?mesti meriah tengok Amy pakai baju merah. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan kak Sal. :P sebab first time jumpa kan. hehehe. nnti kalau diorang kahwin, saya amek gambar banyak2.. >.<

      saya x pakai baju merah. saya pakai pink. hehe. tapi an, kawan saya, siap buat baju custome made lagi khas untuk raya ni.. baju kurung ala2 cheongsam..

      Delete
  8. Wahh lagi jalan2.. makan2.. seronok.. makan angin pun makan juga.. raya pun meriah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa... haritu datang, makan, p tambak, makan, p tambak.. pastu balik.. >.<

      Delete
  9. Eh ke btu pahat ye. Time kak Ros pula balik Kedah. Kalau kak Ros gi batu pahat jumpa husband time tu, entah entah bertembung ngan Amy kat bp mall. Hihihi. Tapi kam kedai tu waffle tu kak Ros tak pernah masuk sebab dri luar, ingatkan dia jual waffle je... Takpe lepas ni boleh try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. ala, jauh pula. sorang di utara, sorang di selatan... ha'a maybe kan.. saya jenis x pandang orang sangat kak.. hehe. jalan menunduk je >.<

      yep, bolehlah try. not bad la.. hehe

      Delete
  10. nasib sempat ye huhuu . klik2 nuffnang kat sini jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehe.. tu lah pasal. kalau tak memang kompem menangis masa tu juga >.<

      Delete
  11. Memang details pakwe Atul bagi panduan yer... Bagus gak gitu... Zumal tak pernah beraya dengan kawan2 Chinese sebab tak pernah tanya tempat tinggal dorang lepas habis belajar hilang contact lak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! details sangat. hahahah... nanti kalau ada rezeki pergilah beraya tau ^^

      Delete
  12. ehehe pakwe Atul terbaik.. gitu sekali panduan nya.. macam orang nak travel luar malaysia dia prepare..
    nampaklah dia tanak korang sesat ahaha..

    terer r tu bawak kete manual.. boleh gerak. akak bawak tak adanya nak gerak lalalala..

    ReplyDelete
  13. kalau sis JM dapat cincin dalam karipap camtu haruslah menjerit x ingat dunia :-)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.