Roadtrip ke Johor .:R&F Tanjung Puteri + Murtabak Cheese:.

11:38 a.m
rumah
layan Hindustan lagi sambil blogwalking

assalamualaikum and hello lads!

http://glassduffle.com/wp-content/uploads/2013/12/IMG_0459.jpg

dalam entri lepas, sebaik sahaja aku, ATul and Syikin berjalan-jalan dekat City Square Mall, kami bergerak pula ke R&F Tanjung Puteri. kawan aku kata yang ni lebih kurang macam Country Garden, cuma banyak kerusi. hahahahhaa. nanti korang tengok ye kenapa.

 
rasanya tak lama pun bergerak dari Mall ke Princess Cove ni. sampai je, ramai juga orang even masa tu dah pukul 3 petang. mostly family yang datang. kat situ ada perkhidmatan kereta tau. ala, yang macam bawa korang jalan-jalan keliling Zoo Melaka tu. tapi kereta ni classic sikit. 



tangga dia tinggi sikit..

tapi tak nak naik pun takpe. kalau jalan kaki tak sampai 2 minit pun. hahaha. tapi disebabkan terlalu excited dengan kereta tu, kami pun naik juga. adalah dalam 15 saat merasa. then, sampai! 

okay, memang serious banyak kerusi. macam-macam jenis tempat istirehat. KATIL pun ada weyh. lain macam je aku tengok. tak sanggup nak baring-baring. entah berapa ribu manusia dah tidur kat situ. 


 



hai orang Singapura

then, jalan lagi ke depan, ada lagi jenis tempat rehat yang lain. aku rasa sepanjang perjalanan memang semuanya tempat baring-baring or bersantai. kat situ ada kolam, tapi tak boleh mandi. laaaaa...... 

disebabkan haritu terlalu panas terik, so gambar aku kat bawah ni jadi macam duduk dekat tempat yang sejuk. sorry ye, ini no filter punya gambar.






disebabkan panas yang membara, tak lama pun kami melepak di situ. then, bergerak pula ke tempat paling famous dengan murtabak cheese dia. iaitu Kampung Kurnia.


masa tu dah dalam pukul 4 lebih. ramai jugalah dalam kedai tu. tapi yang beraturnya tak ramai mana pun. masa dah park kat tepi jalan, kami pun beratur dan order. oh, ada macam-macam jenis murtabak cheese tau. ada special, ada jumbo, ada biasa. 

kalau nak tahu harga setiap murtabak, boleh drag gambar bawah ni ke new tab. 
ini bahagian luar

ini bahagian dalam



masa nak order tu terkejut beruk! sebab apa, masa tu kami sampai dalam 4:10 petang. dia kata murtabak dapat dalam pukul 4:45 petang. what? berjanggut pula berdiri kat situ. last-last kami duduk dekat dalam and order air. 

untuk pengetahuan korang, ada dua tempat buat murtabak ni. satu dekat luar, satu dekat dalam. kalau dekat luar, khas untuk orang order bawa balik rumah. dalam pula, khas untuk orang yang makan dekat situ.
ini yang dekat bahagian dalam punya.

kalau nak cepat, baik order dekat dalam. tapi kena makan kat situlah aku rasa. sekejap je kami tunggu instead of pukul 4:45 petang. waiter ada, just panggil untuk order murtabak or air. tapi kalau kuah murtabak, kena ambil sendiri. macam gambar dekat atas tu.

suasana dia macam kampunglah. ala-ala kedai kopi tu. and ramai juga yang datang nak merasa. kami pilih murtabak cheese special. harganya RM14.



murtabak cheese special ni ada dua layer tebalnya. kalau jumbo pula 4 layer tebalnya. special ni pun dah cukup buat kami kenyang. apatah lagi kalau beli jumbo, mahu 2 jam duduk situ nak menghabiskan sahaja. 

rasa dia not bad lah. tapi maybe tu first and the last time aku pergi sana. murtabak dia sedap tapi tak ada rasa sampai nak makan banyak kali dah. ini pendapat aku, taste aku. orang lain maybe suka. 

lewat petang tu, bergerak ke Country Garden semula. tunggu entri seterusnya.

adios~
 
 
post signature

Share:

32 comments

  1. wahhhh best jugak tempat ni . kompem beribu orang dah baring situ kan . huhuuu

    ReplyDelete
  2. adoilah..akak pun gi murtabak chese tu!memang sedap!tapi tak jadi gi RnF, kejar masa sebab dah nak balik.cantik tempatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak Sal? alaaaa... rugi sangat sangat x dapat jumpa kak sal T__T

      Delete
  3. Mutabak majid tempat SS selalu lepak... Ha ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke SS? wah wah, memang fevret la tu kiranya an?

      Delete
  4. wah tertelan air liur bila tengok murtabakkk tuuu. lapakkk aihh. hihi

    jom singgah sini http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2015/03/sephora-malaysia-gift-set-pilihan-hati.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. kalau lapar, p la sana ^^,

      Delete
  5. Tulah orang dok sot set sot set cakap dekat tanjung puteri lawa tempatnya. Tapi bila dah balik JB macam takde masa pula nak pergi, hahaha. Macam sedap je bunyinya mertabak cheese tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. nanti ada masa, pergilah ke sana.. memang lawa ^^

      Delete
  6. Wahh bestnya Amy.. seronoklah. Murtabak cheese tu sgt2 menyelerakan.. best2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. memang nampak menyelerekan jugalah. not bad rasanya.. tapi kalau x mnat cheese, susah sikitla. hehe

      Delete
  7. Tak sangka pula dekat Malaysia ada tempat macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! lawa sangat. maybe sebab tanah dia macam tu. hahahahah,

      Delete
  8. perghhhh cantiknyaaaaa tempat yg kat atas2 tu.... nape tak ajak pergi sama??? hihihi.
    btw, murtabak cheese tu tangkap leleh plakkk... adeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... lupa lak nak ajak :P

      memang tangkap leleh la.. haha. sebab tu orang p makan sana

      Delete
  9. Lama tak pergi Johor... Teringin pergi sana ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee... bila last ke sana tu zumal?

      Delete
  10. Syoknya jalan-jalan! Oh, murtabak cheese tu sungguh menggoda!

    ReplyDelete
  11. siap ada katil..kalau penat bejalan bleh baring sekejap..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa. tu lah pasal. kat sini xyah berebut. sebab macam2 jenis kerusi ada :P

      Delete
  12. amboi, murtabak cheese tu menggoda sangat la..dah la kak wana belum breakfast ni..jadi lapar perut tengok..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.... aik, lambatnya kak wana breakfast? bukan kak wana suka makan awal ke? saya je suka lambat2. hehe

      Delete
  13. wow, murtabak cheese tu menarik sangat ehhh. T^T
    sedapnya. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehehe... sedap juga la ^^, tapi kuah dia x berapa umppph

      Delete
  14. Kalau la dapat gi sana, duduk2, baring2 layan view cantik tu..huwaaa, nak pergi holiday T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh.. bila cik Mimie boleh dapat cuti ni? p la dengan incik kesayangan :P

      Delete
    2. Cuti tak banyak la tahun ni..Nak kena Standby untuk hal lain..hukhuk...T_T

      Delete
    3. ye ke? okay, xpelah.. one day maybe :)

      Delete
  15. unik tul..siap sediakan katil tu ...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.