11:48 a.m
rumah
....
assalamualaikum and hello lads!

masa aku belajar dekat utp dulu, ada seorang lelaki ni, dia merokok dalam kereta. disebabkan masa tu aku dengan member aku tak ada transport untuk ke ktm, so kami minta tolong dia. ada pula dia mengasap dalam tu dengan aircond semua. -.-
then, kawan aku tegur, kenapa mesti merokok? kan bahayakan kesihatan. then, lelaki tu bising and guna al-Quran sebagai bukti. ada ke dalam al-Quran cakap yang rokok tu haram. judi ya haram. arak ye haram. tapi tak ada pasal rokok. so, buat apa nak berhenti rokok.
then, kami diam. lama aku fikir. aku nak counter, tapi aku tak ada idea lagi masa tu. then, masa dah masuk uniten, baru aku terfikir.
![]() |
credit to www.pinterest.com |
memang kalau ikutkan, rokok tak ada dinyatakan pun. tapi kita tengok dari segi apa yang aku cuba sampaikan ni ya. dia tahu rokok tu bahayakan kesihatan. dia tahu rokok tu boleh bawa mati. tapi dia still merokok. so, ini dikira bunuh diri kan? bunuh diri bukan berdosa besar ke nama dia?
dia tahu rokok tu bahayakan nyawa. even orang lain pun boleh terkena. tapi dia still merokok depan orang ramai. kiranya dia cuba nak bunuh orang lain jugalah kan? agaknya dia lebih suka tengok slow painful death kot.
![]() |
credit to monksinthetree.tumblr.com |
kalau ikut drama, kita tengok gangster bunuh orang pakai parang, pakai pistol. ada yang bunuh diri terjun dari bangunan. itu je kita nampak. hakikatnya, aku rasa rokok ni lagi kejam berbanding semua tu. dia tak terjun bangunan, tapi dia seksa diri dia sendiri. dia bunuh diri dia perlahan-lahan. kiranya sama jugalah dengan orang yang kelar tangan dia setiap kali dia depressed.
kalau ada undang-undang attempted to murder. apa entah nama dia. aku dah lupa. agaknya orang merokok ni pun boleh kena juga tak? sebab dia tahu benda tu bahaya. tapi dia still suka buat macam tu?
kau tak pernah merokok. apa kau tahu? hmm... kau tak fikir nyawa orang lain and diri kau sendiri, so apa kau tahu?

merokok memang bahaya..
ReplyDeletekalau orang tu tak merokok sekalipun..
tapi hidu asap rokok tu lagi parah tau...
Orang kalau dah sekali merokok ni memang payah nak berhenti... diri sendiri kena determine...
ReplyDeleteBetul tu Amy. Rokok ni tak sebut dalam Al-Quran tapi rokok ni kira salah satu benda yang memudaratkan diri. Jadi, kita kena elak la.
ReplyDeletebetul tu. dia membunuh diri sendiri
ReplyDeleteTak payahlah merokok.. klu ikut hukum qias, sesuatu yg memudaratkan diri dan org lain pun dah dikira berdosa hhmmm...
ReplyDeletebetul...kak wana pun setuju dengan pendapat amy..memang x suka duduk dekat dengan orang yang merokok..rasa sesak nafas..
ReplyDeleteRokok memang bahayakan kesihatan. Sebab tu Cik Mimie tak suka lelaki merokok..lagi satu bau rokok tu busuk.. Ini orang Selfish namanya.
ReplyDeleteSaya tak merokok. :)
ReplyDeleteHmmm... rokok boleh bunuh diri sendiri dan juga org sekeliling jugak lelebih kat ibu ngandung & baby! Akak benci org merokok!!!
ReplyDeletesggup carik al quran sebab nk menghalalkan rokok...tp bab rokok jerrr refer al quran
ReplyDeleteMembunuh secara senyap...
ReplyDeleteSilent killer. Akak memang tak tahan ngan asap rokok. Semput!
ReplyDeletekalau dah terjebak..mmg susah nak stop
ReplyDeleteana pulak tak kisah la kalo dorang nk merokok ke hape ke aslkan asap tu depa telan =P
ReplyDeleteDiaorang ni kalau demi rokok sanggup buat ape je....
ReplyDeletesilent killer
ReplyDeletemalas dah nak tegur perokok tegar ni, diaorang semua betul
kita bukan boleh tegur perokok nih.. apapun diaorang semua betul.. akak kekadang sampai sakit kepala bau asap rokok nih.. memang tak tahan sangat dgn asap rokok nih..
ReplyDeleteperokok ni xkn bolehberhenti kalau bukandiri sndiri yang nak berubah tau
ReplyDeleteye mcm yg amy kate kan tula mmg la rokok xde tulis haram tapi bile bnd tu dah membahayekan kesihatan dah jadi haram la kan
allah tak cipta benda yg memudaratkan
kite manusia yang cipta