Ta Ra Rum Pum .:MOVIE REVIEW:.

11:24 a.m
rumah
sarapan

assalamualaikum and hello lads!

ha, dah sarapan semua? mestilah dah kan. aku je makan lambat. kalau awal sangat, nanti sakit perut -.- 


okay, sebenarnya filem Hindustan Ta Ra Rum Pum ni dah lama sangat disiarkan. tapi aku baru tengok semalam. hahahaha. so, kalau dah tengok, apa pula pendapat korang? bagi aku, cerita ni sangat simple tapi ending dia buat aku menangis and happy at the same time :')

macam biasa, mostly filem under Yash Raj Films mesti best! tak merepek. and berkisarkan kehidupan seharian. kali ini filem Ta Ra Rum Pum dilakonkan oleh Radhika (Rani Mukherjee), RV a.k.a Rajveer Singh (Saif Ali Khan), Champ dan juga Princess.
http://i1106.photobucket.com/albums/h379/prits_u009/video%20song/vlcsnap-2011-03-06-12h24m12s148.jpg
credit to www.desirulez.net

pada awal cerita, agak kelam kabut sikit situasi dia. aku tak faham. RV ni tak ada jobs. then, one day dia naik teksi kawan dia, Harry just untuk racing sahaja. tapi malang tak berbau, malanglah sangat, Radhika pula masuk dalam teksi Harry. terkejut lah dia bila RV bawa macam hantu. dan-dan bergaduh. 

oh, siapa pula Harry ni? aku rasa Harry tak kenal RV mula-mula. masa kejadian teksi tu lah, dia nak RV join team dia. Saddling Saddles kot tak silap aku. team apa pula ni? haaaa... team ni lah antara team yang bersaing dalam racing car di New York. RV yang nak sangat-sangat duit, akhirnya join Harry. 

tapi RV ni ada bad habit. dia selalu lambat and dia sangat sangat sangat boros. dia boleh belikan cincin berharga 50,000 dollar tapi dia tak mampu bayar sewa rumah. lol~ Radhika ni pula sangat berjimat. lagi murah barang tu lagi bagus. ha, baguslah. perfect couple. haha. 

selepas perjumpaan demi perjumpaan, akhirnya diorang jatuh cinta and decide untuk kahwin. tapi ayah Radhika tak suka. sebab RV tak ada education. dia cuma sekadar pilote de course sahaja. tapi disebabkan cinta yang menggunung, Radhika tinggalkan bapa dia and hidup bersama dengan RV.
credit to galleryhip.com

tahun demi tahun, diorang dapat anak-anak yang bernama Champ and Princess. dah macam fairy tale cerita dia kan. nope, kisah sedih bermula di sini. disebabkan RV dah terlalu famous and hebat, dan disebabkan oleh seorang lagi pilote de course, dia terlibat dalam kemalangan yang teruk.
credit to bollywoodfoodclub.wordpress.com

setahun berlalu, Rusty pula famous. and RV tak suka. dia nak bersaing semula. Radhika tahu suami dia tak mampu lagi. takut trauma. tapi lelaki kan. ego. masa berlawan semula dekat circuit racing tu, apa yang Radhika risaukan jadi kenyataan. RV tak mampu drive laju sebab dia terbayang semula apa yang berlaku masa dia accident dulu. and akhirnya dia dipecat. 

bila dah pecat, mestilah dia dah tak ada kerja. dah lah tak ada degree. dah la dia boros. lama-lama diorang end up dekat kawasan perumahan kelas bawahan. susah sangat RV nak cari kerja. sebab dia tak ada degree and racing je dia tahu buat. 

Radhika pula bekerja semula jadi pianist. diorang takpelah dah besar. macam mana pula dengan Princess and Champ? Princess tak suka duduk dekat situ. tapi dia tak adalah sampai memberontak, dia cuma dapat sense something is definitely wrong. and akhirnya dia terdengar perbualan/pertengkaran emak ayah dia. lama-lama dia cakap dengan Champ, diorang tak boleh lunch. duit lunch yang diorang dapat tu kena simpan dalam tabung. Champ yang naif pun iakan je la.

disebabkan tak boleh makan, dia ambil makanan dalam tong sampah. sisa sisa yang orang tak makan.. sampaikan satu hari dia jatuh sakit. doktor kata apa yang dia makan tu, somehow ada kaca termasuk juga dalam badan dia. kesian. sedih sangat. Princess serba salah. masa tu lah Radhika dengan RV tahu yang anak-anak dia sanggup tak makan sebab nak simpan duit.

terdesak, RV mula-mula minta tolong dekat ex boss dia. tapi ex boss dia tu macam kerek sikit. and akhirnya dengan bantuan Harry, dia decide untuk racing semula demi anak dia. sebab apa? perbelanjaan perubatan anak dia memakan sebanyak 65,000 dollar tak silap aku. mana nak cari duit kan? racing je boleh dapat banyak macam tu terus.
credit to bollywood.pun.pl

so, apa jadi? dapat ke dia selamatkan anak dia? ha, tu semua tengok sendiri. aku cuma summarize kan je. summarize banyak ni? hahaha. well, filem Hindustan kan panjang. ni dah cukup simple aku cerita. 

bagi aku, memang not bad cerita dia. awal je macam blegghh sikit. lama-lama cerita dia jadi smooth. and well, Rani dengan Saif memang pandai berlakonlah kan. tak dinafikan. Princess and Champ yang buat cerita ni lagi hidup. '

itu je. kalau belum tengok and tak ada cerita nak layan, bolehlah try tengok filem ni :)

adios~
 
 
 
 
post signature

Share:

34 comments

  1. ala.. cerita la sampai habis.. ihiks..

    dh lame xlyn hindustan sbnrnye..
    tp cite ni mcmbest plak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... x syoklah kalau cerita sampai habis. kena tengok sendiri k :P

      Delete
  2. Akak suka citer ni, Amy. Banyak nilai & pengajaran. Suka theme kekeluargaan yg diangkat. Sedih tengok anak2 diorang time hidup susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep betul... tapi nasib baik si Princess tu memahami. cuma dia bahayakan diri dia je la kan.

      Delete
    2. Betul...satu point penting - belajar menyimpan utk hari muka :)

      Delete
    3. setuju... biar susah dulu, jangan susah kemudian hari ^^

      Delete
  3. dengarnya banyak cerita Hindustan sekarang, pakaian semua dah tak macam dulu2. iye ea Amy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep... banyak cerita, artis nya pakai macam xpakai apa2 je.. artis dulu je maintain.. kajol, juhi chawla, mahima chaudary. macam mana entah nama dia. haha. sebab tu saya memilih sikit bab movie ni. cari yang x over je.

      kalau over tu, saya pejamkan mata je sebab saya sorang yang tengok. tak kasi adik tengok. compare dengan cerita melayu, cerita hindustan x buat saya kutuk 24 jam sebab diorang bukan islam. hehe

      Delete
  4. Kalau ada masa nanti, bolehlah cuba tengok cerita ni. Saya ni dah lama tinggal cerita Hindustan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. boleh2 :) saya x pernah ketinggalan dengan cerita Hindustan ni. hehe

      Delete
  5. dh lama x layan citer hindustan..dulu mmg 'hantu'..suka lakonan Saif Ali Khan nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. oh, akak suka SAK ye.. saya suka Shahid Kapoor. tapi cerita dia banyak x berapa menarik. SAK pun dah x banyak berlakon.

      Delete
  6. bolh donlod ni dik. akk skrang donlod je cerita hindustan yg amy suggest sbb mesti cerita tu best. hhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. maceh kak Scha ^^, donlod jangan x donlod.

      Delete
  7. Mcm menarik juga movie ni.. mcm mantap je citer dia ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, yang ni bolehlah tengok dengan family. sesuai :)

      Delete
  8. Erk, cam best aje citer nie? hihi... tgk pelakon2 tu pun dh tau cam best jer! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. hehehehe. pelakon dia terbaiklah. lagipun under Yash Chopra. cerita dia memang x mengecewakan. hehe

      Delete
  9. Amy..wanie singgah...sedih blog lama dah kena virus..

    http://kisahatiwanie.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa. ye ke? sedihnya macam tu. nanti saya singgah ye. :)

      Delete
  10. macam menarik pulak. tunggu orang download je la. wakkaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. cerita ni dah lama. orang yg minat Hindustan je ada cerita ni

      Delete
  11. belum tgk lagi cerita ni? suka rani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee... rani memang best! dari dulu sampai skang

      Delete
  12. kitew sempat layan lagu2 die je. full movie blm smpat nk tgk. tp base on pada lagu2 tu blh agak jugakla jln citer die. ada part tu yg mmy & ddy dorang buat konon2nye dorang ni kena main 1 game which is kena pindah dari rumah tu & kena guna duit yg sikit aje tapi syaratnye x boleh sedih2. errr betul ke entah ana ckp ni? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. betullah tu. hehehe.. tapi si princess tu dapat rasa ada something yang x kena. hehe. sebab tu dia simpan duit and sampai x makan. last2 si adik yang jadi mangsa.

      Delete
  13. Anda di tag .. :) http://www.dhiyaafraabella.com/2015/04/kata-kata-semangat-dari-awak.html

    ReplyDelete
  14. Mantap movie ni.. best ni Amy... nak tengoklah nanti...

    ReplyDelete
  15. kalau ada masa nanti boleh tengok
    lagipun heroin tu salah seorang my favourite

    ReplyDelete
  16. panjangnya story.. jarang layan hindustan, sesekali jer yang layan pun..

    ReplyDelete
  17. alaaa tgj syok2 bacee disuruh kite bace sndiri plak kan...
    smpai hati
    whahwhhaha
    mcm best je cute ni amy

    ReplyDelete
  18. dah keluar Panggung Sabtu kan citer ni, tapi akak tengok awal2 je... tak tengok sampia habis sebab kena keluar umah.. huhuhuhuuu... ok lepas ni nak tgk sampai habissss... :)

    *best nya nama anak Champ... :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.