Jangan Buat Tuduhan Melulu

10:29 a.m
rumah
baru lepas habis kemas rumah

assalamualaikum and hello lads!
www.librazodiacsign.net

salam Hari Isnin. ada yang kena Monday Blues ke? hehehe. selamat bekerja bagi yang bekerja. selamat study bagi yang tengah ada kuliah tu.

aku pernah bercerita dekat seorang makhluk ALLAH ni berkenaan perangai aku yang berbintang Libra. then, dia cakap dia tak percaya benda-benda ni. dia kata aku superstitious. what? hahaha. 

aku tak pasti nak marah ke nak gelak ke sebab dia tuduh aku macam tu. korang faham tak concept zodiac dengan horoskop ni? meh aku explain sikit. zodiac traits tu mostly about our personality. what is our weakness, what makes us different than any other zodiac. 

horoscope pula meramal masa depan. yang ni memanglah aku tak percaya. adoi... masa depan semua ditentukan oleh ALLAH. agaknya dia confuse basic zodiac dengan horoskop. habis tu, yang kajian Dr. Fadzillah Kamsah dia percaya pula. samalah tu dengan zodiac traits -.-

meh cuba tengok sikit apa maksud aku.


macam sekarang ni. hahaha..


aku memang suka menari. aku bukan terpengaruh dengan bendalah zodiac traits ni okay. nampak tu, aku memang nak sangat travel tapi tak ada member je. sobs. komputer? haha. 24 jam aku menghadap komputer. video games? well, not really. aku memang tak boleh buat kerja kalau tak ada muzik. seriously. kalau nak tengok aku bekerja dengan sangat efficient, izinkan aku buat dengan muzik terpasang.

ini pula horoskop. 




memang tak lah aku percaya. macam mana dia tahu pun aku tak tahu. 

apa aku cuba cakapkan, janganlah buat tuduhan melulu kalau tak ada kefahaman dalam minda tu. cuba selidik dulu, baru nak bertekak dengan aku, bertekaklah. kalau korang rasa apa aku buat still wrong, then let me know. but don't argue with me without any solid evidence. 

tak semua benda dalam zodiac traits tu aku percaya. pandai-pandailah kau fikir sendiri. what should be believed in and what should not.
 
post signature

Share:

18 comments

  1. betul tu kak . masa depan kita semua Allah yang tentukan . pasal zodiac tu kdg2 ada yg personality kena gan kita , ada yg tak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. memang tak semua kena dengan kita. kawan saya cakap satu pun dalam traits Leo dia xde. tapi sebenarnya saya perhatikan ada je.. maybe someone tu x sedar and x mahu percaya langsung

      Delete
  2. kadang-kadang zodiak ni ada kena-mengena jugak dengan orang tu kan.
    akak memang tak pernah percaya horoskop ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tapi asyik keluar dekat surat khabar je kan. macam nak suruh orang percaya.

      Delete
  3. kadang kadang mungkin kena sipi sipi. bukannya boleh percaya pada zodiak tu semuaa. yang tentukan perjalanan kita ALLAH :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa... betul. kita percaya kalau benda tu sama dengan kita lah... dia kata kita jealous. bila tengok balik, memang betullah jealous. jealous kalau ada orang lagi hebat dari kita. kiranya zodiac tu x salah. dia buat kajian juga

      Delete
  4. Mmg betul... masa depan kita Allah yg tentukan. Zodiak ni randon je hasil kajian manusia.. ada yg kena ada yg tak.. yelah.. kajian manusia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu abang KK. sebab manusia ni ALLAH cipta macam-macam perangai. sebab tu ada certain sama dengan kita, ada certainnya tak

      Delete
  5. klu ikut zodiak I pun libra..mostly tak ngam pun dgn apa yg ditulis.. hehe..
    Ala, just for fun kan kita cuba kenal org..
    ada yg kata, khurafat klu percaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha. ye ke? x sama langsung? wah, memang totally different la ni...

      khurafat kalau percayakan horoskop. kalau dah memang tu perangai kita, and tengok dekat zodiac tu sama lak, x kan jadi khurafat lak kan. hahahaha.

      Delete
  6. Tak paham konsep la tu..xpe2, benda2 cm ni suka2 boleh la...jgn taksub sgt org kata :) Cik Mimie scorpio :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. jangan jadi taksub tu je.. kalau sampai percaya, and terus berubah ikut apa zodiac tu cakap, jenuh la.. tu baru superstitious hehehehe..

      Delete
  7. Jangan dibuat rujukan pada ramalan tu... Kekadang ada orang nak mengenali seseorang check melalui ramalan zodiac, sangat tak patut ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. betul, daripada tengok orang punya zodiac, baik tengok zodiac sendiri.. kalau nak tahu pasal dia , kenallah dia. lebih afdhal.

      Delete
  8. Mungkin kebetulan sama, mungkin tidak. Jangan ambil berat sangat, yg penting niat. Tahu mana baik, mana buruk. Kadang2 kak Gee pun suka baca tentang zodiak ni, tapi sekadar suka-suka sahaja. Yg penting, jangan taksub sampai kita melabelkan seseorang individu tu mengikut bulat-bulat apa yg ditulis oleh zodiak tersebut. Pokoknya, hal sebegini boleh slow talk je. Tak perlu sampai kawan cik Amy tu nak tuduh sebegitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ada memang sama, ada yang berlainan sungguh. saya dapat diplomatik? hahahahhahaha diplomatik pun saya xtahu apa benda.

      betul. kena slow talk. tapi saya x suka orang tuduh. macam kita ni bodoh je.. hmm.

      Delete
  9. Akak pernah tanya sorang kawan ni, apa zodiac dia,..tujuan nak agak bila birthday konon nak kasik hadiah la,..dia jawab straight, "aku tak percaya benda2 tu! Khurafat! Syirik!" Huhuhu terus cancel! Kesian kat orang tak faham concept cam dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahhaa... kan, terus straight di cakapnya gitu... adui, pelik sungguh. kepercayaan lain diorang percaya, yang ni dia p reject bulat2... entah pernah baca ke idok

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.