Klairs Illuminating Supple Blemish Cream .:BEAUTY REVIEW:.

5:42 p.m
rumah
mengantuk
 
assalamualaikum and hello lads!
 
 Jenama: Klairs
Kuantiti : 40ml
Harga: RM89.00 (Diskaun: Rm71.20)
 
ha, pernah dengar pasal Klairs Illuminating Supple Blemish Cream ni tak? apa function dia? seronok sangat ke pakai? meh aku cerita dekat sini okay. 
 
Blemish Cream ni bagi aku bagus sangat. sama macam foundation yang aku pakai sebelum ni. tapi apa yang membuatkan dia lagi special sebab bila kita apply dekat muka, muka kita still nampak natural ikut kulit. so, tak adalah masalah tona kulit tak sekata tu. 
 
 
 
kalau yang takut nak pakai mekap tapi muka still nampak tak bermaya macam aku, aku cuma pakai Klairs Illuminating Supple Blemish Cream ini sahaja. Bila pakai dekat muka tu, rasa ringan je. tak melekit dan rasa selesa.

dia bukan sahaja bertindak sebagai blemish cream, dia juga ada SPF 40, PA ++. maknanya dia melindungi kulit kita dari sinaran matahari juga. Selalunya kalau pergi kenduri contohnya kan waktu tengah hari gitu, jenuhlah kalau nak pakai sunscreen lagi, nak pakai itu lagi ini lagi. tapi Klairs Blemish Cream ni dah ada tiga function yang bawa kebaikan untuk kita.
 
 
 
Blemish cream ni sesuai dipakai oleh semua peringkat umur. kalau macam yang dah nampak kedut-kedutan di wajah, boleh la cuba Blemish Cream ni. dia bukan je bagi wajah kita jadi sihat dan natural, tapi dia menutup segala noda yang kita tak nak orang nampak bila diorang pandang muka kita. 
 
Packaging dia sangat bagus. Disebabkan dia dalam bentuk cecair, senang la nak picit, nak letak banyak mana dekat muka kan. aku sarankan ambil sikit je sebab cream ni agak tebal. bila dah apply dekat muka, dah tak rasa cair pun.. hehe. tak adalah meleleh tak tentu pasal.

Cara Menggunakan:

- Pakaikan di wajah setelah menjalani rutin penjagaan muka. basuh muka semua tu la kiranya.
- Ratakan cream tersebut. kalau nak rata, aku suggest pakailah sponge yang aku pernah cerita haritu. senang untuk blend dekat bahagian T wajah kita.


 meh kita tengok dengan lebih dekat.

dah tak nampak sangat bahagian mana aku pakai cream and bahagian mana tak.

untuk maklumat lanjut atau nak beli produk ni, boleh layari laman web berikut:

Webpage:  Natta Cosme





aku nak ucapkan terima kasih dekat Natta Cosme dengan Nicole. C sebab buat Giveaway tu. :)
 
 
adios~
 
post signature

Share:

5 comments

  1. terbaikkk . nama illuminating tu . hehee

    ReplyDelete
  2. xpna dnga produk ni..tp mcm best.. tp muka sy xleh tukar2.. snstippp sgt.. hehe

    ReplyDelete
  3. menarik..macam best je..byk betul produk yg bagus skrg ni..smpai xtahu nk pilih..huhu

    ReplyDelete
  4. Bab ni akak suka....wah2..nanti nak skodeng jugak la.....

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.