4:42 p.m
rumah
makan koko crunch sambil menikmati hujan
assalamualaikum and hello lads!

ha, alkisahnya aku pergi ambil baucer buku 1 Malaysia dekat uniten. so alang-alang dah ada dekat sana, aku stay kejap dekat asrama member aku, Atul. esok paginya, pagi Jumaat, kami singgah ke IOI Mall Putrajaya.
macam-macam kami cadang nak tengok, lagi-lagi since aku dapat tiket wayang free, lagilah kena fikir betul-betul. takut filem tak best, sia-sia je. akhirnya, kami pilih filem Home. comel sangat! rasa nak menangis pun ada. haha. jiwa lembut terlebih.
okay, then tengah hari Atul ajak aku pergi makan dekat Relish. first time aku dengar pasal Relish. katanya baru buka. and jual makanan melayu. so, apalagi kami bergeraklah ke sana.

Relish ni dekat mana? dia terletak betul-betul opposite kaunter main aktiviti lasak tu. apa entah namanya. macam x membantu pula aku ni. hahaha. masa datang tu, tak adalah ramai orang sangat. cuma kaum Hawa je ramai. almaklumlah, Jumaat kan. lelaki pergi masjid, perempuan pergi mall. hee~
sorry ya, gambar gelap. restoran dia pakai lampu warm light aku rasa.




aku pilih Bake Mac n Cheese berserta Strawberry Mojito. sedap oi air dia.. air gas. kalau dah makan cheese, kenalah minum air gas, baru tak rasa muak.. tapi cheese dia x banyak pun. agak kecewa sikit tapi tak adalah muak terasa. not bad la..
![]() |
Strawberry Mojito berharga RM9.79 |
![]() |
Bake Mac n Cheese berharga RM14.29 |
kawan aku pula pilih Nyonya Laksa. Laksa ni satu set dengan air. air Teh O Ais Limau. laksa dia aku rasa boleh tahan compare dengan Mac n Cheese dia.

![]() |
Nyonya Laksa berharga RM12.49 |
tapi kawasan restoran dia aku kasi A lah. aku suka suasana macam ni. nampak stylish. berwarna warni gitu... memang buat orang tertarik nak tengoklah. harga makanan pun okay. sesuai dengan taraf kedainya yang terletak di IOI Mall.








then, lepas berjalan ke sana berjalan ke sini, layan hamster dekat Pet Store kejap, terserempak pula dengan Kak Scha Nazri. hahahaha. terkejut mak. kak Scha yang perasan aku. aku ni kalau dah berjalan, memang segan sikit nak pandang orang. sebab kalau dah pandang, aku tak tahu nak senyum or tak. so, baik x payah pandang terus. sebab tu i masih single. sobs.
petang tu aku decide nak ke Franco Malaysia. Franco ni pun terletak di IOI Mall juga. dia gabungan restoran Jepun dan Perancis. tapi disebabkan harganya yang boleh tahan mahal dan kami pun dah kenyang. aku dengan Atul decide untuk share sahaja makanan yang akan kami pilih.

and inilah pilihan kami. Berries Cheesecake. sedapnyaaaaa tak terkata. hahaha.. aku makan macam nak jadi tamak pula. dengan buahnya yang banyak. ada buah blueberry, ada strawberry. lepas tu ada biskut dekat bawah. ada cheese. memang complete and memuaskan hatilah.










and oh, setiap hari Isnin-Khamis, kalau beli dessert, kita dapat air free. aku ingatkan Jumaat ada. rupanya tak ada -.- nasib baik ada bawa air mineral.
suasana dia pun okaylah. aku lagi suka Relish tadi. tapi lagu dia tak menahan. sebab restoran French kan. lagu dia klasik French gitu. macam lagu Ferrero Rocher. wait, FR ada lagu ke? macam lagu Enchanteur la kot rasanya.

Bila la nk smapi ke ioi mall ni..
ReplyDeletebila-bila pun boleh kak :P
DeleteWah...satu hari 2 tempat mkn...wow....
ReplyDeletehehehehe... sekali sekala datang sana. saya orang bagi makan, saya memang laju >.<
Deletesemua gambar makanan...uwaaaaa...buat kak wana terliur dan lapar la amy.. ;D
ReplyDeletehahahaha.. kak Wana kalau lapar boleh masak, saya malas sikit :P
DeleteDekat depan District 21 ke?
ReplyDeleteha, betul! wah, Farah dah pernah g ke? hehe
Deleteok juga harganya. aiskrim ka yogurt tu?
ReplyDeletenampak menarik.
satu lagi laksanya. ingatkan mee kari... saya kurang sikit makan laksa.
menarik.
ais krim.. hehehe... sedap, serious!
Deleteha, tu la... gaya kuahnya dia lain sikit. tapi not bad la harganya
Nasi ulam juga nampak menarik. ingatkan nasi kerabu
ReplyDeletesaya x perasan lak nasi ulam tu mula2. bila tengok gambar baru perasan >.<
Deletenasi ulam tu menggiurkan lah amy! kak ana ni pon jenis suka explore foods cenggini. tambah pulak kalo restorannye stylish cenggitu. perhhhhhh berselera makan hehe
ReplyDeleteheheheh.. tapi nampak macam banyak lak kan kak Ana.. tu la! saya suka restoran stylish macam ni... nak amek selfie pun boleh. tapi segan je. hehehe
Deletepeh makanaN die. menyelerakan. trliuqqq kite.. wuuuuuuu teringin!!!
ReplyDeletehehehhehe... meh kita dating sama2 kat sana :P boleh cerita pasal Hafiz Hamidun sekali. haha
Deleteaduhhhh meleleh air liur lagi.. hohoho
ReplyDeletehahaha.. lap sikit. jangan terover pula :P
Deleteamboi..kecur air liur tgk mkanan semua tu.. :)
ReplyDeletedua restoran memang berbaloi ..especially relish,memang aku pergi jugak ni kang
ReplyDelete