Susahnya Kulit Muka Berjerawat!

a.m
rumah
layan Hindustan. amy oh amy
assalamualaikum and hello lads!
http://i.imgur.com/L5CCfiD.jpg

apa khabar semua? aku harap semua sihat sahaja. kalini aku nak bercerita pasal sejarah aku serba sedikit. bukan sejarah salasilah keluarga. tapi mengenai wajah aku. haha. kenapa dengan wajah aku? 

let me tell you a so-lame-story. aku rasa macam dah pernah cerita pasal benda ni sebelum ni. tapi kalini macam lagi semangat sikit nak cerita. sebab apa? sebab nak kasi semangat sikit dekat adik-adik yang ada masalah macam aku. 

okay, mari kita mulakan. ummi aku kata, sejak aku baby lagi, aku memang ada masalah kulit. sedih kan. hahaha.. masa dah masuk sampai ke darjah 4 elok lagi. tapi masuk je darjah 5, self esteem aku dah start merudum dari hari ke hari. ha, inilah sebabnya sampai sekarang aku tak suka selfie. hahaha. 

start darjah empat, mula-mula jerawat nasi je keluar. lama-lama keluar jerawat batu. aku tak kisah sangat. budak-budak kan. tapi bila kawan-kawan dah start menganjing aku, aku jadi sedih. asyik digelar 'batu' tak habis-habis. balik rumah je aku tatap muka aku. memang teruk.
http://www.wordsonimages.com/pics/142191-o.jpg
credit to wallpapersquotesimage.blogspot.com

ummi pun sampai dah berapa kali belikan aku produk pencuci muka. dari Garnier, Olay, Nivea, semuanya tak berkesan. semuanya yang kata sesuai dengan pelbagai jenis kulit langsung tak membawa faedah kepada aku. sedih sangat. dalam hati, mampu ke kulit aku jadi bersih macam orang lain? 

paling teruk bila aku dikritik oleh saudara jauh sendiri. dia bandingkan aku dengan anak dia. anak dia muka bersih and lawa. aku tak. memang balik rumah, aku menangis gila-gila. perempuan, bila diejek pasal penampilan dia, confirm dia ingat sampai bila-bila.
credit to zifuno.herobo.com

so, siapa yang ada masalah macam aku, aku sangat-sangat faham apa rasanya. lama-lama nenek aku suruh try satu produk ni. Sabun Taharah nama dia. murah je. dalam RM7. sekarang ni tak tahulah. sabun tanah liat. tapi bukan luaran je tau kita kena buat. dalaman pun kena jaga. 

aku makan ubat yang doktor kasi. bukan selalu makan. dalam 3 kali seminggu. aku start pakai sabun and makan ubat tu masa umur 16 tahun. tapi setiap hari, tak putus target aku doakan dekat ALLAH. moga Tuhan berikan aku wajah yang lebih sihat selepas umur 18 tahun. 

kelakar tak target aku? haha. agak kelakar bila aku sendiri yang menyebutnya ni. tapi kan. target ni pun macam doa. nak tahu satu cerita lain? kawan aku dah kahwin pun alhamdulillah. katanya dia tak expect kahwin seawal umur 23. tapi itulah target selama ni dia buat. dia nak kahwin umur 23. nak kahwin umur 23. last-last termakbul. haha. ops, jangan harapkan sangat ye kawan-kawan and adik-adik. ALLAH sahaja yang Tahu. 

bab kahwin aku tak tahu. tapi bab target muka aku. memang kena. tepat umur 18 tahun, wajah aku jadi makin sihat. dah berkurangan jerawat. ubat pun aku tak makan dah. aku cuma amalkan sabun Taharah je. sampaikan kawan pun nampak perubahan aku. haha. macam testimoni pula aku bercerita. 

so, adik-adik yang masih ada masalah jerawat teruk macam aku ni, don't worry. yang penting usaha, doa dan tawakkal. jangan malas nak cuci muka! jangan sentuh jerawat. ini betul! kalau macam aku yang muka terlebih berminyak, aku pakai sabun setiap kali nak ambil air wudhuk. kiranya 5 kali sehari. bab kulit kering tu belakang cerita. itu aku amalkan moisturizer. 
credit to pandur.tumblr.com

bab makanan? orang kata kacang buat muka berjerawat? aku makan tak ada pun. setiap orang lain kan. tapi masa aku dekat MRSM, apa aku buat? 2 tahun aku TAK MAKAN SEAFOOD. sedih tak? sedih sangat sebab aku sangat-sangat suka seafood. well, aku suka makan. hahahaha. tapi nak muka bersih punya pasal, aku cuba hindarkan diri. kadang-kadang kempunan makan je. tapi tak banyak.

and tengok sekarang, akulah manusia paling banyak makan seafood. hahahahahaha. in shaa ALLAH adik-adik, setiap usaha yang kita buat akan ada hasilnya. jangan cepat berputus asa. biarlah orang nak ejek kita. yang penting kita kena buktikan diri kita boleh jadi lagi hebat dari diorang!. and oh, kalau boleh elakkan dulu pakai mekap ye. takut pori-pori muka tersumbat. 
and jangan pernah merungut! kenapalah muka aku tak lawa macam BFF aku? kenapalah mesti aku yang muka teruk macam ni? actually, aku pernah merungut. tapi fikir balik, masalah macam ni buat kita jadi disiplin kan. kita jadi lebih peka dengan apa kita makan, kebersihan diri kita, and macam-macam lagi. so look at the bright side. :)

itu sahaja. panjang pula den bercerita. sorry! hehe. tapi even orang ada puji-puji aku, aku takkan percaya. comellah kau ni. aku rasa pujian tu sekadar nak sedapkan hati aku and bukannya kenyataan. so sorry kalau orang tu memang sincere. but my heart won't just believe it. inilah padahnya kalau ada low self esteem. hahahhahahahaha.

adios~

credit to beautywithtimefades.tumblr.com
 
 
post signature

Share:

20 comments

  1. Perempuan memang fitrahnya akan sentiasa sensitif dengan kritikan orang pasal penampilan mereka. Walaupun perempuan tu perempuan kasar ke hati batu ke. Memang akan terasa.

    Untung Amy kulitnya dah berubah. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. women are emotional creatures. hehehe... nak tak nak, memang apa sahaja melibatkan diri dia memang dia akan terasa punya.

      alhamdulillah :)

      Delete
  2. Ehh sama la kite. Salu kua jerawat batu n berminyak plak kite. Stresss. Wuuu.

    Sabun taharah? Nak try la.. mane tahu ok kan.. hee xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. stress kan.. tapi orang kata muka berminyak ni lambat tua muka dia.. hehehehe


      in shaa ALLAH berkesan. cubala :)

      Delete
  3. till now jerawat masih menapak di muka sayaaa :( what to dooo !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tukar sabun muka yang lain :) ada amalkan makan dalaman tak? makan madu ke apa ke. elok juga

      Delete
  4. Alhamdulillah kita mmg takde masalah kulit berjerawat... masalah berat badan je nih.. heheh. kne usaha lebih lagi.. hehhee nak sihat tubuh badan punya fasal. nak fit. heheh semoga tercapai... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. ye ke? x nampak zati macam ada masalah berat badan pun. hehehe. tak kisahlah badan macam mana asalkan sihat kan... kena cek umur badan juga..

      Delete
  5. kak wana penah alami masalah kulit bejerawat ni dan memang rendah diri sangat masa tu..tapi, alhamdulillah berkat kesabaran dan jumpa produk kulit yang betul dan sesuai, masalah tu dapat di atasi..syukur.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... kita alami benda yang sama.. rasa malu sangat nak bercakap dengan orang.. nak crush dengan orang apatah lagi. hehehehehe...

      syukur :)

      Delete
  6. Nice sharing. Boleh jadikan sebagai inspirasi utk dptkan kulit yg cantik. Yg penting, sabar kan. Kulit kite jerawat dah berkurang tpi parut plak yg degil tak nak hilang. Hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. yang penting sabar... mana nak jadi kalau tak ada usaha juga kan... tu la, parut tu lama-lama hilanglah.. cuma ambil masa je kan...

      Delete
  7. Akak senyum je baca entri Amy dari mula sampai habis. Sekarang kulit muka flawless kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe... alhamdulillah. tak adalah flawless sangat kak... tapi better than before. :)

      Delete
  8. kita mmpunyai masa lampau yang sama..paling x suka dibanding2kan..arrgghhh! stress giler..tapi alhamdulillah, bila dah besar ni and da pandai jaga diri...semua tu dah xde da ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... kan. suka sangat nak bandingkan orang. alhamdulillah. cik Mimie pun dah jumpa incik kesayangan kan :P

      Delete
  9. Replies
    1. hehehehe.... memang betullah tu kak.

      Delete
  10. kita pun pernah lalui pengalaman masa zaman kanak2 yg dibanding2kan dgn orang lain. tapi kak gee takde masalah mcm tu cuma dari segi keterampilan. sampai sekarang rasa rendah diri. begitu hebatkan kata-kata orang luar yang dimuntahkan pada kita semasa kecil hingga ia berjaya mempengaruhi dan membentuk siapa kita sehingga ke hari ini.

    yg penting, kak gee dah tanamkan dlm hati; inshaAllah suatu hari nanti jika diberi rezeki, anak2 kak gee takkan merasai apa yg kak gee pernah lalui. cukuplah ibu dia seorang je yg tanggung sakit perit dihina macam tu.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kita perempuan ni memang mudah terasa bila dikutuk pasal penampilan kita. in shaa ALLAH kak, kita jangan buat apa yang orang lain buat. kita kena buktikan we are better than them. we can do better than them.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.