Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

11:56 p.m
dalam bilik
tidur~
assalamualaikum and hello lads!

Nama Produk: MBH Whitening Intensive Booster Skincare
Harga: RM69.90
Cara Dapatkan: MBH Website

seperti anda sedia maklum (skema pula ayat), aku juga salah seorang blogger yang join GA dari kak Mia Liana dan Beauty Herbs. and alhamdulillah berjaya menjadi salah seorang pemenang untuk review produk tersebut. 

bila dah dapat masa 13 April 2015, aku teruja juga. dalam teruja, ada rasa takut. boleh percaya ke putih-putihkan muka ni? tak membahayakan kulit muka aku ke? almaklumlah, aku ni ada masalah kulit over sensitif. and aku ada masalah psoriasis. kot-kotlah effect. tapi berbekalkan semangat yang ada, aku try juga. 

sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, ini antara produk yang aku dapat. dia ada tiga jenis tau. satu sabun muka, satu night cream dan satu lagi day cream. tengok je macam kecil, tapi cream ni memang boleh menampung selama sebulan tau! tapi ikut korang pakai macam manalah. aku dah lebih sebulan pun ada lagi ni. hehe.






dalam 5 hari pakai tu, alhamdulillah. tak ada masalah dengan kulit aku. kiranya compatible lah. apa yang paling buat aku amazed sekali bila kulit aku dah TAK MENGELUPAS. hahaha. dalam banyak-banyak benda, ini paling aku suka. sebab selama ni aku pakai sabun muka, kulit aku mesti jadi kering lepas tu bila pakai compact powder, nampak lagi teruk. sedih T__T

tapi sejak pakai My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare ni, masalah tu dah tak ada. serious. cuma masalah jerawat je. aku rasa orang lain maybe berkesan. tapi aku kalau time bendera naik tu, jerawat pun naik samalah buat territory. tapi tak adalah teruk mana pun. 

and akhirnya lepas sebulan mencuba, ummi aku nampak perubahan pada kulit wajah aku. aku hari-hari tengok tak nampak sangat ler kan. kena orang lain tengok juga. and korang judge lah sendiri apa jadi dengan kulit aku dulu dan sekarang. 

setiap produk yang diberi ada keistimewaan dia sendiri. meh aku cerita sikit. 

MBH Whitening Booster Soap


- Membaharui Sel-Sel Kulit Mati
- Membantu Menegangkan Kulit
- Mampu menghapuskan parut, jerawat dan jeragat
- Membekalkan mineral, nutrisi dan asid amino
- Berfungsi sebagai anti penuaan

Cara Menggunakan:
Basahkan muka, campurkan sabun berserta air sehingga berbuih, kemudian basuh muka secara urutan putaran dari bawah ke atas. Bilas muka. Syor 2 kali sehari. pagi dan malam.

komen: sabun ni bau wangi. bukan wangi perfume tu tapi wangi macam produk organic. sedap sikit nak pakai. tak adalah pening. 

MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream
- Mencerahkan kulit tanpa pengelupasan
- Melembapkan dan menyegarkan wajah perbaiki tekstur kulit
- Menjadikan tona lebih sekata, lembut dan berkilau

Cara Menggunakan:


Sapukan dengan lembut keseluruhan kulit muka dan leher selepas membersihkan muka di waktu malam

Komen: Night cream ni macam bau epal hijau pun ada. best je bila apply dekat wajah. nak tidur pun senang hati. 

MBH Whitening Booster Day Cream
- Melindungi dari sinaran UV
- Kulit nampak cerah dan licin
- Menegangkan kulit wajah
- Melembut dan melicinkan wajah
- Menyerikan wajah kusam
- Wajah lebih sihat dan muda

Cara Menggunakan:

 ini boleh beli sendiri... senang sangat tau pakai 3D Hourglass Make-up Sponge ni. so tak adalah muka kita bertompok tompok. bahagian bawah tajam tu pula boleh apply dekat hidung, or bahagian yang memerlukan blending yang teliti.

nampak tak? tak adalah bertompok sangat muka aku. hahahaha.

komen: day cream ni memang buat muka jadi cerah. sebab pakai di siang hari, mestilah kulit cepat berpeluh and berminyak kan. bagi aku, masa dah terlalu peluh tu, muka tak nampaklah sangat bertompoknya. yang penting tak payah pakai banyak-banyak.

and untuk pengetahuan, aku ambil gambar dari tempat yang sama dan masa yang sama. cuma hari dan tarikh sahaja berbeza. so, senang orang nak tengok perbezaan.


so, ada rasa teruja nak cuba tak? hahahaha... in shaa ALLAH berkesan untuk korang juga. :)

sila layari laman web berikut untuk pembelian produk:

Facebook: My Beauty Herbs
Webpage: My Beauty Herbs


 


Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

nak minta tolong like gambar aku ni.. sempena testimoni:


terima kasih sebab sudi tolong :)


post signature

Share:

25 comments

  1. Kalau ada butang like, memang akak like banyak kali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. ye ke mama? thank you ye ^^

      Delete
  2. Fuhhhhh!!! Serius memang nampak perubahan kulit muka Amy..dah makin putih cerah berseri..cantek la.boleh terus guna lepak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. belum sampai putih lagi macam kak Wana.... :P

      Delete
  3. Wah, bagusnya produk ni! Maknanya utk orang kulit sensitif boleh cubalah kan...packaging pun cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep boleh. tak ada masalah :) packaging dia memang cantik kak. hehe

      Delete
  4. Nampaklah ada perubahan :)

    Banyaknya produk baru sekarang ni. Semua pun nampak macam best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. terima kasih. :) baru sebulan je pakai kan. so xde lah tiba2 putih. heheheh

      Delete
  5. serius nampak perubahan. memang bagus la produk tu kan. :D
    all the best tau. hehe :3

    ReplyDelete
  6. nampak glowing muka.hehe...gudluck

    ReplyDelete
  7. nampak berseri-serri gitu kulit Amy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. muka kak Eyda pun sama :P

      Delete
  8. As salam

    singgah sini


    http://www.azneyshamsuddin.com/2015/04/wajah-putih-gebu-dengan-my-beauty-herbs.html

    ReplyDelete
  9. Nampak perbezaan yang sangat ketara..bagusnya produk ni..wah, makin flawless la Amy lepas ni..hhe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terima kasih cik Mimie :) xde la sampai flawless sangat pun. :P

      Delete
  10. org ketiga review ni.. hehe.. bestnya produk ni, murah pn murah.. nak tanya, utk kulit berjerawat ok ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... okay je kak.. saya ada masalah jerawat juga. selama saya pakai tu, xde lak bertambah tambah jerawat

      Delete
  11. Salam... Terima kasih sudi hantar entri review ini di

    http://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster.html

    Entri ini layak untuk ke peringkat seterusnya di

    http://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster_27.html

    Keputusan akan diumumkan pada 11 Mei 2015.

    Gud luck (^_^)

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  12. tahniah ya...

    http://www.mialiana.com/2015/05/pengumuman-pemenang-giveaway-whitening.html

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.