Yevadu .:MOVIE REVIEW:.

2:02 p.m
rumah
melayan kucing-kucing
 
assalamualaikum and hello lads!
 
 
actually, filem Yevadu ni bukan Hindustan. tak silap aku, dia Telugu movie. tapi aku download yang versi Hindi punya. boleh cari dekat Torrent. sedap sikitlah bunyi dia. pelakon dia pun handsome. hahahaha. reason aku layan filem ni sebab ada Shruti Hassan. not bad lah tau lakonan dia. 
 
okay, meh aku cerita serba sedikit pasal filem Yevadu ni. tak silap aku lagi, Yevadu tu maksudnya SIAPA KAU. tak silaplah. aku bukannya mahir semua language. cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Sathya (Allu Arjun) yang terjaga dari koma untuk membalas dendam terhadap sekumpulan gangster ni sebab dorang bunuh awek dia, Deepthi (Kajal Agarwal). 
 
http://www.tupaki.com//twdata/2014/0114/news/Heroine-getting-money-for-promoting-Yevadu---196.jpg
credit to english.tupaki.com
kenapa sampai bunuh Deepthi ni? sebab adalah seorang mamat gangster tersuka dekat Deepthi. then, dia sanggup lakukan apa sahaja demi mengahwini Deepthi. of course lah Deepthi tak suka. siapa suka? duh..
 
sebenarnya Sathya pun patut mati masa tu. tapi hati dia kuat punya pasal, Doktor yang bertanggungjawab buat apa yang patut. sampaikan ubah muka dia jadi orang lain. jadi siapa? jadi muka anak dia. Charan. 
 
cerita ni kalau tak tengok dari awal memang sangat confusing. serious aku cakap! jangan sampai terlepas even sikit scene. kalau tak, korang takkan faham langsung apa sebenarnya cerita ni cuba sampaikan. adik aku sampai 10 kali bertanya. -.-
 
sementara Sathya ada kisah hidup tragis macam tu, Charan pun sama. persamaan diorang, diorang suka pertahankan apa yang benar. cuma Charan lebih bersemangat compare dengan Sathya. Charan ni anak orang kaya. anak doktor perempuan tadi. 
 
credit to julayi.com
 
Charan ada geng dia. salah seorang tu duduk dekat kawasan kampung yang sangat-sangat daif. dah lah rumah macam apa, lagi-lagi ditambah dengan seorang lelaki gangster yang suka hati mak nenek dia je nak buat apa dekat kawasan tu. kalau sesiapa cuba halang apa dia nak, dia terus bunuh orang tu. what?! kejam betul. kawan Charan pun terbunuh. sedih betul. 
 
banyaklah scene antara lelaki jahat tu dengan Charan. akhirnya sampai lelaki jahat tu jadi malu dan tercabar. last-last dia rancang nak bunuh Charan terus instead of musnahkan kawasan kampung tu. 
 
ha, ingat tak aku cerita patutnya Sathya mati bersama awek dia? masa ni juga diorang ada dalam bas yang sama. kebetulan dua-dua kumpulan gangster yang berbeza nak bunuh Sathya dan Charan. masa ni Charan mati T___T Sathya pula dikejarkan ke hospital. 
 
mak kepada Charan, doktor tu tahu sebab Charan lah, penduduk kampung tu jadi bersemangat mempertahankan apa yang diorang miliki. tapi kalau Charan tak ada, macam mana? so, dia create wajah Charan pada wajah Sathya. ada faham? tak faham??! memang confuse sikit. aku pun confuse dah nak cerita. 
 
bila dia dah sedar dari koma, Sathya (muka Charan) mula ambil masa untuk balas dendam dekat semua lelaki yang dah musnahkan hidup dia dan bunuh Deepthi. masa dah settle semua, tiba-tiba dia kena tembak. ha, sudah. dah kenapa ada yang tembak dia? dia kenal ke lelaki tembak dia tu? ha, semua ni tengok sendiri.
 
tapi so far, cerita dia not bad lah bagi aku. kalau tengok banyak kali tu tak kot. lelaki jahat tu sangat scary muka dia -.- pandai betul diorang cari. eiii, ngeri mak. lagu pula first time aku dengar versi Telugu. haha. boleh tahan lah. 
 
http://bridge.chennaionline.com/images/gallery/2014/January/20140111115234/Yevadu_Stills_03.jpg
credit to bridge.chennaionline.com
 
cuma aku tak kasi rating tinggi-tinggi lah. sebab cerita dia, kita boleh tahu apa jadi. tu je. kalau bosan sangat dah tak tahu buat apa, try layan filem ni.. tapi jangan kasi anak-anak bawah umur tengok ye. sebab seksi perempuannya (setiap lagu).
 
adios~
 
 
post signature

Share:

25 comments

  1. xkisahlah kn filem ape..jnji seronok layan..

    ReplyDelete
  2. hamboi.. tamil pun layan.. lama dah akak tak melayan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehehe.. nk wat macam mana kak. tunggu hindi lambat sangat :P

      Delete
  3. Fulamak terbaik ooooo kalau Nil layan mesti bising ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ye ke? kena tengoklah kalau macam tu :P

      Delete
  4. Hai Amyy, tak rindu akak keee? hahahaha. Kalau dh boleh agak movie dia mcmana, akak skip lah tgok citer ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak Scha!!! mestilah rindu. hehehehe... tu la.. kalau bosan sangat xtahu nak tgk apa, bolehlah layan ni. hahaha

      Delete
  5. macam best je. hero pun hensem kemain. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. handsome kan. x macam pelakon tamil pun

      Delete
  6. Cik Mimie kekadang tgk tamil dekat Astro channel 201 ke 202 lupe lah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya xde astro... saya jarang tengok tamil... kalau hero dia hadsome baru layan. heeeee

      Delete
  7. yeayyy, minah hindustan sudah mari
    lamanya tak baca review Amy pasal cerita hindustan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehe... banyak filem x best. sebab tu x wat review kak ^^

      Delete
  8. sampai buat review lagi amy nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye, x ramai buat review pasal Hindustan. so saya buatla :P

      Delete
  9. mcm hensem je heronya tu amy
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha. haip, ingatlah suami tersayang :P

      Delete
  10. Replies
    1. not bad la tapi agak confusing je kak ^^

      Delete
  11. okey tak paham......!! hahahahahaa..
    nanti tgk trailer lah... :p

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.