AirAsia Memperkenalkan T-Shirt Edisi Terhad sempena MAKNA

Tshirt Limited Edition AirAsia

Dana MAKNA

9:32 a.m

assalamualaikum and hello lads!


ha, siapa pernah naik AirAsia? siapa teringin nak pakai baju ala-ala Pilot dan Stewardess tapi dalam versi T-Shirt sahaja? kalini AirAsia menawarkan T-Shirt Limited Edition sempena menaikkan dana untuk MAKNA.


SEPANG, 7 MEI 2015 – AirAsia telah menghasilkan t-shrit #AirAsiaMAKNA dengan rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA), dengan harga RM30 sehelai.  T-shirt tersedia dalam saiz dewasa dan kanak-kanak bagi kedua lelaki dan perempuan.

Direka dan dihasilkan oleh AirAsia Allstars (staff AirAsia) sendiri, t-shirt ini memaparkan rekaan uniform ikonik kapten dan pramugari AirAsia yang membawa logo MAKNA dan slogan ‘A Meaning To Life’ di bahagian belakang t-shirt tersebut; mengutus mesej positif sebagai sebahagian dari kempen CSR ini.


Mengikut apa yang diperkatakan oleh Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, semua hasil jualan T-Shirt Edisi Terhad tersebut akan disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional Malaysia. kita pun tahu kan berapa ramai penyakit kanser dekat Malaysia ni. and ada juga yang tidak berkemampuan. jadi sedikit sebanyak pihak AirAsia ingin membantu.



so, nak beli T-Shirt sambil beramal tak? ini antara lokasi-lokasi yang terpilih. bolehlah pergi ke sana bersama family.
________________________________________________________________________
Tarikh:     8,9,10 Mei 2015
Masa:       10am-10pm
Lokasi:     Beach Market Bazaar (Taman Gelora, Kuantan Pahang)

Tarikh:     9 & 10 Mei 2015
Masa:       12pm - 6pm
Lokasi:     Graduan Aspire 2015 (KL Convention Centre, Kuala Lumpur)

Tarikh:     13 Mei 2015
Masa:       10am - 4pm
Lokasi:     Taylor's University Lakeside Campus (Subang Jaya, Selangor)

Tarikh:      16 - 17 Mei 2015
Masa:        10am - 10 pm
Lokasi:     AirAsia Travel Fair 2015 @ Penang (Gurney Paragon Shopping Mall, Persiaran Gurney, Penang)

Tarikh:      29 - 31 Mei 2015
Masa:        10am - 10pm
Lokasi:      AirAsia Travel Fair 2015 @ Petaling Jaya
___________________________________________________________________________

Hey wait! but not only that. AirAsia juga ada menganjurkan satu pertandingan tau. Pertandingan apa? Pertandingan foto. Semua orang yang membeli T-Shirt tersebut berpeluang untuk memenagi dua keping tiket penerbangan ke destinasi-destinasi terpilih AirAsia dan AirAsia x.

AirAsia
credit to en.wikipedia.org

so, apa perlu korang buat? 

1. cuma ambil gambar sambil memakai T-Shirt tersebut
2. Muatnaik dalam Instagram dan Twitter
3. Hashtag #AirAsiaMAKNA

Pemenang akan diumumkan pada penghujung kempen tersebut berjalan iaitu pada hujung bulan Jun.

Untuk makluman lanjut, boleh layari

Twitter: @AirAsia
Facebook:  AirAsia
post signature

Share:

12 comments

  1. Wah, cantik design tshirt tu... kalau dekat Zumal pun nak ^-^

    ReplyDelete
  2. comelnya baju tu. jauhhh lak :D

    ReplyDelete
  3. oh my! nak gi serbu kat KLCC lah esok...thanks info!

    ReplyDelete
  4. hadiah menarik tapi tapi nak memfoto tu yg menjadi masalah utama sob sob sob

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.