Antara Biasiswa dan Pinjaman

Biasiswa dan Pinjaman

IPTS dan IPTA


http://40.media.tumblr.com/60544ba003a975294b64150c06b17a50/tumblr_mtjd4gwuD31qmlu6to1_500.jpg

assalamualaikum and hello lads!



memandangkan semua bekas pelajar dah tahu keputusan UPU, aku ucapkan tahniah pada yang berjaya terpilih untuk menyambung pelajaran. yang tak berjaya, ada lagi peluang di mana-mana. yang penting, when it comes to education, you just grab it as fast as you can. okay :)

okay, UPU dah settle. apa lagi yang menjadi kecelaruan? mesti biasiswa kan. dan juga pinjaman. aduh, nak pilih mana satu ni? biasiswa mesti best. sebab di sponsor sepenuhnya. tapi boleh ke dapat? nak ambil ptptn ke?

meh, aku cerita serba sedikit apa yang perlu korang tahu mengenai biasiswa dan pinjaman ni.

BIASISWA

memandangkan aku adalah salah seorang pelajar scholar JPA, aku akan banyak bercerita mengenai JPA. pada mulanya aku apply untuk ke oversea. hehe. PILN kot nama dia. tapi tak dapat. last-last dia pergi campak hantar ke Uniten instead under PIDN.

biasiswa under JPA ni compare dengan lain, maybe susah sikit. sebab yang apply sangatlah ramai. hampir satu PICC tu penuh tau dengan student. masa aku interview la. tapi interview ni tak adalah susah mana pun.

http://40.media.tumblr.com/00719b6e0459a7315db6442c1424f3d9/tumblr_ni2nuzm5rg1u3zfc4o1_400.jpg
credit to scholarshipguru.tumblr.com

susah lagi EduCamp punya interview dekat UTP tu. hahhaha. dia cuma tanya

  1. kenapa nak belajar dekat oversea.
  2. boleh ke hidup dekat oversea tu. takut homesick pula. karang mengada-ngada nak balik rumah, duduk IPTA sahaja. (dalam nada tegas dia bertanya)
  3. apa salahnya belajar dekat IPTA? 
  4. Kenapa pilih Jepun (contohnya)

itu antara soalan dari mereka. orang lain punya interview aku tak tahu. tapi kan masa interview, kalau boleh jangan pakai uniform sekolah. sebab ada satu masa tu, dia dengan bangganya pakai uniform asrama dia (famous sekolah ni), rupanya one of the interviewers tu ex student tu. pap! macam-macam soalan ditanya pasal sekolah.

"kamu bangga ke jadi pelajar ___________"

"bangga"

"tapi saya dengar __________ sekarang dah jadi makin teruk. pelajarnya tak berdisiplin. sekolah makin corot. nama makin teruk. macam mana kamu boleh biarkan sampai jadi macam tu?"

ha, kau. apa kau nak jawab masa tu. tak ke memasal. ops, atas tu soalan peribadi tau. belum group discussion.

biasiswa ni bagus, lagi-lagi kalau jadi pelajar IPTS macam aku. mahal tau sekarang yuran pengajian. kalau duduk IPTA, boleh hidup lagi. nak tahu cerita pasal kehidupan dekat universiti swasta, sila tengok di sini.


bila dah dapat biasiswa penuh, SILA JANGAN AMBIL RINGAN. make sure korang check minimum CGPA yang dia hadkan. kalau kurang dari tu, kena buat surat tau! surat tunjuk sebab. kenapa tak boleh capai tahap minimum.

kalau dapat pihak scholar yang baik, tak apalah. cuba dapat yang tegas. mamp** tak dapat langsung. kena reject. tak memasal kena pindah u pula. ada tau kes macam ni. bukan nak menakutkan tapi ini kenyataan.

bila dapat biasiswa, pandai-pandailah simpan. kalau dapat MARA, dia akan kasi lump sum. so, jangan sesuka hati habiskan okay. Student MARA kena pandai bajet-bajetkan duit tu.

kenapa?

sebab in case nak ambil special sem, boleh pakai duit yang kita simpan.

kalau scholar JPA pula, kita akan dapat setiap sem. kalau aku, 4 bulan je. tapi dia akan ikut IPTA. so, akan dapat setiap 6 bulan. yuran pengajian dia akan bayar setiap sem, bukan setiap 6 bulan. ikut korang punya IPT lah.

even dia buat macam tu, kita still kena simpan duit. sebab JPA or MARA or apa sahaja scholar aku rasa, tak akan support langsung time special sem. itu nanti entri lain aku cerita. tapi make sure bersedia okay.

https://www.unigo.com/blog/wp-content/uploads/2014/12/college-money.gif
credit to www.unigo.com

banyak duit simpan, boleh travel! hehehe. tapi aku lambat tersedar. sobs.

tapi jangan ingat mentang-mentang dah dapat biasiswa, hidup kau boleh senang lenang. no no no no... 

PINJAMAN

ada dua jenis pinjaman. satu pinjaman biasa. dan satu pinjaman boleh ubah. apa beza dia?

kalau PINJAMAN SAHAJA, kita akan bayar sepenuhnya duit tu balik. no more no less in shaa ALLAH. PTPTN aku tak pasti ada tambah ke tak. tapi aku rasa sama je kena bayar the exact amount yang kita dah pinjam. susah tau. pak cik aku pun sampai dah umur 30 ke atas, tertunggak lagi bayarannya. takkan hari-hari nak diselubungi dengan hutang. betul tak?

tak best kan? di sinilah pinjaman boleh ubah sangat membantu.

PINJAMAN BOLEH UBAH tu maksudnya boleh ubahlah. daripada pinjaman berubah menjadi separuh. eh, apakah? maksudnya kita boleh minta diskaun sebanyak 75%. kiranya sikit jelah kita kena bayar dia balik. ehem, 75% adalah contoh sahaja.

ha, di sinilah permainannya bermula. pinjaman boleh ubah senang nak minta. tapi kalau nak dapatkan diskaun, kenalah skor power. dia akan bagitahu berapa. contohnya kena atas CGPA 3.75. baru boleh tukar.

http://ak-hdl.buzzfed.com/static/2015-04/8/14/enhanced/webdr05/anigif_enhanced-5569-1428516802-8.gif
credit to www.buzzfeed.com

kalau tak, jadilah pinjaman buat selama-lamanya and kena bayar penuh. kalau boleh, belajar lah elok-elok ye. ada macam-macam jenis biasiswa dekat luar sana tu. yang penting jangan takut untuk ambill. APPLY je selagi berkemahuan. jangan takut please.

mana tahu rezeki kita ada di situ. biarlah dapat berapa A pun. yang penting kita dah usaha. :)

kalau nak tahu apa biasiswa yang ditawarkan, bolehlah search di Google. maaf ye, aku dah final year. dah tak cari dah pasal biasiswa ni. aku cuma nak guide korang je apa itu biasiswa dan pinjaman. sebarang pertanyaan, boleh tanya di sini ataupun emel aku.

adios~
post signature

Share:

26 comments

  1. bagus penerangan amy ni...jelas...akk macam boleh imagine keadaan study tuh camne, dengan biasiswa/pinjaman...btw, nk tanya, sem special tuh ape? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. sem special tu, kita nak ambil boleh xnak amek pun boleh. nanti kita wat entri pasal special sem :P

      Delete
  2. perkongsian dan penerangan yang baik

    ReplyDelete
  3. semakin jeles dengan blog amy J

    ReplyDelete
    Replies
    1. awatnya? sama je saya tengok. hahahahhaa

      Delete
    2. tu la jeles gak nengok. post title font kiut. entry font pun smart. jelesssss hehe

      Delete
    3. title tu ley cari kat google kak. hehehehe

      Delete
  4. ptptn pun boleh jadi pinjaman boleh ubah kalau perform well

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? okay, maceh atas info..

      Delete
  5. Ingatkan Amy budak MARA. Rupanya Amy budak JPA. Kita samalah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh. yeah, sama! sep sikit :D

      Delete
  6. ptptn nampak makin bertambah sebab dia ada 'yuran penyelengaraan'. so, the bad news is dia akan beranak dan beranak.kalau ambil ptptn, seeloknya bayar secara konsisten. but still, better ambil biasiswa.kalau tak dapat then try for 'pinjaman boleh ubah'.ptptn ada rasanya.pointer lebih dari 3.75 for that sem, dia akan wave je.dulu lah, sekarang kena tanya ptptn cmane

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... okay. susahnya kalau macam tu... >.< thank you kak Sal for the info :)

      Delete
    2. kalau dah namanya pinjaman, cmne pun tetap kena bayarlah kan :)

      Delete
    3. hehehehe. ye la kan. nk wat macam mana

      Delete
  7. Bagus ada penerangan mcm ni. Amat membantu kpd sesiapa yg inginkan penjelasan utk pembiayaan dlm melanjutkan pelajaran. Setuju dgn pandangan Sal tu... saya dulu guna biasiswa, alhamdulillah tak membebankan.. ada juga teringin nak sambung belajar dlm tahun2 depan nanti, tapi tak taulah otak ni masih boleh bawak ke tak huhu.. Nice sharing Amy.. sgt informatif.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe. thank you Abang KK :)

      betul. bila ada biasiswa ni, senang sikit. xde rasa bersalah dekat mak bapa sebab asyik pakai duit dorang x abes2.. wah, ye ke? saya doakan abang KK berjaya nnti bawa :)

      Delete
  8. bagus info amy ni..pasti bermanfaat buat adik2 yang tengah pening pikir tentang biasiswa atau pinjaman ni kan.. :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah kak gee dah lepas fasa biasiswa dan pinjaman ni.. Sekarang nak konsentrate mengumpul duit pula.. hehe..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.