Berkawan Macam Kereta

Kawan Macam Kereta

12:34 p.m
rumah
berapa hari je lagi nak masuk uniten balik

car gif | Tumblr

assalamualaikum and hello lads!


apa khabar semua? alamak, tak ramai pula yang singgah blog aku. busy kot kan. nak akhir bulan ni. aku pun busy nanti hujung minggu. ada kenduri doa selamat untuk pakcik aku yang nak kahwin. ada preparation untuk aku balik uniten. adik-adik aku pula ganti aku duduk dekat rumah. hahaha.

so, aku nak cerita pasal satu benda ni. sementara aku masih ingat. kalau duduk dalam toilet je, banyak idea aku dapat. aku tak tahu kenapa. okay, aku terpesong cerita.

alkisahnya, aku pernah hampir kemurungan dekat mrsm dulu. so i decided to meet the counselor. aku cerita lah apa yang berlaku dengan diri aku. aku rasa macam tak ada kawan. i felt like nobody notices me.sampaikan mengalir air mata. haha. terasa budak-budak pula bila fikir balik. memang budak pun.

then, counselor cakap.

awak tahu tak, kawan-kawan ni macam kereta. 

aku dah, what?? kereta.

kenapa saya kata macam kereta? okay, bayangkan kita ni pun kereta. mesti ada kereta di belakang, and ada di depan kan? kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar kereta di depan. sampai kita tak nampak ada kereta di belakang yang sentiasa bersama dengan kita. 

rasa tak ada kawan
credit to cargifs.tumblr.com


fuh, ayat dia buat aku terdiam seribu bahasa. betul apa cikgu cakap. dalam aku sibuk kejar mencari kawan lain, aku lupa aku ada kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku. ketawa sama-sama. makan sama-sama. baring atas jalan waktu malam tengok bintang sama-sama.

hakikatnya, kalau kita ada feeling macam ni, itu salah kita sendiri. kita yang cuba shutting people out of our life. kita rasa takut bila ada orang nak berkawan dengan kita. sebab tu kita cuba jauhkan diri dari semua orang.

cuba pandang sekeliling, ada je kawan yang sentiasa bantu kita. even kadang-kadang dia dalam kesusahan pun, dia tetap ada dengan kita. kawan macam tu susah nak cari. tapi kalau dah cari, janganlah lepaskan dia. jangan buat dia macam tu. jangan sampai dia jadi macam korang juga yang suka menjauhkan diri dan tak ingat kawan sendiri.

or maybe tak ada yang nak berkawan dengan dia. itu aku tak boleh ulas. 

itu je.

adios~
 
 
 
 
post signature

Share:

11 comments

  1. moral of the story...hehehe...kawan ni pelbagai jenis..carilah kawan yang setia disaat kita menangis kedukaan

    ReplyDelete

  2. apa cikgu ingat saya transformers?

    ReplyDelete
  3. nice sharing amy...amy.. mr.nuff tak kua lagi laa... nti lepas kua kita isi tabung okay. ehem. link baru nampak

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat dengan apa yang kaunselor Amy tu cakap.

    ReplyDelete
  5. oh my god, you are so true cik amy.. but, kak gee dah buat decision utk shutting people out of my life (except my family, of course). terpaksa. tapi takpelah, as long as ada suami yg memahami & mencintai di sisi, I'm willing to take responsibility for the consequences.. Allah tahu.. :')

    buat cik amy, hargailah sementara masih ada.. :')

    ReplyDelete
  6. yups cik Amy, busy. sekarang nak up entri sehari sekali pun susah.. Huhu.. bila dah ade masa, ni nak BW tak hingat dunia dah ni.. hehe..

    ReplyDelete
  7. dalam betul ayat diaa.. hehe bleh jadikan perumpamaann..

    ReplyDelete
  8. bagus perumpamaan yang cikgu kaunselor tuh kasi amy....bagus2... :D

    ReplyDelete
  9. Betul tu.. setuju dgn kata2 perumpamaan kaunselor tu..sgt bagus.. :)

    ReplyDelete
  10. bila fikir2 kan betul apa yg counselor Amy tu ckp.. :)

    ReplyDelete
  11. Saya harap kereta tu tidak memilih jenis kereta

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.