Bibik dibuli budak-budak
10:22 a.mrumah
jadi babysitter kejap lagi
assalamualaikum and hello lads!
sebelum aku busy sekejap lagi, aku nak bercerita tentang kisah bibik yang sudah berhenti beberapa minggu yang lalu di rumah mak cik aku. ha, suspense tak bunyi dia?
dah lama juga bibik bekerja dengan mak cik aku. disebabkan mak cik dan pak cik aku bekerja, and anak mereka ada 3 perempuan, so they decided to hire a nanny. tapi bukan setakat mengasuh budak-budak je lah. kena jaga rumah sekali.
mula-mula nenek aku tak percaya. almaklumlah, bukan senang nak mencari bibik yang baik kan. sekarang ni macam-macam kes jadi. so, pada permulaan bibik menjaga sepupu-sepupu aku, bibik menangis je kerjanya. hahahaha. kenapa? meh layan sikit dialog ni.
bibik : adik, jom lah siap-siap pergi sekolah.
mai : tak nak.
bibik : jom lah. nanti papa marah.
mai : tak nak! nak papa. nak papa.
bibik : nanti papa datanglah. kita siap dulu.
mai : ish. adik kata tak nak, tu tak naklah.
ini sekadar contoh. sampai menangis bibik sebab diorang berdegil tak nak pergi sekolah. adui. macam-macam budak ni. banyak kalilah juga dugaan menghadap perangai adik-adik sepupu sepupu aku. akhirnya, diorang dah boleh terima kehadiran bibik. ha, selalu budak nangis sebab bibik. ini bibik nangis sebab budak-budak nakal sangat.
sampaikan bibik pun rapat dengan nenek aku. hahahahahaha. kalau pergi rumah nenek, nenek tak ada, maknanya ke rumah mak cik aku lah tu nak berjumpa dengan bibik. dan akhirnya setelah beberapa tahun menjaga mereka, akhirnya bibik berhenti. sebab dah lama tak balik kampung halaman. ye la, bibik pun ada cucu juga dekat sana. siapa tak rindu cucu sendiri.
so, sekarang ni aku pula jadi babysitter kepada mereka. ingat tak lagi cerita pertama kali jadi babysitter ??? ha, itulah Mai. a.k.a Nurin Irdina Maisarah. nama lembut, perangai. banyak je istighfar. hahaha. semoga membesar menjadi anak yang baik dan bersopan santun. tu je pesan kaklong. hahahaha.

korang pula, macam mana? ada situasi sama macam aku ni? nak tahu juga. hehe
adios~

selalu jugak jadi bibik..uih..xpayah sepupu..anak saudara sendiri pun dah buat akak migrain..hehehe
ReplyDeletekak ekin selalu gak ngasuh anak saudara kak ekin sblm ni... skrg ni mengasuh anak saudara abang yg umr 5tahun cerdik n banyak cakap huhuhu
ReplyDeletepengalaman yang bagus nie amy..
ReplyDeletebekalan di masa hadapan
Deleteaku tak boleh kalau budak nakal sangat..takut aku terpengaruh.
ReplyDeleteada bibik dekat umah mak sedare kat kl . ada masa dia balik sana pastu dtg balik menjaga kat kl . .
ReplyDeletewahhh . lama x singgah sini . ber dot com dah . heheee
adik cn yang lepas stpm tu selalu jadi bibik kepada anak cn, well,.nnti bagi lah upah baju baru ker, skirt baru ker..hehe
ReplyDeletewaahh best kan dpt jaga budak budak ni heeeheee
ReplyDeletehehe..comelnya bibik nangis :)
ReplyDeletehaha cian bibik nanges =D
ReplyDeleteJadi bibik ni mmg nak kena sabar kan.. tulah klu yg tak sabar boleh aniaya baby atau budak2 yg dijaga pulak..
ReplyDeleteSabar aje la.. haha sian bibik.. tapi nak buat mcm mana, memang sifat kesabaran tu kena tinggi bila jaga budak2, especially jaga anak orang.. bukan sebarangan boleh naik tangan.. Jebat? Eloklah.. dari panggil Mak Andak, last2 jadi Landak.. haha.. nasib baik dia comel.. Geram dibuatnya.. =D
ReplyDeletebibik masih kecil dan masih belum boleh jdkan bibikk.. mcm terbelit je ayat kann.. hihi
ReplyDeletekesiannya bibik tuh... amy camne jadi bibik, best x? akk xpernah jadi nanny, akk ni garang dengan budak2...nnt jadi kes dera plak...hehehehehe
ReplyDeletetengok cara budak2 tu gelak pun tahu nakal......!! heheheheee... :)
ReplyDelete