Dia Berubah kerana Seorang Lelaki

Berubah kerana Lelaki

9:21 p.m
rumah
layan lagu sedih

http://28.media.tumblr.com/tumblr_lzy2lak4uu1qaobbko1_500.jpg

assalamualaikum and hello lads! haha. hello. even tajuk macam sedih and aku tengah layan lagu sedih, tak bermakna aku tengah sedih. ini cuma tadi tiba-tiba dapat ilham nak menulis pasal cinta. aduh, cinta lagi. aku ni dah kenapa entah minggu ni.


maybe sebab dah nak masuk uniten kot. sobs.

credit to favim.com

okay, aku nak tanya orang yang lebih berpengalaman. since aku tak pernah couple sebelum ni. hahaha. betul ke, kalau dah couple ni, perangai seseorang tu boleh berubah 360? kenapa perlu berubah?

kalau berubah jadi lebih baik, tak apalah. aku tak kisah. dia jadi lebih alim ke. tapi aku tak maksudkan berubah jadi jahat. cuma daripada tidur awal, jadi tidur lambat. makan macam biasa tiba-tiba jadi diet hari-hari sampai x makan kadang-kadang. keluar dengan kawan buat alasan, tapi keluar dengan pakwe laju je.

sebab hati tengah berbunga-bunga lagi ke? habis tu, kalau dah sedih, baru ingat kawan sendiri balik? macam tu ke adat bercinta ni?

cuba cerita sikit. hehehehe.

credit to lessonslearnedinlife.com

adios~
 
 
 
 
post signature

Share:

19 comments

  1. Memang kerana cinta, seseorang itu boleh berubah 360 darjah. Eh sape kata berubah ke arah kebaikan je? Ada juga yg berubah ke arah kejahatan tau. Buktinya, sila tonton drama di slot Akasia, sebab cintalah watak antagonis dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan hero; sampai ada yang jadi gila. Sebab cinta, seseorang itu sanggup pergi jumpa bomoh untuk buat perempuan/lelaki itu suka kat dia.. Sebab cinta..

    Kenapa berubah? HATI ni cik amy, susah kita nak explain. Mungkin sebab kita dah dapat orang yang kita cinta, kita sanggup lakukan apa saja dan itu termasuklah mengorbankan aktiviti yang biasa kita lakukan bersama kawan-kawan. Tepuk dada tanya diri, personaliti kita ni jenis macam mana. Pada mereka yang mementingkan cinta; pasti selepas mempunyai teman lelaki/perempuan, kawan-kawan akan dipandang sepi. Bila dah terkena, baru terigau cari kawan dia semula.

    Cinta yang membawa kebaikan adalah cinta yang telah halal. Pada kak Gee, cinta antara lelaki & perempuan sebelum kahwin ni lebih banyak menjerat sebab kadang-kadang kita tak dapat bezakan antara nafsu & rindu.. Gitu..

    ReplyDelete
  2. Dalam berkawan pun seseorang boleh berubah. Contohnya macam hubungan dgn parents. Macam Amy cakap tu lah, dgn kawan laju je buat apa2, tapi mungkin dgn parents ada je alasan. Tapi tak semua jugak kann. :)

    Kita rasa, hati manusia ni senang teruja dgn perkara baru. Selagi belum dapat, teruja nya tu memang tak terkata lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan hanis...manusia selalu teruja dengan benda ynag baru.... berdasarkan pengalaman akk kak amy, memang selalunya kwan yang baru ade pakwe, dia akn banyak spend masa dia dengan pakwe dia, attention tuh lebih pada benda lain, bukan pada kita dah...tapi memang camtuh...normal kot...akk pon xtau nak kata...ahhahahah :D hehehehehe :D

      Delete
  3. manusia, memang sentiasa berubah, sama ada berubah hati, perangai atau lain-lain. Apatah lagi dalam percintaan, kadang-kadang manusia sendiri tak faham kenapa dan mengapa mereka berubah dalam pelbagai aspek semata-mata kerana cinta, sebab itulah ramai orang kata Cinta itu Buta :')

    ReplyDelete
  4. berubah karena cinta tidak apapa kalo berubahnya ke yang lebih baik lagi. memang cinta juga harus memilih tapi tidak untuk jadi pemilih kan mba :)

    ReplyDelete
  5. Biasanya mmg mcm tu.. sama ada berubah kpd kebaikan atau keburukan tu terpulang dgn siapa hubungan tu terjalin. Cinta mmg ada aura yg kuat.. mempengaruhi kehidupan dan cara seseorang tu.. huh.. mcm dr love pulak saya ni huhu.. :D

    ReplyDelete
  6. i hate this kind of friend.. nak lepak ngn kita macam2 alasan.. lepak ngn boyfie laju je. hmm

    p/s: 5x tabung nuff untuk amy. thanks klik2 kan haritu...weeee

    ReplyDelete
  7. dah memang sifatnya cinta merubah manusia dan dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. CINTA... macam main masak2... Kadang2 sedap, kadang2 kurang, dan kadang2 TAK SEDAP langsung..

      Delete
  8. Perubahan itu terletak pada dri sendiri sebenarnya.. memang tak dinafikan cinta itu boleh merubah seseorang 360 darjah.. tapi rasanya semua itu akan terjadi pada semua orang kot..bila sesuatu yang baru berlaku, kita akan explore bnda itu..itu yg terkadang buat diri kita berubah..sekadar pendapat..maaf kalau salah :)

    ReplyDelete
  9. bagi akak, orang yang macam tu adalah orang yang tak matang lagi..
    sebab dia tak pandai lagi nak bezakan mana kawan mana boyfriend/girlfriend...

    orang bercinta, dia nak bercinta tapi pengurusan masa dan pengurusan diri masih tak mantap lagi.. perangai budak-budak macam tu selalunya tak lama, sampai satu masa nanti dia sendiri akan faham dan berubah.. InsyaAllah.. :)

    apa-apapun kita buat dalam dunia ni, kita kena tahu mana nak letak priority.. right..??!!
    hehehheheee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRIORITY? Herm... buat Along terfikir lah plak...

      Delete
  10. lumrah tu amy, nak nak lagi di alam remaja, asalkan jangan jauh dari landasan sudahlah.

    ReplyDelete
  11. Mengikut pengalaman Along..masa Zaman Along kecik2 dulu, sekitar tahun 1910, Ahha (gelak sekejap).. Jika tiada pengalaman berCINTA dan tetiba berCINTA memang kebiasaan orang akan berubah 360 macam kamera 360 tu. Andai hati dan perasaan tu, di serah sepenuhnya pada rasa iaitu CINTA pada manusia. Bukan mereka yang terlibat kurang bijak, cuma lumrah mansusia bersikap begitu. Tapi, Andai di corak dan di canting dengan rapi, InsyaAllah..semuanya dapat ditangani. ISTILAH, terima pasangan seadanya pula, janganlah sekadar KATA-KATA kosong, perlu di susuli dengan sikap dan perbuatan.. Wallahualam...

    ReplyDelete
  12. tengah angau mmg lupa kat semua orang..kekadang sampai lg percaya kt BF yg br kenal dr kwn yg dah bertahun kenal.. tp tu lah..adat dunia..pengalaman mengajar kita.. :D

    ReplyDelete
  13. Pada dasarnya memang akan berubah. Tidak kisahlah perubahan positif/negatif sebab hati tu tengah lalui fasa bunga2,...logik dan munasabah tu macam lari sikit ;)

    ReplyDelete
  14. pernah berubah kerana cinta...dulu akak pernah suka sangat ngat sorang mamat ni yang memang minat cerita Korea dan realiti show macam Akademi Fantasia. akak pun paksa diri suka apa yang dia suka dan berbulan-bulan tak tengok bola sebab dia tak suka bola. bila dikenangkan, bodohnya aku korbankan passion sendiri sebab orang.tapi tu masa awal 20-an la, sekarang hati dah matang n boleh fikir

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.