SPY Training Boot Camp di Jump Street Trampolines Park, PJ

Jump StreetAsia Trampoline Parks, PJ

Spy Training Boot Camp

11:31 a.m
rumah
...

assalamualaikum and hello lads!
jump street trampoline parks review
alkisahnya haritu aku join contest. and aku berjaya menjadi salah seorang pemenang. alhamdulillah. rasa excited giloosss.. sebab apa? sebab dapat pergi Jump Street!! actually, first time aku dengar pasal Jump Street. yang aku tahu hanyalah 21 Jump Street dan juga 22 Jump Street. siapa sama dengan aku? hahaha.

Jump Street Trampoline Parks ni terletak di Petaling Jaya. alah, dekat sangat-sangat dah dengan UIA PJ tu. serious. kejap lagi aku kasi map ye. tapi tempat dia macam korang tak percaya sikit. sebab kena lalu bangunan lain dulu. JSTP ni terletak di belakang bangunan lain. signboard dia pun kena cari betul-betul. 

jump street trampoline parks review

then, voila! kami pun sampai. oh, siapa kami? aku dengan kak Scha Nazri. terima kasih kak Scha sudi teman aku yang sentiasa keseorangan ni. sobs.
jump street trampoline parks review

masa sampai tu, memang tak ramai orang lagi. yelah kan, baru pukul 9 lebih. then, kami register nama dulu. dapat doorgift and Grip Socks. grip socks ni ada saiz. so, no need to worry. saiz budak-budak pun ada. memandangkan kami datang sebagai pemenang, kami dapat free. tapi kalau korang datang sini, ini antara harga-harga yang ditawarkan.
 
tak nampak? sini:

Off Peak: RM22
Peak: RM27
Grip Socks: RM5

Off Peak/Peak 5 one hour visits: RM90
Off Peak/Peak 10 one hour visits: RM170
jump street trampoline parks review
ada saiz. no worries


then, tunggu punya tunggu, akhirnya cabaran bermula. kami mendengar ucapan dari orang besar Jump Street terlebih dahulu. alamak, aku tak ingat nama dia. zzz.. lepas berucap, kami dibawa oleh trainer ni ke aktiviti pertama. 
jump street trampoline parks review



jump street trampoline parks review


jump street trampoline parks review
permainan bermula!
aktiviti pertama, kitorang cuma melompat-lompat sahaja. haha. dia ajar kami basic melompat. oh, rupanya ada macam-macam jenis melompat ye. ada melompat pakai lutut. ada melompat sambil duduk. dan lain-lain lagi. kalau pergi sana, korang akan belajar benda ni. (maybe?)

wakaka. excited pula mak melompat

kemudian bergerak pula ke aktiviti kedua, Dodge Ball. honestly, aku tak tahu apa maksud dodge ball tu. haha. bila tengok orang main, baru den faham. best gila! haha. trainer tu akan baling bola dekat kita and kita kena mengelak. melompat lah kau ke sana ke sini sebab nak elak. aku of course ler awal-awal dah kalah. dia baling bola tak berhenti.
jump street trampoline parks review

jump street trampoline parks review


jump street trampoline parks review

lepas tu berehat sekejap, bergerak pula ke Slam Dunk. nama pun slam dunk. korang mesti tahu konsep main dia macam mana kan. kau melompat, lompat dan lompat. sampai ke net tu, korang masukkan bola. tu je. tapi kalau aku yang tak mahir sukan, memang sekali je la masuk. wakakakaka.
jump street trampoline parks review

jump street trampoline parks review

jump street trampoline parks review

ha, ini adalah aktiviti yang paling kutunggu! aktiviti ketiga. Foam Pit. ni macam korang nak terjun masuk dalam kolam renang. cuma tempat korang terjun tu bukan air, sebaliknya span yang besar-besar. hahahaha. 
jump street trampoline parks review

jump street trampoline parks review

jump street trampoline parks review

terjun!

jump street trampoline parks review

masa ni, tugas kami adalah untuk menyusun puzzle yang telah ditunjuk oleh trainer tadi. akan ada seorang member kita dekat dalam foam pit tadi. dia akan baling dekat kita satu span bila kita dah terjun dalam tu.

YA ALLAH, aku cakap kau. nak masuk memang senang. memang seronok. tapi nak keluar, macam kau baru masuk pasir jerlus. susah gilosss weyh!. dah la kami kena cepat kan. hahaha. kelakar betul. and akhirnya kami menang! 

there, itu sahaja permainan kami pada hari itu. kami diberi makan sebelum beredar. dan pemenang utama mendapat hadiah best dari SPY movie. aku ingatkan pemenang dia chinese guy. rupanya nama dia Islam. aku rasa mak dia chinese kot, bapa dia malay. 


dia paling sweet aku rasa. sebab dia bawa mak cik dia main. bukannya makwe ke, member laki ke. sempena mothers day kot. hehe. anyways, tahniah!

oh, kalau korang lapar? ada je cafe dekat atas sana tu. tapi aku tak pasti berapa harga dia. nampak macam mahal. and makanan dia sangat sikit jenisnya. yelah, nak isi perut je kan. 
jump street trampoline parks review
jump cafe


locker pun ada. senang nak simpan barang korang. no worries. toilet dia bersih. surau pun ada. semua lengkap. nice kan :)
jump street trampoline parks review
Party Room

jump street trampoline parks review



eh, bukan tu je tempat untuk main tau. sebenarnya ada yang lain. contoh macam High Performance. High Performance untuk orang professional aku rasa. most of them la. korang pernah tengok Step Up 4 tak? lagu ni. ha, yang dia main panjat-panjat apa entah nama dia. treler? pakai trampoline tu. ha, yang tu la. aku memang idok ler reti nak mainnya. 
jump street trampoline parks review


then, untuk budak-budak? takkan main dengan orang besar? well, kalau takut, boleh kasi anak-anak main dekat The Cage sahaja. itu memang khas untuk budak-budak bawah umur. ada staff Jump Street yang akan perhati sepanjang masa. 



untuk makluman lanjut, boleh layari:


1. korang digalakkan untuk BOOK terlebih dahulu. lagi-lagi kalau pergi ramai-ramai. sebab takut penuh dah.

2. Pakai pakaian yang selesa. pakai baju sukan pun boleh. pakai jeans pun boleh. asal boleh melompat sudahlah. 

3. Kasut fancy pun boleh. sebab korang dah start masuk dalam tempat-tempat tu, shoes are less of your concern. korang cuma perlu pakai grip socks dia kasi tu sahaja. no more no less. dia akan sediakan rak kasut. 

4. Jangan pakai jam tangan ke gelang ke, takut terjatuh, terhempap pula jam ke apa ke, tak ke naya. kot-kotlah pecah.

5. Spek nak pakai pun boleh. aku pakai je sepanjang main tu. 

6. Air ada sediakan. tapi kalau nak senang, bawalah botol air mineral sendiri. 

7. Shower room tidak disediakan. so, nak tukar baju, kena cari tempat lain. restroom sahaja disediakan. 
8. kalau dah dapat main tu, mainlah sepuas hatinya. sebab nanti dah ramai orang, nak main pun tak boleh. so, datang awal okay!




jump street trampoline parks review

thank you cinema online

 

adios~


 
post signature

Share:

14 comments

  1. besnye Amy... i is jeles... :(

    ReplyDelete
  2. lompat2 jgn tak lompat.. habis bergoyang kalu i lompat..haha

    ReplyDelete
  3. Seronoknya tengok lompat-lompat hehee. Mmg aktiviti yg menyihatkan dlm suasana yg bertenaga nampaknya. Menarik.. pengalaman yg menggembirakan. Nice sharing Amy.. :)

    ReplyDelete
  4. Kelakau lak tgok gambar.gif cik amy lompat2.. hehe.. bestlah aktiviti mcm ni. another activity to try after climbing. InshaAllah one day.. :D

    ReplyDelete
  5. Btw, saya sorg je ke rasa yg cik Scha dah lama tak update blog? Huhuhu

    ReplyDelete
  6. honestly, tak pernah tau pasal tempat ni..huhu.nape sikit je gambar Scha. gambar model loker je ke? hehe, mesti Amy kata ni blog aku, mstilah banyak gambar aku..

    best tengok yang foam pit tu Amy! seronok sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lahhh. Sikit je gambar kita. Hahahahaha. Sibuk blog org lain. Blog sendiri tak update pun. Kakakaka

      Delete
  7. wah, bestnya tengok amy lompat2..nampak seronok la..

    ReplyDelete
  8. sure grip habis socks dia kan? :D

    kat tempat sy skrg ada the cage jugak tapi bukan trampoline lah, hehe just padang bola and basketball tapi keliling ngan pagar, so, kitorg panggil the cage. :D

    ReplyDelete
  9. err... lompat-lompat....??
    not for ahkak yang dah 80kg ni la kot... hahahahahaa... :p

    ReplyDelete
  10. i is gemoks dan i is terpikat dengan cafe tu je hahahaha

    ReplyDelete
  11. Saya pun tahu 21 Jump Street dengan 22 Jump Street je. hehehehe

    ReplyDelete
  12. menarik nye tempat ni..di PJ ke...mak dan anak? wahh...ingatkan couple tadi

    ReplyDelete
  13. Bestnye...nk bwk afrina n adriana..tpi ibi pyn trasa nk main ni..hhihihi

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.