Andai Dapat Kuundur Masa
10:50p.mrumah
layan lagu lama
assalamualaikum and hello lads!

tadi aku duduk blogwalking. dia selalu macam tu lah. bila kita tak ada idea nak menulis entri pasal apa, kita blogwalking. baca cerita orang. tak kisahlah nak jadi silent reader pun. tapi sayang jadi silent reader ni, orang tak kenal kita unless korang sendiri tak nak dikenali.
okay, back to the story. andai dapat kita undurkan masa, apa yang kita akan lakukan?
all of us, at most akan terucap kata-kata kalaulah aku ini dan kalaulah aku tak buat macam tu. kan? tapi betul ke kalau kita dapat ubah masa silam, kita akan jadi apa yang kita dah jadi sekarang ini?
![]() |
credit to www.thinknice.com |
andai kata kita dapat selamatkan salah seorang keluarga kita dari accident, kita boleh ke jadi manusia yang sabar menghadapi dugaan macam sekarang ni?
andai kata kita dapat undurkan masa, dan jadi pelajar cemerlang di sekolah, banggakan ibu bapa kita, mampu ke kita jadi manusia yang tetap merendah diri walaupun sudah berjaya?
andai kata kita dapat undurkan masa, mampu ke kita ubah perangai kita semula semata-mata untuk dapatkan cinta dia semula? apa jadi kalau kita memang dari azali tidak ditakdirkan bersama?
bila kalau ni timbul dalam fikiran, mulalah kita salahkan takdir Tuhan. kita lupa, everything happens for a reason. ALLAH tak akan suka-suka jadikan sesuatu benda tanpa beri kita kenikmatan di kemudian hari.
kadang-kadang aku fikir juga, apa jadi kalau arwah abah aku masih ada, aku akan berjayakah seperti ini di masa akan datang? aku akan jadi sematang ini ke di masa hadapan? aku akan tunaikan segala tanggungjawab aku sebagai seorang anak sulung dengan baik ke suatu hari nanti?
>>> Tragedi Ramadhan 2006 <<<
fikir balik dalam-dalam. sebab tu kita tak boleh bazirkan masa dengan perkara yang sia-sia. masa tu takkan datang semula dah. sementara kita ada di dunia, buatlah apa yang masih termampu. apa impian aku? aku nak travel satu dunia. seorang pun tak apa, itupun kalau ummi aku bagi. memikirkan masih single ni, apa salahnya aku pasang angan-angan tu. dah kerja, aku nak kumpul duit.
so please, jangan pernah merungut dengan apa yang kita tak boleh perbetulkan sudah. let bygone be bygone. apa yang ada di depan, kita hargai seadanya. family kita masih ada. kita masih bernafas. kita masih hidup senang lenang. alhamdulillah.
yang dah lepas kita jadikan pengajaran. kalau benda tu kenangan manis, jadikan memori indah. kalau benda tu kenangan pahit, jadikan itu sebagai ilmu. jangan ulang kesilapan sama.
![]() |
credit to www.pinterest.com |
tu je nak cerita.
adios~

setuju!brersangka baik dengan Alllah..segala yg berlaku ada hikmah nya..
ReplyDeletebenar....bersangka baik.. Allah nak bagi lebih baik
Deletebetul walaupon ade benda dlm hidup ni mmg teringin nak ubah blk..tp semua benda ade hikmahnya.. Allah sebaik2 perancang.. :)
ReplyDeleteperancangan Allah adalah yang terbaik
DeleteHidup kita ni kalau asyik berkalau-kalau, penuh dengan regrets memang takkan ke mana. Kalau kita mampu undur masa, belum tentu outcomes sama seperti yg kita inginkan :)
ReplyDeletesetuju juga kak farrah
Deleteakak..,kalau boleh undurkan masa..akak nak simpan duit banyak.pastu nak buka kedai makan...hehehe..tapi...masa tu tak terfikir lagi...hukhukhuk (teriak dlm hati)
ReplyDeleteandai saja waktu dapat di putar kembali ke masa yang dulu :)
ReplyDeleteAndainya bisa kembali ke masa lalu, macam2 nak buat. :)
ReplyDeletedah ketentuanNya kan Amy...takdir kita ditulis begitu...kita hanya mampu berkata KALAU la dapat diundur masa tu...d ubah masa...sesiapa pun mahu Amy..KG pun mahu
ReplyDeletekalau...dapat undur masa...ya....tapi ianya kalau
Deleteno word 'kalau'.. hehe
ReplyDeleteapa jadi kalau sudah azali lagi tidak ditakdirkan bersama?
ReplyDeletenasib baik tak typo....
ok mmmm betul kena terus melangkah ke hadapan....
setiap yang berlaku ada hikmahnya.yakin pada Allah :)
ReplyDeleteKlu dapat ku undur masa, pasti skrng saya dah jadi saintis negara huhu.. yelah.. kita patut bersangka baik kpd Allah. Setiap yg berlaku pasti ada hikmah kebaikannya buat kita. Allah Maha Mengetahui segalanya.. Subhanallah..
ReplyDeleteMari kita bertazkirah seketika.. HEHE :
ReplyDeleteSabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
Tiba-tiba teringat pasal ni bila baca entri cik Amy. Gigih kak Gee copy paste kan. HAK3
Quotes yang pasal dapatkan cinta lama semula tu sangat makan dalaaaaammm....!! huhuhuhuu..
ReplyDeleteBila tengok si dia di samping isterinya, terdetik lah di dalam hati ; Sesungguhnya percaturan Allah s.w.t. itu memang sebaik-baiknya... rasa tak mampu berada di samping dia seperti mana isterinya kini...
hahahahahahaa..... :)
ya, mungkin benar kami memang sejak azali tak ditakdirkan bersama.. syukur padaMu Ya Allah...
Sebab tu perkataan 'kalau' tu sangat bahaya.
ReplyDelete