Kenal Pasti Sifat Serial Killer

4:21 p.m
rumah
...
 
assalamualaikum and hello lads!
 
 
alamak, macam takut je aku baca tajuk aku sendiri. seperti biasa, siapa yang kenal aku akan tahu aku sangat suka layan movies and TV shows ni. most of them, aku suka cerita pasal crime. well, sampai berangan nak jadi criminologist. wakakaka. okay, balik kepada tajuk.
 
kita pergi ke sifat pertama. korang pernah tengok Dexter tak? dalam cerita tu, ada satu lelaki tua. muka dia bagi aku sangat baik. sangat innocent. tapi rupanya dia serial killer. 
 
1. Innocent Face. jangan ingat muka jahat je jahat. kadang-kadang muka je jahat, tapi dalam hati ada taman. sebaliknya, sekarang ramai SK (aku pendekkan) yang beriak biasa dan menarik perhatian kalangan wanita. diorang mudah mesra dengan kita. diorang cakap baik-baik je dengan kita. rupa-rupanya :O
 
credit to www.hdwallpaperbackground.com

2. Family. yes, jangan ingat SK tak ada family. they have their own perfect family. well, sometimes not so perfect. ini bukan setakat aku refer dekat Dexter je tau. Criminal Minds, CSI, macam-macam lagilah. family tu maksud aku, ada isteri, ada anak-anak. 

tapi dari apa aku faham pasal family pula. ada certain things yang SK tak suka. x kasi anak-anak dia bela pets. x kasi buat tu, buat ni. 
 
credit to inickeon.deviantart.com

3. Pendiam. sebab tu aku tak berkawan sangat dengan yang pendiam ni. pendiam ada dua jenis. diam sebab dia suka mendengar. diam sebab dia ada masalah banyak dekat dunia ni. orang yang pendiam kita tak boleh baca behavior dia. tapi cuba kita perhatikan apa yang dia pandang. kalau rajin ler.. takut korang pula yang rasa ngeri karang. 

orang pendiam akan jadi ganas bila something trigger his mind. mengingatkan dia balik dengan kisah trauma dia yang lepas. 
 
4. Lelaki. bukannya perempuan tak ada. tapi perempuan sangat sebati dengan emosi yang tak menentu. so, kita dah biasa nak handle-handle masalah ni. cuma kalau over je, jadi meroyan sendiri. kalau lelaki, bila dia terlalu traumatized, dia nak tunjuk dialah paling hebat dan gagah bila dia buat something horrible. boleh faham tak maksud aku? 

5. Professional. lagi hebat dia punya MO, lagi professional kerja dia. doktor lah, ahli kimia la, professor lah.

http://38.media.tumblr.com/ceaa7ee57b82f4411e8ddbfabdd01855/tumblr_mqknhbZpjv1s0nta4o1_500.gif
credit to walrus-slut.tumblr.com

mostly SK terjadi sebab datang dari family yang bermasalah. of course lah kan. mak bapa minum arak, mak bapa bergaduh. mak bapa tak layan anak-anak. mak bapa hisap dadah. even mak bapa terlalu busy pun boleh menyebabkan someone jadi SK. mak bapa curang.

tak semua family bermasalah, anak-anak akan jadi masalah. tapi family bermasalah ni, majoriti aku tengok dekat semua TV shows, sama ada dia jadi SK or dia kerja bahagian LAW. polis ke peguam ke hakim ke apa-apalah yang berkaitan. 
 
credit to www.tumblr.com

okay. kenapa aku cerita pasal ni? aku nak kita semua berhati-hati je. jangan ingat dia mesra, good looking and ada family, dia baik. tapi tak adalah semua jahat. kita kena pandai fikirlah. kadang-kadang naluri kita boleh sense, something wrong with this woman or man kan.
 
orang kata aku buang masa layan shows and movies ni. tapi aku dapat banyak ilmu pasal bidang lain. 

contohnya aku tahu kenapa doktor kena pakai kot hijau dalam pembedahan, aku tahu kenapa pakai black tea kalau terkena snake poison. aku boleh baca character someone.

p/s: sebanyak-banyak serial killers di dunia, Ted Bundy paling famous sekali. cuba baca kisah dia. 

adios~
 
 
post signature

Share:

16 comments

  1. wah, menarik nie sis. BV pun suka tengok movie yg berunsurkan penyiasatan. terutama movir barat sebab dorang punya movie or drama memang ada unsur fakta yg betol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... suka sangat... diorang memang pakai fakta sebab diorang akan ada someone yang memang professional dijadikan rujukan.

      Delete
  2. wow..hebatnya amy..bagus juga tengok citer macam ni kan..banyak benda juga kita tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye betul ^^, kita bukan saje2 tengok. kita dapat ilmu juga. hehe

      Delete
  3. Saya pun suka sangat tengok cerita penyiasatan ni sebab banyak sangat benda yang saya belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. banyak sangat kan ^^, kalau movie cinta takut banyak berangan je. hehehe

      Delete
  4. wow amy J dah macam penyiasat. Aduh tak sempat nak layan cerita ni semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.... bukan apa, banyak benda tahu, apa salahnya kongsi. hhe

      Delete
  5. hehe..Amy sama minat ngan akak.tapi so far CSI ngan Monk je akak follow secara consistent.

    SK ni memang biasanya lelaki kan?akak pun perasan jugak..huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, Monk susah nak keluar kat TV. saya suka gak cter tu. tapi dia macam x ikut episode. malas lak...

      yep. mostly lelaki... perempuan ada yg bnyk jadi polis and peguam.

      Delete
  6. Muka nampak baik tapi sebenarnya yg paling jahat tu yg sgt2 merisaukan dan menakutkan.. nak kena buat muka jahatlah lepas ni huhu.. susah juga klu org belum apa2 dah anggap jahat.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. takut sangat... kita x tahu apa ada dalam hati dia.
      hehe janganlah wat muka jahat abang KK. nanti isteri abang KK takut lak :P

      Delete
  7. HAHAHAHA FIRST TIME BACA ARTIKLE MCM NI ... GOOD!

    ReplyDelete
  8. wanita juga ada yg menjadi serial killer kan, cuma mungkin jumlahnya tak seramai lelaki. tapi bila mereka kejam mungkin lebih dasyat dari lelaki tu sendiri. kisah paling popular yg melekat kat kepala ni sampai sekarang of courselah mengenai kegilaan seorang wanita yang nak kekal muda hingga sanggup membunuh orang lain utk bermandi darah dan meminumnya.. euuuu.. lupa dah nama dia sape.. huhu

    ReplyDelete
  9. cerita mcm ni biasa kc baca kat novel fixi hehe. suka suka suka

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.