Pertama Kali Yang Mendebarkan

Pertama Kali Aku

 
6:45 p.m
rumah
hujan lebat. alhamdulillah.

assalamualaikum and hello lads!
 

ha, tadi duk fikir nak buat entri apa nak buat entri apa, akhirnya dengan bantuan blogger EFGian, PapaGlamz, aku dapat fikir satu cerita. my first time. kalau korang, apa yang terlintas di fikiran korang pasal pertama kali tu?

ini antara macam mana pertama kali aku boleh berlaku.

1. Pertama kali aku dapat piala and aku sangat bangga dengannya ialah masa aku berumur 7 tahun. iaitu darjah 1. wah, awesome gilos dapat hadiah. sebab dapat no 1 dalam kelas. lepas dah masuk universiti, harapan je la. aku pun tak aktif mana.

2. Pertama kali aku dapat dekan masa umur 16 tahun. sebab orang kata susah, aku usaha gila-gila supaya sentiasa dapat dekan. and tak sangka boleh famous dengan cara tu. wakakaka. "eh, kau yang CGPA 3.9_ tu kan". zzz, orang kenal aku sebab tu je. -.-

3. Pertama kali aku roadtrip dengan kawan-kawan CG masa aku umur 21 tahun. kami pergi Langkawi! suka gilosss. sebab tak ada lelaki. hahahaha. dalam 4 hari rasanya kami di sana.
 

4. Pertama kali jatuh suka pada jantina yang berbeza masa umur aku 10 tahun iaitu darjah empat. nama dia Ihsan. ala, senang je nak sebut nama dia. since aku takkan jumpa dah dia. aku pun tak tahu dia buat apa sekarang. dia pun entah-entah tak kenal aku. wakakaka. 
 
credit to www.quotesfrenzy.com

5. Pertama kali jatuh motor masa aku berumur 14 tahun. masa tu arwah abah aku baru je meninggalkan kami. dah tiba masanya ALLAH panggil kan. aku ingat lagi, ada pakcik tu nak undur kereta. anak dia ada kat luar. aku gabra sebab aku suka anak pakcik tu. wakakkaa. sebab tu dah lupa mana break, mana minyak semua, aku main press je. then, jatuh motor. untungnya bila dia tolong aku. hahahahha. 
 
credit to waterfordwhispersnews.com

6. Pertama kali jadi blogger masa aku umur 18 tahun. aku saje je buat. url blog macam apa je. budak-budak mentah. dulu siap buat gelaran Mia dengan Mr. D lagi. Mr D a.k.a Diary. haha. sekarang dah matang sikit.

7. Pertama kali berjauhan dengan family masa umur 16 tahun. aku dapat tawaran ke MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang. jauh gilos! aku dah excited dapat mrsm. tiba-tiba kat Penang?! last-last pergi juga akhirnya. and aku tak pernah menyesal :)

8. Pertama kali naik flight masa pergi ke rumah saudaraku di Panji Kelantan bersama nenek. fuh, rasa berdebor-debor mak. sempat juga capture gambar awan-awan. lawa sangat! 
 

9. Pertama kali dapat menang contest masa aku start join Nuffnang dan Churp Churp. sejak tu, aku gila contest. alhamdulillah, rezeki dalam sebulan tu melimpah ruah. ada masa memang sepi je. ada masa banyak. 
 
churp churp dan nuffnang
 

10. Pertama kali aku berkahwin... jeng jeng... cuba baca entri aku kasi tu.
 
>> Mrs To Be <<

setiap orang ada pertama kali dia sendiri kan. siapa je tak ada. apa yang kita buat pertama kali ni lah membuktikan kita mampu lakukan sesuatu dengan usaha kita sendiri. pertama kali sebut ABC. pertama kali berjalan kaki. pertama kali bergaduh dengan adik beradik. pertama kali berkawan. kalau tak ada usaha, semua benda ni takkan terjadi. biarlah pertama kali tu ada masanya menyakitkan, ada masanya menyedihkan. pertama kali kehilangan seseorang, tapi ALLAH tahu setiap apa yang berlaku. kita kena terima hakikat. and we have to move on. 

itu je nak cakap. apa PERTAMA KALI korang yang paling korang ingat? 
 
first time
credit to www.picturequotes.com

adios~
 
 
 
 
post signature

Share:

24 comments

  1. betul tu amy..'pertama kali' yang berlaku dalam hidup kita ni pasti akan diingati sampai bila-bila kan.. ;D

    ReplyDelete
  2. Saya banyak sangat kali pertama. Setiap tahun saya akan update pertama kali moment saya dekat blog lama saya. Tapi, dekat blog baru ni tak pernah buat lagi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. la. nape x wat? wat la.. teringin nak baca. hehe

      Delete
  3. dapat dekan umur 16?bukan sekolah lagi ke? ke ni typo? hurm...

    pertama kali tengok wayang..Senario The Movie.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kak Sal. anugerah dekan pengetua masa dekat mrsm dulu... hehehe.

      saya x ingat first time tgk wayang bila

      Delete
  4. memang pengalaman pertama kali nie jadi kenangan. terutama yang mengembirakan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. betul sangat. tapi yang sedih pun akan diingati sampai bila2 :)

      Delete
  5. bak kata omputih la, there is always a first time for everything.

    ReplyDelete
  6. Pertama kali.begitu bermakna...

    ReplyDelete
  7. byk jugakla PERTAMA KALI kak ana. nti lah kalo rajin nk sharing gak lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehe.. okay, jangan lupa share :)

      Delete
  8. Pertama kali tu mmg besar maknanya.. selalunya mmg kita akan ingat sampai bila2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau x ada yang pertama, xkan ada yang kedua dan seterusnya :)

      Delete
  9. pertama kali bernikah kot. hahaha.. harap takde kali kedua ketiga dan keempat. ahakssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehe... in shaa ALLAH. semoga tu berkekalan selama-lamanya :)

      Delete
  10. pertama kali berkenalan dgn kak amy dlm telegram, best gilos! kbai haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa... pertama kali kenal dengan kc, best gilos terlebih hahahahhaa

      Delete
  11. jika pertama kali sis JM jumpa Amy mesti kelu lidah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe.. awatnya kak JM sampai jadi lagu tu :P

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.