Ramadhan Dining di M Cafe by Meesha Sukira, Plaza Damansara

M Cafe by Meesha Sukira

Food Review Damansara

11:23 p.m
rumah
...





assalamualaikum and hello lads! haritu aku, kak Scha Nazri and other food bloggers dijemput oleh FoodInk untuk mencuba pelbagai jenis juadah berbuka puasa di M Cafe by Meesha Sukira. dengar nama pun, dah nampak macam ekslusif kan? belum lagi pergi sana.

so, selepas kami habis attend event di Midvalley, aku dengan kak Scha terus bergegas ke sana. tak adalah jauh pun Midvalley dari M Cafe tersebut. adalah dalam 14 minit macam tu. nak cari senang je, just ikut apa yang waze tu cakap.

seriously aku cakap. kalau tak ikut waze or map, memang berbelit jalan nak masuknya ha. dah sampai sana, wahhhhh, aku sangat teruja dengan konsep M Cafe ni. sangat putih which is my favorite color! sangat mewah. aku rasa kalau tak dijemput, memang aku agak segan nak masuk dalam M Cafe. hahahahaha.

tahu tak apa yang special nya pasal M Cafe ni?

Meesha Sukira sudah lama menghasilkan design berasaskan corak Batik tak kiralah sama ada selendang, pakaian mahupun barang perhiasan seperti kusyen dan sebagainya. Pada peringkat pertama semasa menjalankan pernigaan Batik tersebut, tempat operasi mereka cuma terletak di Batu Caves sahaja.

kini, selepas yakin untuk berkembang lebih maju, mereka meluaskan perniagaan dalam bidang F&B pula. (Food and Beverages). tetapi masih lagi mengekalkan konsep Batik ini. apa yang mereka cuba sampaikan dengan buat konsep seperti ini? kalau kita perasan, tak banyak dah golongan muda yang pakai corak batik kan. so, kalau datang sini, sambil makan, sambil menghayati kecantikan corak Batik yang dihasilkan oleh Meesha Sukira.

see, kiranya sambil kita makan, kita boleh mencuci mata melihat keindahan batik di sana. bukan ada baju je tau, ada selendang, ada purse wanita, and macam-macam lagilah. aku sangat sangat tertarik dengan beg tangan dia! tergoda mak. bukan senang nak pakai beg yang ada corak-corak ni. so kalau dah berkenan....

food review damansara

food review damansara


aku minat beg tangan kanan sekali tu. hahahaha



food review damansara

Influenced by Nature, Inspired by Culture

food review damansara





food review damansara








Stella sedang memberi taklimat serba sedikit kepada kami

lepas dah bergambar sana-sini, kami mula disajikan dengan hidangan-hidangan utama. ini antara makanan yang akan dihidangkan pada bulan Ramadhan kelak.

Hidangan 1: Itik Masak Hitam

itik masak hitam

itik masak hitam

Hidangan 2: Ikan Pari Asam Pedas

ikan pari asam pedas

ikan pari asam pedas

Hidangan 3:  Terung Sambal

sambal terung

sambal terung

Hidangan 4:  Udang Sambal Petai

udang sambal petai

udang sambal petai

Hidangan 5:  Sotong Sumbat

sotong sumbat


Hidangan 6: Udang Rebung Lemak

udang rebung lemak
ini baru hidangan utama. belum lagi signature dishes dia. hahahaha. sedap kan! aku suka sotong sumbat dia. aku suka seafood. hahaha. 

dah puas tengok hidangan di atas? nak tengok lagi? nak tahu mana satu SIGNATURE DISH dia? meh kita layan~~

Dish 1: Sambal Fish Apple Salad (Al Larte Carte)

sambal fish apple salad


Dish 2:  Hainanese Chicken Chop (Al Larte Carte)

chicken chop

Signature Dish 1: Fried Chicken Salted Egg (Recommended!)

fried chicken salted egg

Dish 4:  Seafood Fried Meehon



aku yang duduk menaip ni pun boleh jadi tergoda balik. hahahahahahahaha. bagi aku, affordable harga yang ditawarkan di M Cafe. kalau rasa nak buka puasa di sana, lebih baiklah jika korang RESERVE dulu tempat. biasalah kan. orang time nak buka puasa, confirm penuh. 

bila dah book, kita boleh makan dulu. then, p solat Maghrib kejap, then boleh datang balik makan di sana. so tak ada masalah. dia akan hidangkan makan secara buffet. kalau rasa tak syok makan bawah air-cond, boleh makan di luar. dekat luar ada juga tempat duduk disediakan.

bab parking pun senang. dah lah M Cafe terletak di hujung sekali dalam deretan kedai tersebut, so boleh nampak M Cafe terus. tak ada penat-penat korang nak cari satu persatu nama kedai. 

Nama Cafe: M Cafe by Meesha Sukira
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu 10:00a.m-10:00p.m (Ahad tutup)
Food Ink Website: Food Ink Malaysia
Harga Promosi bulan Ramadhan: RM39.90 satu kepala
Konsep: Buffet
Alamat: : 47 Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara Kuala Lumpur
adios~
 
 
post signature

Share:

31 comments

  1. terliur dengan sambal petai.. urghhh.. lapar pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal petai memang nampak sedap

      Delete
    2. sedap sangat. rasa macam nak makan semua. tapi petai kan. hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. boleh tahan kan. dari istana original makanannya. and makanan semua dimasak di rumah. home cooked meal kiranya

      Delete
  3. adehh dtg sini waktu lunch hour. memang mengundang lah T____T

    ReplyDelete
  4. now i know which one are you...he he he....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kak farah baru kenal. Amy ya

      Delete
    2. hahahaha. sedihnya baru kenal kita. sobs

      Delete
  5. Uish, uniknya restoran ni. Makanan tu, waktu bulan puasa, 10x nampak sedap. Hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa air kosong pun sedap ejoy

      Delete
    2. hahahahahhaha.... macam ustaz azhar idrus kata, selipar cicah kari pun nampak sedap hahahaha

      Delete
  6. nampak menarik makanan tu.. tapiii, oilynya.. tapikan, main ngan tekak melayuan ni, sukalah menu2 tu.. kalaulah ada dekat, maybe boleh try.. :)

    ReplyDelete
  7. Fuyoo.. berselera tengok hidangan2 tu.. menariklah. Thanks sharing Amy.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Bro Kk hidangan disebalik batik

      Delete
    2. cantik gambar makanan ni, tergoda tengok

      Delete
  8. Wah Amy kalau saya ke sini pun bakal mengubah pandangan saya kepada batik

    ReplyDelete
    Replies
    1. batik mmg cantik..tp mahal...tsk tsk tsk

      Delete
  9. Wow menariknyerr..fuh penuh gambar makanan hehe..

    ReplyDelete
  10. Boleh mula susun plan utk buka puasa ni :)

    ReplyDelete
  11. laparlah pagi-pagi tengok gambar makanan!huhuuh..tapi memang nampak eksklusif.simple tapi elegant

    ReplyDelete
  12. nmpk ekslusif ler cafe ni..mmg cantik

    ReplyDelete
  13. semuanya nampak sedap nampak live! waaaa drooling

    ReplyDelete
  14. arghh...kebanyakan menu masakan kampung..my feveret tu

    ReplyDelete
  15. Suasana kat cafe nie sangat menarik...

    ReplyDelete
  16. Teringin pula nak rasa Hainanese Chicken Chop tu.

    ReplyDelete
  17. tengok gambar pun dah telan2 liur.... :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.